Assalamualaikum
BELUM HABIS EPISOD SAKIT | Hi! Asal bersiaran kat blog je mesti update pasal sakit 🥹 tapi tulah hakikatnya. Rasa macam berbalik balik betul sakit dua tiga bulan ni 🥲
BELUM HABIS EPISOD SAKIT
Saya memang selalu demam, macam benda biasa la tapi jenis sehari dua dah okay. Tapi kalini dah dekat dua minggu ye. Bukan demam tapi sakit kepala, batuk & selesema! Doktor dan jumpa, dah dua doktor pun tapi masih sama 🥲
Minggu lepas pulak datang penyakit mata jadi bengkak. rasa cheme tu dari khamis lagi, tau tak cheme tu apa haha cheme tu macam mata sepet lah~ then hari jumaat tu tak ikut husband gi niaga sebab nak rehat, yelah kawan sakit :p pastu hari sabtu tolong mak sedara menjual kat hari pertanian. pagi tu macam tak ok dah mata, bayangkan nak berniaga ni mata tah papo, spec pulak tah mano hilang haha. tapi pergi jugak sebab dah janji sebulan awal. then balik dari berjual ni ya Allah rasa nak pecah kepala tapi macam boleh lagi ni, mkanlah uphamol haha
Keesokkan harininya iaitu hari ahad, hari ahad kan berniaga kat batu kikir yang memerlukan bukak khemah so kesian pulak kalau husband je pergi dengan mil. saya pun ikut la tapi ahad tu waktu bangun mata takboleh bukak weh hahaha husband dah cakap takpayah pergi, takpe nak pergi jugak haha sebab sana ada beberapa klinik >< kalau tak tahan kang boleh ke klinik, pukul8 okay lagi, pukul 9 dah start panas kan pastu dah tak tahan dah, kitonyo manjo. asal sakit yo nak nangih lah hihihi
Cakap kat husband nak gi klinik depan tu, Klinik Dr Nasir. masa nak masuk tu macam oh tak ramai ni, bukak yo pintu ya Allah penuh! tapi husband dah pesan kalau ramai sangat takpayah la hahaha nanti petang kita gi jempol tapi dek sakit tak menahan ni menunggu jugak la, 10:30 lebih baru dapat masuk jumpa doktor! 10 kali terlelap atas kerusi tu haha
Masuk ke bilik doktor, "lahh pikah mata kau kenapa tu" XD sebaik doktor baik macam tu, kalau dah memang geram jugak kan sebab tunggu lama. lepas check semua, yelah bernanah pastu sebabnya pori bulu mata tersumbat hmmmmm alang alang dah jumpa doktor, minta la ubat batuk sekali.
Balik tu menangih lagi haha konsep hidup saya ni kalau sakit menangih, kalau marah diam :3 lepas dah makan ubat, pakai ubat titik alhamdulillah rabu baru elok sepenuhnya.
Btw isnin tu pergi aeon ye jalan jalan walaupun mata malas naj terbukak. begitulah ceritanya, lepas demam, sakit mata, sekarang batuk pun dah slowly gone. Allahuakbar baru tau nikmatnya sihat tu macam mana....
2 Comments
Nikmat sihat itu mahal kan. Jaga diri ok
ReplyDeleteSemoga cepat sihat ya pikah.. sy pun br baik demam.. tu pun masih x hilang sepenuhnya batuk ni
ReplyDeletePost a Comment