SKINCARE DARI ORGGA MALAYSIA


Assalamualaikum

BASIC SKINCARE DARI ORGGA MALAYSIA | Hi! sekarang ni terdapat lambakkan jenama skincare kan? kita sebagai pengguna yang bijak mestilah menggunakan produk yang selamat untuk kulit kita dan juga perlu pastikan tiada bahan yang bahaya dalam skincare tersebut. sha ada try satu brand daripada MALAYSIA geng! selama ni susah sikit nak percaya dengan lokal produk, tapi bila usha usha website produk tersebut terus macam wahhh, bagus produk ni kena cuba!



MENGENAI ORGGA

ORGGA Skincare telah diasaskan oleh Puan Zazarina (Creator & Formulator). Beliau merupakan seorang peminat penjagaan kulit semulajadi. ORGGA mula dikeluarkan pada Ogos 2018 melalui platform atas talian, ekspo perdagangan dan pameran di seluruh Malaysia. ORGGA percaya bahawa kulit yang sihat dan cantik adalah hak setiap manusia.

ORGGA adalah BEBAS dari:
Alkohol, Hydroquinone, Merkuri, SLS, Paraben, Pengawet sintetik, Sulfat, Pewarna dan pewangi sintetik dan sebarang bahan kimia berbahaya.

ORGGA adalah PENUH dengan:
Tumbuhan Semulajadi & Organik, Bunga, Buah-buahan, Biji-bijian, Tanah Liat, Cinta, Minat dan Ketulusan.

ORGGA telah mengeluarkan produk yang berlainan mengikut jenis kulit :-

🍩 LIBRA - Kulit normal dan kombinasi
🍩 LINDO - Kulit berminyak dan jerawat
🍩 OLIVA - Kulit kering dan anti aging

SKINCARE UNTUK KULIT BERMINYAK DAN JERAWAT (LINDO)!



Dalam set ni korang akan dapat 4 produk iaitu :-

1. LINDO Luxe Beauty Oil (20ml) 
2. Bacca Bliss Facial Cleanser (50gm) 
3. Rose Otto Nourishing Face Mist (60ml) 
4. Roller Muka 

BACCA BLISS FACIAL CLEANSER (RM69/50g)


ok first mestilah pencuci muka kan? apa yang menarik pasal cleanser ni adalah ianya datang dalam bentuk serbuk (powder)! first time ni sha guna cleanser yang berbentuk serbuk. selain cleanser, cleansing powder ini juga boleh digunakan sebagai exfoliator dan juga mask! cleanser ni menggunakan raspberry, strawberry, grape seed dan licorice root sebagai 4 bahan utama.

Apa yang best pasal Bacca Bliss?


Produk ini diperbuat daripada bahan semujadi dan organik, maka ianya kaya dengan vitamin dan juga antioksidan. Selain itu, cleansing powder ni juga dapat membersih serta merawat kulit korang, menghidratkan kulit, menanggalkan sel kulit mati - blackhead - whitehead, mencerahkan kulit yang kusam, merawat tona serta tekstur kulit yang tak sekata, melambatkan proses kedutan serta garis halus, melicinkan kulit dan menjadikan kulit korang berseri secara semulajadi.

Cara menggunakan produk ini.


sebelum menggunakan cleanser ni, korang WAJIB bersihkan dulu makeup. tuangkan cleansing powder kat tapak tangan secukupnya dan tambahkan beberapa titik air supaya menjadikan ia paste yang lembut. urutkan paste tadi ke muka secara circular motion dan setelah itu bersihkan dengan air.

kalau nak jadikan mask pula, caranya sama seperti diatas tetapi korang perlu biarkan selama 2-5minit dimuka dan bersihkan seperti biasa.

Apa kata saya mengenai produk ini?


bila korang guna cleansing powder ni, memang takda buih langsung. selalunya kalau takda buih mesti sha was was dengan muka sendiri sama ada bersih ke tak sebenarnya tapi bila bersihkan muka pakai cleansing powder ni, memang dapat rasa kulit muka bersih gila! plus kulit jadi lembut dan tak kering langsung. cleanser ni bau macam ubat ubat sikit, at first macam takboleh terima tapi dah lama pakai rasa macam seronok je bau, tenang je hiks!

ROSE OTTO NOURISHING FACE MIST (RM55/60ML)


ok ni favorite sha dalam semua jenis skincare which is face mist! tapi face mist dari ORGGA ni boleh digunakan juga sebagai toner. lagilah mudah kan? jimat gitu sebab boleh beli 1 barang je tapi ada dua function! Bahan utama yang digunakan dalam face mist ni adalah Rose Damascena Essential Oil, Rose Bulgarian Hydrosols, Aloe Vera juice & Fruit extract.

Apa yang best pasal Rose Otto?


⇾ Diperbuat dari bahan semulajadi dan organik.
⇾ Menyegarkan dan menghidrat kulit.
⇾ Menjadikan kulit anda berseri secara semulajadi.
⇾ Menghidrat kulit kering dan kulit kasar.
⇾ Keseimbangan dalam mengawal kulit berminyak.
⇾ Anti-penuaan, anti-radang, antiseptik, dan anti-bakteria.
⇾ Melembutkan dan mencerahkan kulit yang kusam.
⇾ Menjadikan hasil makeup tampak lebih natural, sekata dan tidak mengelupas.

Cara menggunakan produk ini


lepas korang cuci muka, korang hanya perlu semburkan facemist ke wajah dan leher korang kemudian, sapukan secara perlahan lahan. korang juga boleh gunakan face mist bila bila masa.

Apa kata saya mengenai produk ini


masa mula mula bukak kotak parcel tu memang nampak facemist dah excited sangat dah hihi. sha ni jenis kalau gi mana mana wajib bawak facemist. yang best pasal facemisst ORGGA ni, saiz ni kecik molek je, ringan pula tu memang  sesuai sangat kalau nak letak dalam handbag! facemist ni punya semburan pun memang mudah nak separate-kan ke seluruh muka! dannn tak lupa juga ianya cepat menyerap dan buat nampak glowing!

LINDO LUXE BEAUTY OIL (RM95/20ML)


next! face oil. siapa kat sini selalu rasa kalau muka jenis berminyak takboleh pakai face oil sebab takut nanti kulit semakin berminyak? sekarang korang dah boleh ubah tanggapan tu sebab luxe beauty oil dari ORGGA ni takkan buat pori dimuka korang tersumbat! Bahan paling penting dalam face oil ni adalah Olive Squalane, Prickly Pear oil, Grapeseed oil, Blackcurrant seed oil & Pumpkin seed oil.

Apa yang best pasal LINDO Luxe Beauty Oil?


πŸ‘‰ Tidak berminyak dan melekit. Mudah meresap. Tidak menyumbat pori pori (Non comedogenic)
πŸ‘‰ Menlindungi kulit (skin barrier) daripada pencemaran persekitaran.
πŸ‘‰ Membekalkan nutrisi untuk membantu regenerasi sel kulit baru.
πŸ‘‰ Kaya dengan Anti-oksida untuk mengukuhkan keanjalan kulit dan membantu meningkatkan penghasilan kolagen.
πŸ‘‰ Mengurangkan garis-garis halus dan tanda tanda penuaan.
πŸ‘‰ Mengurangkan jerawat.
πŸ‘‰ Memelihara, melembapkan dan mengunci kelembapan kulit.
πŸ‘‰ Merawat kulit secara intensif.
πŸ‘‰ Boleh dijadikan makeup primer untuk hasil natural dan glowing.
πŸ‘‰ Menjadikan kulit anda berseri secara semulajadi.

Cara menggunakan produk ini


titiskan beberapa titik face oil ke tapak tangan, gosokkan kedua dua belah tapak tangan lalu sapukan face oil ke seluruh wajah dan leher. then, gunakan pelembab kegemaran korang untuk lock semua skincare tadi!

Apa kata saya mengenai produk ini


masa mula mula try first oil ni, sha dah rasa yang face oil ni sesuai dengan muka sha sebab walaupun dia "oil" tapi rasa ringan ja kat muka, macam tak pakai "oil" pun! face oil ni juga cepat gila menyerap so sangat sesuai la dengan sha yang jenis suka bersiap secara cepat ni. face oil ni juga buat makeup smooth dan tahan lama tau! cuma yang sha tak ok sekarang, bau dia hihihi tapi tu takpenting asalkan dia buat kulit sha jadi okay ;-p


ROSE QUARTZ FACE ROLLER (RM120)


to be honest ini adalah "mainan" baru untuk sha sebab sha takpernah try lagi mana mana face roller sebelum ni. kalau korang nak tau, setiap roller mempunyai corak dan warna yang unik kerana pembentukan semulajadi batu yang digunakan. menarik kan??! Rose Quartz ni diperbuat dari Batu Kuarza merah jambu dan ia dipercayai dapat menyembuhkan dan meremajakan kulit kerana ia lengkap dengan mineral seperti besi, natrium, silika, magnesium, natrium, dan oksigen.

Apa yang best pasal Rose Quartz Face Roller?



🌼 Merangsang pengeluaran kolagen.
🌼 Mengurangkan kedutan dan garis halus akibat penuaan.
🌼 Membantu mengecilkan liang pori.
🌼 Meningkatkan keanjalan kulit dengan meningkatkan elastin.
🌼 Meningkatkan tahap oksigen ke aliran darah.
🌼 Detox: Menggalakkan saliran limfa & meningkatkan peredaran darah.
🌼 Membersihkan toksin dari kulit & mengurangkan keradangan.
🌼 Mengurangkan pembengkakan & kedutan di sekeliling mata.
🌼 Mengurangkan bintik-bintik di sekitar dagu & rahang yang disebabkan oleh pembentukan toksin.
🌼 Membantu penyerapan minyak pada kulit.
🌼 Mencerahkan kulit & memberikan seri semulajadi pada wajah anda.

Apa kata saya mengenai produk ini

yang paling best pasal roller ni sebab ia datang sekali pouch untuk simpan roller tu so kebersihan terjaga! saiz roller ni pun kecik je, boleh je letak dalam handbag bila takda benda nak buat boleh urut urut muka hihikk. cara yang jaga roller ni pun senang je, lepas guna terus basuh je dengan air bersih! 

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI ORGGA


kalau korang nak tau sekarang Orgga tengah adakan YEAR END SALES (Y.E.S)! siapa yang tak sukakan sales kan? sekaranglah masanya nak grab barang yang kita nak dengan harga yang sangat sangat berbaloi! jadi korang jangan lepaskan peluang untuk grab peluang ni dan jangan lupa follow ORGGA punya media sosial untuk pelbagai promo lagi!

Website : https://www.orgga.my/
Facebook : Orgga Malaysia
Instagram : Orgga Malaysia
Twitter : Orgga Malaysia


4 Comments

  1. menariknya, cuma buat untuk akak yang malas... hehehe macam renyah nk guna nya banyak step

    ReplyDelete
  2. teringin nak ada satu face roller. salah satunya membantu mengawal peredaran darah

    ReplyDelete
  3. syok tu bila ada roller. Mesti kulit lg bertambah glow nii. Btw, cleanser powder tu unik. 1st time tengok skincare gunakan bahan macam ni.

    ReplyDelete