Assalamualaikum

ANEKA RESEPI DONUT VIRAL | Hi! sekarang memang kecoh kan pasal donut red velvet haha sampai husband saya tunjuk yang ada orang jual donut tu kat senawang "nak pergi tak yang" hehek tapi tulah saya rasa macam taknak pulak. haritu kawan ada tag kat posting resepi donut, so why not update sini :p

ANEKA RESEPI DONUT VIRAL

Donut Red Velvet



Bahan
270gm tpg gndum
3 sd besar gula
2 sd besar marjerin
1 sd besar susu tepung
2 sd kecik serbuk koko
1 sd kecik pewarna merah
1/2 sd kecik kfine/bread softener
1/2 sd kecik esen vanila
1 biji kuning telur
1 1/2 sd kecik yis segera
1/2 cwn air suam

Cara - cara
Satukn 1 sd besar gula, yis n air suam...kacau rata n biar kembang
Dlm bekas lain satukn bhn2 lain n baki gula...gaul rata
Masuk air yis n uli hingga doh lembut n licin
Perap hingga kembang sekali ganda
Tumbuk2 doh buang angin
Canai n terap/timbang 30gm, bulatkn n buat lubang ditghnya...biar sekejap n goreng
Ayak gula aising atas donut/celup ngn glaze cream cheese

Bahan glaze
1 cwn gula aising
3 sd besar cream cheese
2 sd besar fresh milk
Sdkt esen vanila
Whisk cream cheese
Masuk bhn lain n whisk sebati
Celup donut/paip atas donut

{kredit to : nor izan mustapa}

Donut Pandan



1. Masukkan dan kacau sebati bahan di bawah dan biar bancuhan mengembang @ naik atau lebih kurang 15 ke 20 minit ( klau yis tu x kembang,,yis tu dh x blh guna )
- 1/2 cawan air masak suam
- 1 paket yis
- 1 sudu besar gula ( jangan menimbun ya )

2. Masukkan ke dalam bekas @ besen utk menguli
- 4 cawan tepung gandum ( sy guna cap kompang )
- 2 sudu besar susu pekat ( jgn lebih nnt adunan x naik )
- 3 sudu besar majerin @ planta
- 1 sudu kecil garam ( sy guna sudu kfc yg kecil tu )
*** gaul @ uli bg sebati

Kemudian masukkan bancuhan yis td ke dlm besen tepung td skali buih2 yg mengembang tu..
Uli lg..kemudian masukkan 1/2 cawan air biasa uli lg klau bancuhan masih keras masokkan lg air..jgn bnyk2 tau..sikit2...
Uli sehingga x lekat pda tgn dan besen dan tepung td menjadi 1 doh..
Tutp bekas doh menggunakan kain lembap sekurang2nya 30 minit @ doh kembang

Lepas tekap acuan..biar donut kembang dlu dlm 15 minit baru goreng..

Tabur tepung waktu menggolek supaya x melekat,dan dalam dulang utk letak donut kena tabur tepung jgk..

** utk donut berwarna @ perisa,masukkan perasa & pewarna ke dalam air biasa td,,kcau sebati,,sukatan agak2 ja..
** boleh pelbagaikan perasa ya..

Nota :- berdasarkan pengalaman
- jgn terlalu manis bancuhan x naik
- tepung gandum jgn cmpur jenama...guna 1 1 jenama ja..

Kredit: Noraini Abu Othman

Donut Susu



Bahan - Bahan
Yis 1peket..*
Gula 2sdb..*
Air suam 1 1/2cwn... *
Satukan bhn diatas perap setengah jam/sampai berbuih..

Tepung gandum 1kg..
Marjerin 3sdb..
Baking Powder 1sdk..
Susu tepung 3sdb..
Telur sebiji..
Susu pekat 2sdb..
Satukan semua bhn.. Gaul2..
Last masukkan bancuhan yis..
Uli sampai elastik.. Jgn tmbh tpg klu lembik.. Uli je smpi x lekat kt tgn.. Nk doh yg lembut/ringan jgn tmbh tpg k...
Perap 30/45mnt..
Tumbuk doh... N uli lg..
Baru bentuk.. Dh bentuk bg rest lg dlm 20mnt baru goreng api sederhana je..
Tggu sejuk baru golek dlm susu tepung k..

*Susu tepung tu kak min guna susu ank jer.
Susu Everyday..

Untuk salutan susu..
Susu tepung 1cwn..
Gula castor setengah cwn...
Gaul bhn diatas.. Boleh lh golek kan donut dlm susu tpg.. Ok siap.. 😊

kredit Puan Habsah Ngah

Donut Maggi



Bahan-Bahan:

2 Bungkus Maggi
2 Batang Sosej } Potong Dadu
4 Biji Telur } Pukul Sebati
2 Pek Serbuk Maggi

Bahan Butter:

1cawan Tepung Gandum
1 Cawan Air + 2 Sudu Besar Air
Sedikit Garam
Sedikit Lada Sulah
*serbuk Roti Secukupnya

Sebatikan semua bahan di atas kecuali yang bertanda *.Kalau masih pekat tambah sikit lagi air. Jangan terlalu cair ye, buat macam kita goreng pisang.

Cara Buat:

1. Rebus maggi hingga ia kembang, kemudian toskan. Masukkan telur, sosej dan juga serbuk perencah maggi ke dalam maggi. Gaul hingga sebati.

2. Panaskan kukusan. Sapukan acuan dengan sedikit minyak (apa-apa acuan yang mempunyai lubang ditengah).

3. Masukkan adunan maggi tadi di dalam acuan, kemudian boleh la dikukus. Kukus selama 12 minit, untuk acuan seri ayu kukus 5 minit je.

4. Bila dan masak, angkat dan boleh la dikeluarkan dari acuan.

5. Panaskan minyak di dalam kuali. Celupkan seketul maggi yang dah siap kukus tadi ke dalam adunan butter hingga rata.

6. Kemudian, salutkan pula dengan serbuk roti, salut hingga rata semua. Boleh la digoreng, biar hingga warna keemasan dan boleh la diangkat.

7. Siap, boleh la dihidangkan bersama cili sos kegemaran anda.

Kredit: Aznie Khasri

Donut Ranggup Diluar Lembut Didalam



Bahan-bahan:
.
▶️ 1 peket yis mauripan
▶️3 cawan tepung gandum
▶️3 cawan air suam
▶️3sb gula ( nak manis boleh tmbah gula ikut hampa suka manis tahap mana,ain suka kurang manis sat lagi gaul dgn gula juga)
▶️3sb susu pekat
▶️2sb marjerin
▶️1biji telur
▶️Gula halus atau gula aising ( untuk gaul donut nanti)

Cara-cara:
.
▶️ Cairkan marjerin,bila dah sejuk tambah telur pukul sikit dan ketepikan dulu
▶️Gula dan susu pekat disatukan didalam air suam,kacau hingga larut,masukkan yis,kacau lagi,biarkan dalam 10minit.
▶️selepas 10minit yis akan naik berbuih2,masukkan marjerin yang dah bercampur dengan telur,kacau.
▶️ Selepas tu boleh masuk kan bahan2 semua ke tepung gandum,uli sampai jadi doh.
▶️Dah jadi doh,rehatkan doh tu dalam 30minit.
▶️Dah rehatkan doh,uli tumbuk2 bagi buang angin, selepas tu boleh buat lar bentuk bulat macam bola,susun kat talam jarang2(tabur tepung sikit)
▶️Dah siapkan bentukkan bulat2,biarkan dalam 10-15minit macam tu,bagi kembang elok baru lar goreng.
▶️Goreng dalam api yang serdahana
▶️Dah siap goreng gaulkan dengan gula halus or gula aising.
▶️Siap!

Kredit: Nur Aien

Donut Inti Coklat




150 gram tepung high protein + 100 gram tepung gandum=250 gram
40 gram marjerin/butter
2 sudu besar susu tepung
40 gram gula kastor
6 gram yis
1/2 sudu kecil bread improver
1/2 sudu kecil bread softener

1 biji telur+air sejuk jadikan anggaran 130 ml-150ml

*jika nk gantikan dgn pelembut lain abaikan di atas

-masukan bahan cecair dulu baru bahan kering tekan menu no 8 utk dough.tekan start.
-uli 2x hingga elastik,
-bahagikan doh,bulat2 kan isi coklat coin berys.
-biarkan doh naik 2x ganda br goreng.

Kredit: fazz liana

Donut Kentang



1 biji kentang ( saiz sederhana direbus & dilenyek)
2 cawan tpg gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar planta @ marjerin
1 sudu besar yis
1 sudu kecik garam
2 sudu besar gula
Air suam secukupnya ( saya pakai lebih kurang 1 1/2 cawan)

Cara membuatnya :-
Campurkan yis & gula dlm air suam dan biarkan yis mengembang...
Dalam satu bekas... Campurkan semua bahan2 lain dan ramas2 sehingga menjadi seperti serbuk roti...
Kemudian, masukkan air suam & yis yg telah kembang tdi di dlm tepung... Uli sehingga sebati & xlekat di tangan...
Setelah itu, masukkan ke dlm bekas & ttup dgn tuala basah... Biarkan adunan mengembang selama lebih kurang 1 jam...
Setelah 1 jam... Keluarkan adunan... Uli2 sedikit... Kemudian bahagi kan adunan dan bulat2 kan dahulu... & bentukkan donut... Saya bentuk dgn jari jer...
Dah siap semua dibentuk... Biarkan lebih kurang 5 ke 10 minit, baru goreng...
Siap digoreng, salut dgn gula... Sedia untuk dihidangkan...

Kredit: Nadia Ismail

Donut Anti Gagal



Bahan-bahan :
1/2 kg tepung gandum apa je brand x kesah
1/2 peket yis yg 11gm tu
1 sudu mkn Ovallette (klu Ovallette xdo gandakn kuning telur tu ya)
1 biji kuning telur
1 sudu mkn gula
1 sudu mkn planta, klu xde jga guna je minyak
Secubit garam
Air dia sebenar nya sis agak2 ja... Amik 1 cawan ja la dulu...

Cara-cara :
1.Mula2,... Larutkn 1 cawan air suam, yis, gula Biarkn seketika..
2.Lepas tu.. Tepung gandum, planta, telur, garam dan Ovallette gaul ja sebati semua..
3.Lepas tu tuang la larutan yis tadi... Uli smapai doh xlekat kt tgn... Klu doh keras lgi boleh la tambah sikit2 air ya... Sis TAK PERAP ya.. Sis terus canai je bentuk donut.. Sis guna acuan donut, klu xdo boleh tekap guna mulut cawan, utk tengah2 tu guna penutup botol mineral or penutup botol minyak yg 1kg tu hihihi... Guna ja apa yg boleh lt rmh tu.. Janji bentuk donut hahahha...
Jgn lupa tabur tepung kt talam ya bg doh tu xlekat nnti bila dia dah kembang dgn jaya nya...
4.Lepas siap canai semua sis biarkn dulu kembang kejap dlm 10 ke 15 minit gitu... Lepas tu boleh la goreng..
5.Utk adunan sis ni boleh dpt dlm 30 biji donut comel2... Tapi sis kali ni buat dua versi. Separuh letak inti kacang merah dan separuh lgi buat donut biasa.

Credit : Mar Che (MAHN)

incase kalau ada resepi korang kat sini saya mintak halal ye post kat sini, kalau nak suruh delete boleh bagitau hehe. ok bye! semoga bermanfaat!