Subscribe to my Newsletter

SEDAP SANGAT KE KITKAT GOLD SAMPAI ASYIK SOLD OUT?!

Assalamualaikum

SEDAP SANGAT KE KITKAT GOLD SAMPAI ASYIK SOLD OUT?! | Hi! kembali bersama rancangan, saya menaip awak yang teringin haha! so beberapa minggu lepas, saya ke satu kedai ni tetiba ternampak satu benda yang asyik sold out je bila cari dannnnnn masa tu pun tinggal satu je dalam peti ais tu.


disebabkan ada satu je, terus ambik nak bayar sebab alang alang tengah beratur nak bayar haha! harga RM4.50 macam tu. sama jelah harga dengan aiskrim kitkat yang coklat tu. oh ya, kalau korang nak tau saya memang peminat kitkat.

tapi saya kurang suka aiskrim kitkat yang ada kitkat dalam tu sebab kitkat tu rasa lemau. alamak tercerita benda lain pulak XD jadi bila dah beli, masa kat parking terus nak makan. yelah kalau nak bawak balik rumah kang cair pulak ha, ni tengah keras elok yummy lah hehe


kalau dilihat dari packaging, menarik dan memang nampak kitkat disitu haha. tapi saya takboleh terima kalau aiskrim saya tekstur macam dalam gambar tu, eh kemain bergerutu hahaha! pada saya harga aiskrim ni kenalah dengan kebesaran aiskrim ni, sebab besar dari aiskrim yang biasa.


nampak tak, betul betul kat jalan ni saya makan hahaha sebaik takda orang time tu sebab tengahari! tapi kalut juga la makan cepat - cepat takut abang polis datang duk tepi ha habislah 1k hahaha.

for me rasa dia sedap, tapi memang manis gila!!!!! so syaa tahu lah sebab apa asyik sold out, sebab sedap! ada juga yang saya baca, yang aiskrim ni rasa macam tealive bisscoff. tapi saya takboleh nak komen bab tu sebab tak sempat nak minum tealive tu muahaha

so korang dah try belum aiskrim ni? rasanya kebanyakkan tempat dah ada kot, ni pun saya try masa sebelum PKP.

okie bye! 





Post a comment

4 Comments

  1. baru rasa kelmarin. rasa macam aiskrim nestum gitu. okaylah. manis takyah cakaplah....

    ReplyDelete
  2. Teringin pula nak cuba lepas tengok ramai yang buat review aiskrim ni.

    ReplyDelete
  3. ramai dok update..tp tk sempat try lg

    ReplyDelete