Subscribe to my Newsletter

CASING RM0.33 FREE POSTAGE KAT SHOPEE!

Assalamualaikum

CASING RM0.33 FREE POSTAGE KAT SHOPEE! | Hi! nak story sikit la kan, since saya ni memang gila betul dengan casing. pantang nampak murah, mesti nak beli haha! dan skrg terkena pulak racun casing murah tahap sebijik kuih kat shopee! banyak kali dah beli casing sen sen ja tapi yang ni paling cun haha


saya taktahu la korang perasan atau tak tapi memang setiap bulan shopee buat sales mesti ada sekali sales ni haha tapi bukan semua casing la ada, selalunya iphone jela *eee rasis!* contoh macam bulan mac ni kan, sales tu dipanggil 33sen XD kalau bulan 12 punya hari 12sen! ha gitulah sampai habis duit kita kena racun dengan shopee.

saya sebenarnya tengah puasa nak beli casing, sebab baru baru ni dah beli kat mr diy, tapi kalau harganya 33sen, sapalah dapat tahan.. terbeli juga la akhirnya kat baby grey saya ni, takpercaya 33sen & free pos?


percaya kan? hahaha tapi selalunya kalau beli yang harga sen sen ni lambat betul sampai, tapi kalini laju berdesup sampai walaupun dari china! saya beli 3/3, 7/3 dah sampai weh! macam barang dari Malaysia pulak haha. jadi bila dah sampai kemain excited la nak tengok kan...


hi Mr Hu! haha


macam biasa, dalam plastik je tapi takrosak ke apa


comelkan! hahaha nampak mahal pulak tu :p


yay baby grey dapat baju baru!

berbaloi la kan dengan RM0.33 je dah dapat 1 casing? tapi memang boleh beli 1 je haha kang kalau unlimited mulalah orang beli jual balik dengan harga yang diluar dek akal. kalau korang rajin tengok bhagian tu, bukan ada casing je tapi banyak benda lain. 

memang gila kan kalau usha shopee ni, dari taknak beli terus rasa nak beli haha! korang pernah takbeli barang harga sen sen free pos kat shopee? kalau takpernah tunggu sales april pulak ehh :p


oh by the way, nak tanya agak agak kalau buat giveaway kat blog masih ada ke yang nak join eh? haha






Post a comment

3 Comments