Assalamualaikum

MAKANAN YANG SAMPAI TAKSAMA MACAM GAMBAR? | Hi! sejak sejak PKP dan takboleh bukak kedai makan haritu, banyak la peniaga yang mula meniaga secara online kan. kawasan sha duduk ni dulunya takdak servis cod semua, skrg dah ada.


dah banyak kali juga sha beli cod ni, alhamdulillah semua ok ok belaka sampailah satu hari yang hening dan lapar sebab takmakan apa dari pagi. sha pi pickup makanan yang sha order secara online tu.

hati berbunga bunga takpayah cakap la sebab dah lapar benar ni πŸ˜‚ so sha order LASAGNA ya anak anak tapi yang sampai? BREAD LASAGNA πŸ₯΄ but its okay la kan, bila buka? istighfar panjang gue liatin makanannya πŸ˜‚πŸ’†πŸ½ 

tanpa membuang banyak masa lagi, marilah kita tengok apa yang diiklankan dan apa yang saya dapat dengan harga RM10 + RM5 untuk cod

yang diiklankan




yang dapat






masa bukak plastik tu mak ai aku kecewa terluka dan bersedih hahahaha sebab lapar time tu makan jelah kan. bila tanya kenapa taksama macam dalam gambar pun, penjual cakap

"bekas kecik habis, tu guna bekas besar. sebab tu nampak sikit" 

lalu saya serta rakan penyiasat terus siasat mengenai hal ini. takmungkinla kan 3 keping "roti" bila letak bekas kecik akan jadi penuh macam yang diiklankan. 

sha ni jenis kalau beli satu satu makanan kalau betul sedap insyaAllah 10 kali repeat order dan sebarkan ke orang lainπŸ˜‚ sampaikan ada sorang kak ni cakap "hari hari makan tortilla tak cemuih ka dik?" 🀣 nak cemuih jugak la tapi dah sedap memang hari hari order hehe

akhir kata, nak niaga biarlah ikhlas. so siapa ada resepi bread lasagna? sila tinggalkan link anda, saya nak buat sendiri 🀧