BILA KAU KAHWIN DENGAN ORANG NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum

BILA KAU KAHWIN DENGAN ORANG NEGERI SEMBILAN | Hi! Salam ramadhan ke 18 😆 baru nak update blog ye. Sebulan sekali je update blog ni, tu pun bukan cerita apa hahaha apa ubat ye nak bagi rajin macam dulu? Makin malas sejak dua menjak ni.

BILA KAU KAHWIN DENGAN ORANG NEGERI SEMBILAN

Korang mesti pening kan fikir hari hari nak berbuka apa, nak masak apa. Yeee tahun ni saya pun macam tu! Sebelum ni memang bazar jelah, paling rajin pun buat kuih sikit.

Tapi yang bestnya tahun ni baru beberapa kali berbuka dekat rumah sendiri 🤣 yang lainnya berbuka rumah mak mentua. Hehehe biasalah dekat kan, berkumpul berbuka sesama best jugak!

Macam biasa lah kalau negeri sembilan ni sinonim dengan apa, masak lemak cili api which is dipanggil gulai. Kalau saya kat kedah gulai is kari haha 😂 ada satu hari tu, menu memang semua masak lemak! 

Dulu masa mula kahwin tak kena tekak juga la masak lemak ni, tapi sekarang dah ok sikit. Daging salai pun dah makan, ayam salai je takboleh telan lagi. Haaa nak tengok menu kitaorang malam tu?

Hahaha tinggal gulai udang je takde 😆 harini berbuka rumah mentua lagi, kang tengoklah apa menunya. Tapi takjanji lah nak update haha! 

Okbai dan selamat berbuka ✨

Post a Comment

5 Comments

  1. mak aaaiiii!! mak akak pun org n9 haha tapi xde la sampai semua pun lauk lemak oiii :p mau berlemak dibuatnyaaa... eh eh selamat berbuka fyqah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kebetulan je tu kak, sil pun masak tu dia hantar sikit 😆

      Delete
  2. uish..ni mesti podeh ni. tak taulah apa jadi dengan saya yang tak tahan pedas ni kalau kahwin orang nogori. haha

    ReplyDelete
  3. Orang negeri wajib ada masak lemak ini.. Laju je diorang makan..

    ReplyDelete