24 JAM DI MELAKA!

Assalamualaikum

24 JAM DI MELAKA! | Hi! Lama tak cerita kisah jalan jalan kat blog. So rabu lepas, tanpa rancang lama kitaorang terus decide nak ke Melaka, short getaway githew haha mulanya selasa tu nak terus pergi je, time tu memang bawak diri jelah, tapi bila fikir balik jelah dulu.

btw im typing this at 01:00 v,v


24 JAM DI MELAKA!

Malam before pergi tu kitaorang (me, husband & sil) macam jadi ke besok? Ha jadi jelah! Terus cari hotel tapi takbook lagi haha. Hari kejadian, katanya nak bertolak awal, pukul9 tapi dah kalau melayu sejati ni takboleh buat apalah, pukul10.15 macam tu baru gerak rasanya.

Dalam kereta nak book hotel melalui booking, taklepas sebab security number kad hantar kat number lama which is kitaorang mmg takpakai dah number tu. Ha sudah! Tak jadi ke percutian ni? Hahahaha

Walaupun masih tak dapat hotel, kitaorang teruskan perjalanan dan sambil cari. Alhamdulillah dapat jugak, tapi bukan hotel tapi apartment. Oklah sebab bertiga kan. Check in pukul 2, kitaorang sampai pukul 1 lebih, gi makan dulu asam pedas alang alang sampai Melaka haha padahal owner cakap boleh je nak check in awal. Kitaorang makan di Asam Pedas Selera Kampung.

Dah settle makan, gi mall pulak cari bath bom 🤣 sebab ada bath tub dalam apartment kitaorang tu. Pdahal takde pun kt mall tu, kitaorang teruskan perjalanan ke kedai yang kitaorang search kat shopee. Misi selesai! Terus gi checkin.

Apartment kitaorang book ni Silverscape Residence, Melaka. Mula mula pening jugak 😂 selalu hotel takdelah ketat sangat dia punya security, tapi sebab ni apartment kan. Kitaorang masuk lift, tekan tingkat kitaorang, eh bila sampai tak terbuka 😂😂😂 rupanya sebab tak touch id card 🥲

Bila dah sampai je bilik fuh lega! Round tengok semua pastu terus turun kolam, nak mandi haha. Masa kitaorang turun tu takramai pun, kiranya ada la penjarakan tu. Btw nak masuk pool tu takboleh pakai tshirt 😂 kenapa eh?

Sambil sambil mandi tu, tetiba lapar haha! Kitaorang pun decide la nak order delivery food. Petang tu texas chicken menjadi pilihan kitaorang. Sedap iler dia punya ayam haha. Pastu maghrib, isyak rehat kejap barulah keluar semula.

Mulanya nak terus gi makan tapi macam masih kenyang dan kedai penuh. Teruskan perjalanan ke Dataran Melaka, mula nak tengok beca je ehh tiber naik Menara Taming Sari 😂 1 tiket dewasa RM17 & dapat mineral 1. Bagi saya tak berbaloi 😅 pastu dah turun tu, naik beca pulak, RM25 1 beca, sebab kitaorang ni semua comel comel terpaksa lah naik sorang 1 haha.


Dah penat tengok abang beca mengayuh, sekali kitaorang rasa penat, gi lah makan malam pukul10 lebih ye kat Teratak Ayah Bonda Cafe, bersebelahan Sungai Melaka. Sambil makan sambil tengok cruise lalu. Lepas dah settle makan, singgah CU mart kejap, beli untuk sarapan esok.

Keesokkan harinya, malas nak keluar cari sarapan, makanlah makanan yang dibeli semalam. Pastu pukul 10.45 macam tu kitaorang check out dan terus mencari sarapan yang lain 😂 Kitaorang singgah Roti Canai Kayu Arang untuk sarapan. Lepas makan terus ke Pantai Klebang, takde buat apa pun just duduk pastu blah haha


Lokasi terakhir sebelum balik, singgah makan tengahari. Yeee makan asam pedas lagi! Kalini kitaorang makan di Asam Pedas Pak Man. Lepas settle makan, beli buah tangan sikit, teruslah pulang ke Negeri Sembilan.

Sempat lagi singgah beli Starbuck sebelum balik 😂 macam biasa, iced caramel machiato lah pilihan saya hehehe. Balik tu terus rasa tulang nak terkeluar dek letih hahaha tapi best! Harap ada rezeki lagi nak berjalan sebelum puasa 🤪🤪🤪

Okie bye! 

Post a Comment

0 Comments