TAK TIDUR LAYAN DIA.. ISTERI LUAR BIASA!

Assalamualaikum

TAK TIDUR LAYAN DIA.. ISTERI LUAR BIASA! | Hi! nak cerita pasal semalam, asyik sangat tengok drama sampai lupa nak tidur sampai lepas subuh! adoi 😂


TAK TIDUR LAYAN DIA.. ISTERI LUAR BIASA!

Petang semalam, saya macam bosan taktahu nak buat apa, bukak la youtube. dah selalu jugak drama Dia.. Isteri Luar Biasa ni lalu kat recommendation tapi buat buat tak nampak je

rasanya selalu sangat naik sebab saya selalu cari video syukri yahya 🤪 kan sekarang dia ada drama dengan uqasha senrose! ha drama tu pun layan jugak 🤣 hidup dengan drama jelah kan~

okay back to the story, tertengok 1 episod DILB sebelum gi beli juadah. macam best, sebab ada syukri kot 😂 bila syukri berlakon la kan, vibes drama tu jadi lain tau. jadi best pastu sweet nakal dia semua bersahaja haha

walaupun ni drama lama, tapi dulu saya tak tengok. jadi ni lah first time saya tengok. best, takbosan kalau part syukri dengan fathia. dan dalam drama ni syukri bijak 😂 tak macam 7HM yang mana semua dia ikut je cakap orang hahaha



watak fathia pun best! dorang berlakon nampak bersahaja sangat, pastu mulalah sengeh sorang sorang 🤣 dari 1 episod then saya habiskan 26 episod terus! memang ada skip part yang takbest hahaha, nak tengok syukri & fathia jekk 

overall saya kasi 4/5 untuk drama ni! bestnya dapat mak mentua baik hahaha tiberrr. korang ada nak suggest tak drama apa yang syukri yahya berlakon yang best best?

Post a Comment

2 Comments

  1. Sebijik perangai macam kakak saya hahaha, layan drama shukri yahya ni sampai tak tidur malam malam hahaha. Bila dah minat kan.

    7 Hari Mencintaiku 1 dan 2
    Andai Takdirnya or something like that
    Hantu Punya Boss
    Lagi satu apa tah miss langkawi ke apa benda lupa hehehe

    ReplyDelete
  2. x terlayan wak nk tgk drama tv nih., ;p

    ReplyDelete