Assalamualaikum

ALTHEA | OATMEAL THERAPY CLEANSING TISSUE  | Hi, kan haritu sha ada shopping masa 11.11 kat Althea, so ni adalah salah satu benda yang sha shoppingkan (eh). ni bukan kali pertama la sha beli, kiranya repeat order. kalau dah repeat ni kiranya best lah kan? tapi..........



OATMEAL THERAPY CLEANSING TISSUE

antara salah satu sebab utama sha berasa nak try tissue ni adalah sebab harga dia, helo RM5 kot untuk 20 pcs memang murah habis lah! pastu sebab kedua sha beli sebab packaging dia, sha kalau pi berjalan memang akan bawak cleansing tissue ni, untuk buang makeup haha! kadang kalau jalan seharian, masa on the way balik sha dah remove makeup siap siap, rimas wehhh lama lama pakai makeup


Product Name : Oatmeal Therapy Cleansing Tissue
Volume : 20 sheets/87g
Skin Type : All Skin Type
Country : Made in Korea


Source : AltheaWebsite


 ðŸ’Ÿ cleansing tissue ni kaya dengan ekstrak oatmeal
💟 dapat menghapus kotoran daripada makeup / habuk habuk
💟 memastikan kulit terhidrasi selepas menggunakannya bagi mengelakkan kekeringan



BAHAN BAHAN YANG DIGUNAKAN :-

😗 oatmeal extract
😗 mungbean extract
😗 chrmaecyparis obtusa water
😗 aloevera extract 
😗 soapwort
😗 papaya fruit extract
😗 honey extract
😗 alltonin & many more

CARA MENGGUNAKAN :-

Lap muka dengan tisu perlahan lahan. Untuk makeup yang waterproof, dab tisu kat kawasan tersebut selama 5-10 saat sebelum mengelap.



REVIEW :

BEFORE | AFTER

boleh nampak kan perbezaan dia macam mana? terus sekali muka nampak lain! kahkah tapi part mascara tu tak dinafikan memang susah sikit la nak hilangkan semua dengan sebersihnya jadi pakailah micellar water ok lepas tu ataupun guna ocm. selain mascara, lipmatte pun susah jugak yang nak hilang, yang lain semua ok. sha suka dengan tisu ni sebab dia memang lembut, bau pun menenangkan & mudah kalau nak bawak travel yuhuuu

Bau : ❤❤❤❤❤/5
Keupayaan membersih : ❤❤❤❤/5
Kelembapan : ❤❤❤❤/5
Harga : ❤❤❤❤❤/5
Repurchase : yes


HARGA : RM5
BELI DI SINI : Althea