Subscribe to my Newsletter

RESEPI LASAGNA ROTI VERSI MUDAH

Assalamualaikum

RESEPI LASAGNA ROTI VERSI MUDAH | Hi! haritu ada share resepi lasagna roti yang saya ambil dari FB tapi kalini resepi yang saya sendiri buat 😂 boleh ke macam tu? hahaha

selalu nak beli macam mahal dan rasa tak kena dengan tekak kan? ha kalini buat sendiri, inti banyak dan memang puas! ok jom start

Resepi Lasagna Roti (untuk 2 bekas)

Bahan - Bahan :

✨ Inti 

½ biji bawang holland

3 ulas bawang putih

400gm daging cincang

6 sudu cili giling

1 tin cendawan butang (dihiris nipis)

2 sudu sos pasta 

½ sudu garam & gula


✨ Sos putih

2 sudu butter

500ml susu segar

2 sudu tepung gandum

lada hitam dan garam

2 keping cheedar cheese


✨ Lain lain bahan

8 keping roti gardenia

Cheese (mozarella atau cheedar)


Cara - cara :

✨ Inti

Tumiskan bawang putih dan juga bawang holland hingga sedikit layu, masukkan daging dan masak sehingga bertukar warna. Masukkan cili giling dan masak sehingga pecah minyak, dan tambahkan sos pasta serta cendawan butang. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga kuah hampir kering dan biarkan sejuk

✨ Sos putih

Campurkan tepung gandum dan susu di bekas berlainan sebelum dimasukkan ke dalam butter yang dicairkan didalam kuali. Kacau sehingga likat dan masukkan cheese serta lada hitam dan kacau sehingga sebati dan biarkan sejuk.

✨ Lain lain bahan 

Potong tepi roti & lenyekkan sehingga nipis. jika inginkan efek crunchy bolehlah bakar terlebih dahulu & boleh sahaja terus digunakan.

Cara - Cara untuk Lapiskan Lasagna Roti

✨ Tuangkan inti dan ratakan

✨ Tuangkan sos putih

✨ Letakkan roti 

✨ Cheese pilihan anda

dan ulang sehingga bahan habis. pastikan lapisan paling atas adalah cheese okay!

Bakar lasagna roti pada suhu 200°c selama 30 minit didalam oven yang telah dipanaskan!


Okie ready to eat 🤤


Post a comment

5 Comments

  1. tak pernah try pula, nampak macam senang nak buat lasagna ni.. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  2. suka lasagna..tp yg slalu buat adik ipar..yg versi roti pernh juga tgk org share

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaa lasagna letak cheese lebih...

    ReplyDelete