MAKAN LAMB CHOP SEBELUM PKPB

Assalamualaikum

MAKAN LAMB CHOP SEBELUM PKPB | Hi? eh tiba tiba rajin pulak update blog kan sekarang 🤭 so macam mana? esok dah PKPB huhuhuhu tapi bak kata dorang, bukan PKPB tapi PKPKPKP = perintah kawalan pergerakan kecuali perlis kelantan pahang 🤣

disebabkan esok dah kena berkurung, ambillah peluang makan luar harini walaupun katanya ikut sop boleh makan kat kedai kan walaupun PKPB. kalau ikutkan tekak nak makan MCD tapi jauh pula nak ke Kangar, makan dekat dekat dah la~

walaupun tadi hujan kejap, alhamdulillah hujan behenti pukul 4.30 macam tu. terus whatsapp kawan, ajak gi makan! 😂 pukul 5 lebih macam tu baru keluar, gi ambik kawan pastu gi kedai makan.

ni bukan kali pertama makan sini, haritu makan chickenchop dan sedap + murah which is rm5 je! jadi kalini kita try lamb chop pulak 😂 tapi mahal sikit la

jadinya orderlah chicken grill, lamb chop, milo ais & teh ais 😋 taklama tak kejap tapi kira laju la, makanan pun sampai. 

kalau dilihat dari segi persembahan makanan ni sha bagi 8/10! nampak menyelerakan. kalau rasa pulak sha bagi 9/10 😂 sedap sampai tergigit pipi sendiri la cerita dia 🥴🥴 portion pun banyak, insyaAllah kenyang sampai esok.

kawan punya pun, katanya sedap, tak rasa pula sebab gigih makan kambing 😂 katanya rasa macam satey hahaha pun boleh la janji kenyang.

harga? 

lamb chop - rm19.90

chicken grill - rm8.00

milo ais - rm2.00

teh ais - rm1.50


alhamdulillah dapat juga isi perut dengan makanan yang diinginkan 😅😂😂 korang buat apa harini? shopping ke gi makan makan ke dah start duk rumah? 


8 Comments

  1. Waa..sedap ni. Sisyat dah sebulan PKPB kat selangor ni. Kiranya dah sebulan gak la tak makan kat kedai 😁

    ReplyDelete
  2. kami dah sebulan tak makan mana-mana fyqha, masak makan di rumah je la ni sambung lagi sebulan bertabahlah kita ye

    ReplyDelete
  3. Fav akak dan Dania ni Lamb Chop...nanti bila2 nak makan la lamb chop....

    ReplyDelete
  4. kita wajib pergi makan2 before pkpb ni.. sebab lepas tu nak kena
    berkurung.. kenala isi tangki hehe..

    ReplyDelete