shfyqhazhr
  • Home
  • Feautured
  • Review
  • Features
    • Kehidupan
    • Hiburan
      • Lirik Lagu
      • Drama
      • Kdrama
      • Film
      • Category 5
    • Makanan Sedap
    • Perkongsian
  • Contact Us

Assalamualaikum

BERKEBUN DI HARI JUMAAT! | Hi! terbuka juga hati nak update blog haha apa ceritalah dengan 30 Days Blog Challenge saya tu. nanti la saya sambung xD kita kan hanya mampu merancang. so harini nak cerita pasal pagi tadi.

selalu pagi pagi pergi morning walk tapi pagi tadi pulak terlajak tidur hahaha jadi kita teruskan jelah hari yang taksihat dengan sarapan roti canai telur. makan kat kedai je, fuh nikmat dia lain macam eh berbanding bungkus makan kat rumah haha.

bila dah balik dari makan roti canai tu, si budak kecik ni ajak berkebun pulak. layankan jelah memikirkan sekolah pun dah nak bukak kan. dah dua hari saya cat pagar kat rumah ni, fuh letih dia lain macam jadi harini buat yang santai santai sajalah

settlelah menanam dua bekas terung dan 1 bekas bendi tapi lupa pulak nak ambik gambar, sempat buat story ig je haha. disebabkan ada lebihan tanah, saya pun topup la tanah tanah yang kurang kat pokok cabai yang ada, then cakar sampah yang ada haha

sekarnag musim kemarau la kan, daun jatuh macam takda hari esok! geram ye kadang kadang hahaha dengan sekarang ni kat sawah dorang tengah bakar jerami dan putaq tanah xD takda yang menarik pun tapi tengoklah mini kebun yang arwah mak tinggalkan :)





malas nak edit hahahaha oklah bye!


Assalamualaikum

SAYA SUDAH! #VAKSINCOVID19 | Hi! rasanya semua tahu yang vaksin covid19 dah sampai Malaysia! jadi semalam saya dah daftarkan nama saya sebagai salah seorang penerima vaksin tersebut.

Daftar Guna MySejahtera

disebabkan saya bukanlah barisan hadapan ataupun orang penting untuk Malaysia jadi tak mungkin la dapat yang peringkat 1 😂 tapi tak kisah la, tetap nak daftar cepat cepat jugak! eh bantuan rakyat boleh daftar cepat, takkan vaksin takboleh 😆

so semalam bukak aplikasi MySejahtera dan disuruh update. saya pun terus update dan bila bukak, naiklah sebegini


nampak kan bahagian "Covid 19 Vaccination"? kat situlah korang boleh daftar sebagai penerima vaksin 😊 meh nak tunjuk selebihnya!


pilih "Vaccine for ........"

check details korang elok elok, nama, nombor ic & no phone! kalau semua betul klik ''confirm"


pastu klik "ok"

yay dah berjaya daftar! then klik "next"


rasanya sini tak wajib tapi saya buat juga 😂 klik "click here" dan jawab soalan macam kat bawah


submit dan settle!


senang je kan? tapi ni cara untuk daftar pakai mysejahtera la. cara lain yang korang boleh daftar adalah melalui klinik, website dan juga hotline. pilihlah yang mana korang rasa mudah 😅

untuk makluman korang jugak, Petang ini akan berlangsung Pelancaran Fasa Pertama Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri @MuhyiddinYassin

Majlis ini akan disiarkan secara langsung di Bernama TV, RTM, TV3, Astro Awani dan FB KKM. #LindungDiriLindungSemua


ok bye!


Assalamualaikum

POSITIF COVID19?! | Hi! macam mana eh nak mulakan blogpost kalini 😅 tadi pagi, tengah usha usha status kat whtsapp ternampak status adik, jarang dia update status kat whatsapp 😅 bila tengok macam pelik je tempat diani.

lepas tu, ambik phone cousin terus whtsapp dia. tapi bukan macam saya yang whtsapp la, macam cousin yang tanya 😂 beginilah conv 'mereka' padahal saya yang typekan 😂

harini baru dapat tahu yang adik positif covid 19 🥵 last dia balik Kedah, dua minggu sebelum tarikh sepatutnya majlis tunang saya. seminggu sebelum tarikh majlis dia takbalik sebab ingatkan nak balik minggu saya tunang tu la, PKP pulak 🤣

kiranya dah sebulan lebih saya takjumpa dia. dia kerja kilang di Penang, memang kebolehjangkitan tu sangat tinggi la. dulu masa setiap minggu dia balik tu, risau jugak 😂 sampaikan bila dia sampai rumah terus suruh dia letak baju dalam mesin basuh dan mandi. basuh baju dia asing dari orang lain haha

terpanjang pulak bercerita, bila dia cakap dia positif terus saya whatsapp dia. konon kononnya cousin kitaorang la yang bgtau dia positif 😂 bila ditanya kenapa takbgtau yang dia positif, dia cakap "bukan adik ada balik sana pun" 🤨🙄

kitaorang memang jarang whatsapp haha kecuali awal bulan, dia bankin duit untuk kegunaan rumah. lagipun sebelum ni setiap minggu dia balik, kalau whatsapp pun tanya balik hari apa semua. tapi skrg kan pkp, takkan nk tanya soalan macam tu pulak 😅

tapi syukur alhamdulillah, adik bgtau yang tempoh kuarantin dia dah nak habis. adik hanya kuarantin di pusat latihan zakat kepala batas, bukannya di hospital. kiranya dia bukan kategori teruk, risau jugak sebab dia perokok tegar 😅

tadi ada kawan bagitau, dia kerja satu kilang dengan adik. dah 3 kali buat swab test 😂 lubang hidung dah boleh ganti dengan lubang hidung lembu 😭😂😂 semoga Allah sentiasa melindungi mereka.

walaupun kes nampak makin menurun, kita twtap kena jaga sop yang ditetapkan, jangan leka, kita kena menang macam dulu. jaga diri semua! ✨


ps // im in a good term with my adik but kami jarang bercakap even masa dia still stay kat rumah 


Assalamualaikum

KFC GOLDEN BUTTER CEREAL |Hi, happy weekend! pagi pagi dah bercerita pasal makanan ye 😂 saya taktahu la korang dah cuba ke belum menu kfc yang ni, sebab sekarang dah ada yang lagi baru which is burger ZERO tu.

so haritu lepas beli barang, terfikir nak beli apa nak makan tengahari sebab dah malas nak masak sebab penat beli barangkan 🤣 alasan kemain kan hahaha so terfikirlah nak makan kfc since lama tak makan.

mula tu nak beli yang snack plate biasa tu je, ah maleh betul dengan tak tetap pendirian ni, dah kat depan kaunter tetiba pi order yang golden butter cereal 🥴 bau menu ni memang menusuk kalbu! 

on the way balik ke rumah memang rasa macam nak singgah tepi jalan makan dulu la disebabkan bau sedap dia tu, tapi malangnya huhuhu

beginilah rupanya golden butter cereal tu. bukak bukak alamak ada daun kari 😂 sah sejenis sawadeee ni😫 makan sekali, peh takleh pergi wehhhh! try ambik nasi dan makan dengan ayam tu, fuh better sikit. habis jugak la seketul 😂 yelah lapar kan? kira halal la 

saya ambik yang 2pcs dan upgrade air milo large so total lost rm18. kalau tanya saya akan repeat atau tak menu ni, jawapannya tak 😂 memang betul lah orang cakap, ayam kfc yang hot&spicy tu jugak la sedap hahaha. btw jangan tanya kenapa tak beli ayam mcd, kampung saya ada kfc je 😂 oh btw, kfc ada buat promo, beli 2 menu rm9.90 👇🏽

ok bai!

Assalamualaikum

BARANG DIHANTAR JNT PECAH, ROSAK??! | Hi! haritu kan viral sana sini yang JNT bermasalah, kebetulan haritu memang takda benda nak beli 😅 tapi teringin nak tau betul ke bermasalah.

jadi saya pun ambik la keputusan untuk beli barang dari shopee dan guna courier JNT sebab nak tau macam mana keadaan barang tu bila sampai dan ingatkan nak tanya sendiri abang JNT yang selalu datang tu betul ke tak.

oh ya, kebetulan hari ahad lepas saya ada lalu area JNT Jitra Kedah, peh barang sampai ke luar! dasyat betul. mana taknya, sekarang semua beli barang online kan? kerusi plastik yang macam kat kedai pun beli online, mesin basuh pun beli online 😂🤣

ok back to story, saya pun belilah barang kat shopee, memang nak beli pun barang tu tapi takut jugak kan kang datang rosak ke apa 😂 tapi redha jelah. barang tu dipos dari Penang dan saya di Kedah. selalunya kalau PNG-KDH memang sehari je dah sampai... tapi kalini....

4 hari jugak la barang baru sampai. tapi takpelah, saya kalau barang tak urgent tak meroyan sangat 😂 tapi malang sekali masa barang sampai, saya takda kat rumah. takdapat tanya abang JNT tu hahaha. selalunya dia datang lepas maghrib 😂 taktahu la haritu awal pulak dia datang hantar.

saya beli 3 barang ni dan alhamdulillah semua dalam keadaan baik. dan tripod tu sangat recommended kalau korang nak record video ke ambik gambar ke sebab memang kukuh sangat 😍 bluetooth shutter & enlarge screen tu beli sebab nak cukupkan shipping 🤣

lepas saya beli tu, baru saya dapat tau yang JNT bermasalah ni kat Perak, Selangor & Johor 😂 dah ekau kat kedah sibuk jugak nak menyoping ye hahahah! sebaik beli barang yang memang boleh digunakan 🤪 nak saya review barang yang saya beli one by one tak?!


ok byeee ✨ 

Assalamualaikum

RESEPI LASAGNA ROTI VERSI MUDAH | Hi! haritu ada share resepi lasagna roti yang saya ambil dari FB tapi kalini resepi yang saya sendiri buat 😂 boleh ke macam tu? hahaha

selalu nak beli macam mahal dan rasa tak kena dengan tekak kan? ha kalini buat sendiri, inti banyak dan memang puas! ok jom start

Resepi Lasagna Roti (untuk 2 bekas)

Bahan - Bahan :

✨ Inti 

½ biji bawang holland

3 ulas bawang putih

400gm daging cincang

6 sudu cili giling

1 tin cendawan butang (dihiris nipis)

2 sudu sos pasta 

½ sudu garam & gula


✨ Sos putih

2 sudu butter

500ml susu segar

2 sudu tepung gandum

lada hitam dan garam

2 keping cheedar cheese


✨ Lain lain bahan

8 keping roti gardenia

Cheese (mozarella atau cheedar)


Cara - cara :

✨ Inti

Tumiskan bawang putih dan juga bawang holland hingga sedikit layu, masukkan daging dan masak sehingga bertukar warna. Masukkan cili giling dan masak sehingga pecah minyak, dan tambahkan sos pasta serta cendawan butang. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga kuah hampir kering dan biarkan sejuk

✨ Sos putih

Campurkan tepung gandum dan susu di bekas berlainan sebelum dimasukkan ke dalam butter yang dicairkan didalam kuali. Kacau sehingga likat dan masukkan cheese serta lada hitam dan kacau sehingga sebati dan biarkan sejuk.

✨ Lain lain bahan 

Potong tepi roti & lenyekkan sehingga nipis. jika inginkan efek crunchy bolehlah bakar terlebih dahulu & boleh sahaja terus digunakan.

Cara - Cara untuk Lapiskan Lasagna Roti

✨ Tuangkan inti dan ratakan

✨ Tuangkan sos putih

✨ Letakkan roti 

✨ Cheese pilihan anda

dan ulang sehingga bahan habis. pastikan lapisan paling atas adalah cheese okay!

Bakar lasagna roti pada suhu 200°c selama 30 minit didalam oven yang telah dipanaskan!


Okie ready to eat 🤤



 

LIRIK LAGU ADAKAH INI MIMPI - REEDZWANN

Pada mulanya ku sangka dirimu

yang terbaik untuk diriku

awalnya aku berharap padamu

selamanya ada di samping ku

mungkinkah itu semua 

hanya mimpiku


manisnya kenangan saat bersamamu

kini terpaksa melepaskan mu

biar ku mencuba sedaya upaya

menerima segala kenyataannya

biar kan kau pergi demi bahagia


indahnya bintang berkelipan

hati tersiksa menahan luka

walaupun kini ku di sakitkan

ku tetap berdoa engkau bahagia

bersama dirinya aaaaaa

insan yng kau cinta


Assalamualaikum

MALAS UPDATE BLOG SEBAB DAH BOSAN | Hi! aduh dah tersasar jauh sangat daripada misi sebenar 😂 biasalah kita manusia biasa, yang hanya mampu merancang sebaliknya Allah yang tetapkan.


sebenarnya misi bulan ni nak rajin update blog sebab nak banyakkan entry & naikkan pv serta earning adsense 🤪 selalunya kalau saya buat ketiga benda ni, memang adsense saya naik walaupun takbanyak tapi ada haha

tapi masalahnya sekarang, nak update je ada je benda lain nak buat 😂 sekarang pulak, pakcik saya tengah buat chemo eh gitu ke eja dia, so saya kena gi hantar ambik dia. walaupun nampak mcm alah apa sangat tapi saya letih 😂

kadang kalau hari tak chemo saya pulak sibuk nak try resepi itu ini 😆 alang alang ada oven kat rumah, memang hari hari nak guna jekkk! 

30 days blog challenge saya pun tergendala sebentar 😂 dah tahu dah benda nak jadi macam ni, tapi tu lah tu haha patut buat 1 week blog challenge je 🤪🤪

insyaAllah esok saya mulakan balik blog challenge dan selang seli dengan entry saya masak dan juga review produk hahaha lama tak review produk kat blog 😙

kepada yang masih membaca blog saya yang tak seberapa ni, terima kasih & semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan awak.

bye ✨🕊




 

 


Lirik Lagu Luka Sekerat Rasa 

Rela aku terima keputusan darimu

Tuk memilih dirinya dan meninggalkan aku

Dalam semak berduri tergores dan terperih

Sakit terucap lirih


Memang aku akui akulah yang bersalah

Telah memberi hati walau sekerat rasa

Maafkan aku atas khilafku

Permainkan hatimu


Mengapa kau dan aku bersua

Menyatu dalam alunan nada

Takdirmu takdirku

Akhirnya berpisah


Sirih kasih di pucuk pauh

Kuntum melati sukar di gubah

Jika kita bercerai jauh

Di dalam hati jangan berubah


Hendak gugur gugurlah bunga

Jangan menimpa si ranting rapuh

Hendak tidur tidurlah mata

Jangan mengenang orang nan jauh


Rela aku terima keputusan darimu

Tuk memilih dirinya dan meninggalkan aku

Dalam semak berduri tergores dan terperih

Sakit terucap lirih


Memang aku akui akulah yang bersalah

Telah memberi hati walau sekerat rasa

Maafkan aku atas khilafku

Permainkan hatimu


Mengapa kau dan aku bersua

Menyatu dalam alunan nada

Takdirmu takdirku

Akhirnya berpisah


Sirih kasih di pucuk pauh

Kuntum melati sukar di gubah

Jika kita bercerai jauh

Di dalam hati jangan berubah


Hendak gugur gugurlah bunga

Jangan menimpa si ranting rapuh

Hendak tidur tidurlah mata

Jangan mengenang orang nan jauh



Assalamualaikum

LAGU KEGEMARAN UNTUK MASA SEKARANG | Hi! another artikel untuk harini. Day 7 untuk 30 Days Blog Challenge dan harini adalah artikel berkenaan lagu kegemaran saya. disebabkan saya banyak lagu kegemaran tapi saya memilih untuk share lagu kegemaran untuk sekarang haha


sebenarnya sekarang saya banyak dengar lagu dari indonesia haha taktahu lah kenapa tapi kebanyakkan lagu lagu dorang memang best dan layan gitu. saya menggunakan aplikasi JOOX untuk dengar lagu lagu ni, tapi saya akan senaraikan lagu serta link dengan youtube.

1. Mantan Menyakitkan - link

2. Bulan Bintang - link

3. Luka Sekerat Rasa  - link

4. Jangan Tinggalkan Aku - link

5. Sayang Jang Marah Marah - link

kalau orang tengok playlist saya memang orang akan ingat saya tengah patah hati/putus cinta haha! padahal saya suka dengar sebab asyik dengar kat tiktok xD terus jadikan playlist di JOOX. saya ni susah nak stuck kat satu penyanyi atau lagu sebab saya memang jenis mudah bosan dengan sesuatu benda. kalau sekarang suka lagu indon, tah tah minggu depan tetiba suka lagu kpop ke haha!

korang selalu dengar lagu tak? bukak utube ke joox atau spotify?!


Assalamualaikum

SEDAP SANGAT KE KITKAT GOLD SAMPAI ASYIK SOLD OUT?! | Hi! kembali bersama rancangan, saya menaip awak yang teringin haha! so beberapa minggu lepas, saya ke satu kedai ni tetiba ternampak satu benda yang asyik sold out je bila cari dannnnnn masa tu pun tinggal satu je dalam peti ais tu.


disebabkan ada satu je, terus ambik nak bayar sebab alang alang tengah beratur nak bayar haha! harga RM4.50 macam tu. sama jelah harga dengan aiskrim kitkat yang coklat tu. oh ya, kalau korang nak tau saya memang peminat kitkat.

tapi saya kurang suka aiskrim kitkat yang ada kitkat dalam tu sebab kitkat tu rasa lemau. alamak tercerita benda lain pulak XD jadi bila dah beli, masa kat parking terus nak makan. yelah kalau nak bawak balik rumah kang cair pulak ha, ni tengah keras elok yummy lah hehe


kalau dilihat dari packaging, menarik dan memang nampak kitkat disitu haha. tapi saya takboleh terima kalau aiskrim saya tekstur macam dalam gambar tu, eh kemain bergerutu hahaha! pada saya harga aiskrim ni kenalah dengan kebesaran aiskrim ni, sebab besar dari aiskrim yang biasa.


nampak tak, betul betul kat jalan ni saya makan hahaha sebaik takda orang time tu sebab tengahari! tapi kalut juga la makan cepat - cepat takut abang polis datang duk tepi ha habislah 1k hahaha.

for me rasa dia sedap, tapi memang manis gila!!!!! so syaa tahu lah sebab apa asyik sold out, sebab sedap! ada juga yang saya baca, yang aiskrim ni rasa macam tealive bisscoff. tapi saya takboleh nak komen bab tu sebab tak sempat nak minum tealive tu muahaha

so korang dah try belum aiskrim ni? rasanya kebanyakkan tempat dah ada kot, ni pun saya try masa sebelum PKP.

okie bye! 





Assalamualaikum

SUSAH BETUL KALAU TAKUT KUCING KAN! | Hi, disebabkan haritu skip banyak hari kan so terpaksalah buat banyak banyak terus . maaf kalau bosan xD ok day 6 untuk 30 days blog challenge!



saya tahu memang ada orang yang macam saya dan memang ramai yang pelik pun, kenapa takut dengan benda comel macam tu. haha saya pun taktahu. dulu masa kecik rasanya takdalah takut mana dnegan kucing sebab saya ada bela sekor kucing dulu tapi kucing tu hilang. sejak daripada tu memang saya takut betul dengan kucing. kadang kucing kat kedai makan kan, datang gesek kat kaki ya Allah menjerit satu kedai boleh dengar T___T memang dah pesan siap siap kat kawan yang saya takut kucing hahaha

selain kucing, saya jugak takut dengan ketinggian hahaha benda ni baru sedar hujung tahun lepas. sebelum ni rasa macam ok je tapi maybe selama ni tak berada tempat yang tinggi sangat tapi haritu gi rumah sedara ditingkat 27, peh bila pandang bawah rasa nak muntah nak mual semua la hahahaha sebaik tak pengsan xD

saya sebenarnya taktahu saya takut apa lagi sebab saya selalu rasa diri saya berani je muahahaha, takpalah nanti ada masa ada hari saya update ehekk.

okie bye!



 


LIRIK LAGU CINTA KHAYALAN | WANY HASRITA

Pernah kamu merasakan cinta
Membuat lelah bila kau dengannya
Bagaikan langit kian dirundung awan yang muram

Manis kata bisakah terubat
Dan juga nanti kan di sangga waktu
Dibiar dingin hingga kan tidak tertahan lagi

Cinta khayalan denganmu
Seperti berbisik
Tak ingin ia berlalu

Dan jika masih kau menyakiti diriku
Tidakkan dapat ku ulangi lagi
Resah hadir kian kau diamkan

Terhimpit rasa membelahkan jiwa
Aku yang dingin adakah mampu bertahan lagi
Cinta khayalan denganmu

Seperti berbisik
Tak inginkan ia berlalu
Dan jika masih kau menyakiti diriku

Tidakkan dapat ku ulangi lagi
Cinta khayalan denganmu
Seperti berbisik

Tak inginkan ia berlalu
Jika masih kau menyakiti diriku
Tidakkan dapat ku ulangi lagi

Cinta
Tak inginkan ia berlalu
Tidakkan dapat ku ulangi lagi
Tidakkan dapat ku ulangi...

Assalamualaikum

JADI CALON TUNGGAL DAPAT 5A DALAM UPSR! | Hi! kembali bersiaran selepas beberapa hari taksempat nak buka blog. ok harini tajuk untuk 30 Days Blog Challenge


okay cerita ni back to 2008. saya ni murid yang biasa je masa sekolah rendah, pandai la jugak haha tapi takdelah menjadi target cikgu untuk dapat 5A.  kebanyakkannya cikgu akan target anak anak cikgu yang lain la, siapalah kita muahahaha

tapi saya ni selalu jugakla dapat markah tinggi :p terutama sekali mata pelajaran matematik. cikgu matematik saya dulu, kalau takbawak kertas yang dia bagi kena denda bayar 20sen haha kalau dapat markah rendah kena rotan kat tangan. bila teringat balik, rasa lawak pula dulu dulu

tapi disebabkan saya memang minat betul dengan matematik, dari darjah 1 lagi. setiap kali exam mesti dapat markah elok, pernah dapat 40/40 untuk matematik kertas 2! ehehehehe selain matematik, saya juga minat dengan english. kalau bagi tajuk je memang karang karangan macam takda hari esok xD

so bila tiba hari ambil keputusan UPSR, memang taksangka dapat 5A! saya masa tu rasanya tengah borak borak dengan kawan kawan, yelah nanti tah jumpa tah tidak hahaha. tetiba cikgu panggil nama! dan tahun tu, hanya saya yang dapat 5A di sekolah tu. rasa macam wow, betul ke... hahaha!

alhamdulillah, syukur. bangga sangat time tu, balik sekolah ada makcik makcik yang rapat datang peluk ucap tahniah ehekk. 

tu jelah kot moment yang dibanggakan hahaha! ok nexttt~


Assalamualaikum

LANGKAH UNTUK ELAKKAN MASK ACNE | Hi, rasanya kebanyakkan orang mengalami masalah yang sama dengan saya alami which is Mask Acne. dah hampir setahun Malaysia dilanda pandemik Covid19 dan dalam masa tu juga la hampir setiap hari pakai face mask.


Mask Acne ialah jerawat yang disebabkan penggunaan pelitup muka (face mask). Sekarang kalau takpakai face mask kena denda RM1000 tapi kalau pakai naik mask acne pulak? kalau macam saya, sayalah ketua keluarga dalam rumah ni, kalau gi beli barang rumah ke apa memang sayalah orangnya dan saya juga sejenis senang berpeluh even dalam aircond, jadi lagi senang mask acne tumbuh kat muka saya..

dibawah ni saya akan share dengan korang 8 Langkah Pencengahan Mask Acne yang korang boleh cuba supaya lepas ni dah tak alami mask acne walaupun hari hari pakai mask okie?!


1. Kerap cuci muka dengan air suam atau pencuci muka
2. Gunakan pelembap muka sebelum dan selepas memakai pelitup muka
3. Elakkan bersolek jika memakai pelitup muka
4. Pakai pelitup muka yang sesuai
    
    Ciri - ciri pelitup muka yang sesuai :
        😷 Selesa dipakai dan tidak terlalu ketat
        😷 Sekurang kurangnya fabrik dwi lapisan
        😷 Fabrik daripada bahan semulajadi yang lembut dan breathable seperti kapas

5. Sapu krim antibiotik sebelum memakai pelitup muka
6. Tanggalkan pelitup muka selama 15 minit bagi setiap 4 jam
7. Gunakan pelitup muka yang baharu setiap kali bagi jenis pakai buang
8. Basuh pelitup muka kain setiap kali selepas digunakan


kalau dulu masa mula mula pandemik Covid 19 ni melanda dunia memang takcukup facemask, dan masa tu memang saya sendiri sangat jimat dalam penggunaan face mask. disebabkan permintaan yang tinggi, facemask yang biasanya RM10 untuk 50pcs, jadi RM70-RM90. jadi masa tu, kadang 1 mask pakai 2 3 kali juga.

tapi sekarang, facemask memang ada dimana mana, dan harga pun makin murah. jadi memang saya akan tukar facemask setiap kali saya guna. kalau dalam sehari 3 kali saya keluar rumah, 3 keping juga la mask saya tukar. macam haritu, naik bas ke nismilan. bila singgah mana mana RNR mesti saya akan turun untuk tukar mask.

semoga dengan perkongsian ini dapatlah membantu korang untuk mengurangkan mask acne. semoga dunia kita semakin sihat dan semoga kes di Malaysia semakin berkurang! aaaminn!!


Assalamualaikum

NAK JADI PENSYARAH TAPI.... | Hi! hari ke4 30 Days Blog Challenge! topik harini "your dream job". macam best je tajuk ni, kalau terkarang panjang kalini maaf la ye hahaha rasa nak cerita semua! xD


saya rasa dream job saya ni ramai jugak la yang pernah jadikan sebagai dream job. dulu masa mula masuk tadika, cita cita nak jadi pensyarah dan bawaklah cita cita ni sampai sekolah rendah. memang kalau ditanya nak jadi apa, nak jadi pensyarah haha. taktahulah kenapa pensyarah bukan cikgu xD

disebabkan cita cita nak jadi pensyarah jadi belajar la rajin rajin sebab nak kejar cita cita tu kan, sampailah naik sekolah menengah.. hilang hala tuju nak jadi pensyarah haha terus tukar cita cita nak jadi kerani/setiausaha gitu jelah sebab saya memang minat dengan komputer sejak kecik lagi.

maksud saya minat nak menaip, nak buat kerja guna ms word, nak taip banyak banyak macam dalam drama haha! bila dah masuk form6, cita cita masih sama sampailah result STPM keluar. cukup cukup makan ja. 

cita cita pun sedikit berubah, nak tau nak jadi apa? nak jadi suri rumah sepenuh masa! dengar macam gila kan bunyi dia, tapi tu lah yang saya nak sekarang 😂😂 tapi disebabkan lepas STPM, tak kahwin jadi dapatlah saya kerja sebagai kerani dalam dua tahun dan sekarang, saya masih bujang tapi dah start jadi suri rumah hahaha.



suri rumah untuk rumah sendiri, bangun pagi, settle kemas rumah dulu sebelum kemana mana. taktahulah perasaan best tu nak gambarkan macam mana, tapi saya suka. saya rasa puas dengan apa yang buat sekarang. bangun pagi, sapu sampah, masuk dapur, basuh baju, sidai baju, memasak, sebelum tidur kemas dapur. rasa happy haha

walaupun takdapat jadi pensyarah macam yang saya nak waktu kecik dulu, tapi takpalah. nanti jadi cikgu anak anak jelah muahaha insyaAllah kalau ada rezeki. sekarang pun, ada juga jadi cikgu untuk sepupu sejak sejak kena belajar kat rumah ni.

semua orang ada impian masing masing, tak salah pun nak ada impian sebab impian percuma kan?

okay! jumpa esok ;p


Assalamualaikum

FAVOURITE QUOTE! | Hi, hari ketiga untuk 30 Days Blog Challenge! walaupun dah start rasa malas tapi tetap nak buat jugak hahaha, terasa panjang pula perjalanan kalini xD


untuk hari ni, saya akan bercerita mengenai your favourite quote. sebenarnya takda pun quote yang paling suka, tapi yang selalu guna dari dulu yang bawah ni la~

work hard, smile often and be kind

quote ni selalu dalam kepala masa kerja dulu. kena kerja kuat, senyum selalu dan jadi baik untuk semua pelanggan/orang. yelah kan, bila kerja akan datang dengan pelbagai jenis manusia, jadi bila quote ni selalu ada dalam kepala, kalau stress pun boleh handle semua hehehe.

korang ada quote kegemaran? meh share dengan saya 😇






Assalamualaikum

RESEPI CUCUR JAGUNG 2 BAHAN MUDAH DAN SEDAP! | Hi! biasalah time PKP macam ni, sentiasa lapar kan. haritu usha usha kat dapur, nampak tepung dan jagung dalam tin. duk fikir nak masak apa eh dengan dua bahan ni, pastu terjadilah cucur jagung.


siapa yang rasa takpandai masak sekali pun insyaAllah kalau buat cucur ni akan menjadi dan sedap hingga menjilat jari! bahan - bahan pun mudah je, maybe dalam RM5 kalau beli (rasanya la)

Bahan - bahan cucur jagung manis



1. Tepung cucur lemak manis ADABI
2. Jagung manis Ayam Brand

Cara - cara buat cucur jagung manis

1. Campurkan satu paket tepung cucur lemak manis dengan 1 tin jagung manis, gunakan air jagung tu untuk mendapatkan kemanisan dan membuatkan cucur jadi lebih lemak.


2. Panaskan api, jemput adunan tepung dan goreng seperti biasa.

3. Sedia untuk dihidang!


walaupun rupa biasa - biasa tapi rasanya fuhhh mantap 😝😝😝 by the way, campuran tepung tu korang boleh je nak tambah garam ke gula ke apa ke yang korang nak, tapi kalau saya memang macam ni pun dah sedap!

haaaa tunggu apatu, cepat gi beli tepung dengan jagung buat makan petang karang hehehe





Assalamulaikum

FAKTA MENGENAI DIRI SAYA  | Hi! kembali untuk hari kedua 30 Days Blog Challenge. so harini akan bercerita mengenai "20 Facts About You". banyak jugak tu yang nak dilistkan hahaha, ok jom mula!


1. Anak Sulung & Anak Keempat

saya merupakan anak sulung daripada dua adik beradik hasil daripada perkahwinan mak dan abah kandung, dan anak keempat daripada lima adik beradik kalau campur sekali anak abah dengan isteri pertama.

2. Suka masak tapi taksuka makan

taktahu la habit ni saya je yang ada atau ramai lagi yang ada habit ni, tapi saya memang suka memasak, tapi untuk makan apa yang saya masak tu tak hahaha!

3. Ada kawan yang sikit

saya hanya ada beberapa kawan sahaja yang saya rasa memang betul kawan, kalau kawan sekolah setakat tegur bila perlu tu saya selalu rasakan mereka hanyalah kenalan. saya mula kecilkan circle saya bila habis sekolah hehe

4. Taksuka mandi

saya taksuka mandi, saya malas mandi hahahaha! 

saya hari dah malas nak describe setiap satu, saya tuliskan point by point jelah :p

5. Pernah pandai semasa UPSR tapi semakin kurang pandai bila masuk sekolah menengah

6. Dulu takpakai bundle sebab rasa tak serasi dengan kulit, tapi sekarang dah boleh! yay

7. Takboleh hidup kalau takda internet :3

8. Dah menganggur selama 2 tahun 

9. In ldr relationship dengan orang nismilan selama 3 tahun++

10. Suka coklat, cookies dan semua yang berkaitan coklat

11. Takboleh makan brownies

12. Hantu cheese dan karipap

13. Takpandai masak tapi hari hari tengok resepi sebab nak belajar memasak

14. Takboleh guna 1 phone, macam mana pun kena ada 2 phone

15. Dah belajar buat kerja rumah sejak darjah 6

16. Taksuka lipat baju, so semua baju saya akan digantung dalam almari

17. Minat dengan komputer sejak sekolah rendah

18. Pembeli tegar di shopee

19. Suka travel tapi jarang dapat peluang untuk travel

20. Dulu suka gigit kuku, sekarang tak lagi! yahoooo


Okie settle 20 fakta pasal diri saya, taktahu la fakta sangat ke orang memang dah tau. aduh pening juga eh nak fikir 20 fakta je pun haha! Ok! jumpa next post xx


Assalamualaikum

ASAL USUL NAMA BLOG | Hi! so harini hari first untuk blog challenge, harap harap dapatla buat sampai ke akhir ye. biasalah kita ni manusia, kadang kadang mampu merancang je kekekeke. jadi tajuk first adalah "your blog's name"


masa mula mula buat blog ni, rasanya memang guna nama - nama merepek. eh maksud saya link blog, guna nama merepek 😂 sebab masa tu, buat blog sebab suka suka. update pun bukan bukan haha! tapi bila dah start serious dengan blog, saya tukarlah ke shafyqahazahar.blogspot.com. panjang kemain eh link blog.

saya ni tak kreatif orang nya sebab tu letak je nama sendiri, instead of letak nama pena. taktahu nak letak nama apa yang kreatif sikit, jadi letak jelah nama sendiri. seronok juga kalau letak nama bukan nama sendiri, blog jadi anonymous :p

then bila dah lagi serious dalam blogging, saya tukar pakai domain sendiri which is shfyqhazhr.com. lebih pendek dan insyaAllah lebih mudah diingati. rasanya tahun ni dah tahun ketiga pakai domain sendiri. tapi masalahnya bila dah pakai domain sendiri ni, takrajin sangat nak update blog macam dulu. dulu setiap hari ada je cerita yang nak diceritakan haha!

jadi begitulah ceritanya mengenai nama blog saya, dengan menggunakan nama sendiri sebagai nama blog. kalau korang nak tau juga, hampir semua media sosial saya menggunakan username yang sama which is shfyqhazhr!

so, kalau korang pula, macam mana dapat nama blog korang?! 

<30 Days Blog Challenge>


Newer Posts Older Posts Home

Pages

  • Home
  • SItemap

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.




get this

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • MALAS UPDATE BLOG SEBAB DAH BOSAN
  • RESEPI LASAGNA ROTI VERSI MUDAH
  • LIRIK LAGU ADAKAH INI MIMPI | REEDZWANN
  • LIRIK KASIHKU TERSAYANG TETAPLAH BERJUANG (LAGU TIKTOK)
  • ORDER KE TAK FOOD DELIVERY BILA HUJAN

adsense

Categories

ad 35 altheaangels 14 beauty tips 1 blog 19 blog challenge 8 book 7 drama 19 feautured 36 filem 5 haul 29 katahatisapikah 4 kdrama 8 kecantikan 8 LDR 10 lirik lagu 95 makanan sedap 87 perkongsian 50 personal 1 phone stuff 9 resepi si sapikah 30 review 99 sapikah jalan jalan 37 update kehidupan 90

Followers

Blog archive

  • ▼  2021 (27)
    • ▼  March (1)
      • BERKEBUN DI HARI JUMAAT!
    • ►  February (17)
      • SAYA SUDAH! #VAKSINCOVID19
      • POSITIF COVID19?!
      • KFC GOLDEN BUTTER CEREAL
      • BARANG DIHANTAR JNT PECAH, ROSAK??!
      • RESEPI LASAGNA ROTI VERSI MUDAH
      • LIRIK LAGU ADAKAH INI MIMPI | REEDZWANN
      • MALAS UPDATE BLOG SEBAB DAH BOSAN
      • LIRIK LAGU LUKA SEKERAT RASA | YOLLANDA & ARIEF
      • LAGU KEGEMARAN UNTUK MASA SEKARANG
      • SEDAP SANGAT KE KITKAT GOLD SAMPAI ASYIK SOLD OUT?!
      • SUSAH BETUL KALAU TAKUT KUCING KAN!
      • LIRIK LAGU CINTA KHAYALAN | WANY HASRITA
      • JADI CALON TUNGGAL DAPAT 5A DALAM UPSR!
      • LANGKAH UNTUK ELAKKAN MASK ACNE
      • NAK JADI PENSYARAH TAPI....
      • FAVOURITE QUOTE!
      • RESEPI CUCUR JAGUNG 2 BAHAN MUDAH DAN SEDAP
    • ►  January (9)
      • FAKTA MENGENAI DIRI SAYA
      • ASAL USUL NAMA BLOG
  • ►  2020 (90)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (8)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (10)
  • ►  2019 (125)
    • ►  December (16)
    • ►  November (9)
    • ►  October (4)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (8)
    • ►  April (8)
    • ►  March (12)
    • ►  February (20)
    • ►  January (23)
  • ►  2018 (243)
    • ►  December (23)
    • ►  November (27)
    • ►  October (28)
    • ►  September (17)
    • ►  August (18)
    • ►  July (18)
    • ►  June (21)
    • ►  May (23)
    • ►  April (17)
    • ►  March (17)
    • ►  February (11)
    • ►  January (23)
  • ►  2017 (145)
    • ►  December (17)
    • ►  November (16)
    • ►  October (23)
    • ►  September (19)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (12)
    • ►  May (15)
    • ►  April (17)
    • ►  March (10)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)

Komuniti Blogger Utara

  • AziRahmanDotCom | Azirahman Story
    Lambat Lagi PKP/PKPB Nak Berakhir
  • PERMATABIRU
    CARA DAFTAR TERIMA VAKSIN DI APLIKASI MYSEJAHTERA
  • SHALIMAR YUSOF
    Resepi Sup Ayam Thai Cukup Masam Dan Pedas
  • .she's the camera maniac.
    Adakah Kitsui Bahaya?
  • Nurfuzie.com
    7 Kebaikan Menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
  • Marshalizadotcom
    Koleksi Kuih Raya Premium Yang Patut Korang Cuba di Cookies Vibe
  • zya akma
    Adakah Kitsui Bahaya?
  • Hikayat Budak Pening
    Review | Yamaha MT15 (Luaran)
  • @Siti Sharini
    URUS CASHFLOW DENGAN BIJAK
  • fatimahnabila
    Cara Baru Untuk Membeli Channel di NJOI 2021!
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
  • SITI.YANG.MENAIP
    Jalan-Jalan Ke Kuantan | Nasi Kerabu Mek La, Kula Cakes & Pantai Teluk Cempedak
  • ARZMOHA
    DIEGO MARADONA BINTANG LAGENDA BOLA SEPAK ARGENTINA MENINGGAL DUNIA DIPERCAYAI AKIBAT SERANGAN JANTUNG
  • husnazahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
  • Krik Krik Krik
    Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela
  • cerita ZF
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
  • Mekaratisa
    Restoran Capati Arau Perlis
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
  • MiaZain
    Herbal plants you can plant at home & how to use them
  • Lori Sewa Malaysia
    Pindah Barang
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates