MAK DALAM KENANGAN


Assalamualaikum

MAK DALAM KENANGAN | Hi! banyak kali terfikir nak tulis ke tak entry ni, kuat ke tak nak tulis sampai habis entry ni. sebolehnya nak pendekkan je entry ni sebab tujuan nak letak kat blog supaya dapat ingat apa yang jadi bila baca semula nanti.


SETAZAH BINTI AHMAD 1963 - 2019

tak pernah terfikir dek akal pun nak jadi semua benda ni, selalu baca kisah orang je hilang mak kat twitter. itupun dah cukup sedih dah, ini kan pula jadi kat diri sendiri... sebenarnya sha memang takrapat dengan mak dari kecil sebab tinggal dengan nenek tapi itulah kuasa Allah kan, sha kena behenti kerja so dapatlah jaga mak masa mak sakit. sekarang baru nampak hikmah "dibehentikan".

sha memang jarang nak cerita pasal family kat media sosial, upload gambar pun takpernah.... sebab pada sha takperlu pun sebab ig ke fb ke tu semua untuk kerja, memang ada muka sha tapi itulah sebab kerja bukan untuk tempat simpan kenangan ke apa huhuhu

bermula dari mak jatuh motor 19 Mac lepas, sebab kena strok haba tengah bawak moto dan pitam tepi jalan. ada orang call guna phone mak dan sha angkat "helo ni anak pemilik no phone ni ke" zupppppp terus cemas jantung dup dap dup dap pastu jawab ye saya kenapa, dia tu cakap "mak adik jatuh moto ni ada tepi jalan kat bla bla bla" sha tanya teruk ke? dia jawab "takda luka apa" alhamdulillah, syukur. sha pun pergi la kat tempat kejadian, dan ambulan ambik mak- sha balik rumah sebab nakpi hosp dengan sepupu. sampai kat kecemasan cakap kena ambik darah semua cakap takda apa pun, then boleh balik...

tapi sejak hari mak jatuh motor tu memang terus takboleh jalan macam selalu, tahun 2004 mak kena strok tapi lepas 3 tahun boleh jalan semula tapi lambat dan tak macam orang normal. bila dah jatuh moto ni terus takboleh jalan, so segala makan pakai mandi dia sha dengan adik la uruskan. 

13 April 2019 - sha keluar petang tu dengan nazirah tapi teringat nak belikan mak nasi ayam. syazwan balik nak mandikan mak macam biasa tapi dia cakap takboleh jalan tak larat macam selalu... sha cakap la takpala takyah mandi, makan je nasi ayam tu pastu makan ubat. mak makan nasi dua tiga mulut macam tu then makan ubat pastu masa maghrib gitu mak cakap sakit dada....... sha taktau nak buat apa panggil la nek dengan mak sedara kat sebelah lepas tu mak makin tak ok, call ambulans bawak mak ke unit kecemasan

pukul 11 lebih doktor panggil, doktor cakap mak dah teruk... kena pasang tiub dengan mesin hayat...... takbehenti doa supaya mak sihat balik sebab belum sempat bahagiakan dia :( pastu doktor panggil lagi tanya sebelum sampai hospital macam mana keadaan mak semua. pukul 4.30 doktor panggil, suruh duduk pastu doktor bagitau jantung mak dah behenti........... tapi doktor nak cuba lagi tekan dada mak. sha keluar call semua family dan suruh adik datang. selang sejam (5.20 pagi) doktor panggil lagi dan cakap mak dah takda......... sha call family semua bagitau dan sha sorang kat hosp masa tu, taktau nak nangis kat sapa, nak ngadu sakit dia macam mana kat sapa sampai ada sorang makcik tu datang tenangkan sha...... 

alhamdulillah lepas asar 14 April 2019 mak selamat dikebumikan, sha sempat mandikan mak dan kapankan mak :') 




masa ni nangis basah lengan baju hihi tapi kena nampak tabah sebab takboleh tunjuk sedih dekat adik, adik lagi rapat dengan mak berbanding sha. ni jelah harta yang sha ada sekarang, semoga dapat jaga adik sebaik mungkin walaupun dah besar panjang :p 


Alfatihah.....

15 comments:

  1. Takziah Sha.. Perasaan sakit tu memang tak dapat nak diungkapkan.. yang memandang dan yang memikul tak sama rasanya.. Akak doakan semoga roh mak Sha ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.. Aamiin..

    ReplyDelete
  2. salam takziah sha.... mudah cara mak sha meninggal cuma yelah mcm tiba2 kita yg anaknya lah yg sedih sgt2 kn

    baca dari apa yg sha tulis, akak dpt nampak sha ni tabah n kuat org nya... jua anak yg bertnaggungjwb... salam takziah n alfatihah bt mak sha...

    ReplyDelete
  3. :( ...
    Sabar ya Dik, ujian dari Allah..setiap yang hidup pasti akan mati..Allah lebih menyayanginya..
    Moga arwah di temapatkan di kalangan orang-orang yang beriman..amiinn

    ReplyDelete
  4. innalillahiwainnailaihirojiun...
    Salam takziah dr akk...Banyakkan bersabar dan sedekahkan Al-fatihah pada arwah mak..InsyaÁllah akan pasti Sha boleh jadi kakak yg baik dan kakak yg mampu jga adik... Dlm duani ni ibu dan ayah memang tiada ganti...

    ReplyDelete
  5. Takziah buat sha sekeluarga. Mia doakan semoga mak sha ditempatkan di syurga yang abadi.

    ReplyDelete
  6. Allahu...takziah buat sha dan adik atas kehilangan...moga Allah tempatkan mak sha di kalangan hamba Nya yang bertaqwa...ameen ameen ameen!

    ReplyDelete
  7. Salam takziah. Moga sentiasa kuat ya.

    ReplyDelete
  8. Salam takziah kepada Sha sekeluarga. Semoga tabah dalam menghadapi ujian ini.

    ReplyDelete
  9. Salam Takziah dri Ray dan family. Semoga terus kuat my dear.

    ReplyDelete
  10. takziah sha... sis hilang ayah sbb kompilasi jantung.. tak de mengejut gitu je walau bru saja lepas ckp ngan ayah 10 minit sebelum kat phone. masa tu lg 2 minggu nk raya (Ayah x de dlm bulan ramadhan) jd tiap kali bulan puasa adalah bulan utk kami 1 family ingatkan arwah ayah. masa tu mmg xde langsung airmata menitik, sbb rasa mcm mimpi... huhu

    ReplyDelete
  11. Takziah..alfatihah untuk arwah mak sha..

    ReplyDelete
  12. Salam takziah. Semoga roh mak ditempatkan bersama mereka golongan yang beriman

    ReplyDelete
  13. takziah buat sya dan adik. Allah lebih sygkan mak awk. awk kuat ye.

    ReplyDelete