Assalamualaikum

PENGALAMAN PERTAMA KALI MENGUNDI DAN KALI TERAKHIR MENGUNDI DI P005! | Hi! bercinta betul kalau nak update blog ni, nak update tapi takde gambar yang sesuai nak masukkan kat blog, selalu ambil gambar ratio 16:9 dan 4:3 je huhu jadi tak cantik bila nak update blog. tapi disebabkan kisah kisah macam ni nak throwback satu hari nanti, jadi saya gagahkan juga bercerita dan selitkan gambar gambar yang kena dengan blog haha gitu pulak kan



PENGALAMAN PERTAMA KALI MENGUNDI DAN KALI TERAKHIR MENGUNDI DI P005!

Sepatutnya saya dah dua kali mengundi masuk kalini, tapi disebabkan 5 tahun lepas nama tak naik dek lambat pergi daftar so ni lah kali pertama dan terakhir saya mengundi di P005 Jerlun hehe sebab apa kali terakhir? kalau ada yang taktahu saya memang dah jadi rakyat Negeri Sembilan dan sekarang so saya decide untuk tukar alamat di IC ke alamat sini walaupun ramai cakap sayanglah kalau tukar bla bla yeeee sayang tapi susah bila mengundi asing asinh hahaha tak reti duk jauh dengan husband hmm

Saya balik ke Kedah dengan bas, naik khamis malam dan sampai jumaat pagi. macam biasa, bas pilihan saya Intercity walaupun kena sidai sejam lebih haha tapi takpa sebab bas tu selesa gila! sebelum nak bergerak ke terminal bas tu tergerak jugak di hati taknak balik hahaha tapi sebab dah janji dengan orang sana nak bertugas sebagai ejen tempat mengundi so dengan berat hatinya balik jugak

Disebabkan saya bertugas di saluran saya iaitu saluran 4 so lepas saya selesai jalankan tugas saya, saya terus mengundi haha. kejap je, tak sampai 5 minit sebab laju je semua, anak anak muda kan hahaha dah settle mengundi pergi makan kejap sebab kena masuk lagi sekali lepas tu.


Masa last saya jaga tu, tinggai 100 lebih je lagi yang takdatang mengundi daripada 600++ terkejut jugak dengan geng anak muda ni hahhaa seawai pukul8 dah datang, pastu tak henti henti pulak tu datang. masa 5 tahun lepas saya jadi juga ejen tempat mengundi ni tapi tak serancak PRU 15 hahaha

Lepas dah settle semua, saya pun balik. letih jugak tapi seronok! walaupun parti kitaorang tak menang, its ok hahahaha. ni lah pengalaman mengundi di tempat sendiri, lepas ni nak tukar alamat sini dah, taktahu la sempat ke tak nak mengundi DUN kat sini, harap harap sempatlah!

p/s ; tengah try kosongkan draft >< posting ni ditaip pada 26 November 2022 hehe