9/30/2018

UNPLANNED TRIP TO PERTH-LIS!

by , in

Assalamualaikum

UNPLANNED TRIP TO PERTH-LIS! | Hi korang! sebenarnya sha masih malas nak update blog since sakit haritu haha! tapi disebabkan harini dah 30 September dan benda sha nak cerita ni berlaku 1 Sept, kenalah cerita jugak. jadinya pada hari kejadian, sebenarnya sha kerja tapi sha lupa sebab apa sha halfday. jadinya sajalah whtsapp kawan kawan yang masih ada di kedah, nak kluar mana mana dak kalau takmau nak tidur, pastu ada yang nak maka terjadilah unplanned trip ni, hahaha trip la sangat :p jadinya masa whtsapp tu pukul 2, nak kluar pkul3. gais, unplanned trip always the best tau~


so kitaorang decide nak berkumpul kat rumah leka, jadinya sha pun pi lah rumah leka dan nanti awa datang dengan kereta ambik kitaorang makan kat kedai yang kurang 500 meter dari rumah leka tu hahaha tapi nak jugek naik kereta sebab nak gi jalan jalan nanti! cadangnya nak ke sungai padang ja, sekali sampai jeng jeng jeng.....

BIHUN SUP SIAM KAK SU, KERPAN KEDAH


fav setiap masa, setiap orang antara kami hahaha. nampak dak banyak mana depa letak serbuk cili tu? pastu satgi pakat kata panas perut la. nampak yang paling sikit tu? sha punya la tu. sha sayang perut sikit hahahaha, mangkuk sebelah sha tu leka punya, tu kira sikit la dia letak tau, sebab malam tu nak naik bas - selalu memang banyak lagi hahaha gila depa ni makan pedas, takpaham iollssssss. lepas makan tu katanya nak ke bank dan bsn masa tu takboleh guna hahahaha sebab itulah boleh sampai perlis, kitaorang pun pi la agro bank kat simpang empat perlis tu dan balik tu jalan jalan kuala perlis!

eh jap, selfie dulu hahahaha!


KUALA PERLIS, PERLIS

kitaorang singgah kat random place je, rasa macam situ okay ha singgah je pastu ambik gambar. macam takbest sangat sebab tak bawak makanan tapi kan baru lepas makan hahaha apalah




PESTA LAYANG LAYANG

lepas dah penat bergambar kat tepi laut tu kami meneruskan perjalanan tanpa arah hahahaa pastu ternampak something yang menarik iaitu pesta layang layang, saja je masuk situ sebab nak buat story kat ig kahkahkah! kitaorang stay dekat kereta je, ambik video gambar semua dari kereta haha malas nak turun.



MASA UNTUK PULANG!

lepas tu kitaorang waze terus balik rumah, masa balik tu baru best sebenarnya kalau ke kuala perlis, ada banyak stall apa semua tapi disebabkan malam karang si leka tu nak naik bas, kitaorang balik awal lah~

fake teruk kahkahkah

selfie sebelum balik hahaha, masih bertiga. susah betul nak cukupkan lima~ sekian cerita 1 september sha hahaha walaupun letih tapi kalau spend time dengan kawan kawan susah betul nak letih, gelak macam gila, nyanyi dalam kereta jerit jerit hahahaha aduh bestnya, rindu...




9/29/2018

LIRIK LAGU CINTA YANG KE DUA | ZIAS BAND

by , in

.

LIRIK LAGU CINTA YANG KE DUA | ZIAS BAND

dicinta ku yang kedua aku menemukan bahagia dia datang tiba tiba membawa sejuta bahagia dia datang dalam hidupku membuatku melupakannya dicinta ku yang pertama yang begitu perihku rasa kamu cinta ku yang kedua tolonglah aku bahagiakan aku aku ingin selamanya hidup denganmu bahagia dengan mu dia datang dalam hidupku membuatku melupakannya dicinta ku yang pertama yang begitu perihku rasa kamu cinta ku yang kedua tolonglah aku bahagiakan aku aku ingin selamanya hidup denganmu bahagia dengan mu kamu kekasihku yang setia hadir dirimu membuat ku bahagia aku ingin selamanya hidup denganmu bahagia denganmu kamu cinta ku yang kedua tolonglah aku bahagiakan aku aku ingin selamanya hidup denganmu bahagia dengan mu kamu kekasihku yang setia hadir dirimu membuat ku bahagia aku ingin selamanya hidup denganmu bahagia denganmu dicintaku yang kedua aku menemukan bahagia

9/27/2018

PAKEJ CIRIT BIRIT DAN MUNTAH!

by , in

Assalamualaikum

PAKEJ CIRIT BIRIT DAN MUNTAH! | hi, akhirnya im back~ rasa lama sangat tak tengok blog disebabkan sakit yang datang secara tiba tiba. sebenarnya sekarang pun masih rasa tak okay tapi dah start kerja dah dari semalam tapi semalam kerja half day je harap harap harini dapat full day la hahaha. dah la nanti nak cuti lagi, sekarang dah banyak sangat ambik cuti karang cuti tak approve ha menangis gue. jadinya ceritanya begini, seingat sha hari isnin tu sha makan pagi - nasi lemak dengan gulai ayam, tenghari bihunsup siam & ptg makan brownies. balik je kerja mmg tak sedap badan dah, rasa mual gila. pastu sakit perut, ha bermula la kisah cerry berry sha sampai 3 pagi tak behenti masuk toilet, diselang selikan dengan muntah. minum air kosong pun muntah aih i kenot betul la. kan cerry berry so decide nak minum teh tanpa gula yang kelat gila tu hahaha sekali teh teh pun muntah pastu sha redha jelah, jangan minum air jangan makan :3 esok gi beli ubat


pagi tu dalam pukul 9 sha pun siap siap la nak gi beli ubat, gigih tak gigih pergi beli sendiri je hahaha cakap nak ubat cirit dan muntah pastu dia bagi sekali air garam total RM 11.50. balik rumah makan bahulu sebijik pastu telan ubat dan tido~ siang okay sebab takde rasa nak muntah ke apa, jadinya sha ingat dah okaylah kan- malam tu nak makan nasi sebab sis lapoooooo sekali makan muntah lagi :( kiranya boleh makan bahulu jelah, makanlah bahulu tu untuk 3 hari dan semalam sha try makan nasi, alhamdulillah boleh telan takda rasa nak muntah ke apa! syukurrrrr!!! tapi badan masih lemah, rasa macam nak demam ke taknak demam hahaha githew. pastu sekarang penyakit sha ni pi kat adik sha dengan cousin sha, masalahnya macam mana boleh berjangkit eh? sebab sha mmg berkurung je dalam bilik, taknak jumpa orang sedih hahahaha kesian pulak kat cousin sebab baruu darjah 2 kan. sekarang ni memang kena jaga kesihatan betul betul, senang betul dapat penyakit. semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah :)

bye!

9/21/2018

SAFI FAIR BEAUTY : BB FAIRNESS CREAM

by , in

Assalamualaikum

SAFI FAIR BEAUTY : BB FAIRNESS CREAM | Hi korang! sha ada try satu produk ni, kiranya harini dah seminggu lebih jugak la sha guna produk ni. sha kan bekerja 6 hari seminggu, jadinya sha memang takkan pakai foundation bila pergi kerja, kesian kulit sha nanti tak boleh bernafas hahaha selain tu, tempat kerja sha memang tak sesuai la nak makeup tebal tebal ni sebab mesti takkan selesa dengan keadaan sekeliling yang panas & berhabuk, jadinya sha akan guna bb cream bila hari kerja, dan foundation akan guna bila gi jalan jauh (sebab tu foundation tiga tahun pun takhabis)


SAFI FAIR BEAUTY | BB FAIRNESS CREAM

jenama Safi siapa je yang tak kenal bukan? safi ni merupakan salah satu brand yang paling senang nak jumpa, nak repurchase. dulu masa zaman sekolah memang setia betul dengan produk safi sebab harga dia memang berpatutan dan mampumilik la dengan budak sekolah dulu dulu.  apa yang membuatkan sha tertarik nak try bb cream ni sebab packaging dia, memang simple tapi boleh nampak kot yang cantik gila hahaha (sha masih simpan kotak bbcream ni)

bahagian belakang kotak & bekas produk

KENAPA PILIH SAFI FAIR BEUTY :  BB FAIRNESS CREAM 
  • Membantu menutup cela diwajah
  • Membantu menyamaratakan tona kulit
  • Menjadikan kulit berseri tanpa kilap (matte finish)
  • Mencerahkan kulit
  • Melembutkan dan menghaluskan kulit
  • Melicinkan kulit
  • Melembabkan kulit tanpa meninggalkan rasa melekit
  • Mengawal minyak berlebihan di wajah

bahagian tepi produk (kandungan produk)

bahagian tepi kotak (maklumat)

MY REVIEW : those yang masih taktau, sha mempunyai kulit yang berminyak tambah tambah bila tengahari tapi alhamdulillah guna je bb cream ni muka sha jadi tak berminyak. takdelah nampak berkilat sangat muka hihi. bbcream ni pun senang nak diblend di muka, wangi pulak tu!  harga pun jangan risau mampu milik. cuma satu jelah sebab ada satu shade je, kalau ada pilihan shade lagi best! overall sha bagi 4.7/5 bintang!


kiri ; sebelum diblend | kanan ; dah diblend & selepas 3jam pakai 


MANA NAK BELI & BERAPA HARGA? korang jangan risau la kalau namanya produk safi ni, kadang kedai runcit biasa pun ada je jual hahaha kalau takjumpa jugak gi cari kat watson guardian dan sebagainya! kalau takjumpa jugak rojer la sha, nanti sha tlg belikan hahaha. harga pulak dalam RM 7++ jerrrrr dan insyaAllah tahan berbulan bulan! recommeded

okbai!


9/20/2018

BEST SANGAT KE DRAMA BAHAGIA BUKAN BIDAAN TU?

by , in

Assalamualaikum

BEST SANGAT KE DRAMA BAHAGIA BUKAN BIDAAN TU? | Hi! kalau siapa sini kaki drama tv3 mustahil lah kalau taktau pasal drama BAHAGIA BUKAN BIDAAN ni kan? drama ni jugak hangat diperkatakan di Facebook, Ig & Twitter. kalau korang jarang tengok drama di tv3, meh sha nak bagitau haha yang drama tv3 ni banyak gila tayang prempuan yang rampas suami orang hahaha omaigad! lagi hangat la makcik makcik bawang serata Malaysia berbual kan hahahaha.tbh, sha pun taksuka drama yang macam ni. mula haritu dengan drama fiqa & shah, ok boleh terima dan memang tiap kali maghrib orang akan marah marah, Allah. pastu cinta bukan kristal, cinta lemon madu dan sekarang bahagia bukan bidaan. tapi pada sha bahagia bukan bidaan ni feel dia lain.

BAHAGIA BUKAN BIDAAN TV3 2018


PELAKON :
Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Lisdawati, Fauzi Nawawi.

SINOPSIS : (source kbegetar)
Kisah Ain Farhana yang sanggup mempertahankan rumah tangga yang terbina dengan Azlan selama 16 tahun demi anak mereka. Namun Hana tekad ingin bercerai selepas mengetahui Azlan mempunyai skandal dengan Aina, eksekutif yang bekerja di syarikat sama. Hana tidak tahan lagi dengan sikap Azlan yang tidak pernah berubah. Azlan yang dicabar menceraikan Hana dengan talak satu dan mahu rujuk kembali. Hana yang enggan, dihalang oleh Azlan untuk berjumpa dengan anakya. Hana mula hilang arah dan mengalami kemurungan.

Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Hana mula lelah dengan kebenaran yang tersingkap. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?

BETUL KE DRAMA NI BEST?

pertemuan pertama antara Nik & Hana

best! serious best sangat! kenapa best? ok jom mulakan. -mula mula sekali adalah pelakon. hello siapa yang tak kena Adi Putra? Nora Danish? Zamarul Hisham? dorang pelakon lama kot! memang feel dorang berlakon memang lain. watak watak yang dorang bawak tu macam masuk dalam jiwa dorang untuk dorang sampaikan kepada penonton. contohnya episod yang semalam (episod 8) masa Azlan bergaduh dengan kawan baik Hana di depan rumah paksu Hana, sha rasa macam sha ada situasi tu, rasa memang nak penampar je Azlan sebab kurang ajar dengan perempuan haha! sekali kawan Hana tu lempang si Azlan peh puas hati hahaha! selain itu, jalan cerita drama ni tak membosankan - setiap hari sha tunggu apa nak jadi seterusnya dan seterusnya! kisah yang ditunjukkan ni sebenarnya berlaku kat luar, yang ada orang yang taktau. kaya tak semestinya bahagia, berjaya tak semestinya bahagia. tapi yang paling sha suka dalam drama ni bila part Nik kacau Hana! Nora Danish ni comel dia takpayah cakap la kan? macam anak dara cantik dia, bila kena kacau dengan Adi Putra comel je dorang pastu mula nak senyum sorang sorang :p

pertemuan kali kedua

khamis lepas, 9.30malam sha bukak tv3 sambil sambil belek phone pastu pukul 10, yay! bahagia bukan bidaan. sekali tengok bukan hahahahahaha lupa yang isnin sampai rabu je :3 punyalah best dan taksabar nak tunggu next episod adoila. harap harap malam karang tak jadi macam khamis lepas dah hahaha. oh btw cerita ni adaptasi dari novel - those yang taksabar nak tunggu tu boleh la baca novel tapi ala takbest la tengoklah adi putra dengan nora danish berlakon hahaha mesti senyum sorang sorang :p  kepada siapa yang tak sempat nak tengok jangan risau, tv3 ada upload kat channel youtube dorang. korang jangan lupa tengok tau! hahaha okbaiiii


Bahagia Bukan Bidaan
Isnin - Rabu
10.00 malam








9/20/2018

SEBAB TUDUNG JE PUN RASA NAK NANGIS

by , in

Assalamualaikum

SEBAB TUDUNG JE PUN RASA NAK NANGIS | Hi korang! kisah yang sha nak share ni dah jadi beberapa minggu lepas. masa tu baru balik kerja, tengah golek golek atas katil sambbil tengok story ig pastu nenek datang depan pintu bilik "awat tudung hang memang macam ni ka" "macam mana pulak?" "ni hang tengokla"


masa tengok ja tdung ni macam mengucap panjang la hahaha over betul bercerita :p sha macam aduhai kenapa macam ni, ni bukan tertarik benang biasa biasa ni, ni luar biasa T.T terus takdak mood nak nangis apa la lepas tu hahahaha sha kan walaupun takpakai semua tudung dalam almari tu tapi kalau hilang satu or rosak ke tetap sedih, walaupun banyak lagi yang ada haaha T_T  try jugak tarik tarik balik apa semua tapi mana boleh dah :') teruk sangat dah tu tudung ni hahaha. jadinya sha redha~ sebabnya tudung sha yang sha beli baru je sampai pada hari yang sama! kahkahkah kiranya siang tu syok la sebab ada tudung baru, sekali tudung lama jadi macam ni

YAY DAPAT TUDUNG BARU


sejak sejak beli tudung dari sis farah (http://www.blogpermatabiru.com/) haritu terus sha suka pakai tudung jenis cotton ni, dia senang bentuk la berbanding tudung kanggaroo biasa tu. tudung yang sha beli ni sha beli kat shopee je. walaupun lambat di poskan - tudung ready stock tapi ada hari tertentu untuk pos - tapi sha okay je janji yang sampai puas hati. lepas dah suka dengan tudung cotton ni, usha lagi kat shoppee, ala masa 9.9 haritu, tak ke gila membeli belah kan hahaha sekali beli lagi tudung tapi ni tudung chiffon viole


ambik 5 helai! sha yang nak beli pastu ajak kawan sekali dia yang beli banyak hahaha sha 2 helai je, dia 3 helai :p tudung ni cantik, senang bentuk, senang nak iron tapi jahitan tepi tak kemas sangat tapi oklah sebab murahkan paham paham jelah. 

SIS DAH OKAY

sekarang tengok tudung yang dah rosak tu pun dah okay dah tak sedih macam haritu hahaha sampai taknak buang tudung tu tapi sayang ish ish masalah betul. 1 tudung rosak, 5 yang dapat semula. alhamdulillah :) kalau nak tau kenapa tudung tu jadi rosak macam tu sebab mak sha cakap masa basuh baju tu tudung tu lompat lompat hahahaha entah la nak. jadinya sekarang sha dah kembali tak percayakan mesin basuh macam dulu! jadi baju semua sha basuh tangan je hahahaha rajin kan? boleh jadi menantu material tak? :p okaylah byeee!

SHOPEE  TUDUNG CHIFFON VIOLE : https://shopee.com.my/shop/34401346/

SHOPEE TUDUNG BAWAL COTTON : https://shopee.com.my/shop/9674760/





9/18/2018

LIRIK LAGU SANG PEMILIK HATI | RONNIE HUSSIN (OST BAHAGIA BUKAN BIDAAN)

by , in


LIRIK LAGU SANG PEMILIK HATI | RONNIE HUSSIN (OST BAHAGIA BUKAN BIDAAN)

Wahai sang pemilik hati
yang selalu aku rindui
pada setiap senyuman dan sentuhan
kau ajarkan erti bernyawa

Hati ini jiwa ini selalu milikmu
cinta ini takkan pernah habis 
walau sampai jantung terhenti 
sempurnanya aku bahagia aku kamu

Demi masa
demi rasa cinta
seluruh nyawa untukmu

Hati ini jiwa ini selalu milikmu
cinta ini takkan pernah habis
walau sampai jantung terhenti
sempurnanya aku bahagia aku kamu

Hati ini jiwa ini selalu milikmu
cinta ini takkan pernah habis
walau sampai jantung terhenti
sempurnanya aku bahagia aku kamu

9/17/2018

SKINCARE ROUTINE (OILY SKIN)

by , in

Assalamualaikum


SKINCARE ROUTINE (OILY SKIN) | Hi korang! haritu sha ada dapat satu komen suruh buat skincare routine untuk kulit jenis berminyak. sebenarnya takyakin nak buat entry ni, sebab sha takdelah pro pasal skincare pun - try and error jugak. sha memang pakai banyak jugaklah produk dan masih muka macam tu,selalu jugak orang yang tau sha guna banyak produk kan pastu dorang cakap guna je banyak produk tapi tak flawless pun hahaha jangan dengar cakap dorang! lantak dia nak pakai ke tak, kita nak pakai bukan guna duit dia pun :p

PRODUK YANG DIGUNAKAN


1. Freeman Feeling Beautiful Clay Mask Mint & Lemon - RM 17+
2. Garnier Pure Active Matcha De-Tox Pollution & Oil Deep Clean Facial Foam  - RM 10 +
3. Wardah Facial Scrub - RM 6+
4. Klairs Mid Day Blue Sun Lotion SPF40 PA++ - RM 77
5. NANO White Fresh Matt Moist  - RM 25 +
7. OXY, Oil Control Toner - RM 13.90
8. Safi Balqis Makeup Remover - RM 16 (2bottles)
9. Tea Toc Water Aloe Vera Soothing Gel - RM 17
10. Biore UV Aqua Rich - sample :p
11. Power 10 Formula PO Effector (serum) - RM 30
13. Black Sugar Mask - RM 20

sha memang dah terbiasa dengan skincare rutin sha sampaikan takboleh tinggal satu pun :3 sebab tu sha lambat gila nak bersiap kalau nak kemana mana. tapi sebagai manusia biasa, sha ada jugak malas dia, kalau malas tahap takboleh bincang tu sha tetap akan pakai toner - serum - moist tapi kalau tahap malas gila tahap takdak tahap sha guna aloevera gel tu je hehehehehe

STEP 1


PAGI - sha akan cuci muka sha guna garnier matcha tu, sebenarnya dah lama sha guna cleanser ni dari masa muka banyak jerawat sampailah jerawat hilang. setia betul sha dengan garnier ni tapi disebabkan nafsu yang membuak buak nak try cleanser lain, sha stop guna yang ni dan guna brand lain dan akhirnya jerawat naik dimuka dan meninggalkan kesan hitam :') sha tukar balik kepada garnier ni, adik sha pun guna jugak dia cakap best hahaha! memang best sangat sebab dia rasa cuci gila muka kalau guna cleanser ni

MALAM - bila balik kerja sha akan remove makeup sha dengan safi makeup remover ni, dulunya taksuka sangat tapi sekarang sha kenot live without it githew. sha ni jarang sangat pakai heavy makeup kalau gi kerja, tak nyempat nak siap pagi pagi hahaha jadinya cleansing oil ni jarang sha pakai kecuali haritu sha makeup tebel seharian! balik tu cuci dengan cleansing oil ni memang best gila sebab rasa dia menenangkan kulit kita. dan last sekali sha cuci pakai garnier tu balik. 


STEP 2


PAGI - lepas cuci muka haruslah pakai toner! toner ni sha susah betul nak setia tapi yang oxy ni best! rasanya pasni memang setia dengan dia la kot. lepas toner sha akan pakai serum, sha memang serum lover! dan serum yang sha pakai ni untuk pore, alhamdulillah memang nampak perbezaan :') serum ni sha beli kat althea, korang boleh la usha sebab dia macam jenis - pilihlah ikut masalah kulit korang ok! lepas serum sha akan pakai moist, wajib ye anak anak pakai moist tak kisah la kulit jenis apa pun, ni untuk kelembapan kulit korang


MALAM - repeat benda sama kecuali moist, kalau malam sha akan guna sleeping mask dari klairs ni. dulu malas betul nak pakai sebab rasa leceh, sekali pakai nampak hasil. sapa tak suka wey? bangun pagi muka glowing, kulit lembut semua hahaaha! (boleh search di blog sha, sha ada buat review pasal sleeping mask ni) sejak kejadian, sha jarang la skip sleeping mask ni kecuali malas tapi kalau malas pun sha akan guna jugak aloevera dari teatoc ni, sebab apa sha suka yang ni sebab dia jenis pump - mudah kerja berbanding dalam bekas!

STEP 3


step yang ini memang untuk siang je eh, malam takdak matahari so takyah la pakai hahahaha tapi percaya atau tak sha pernah pakai time keluar malam sebab dah terbiasa pakai :p i means kan macam pakai ikut urutan ha sekali ko pakai sunlotion malam malam, nak lindung dari cahaya bulan ke apa hahahaha. kalau tiap hari sha guna yang blue sun lotion, kalau nk g jalan jalan sha guna yang aqua rich hahaha bila entah nak beli yang real size :3

STEP 4


yang ini tak digunakan setiap hari ye anak anak, 2-3 kali seminggu. yang black sugar tu sha tak recommend kat orang yang ada jerawat sebab dia kasar sikit tapi kalau yang wardah okay sebab dia soft je. selalu yang black sugar tu sha guna sekali je seminggu, yang wardah 2 hari sekali. yang clay mask pulak baru je guna dua kali, suka! bila pakai clay mask jangan biarkan dia betul betul kering tau! dia tukar warna pun dah gi basuh karang kulit jadi terlalu dry, selalu lepas guna dorang ni sha akan pakai aloevera gel.



kalau untuk sheet mask pulak, sha guna random brand je memang tak pernah setia dengan satu brand je sebab jenis suka mencuba. ada juga bila cuba pakai tiba tiba panas muka, sha mmg akan buang terus pastu cepat cepat cuci muka. tapi tu macam 1 dalam 50 la jadinya, selalunya okay jee. sheet mask ni sha akan pakai kalau sha nk jalan jalan esok tu hahaha sebab malas pakai sheet mask tapi suka beli :3

jadinya inilah skincare routine sha, sha takpernah cakap kulit sha cantik tapi ada la nampak beza dari dulu. kalau dulunya muka kusam sekarang dah berseri sikit :p kalau dulu jerawat penuh muka sampai semua orang ejek skrg alhamdulillah jerawat manja manja je selalu datang, kalau dulu pakai foundation pun nampak cakey sekarang nampak smooth je tapi orang taktau macam mana strungglenya kita kan :p jadinya sebagai pengakhiran post ni, sha nak tunjuk muka sha dulu dengan sekarang. beza gila sampai ex tak kenal HAHAHAHAHAHA ok bai :p




tapi gambar kat atas bukan sebab skincare la, sebab kemajuan phone dan cara selfie kahkahkah ok ok sowiii :p











9/16/2018

DOMINOS PIZZA WITH COUSINS!

by , in

Assalamualaikum

DOMINOS PIZZA WITH COUSINS! | Hi korang! First of all, Selamat Hari Malaysia - 16 September! korang cuti ke kerja harini? sha cuti yay! best betul bulan ni, kerja kejap cutinya banyak :p jadinya cerita yang harini sebenarnya cerita minggu lepas :p mulanya nak gi makan kat kedai lain, dah lama jugak sha teringin nak makan kat kedai tu tapi sayangnya kedai tak bukak T_T takdak rezeki la kot kan. jadinya kitaorang decide nak makan dominos! yeah pizza4lyfe

DOMINOS PIZZA TANAH MERAH

masa kitaorang sampai situ takdak orang lagi, jadinya kitaorang orang first yang diambil order tapi lama jugak la order tu nak siap. dah la masing masing laparrrrr sebab tak makan kat rumah, nak makan luar hahahaha.dalam 10 minit baru order dapat, but sokay walaupun lambat tapi berbaloi~

happy me hahahaha

ini semua bukan makan sorang ye seperti di caption ig hahaha, kitaorang keluar tiga haritu, tak sangka boleh order 2 bijik piza! sebab haritu keluar dengan geng, order satu je patutla tak kenyang hahaha

antara yang diorder

takboleh nak ambik gambar beria sangat, orang sebelah asyik pandang je hahahaha takbest kan? padahal benda biasa lah kalau ambik gambar sebelum makan (eh!)

yang ini extra cheese - nak nangis kelaparan boleh tak?


popcorn ayam + cheese - ni pun sedap gila! sha memang suka giladengan popcorn ayam muahehehehe

tolong bagitau jap apa nama dia - sedap wey! makan panas panas terus rasa nak bukak kedai roti


ini ayam entah lah sebab cousin yang pilih - sedap jugakla tapi popcorn tadi sedap lagi :p


yang ini dah sampai daerah lain dah ni, tetiba ada tasik hahaa! sedap jugaklah tapi sebab dah sejuk kureng sangat. kalau makan sana mesti lagi ok


totol lost haritu : RM 72.20 - tapi berbaloi! sha suka makan di dominos berbanding di pizza hut hehehehe (helo dominos bagilah saya job review pasni :p) pizza di dominos memang kena dengan citarasa sha, dominos tak kedekut hahahaha! lagipun dominos selalu ada promosi, memang dapat berjimat sangat dah kat situ. btw korang suka yang mana? 

ps; abang yang ambik order haritu handsome :p 





9/15/2018

REKOD PERBELANJAAN DI PHONE DENGAN APP SPENDEE

by , in

Assalamualaikum

REKOD PERBELANJAAN DI PHONE DENGAN APP SPENDEE | Hi korang! siapa kat sini suka rekod perbelanjaan harian?kalau sha dulu tak kisah pun, kadang tu duit keluar masuk tak sedar pun, yelahkan susah jadi manusia boros ni :.>> pastu disebabkan ada satu misi hujung tahun ni, sha terpaksa kawal perbelanjaan sha, selama ni takpernah kisah pun guna duit banyak mana tapi bila dah guna app ni baru sha sedar yang sha banyak habiskan duit dekat benda entah apa apa T_T

TERJUMPA APP SPENDEE!


sha kan jenis suka usha play store kalau takdak kerja, jadinya sha adalah jumpa beberapa app yang spesis Spendee ni, tapi bila nak guna tak reti, so uninstall - install yang lain. kiranya try n error la sebelum setia dengan Spendee ni

APP SPENDEE


MENGENAI APP SPENDEE

1 / Semua wang korang di satu tempat

💳 Sambungkan dengan selamat akaun bank anda supaya semua pendapatan dan perbelanjaan korang ditambah dan mengkategorikan secara automatik. 
👆 Tambah perbelanjaan tunai secara manual hanya dalam 7 saat
📊 Mudah mengesan di mana semua wang anda berjalan pada akhir bulan Track Tracker bil sebenar, jangan lupa untuk membayar gas, air, pinjaman dll.

2 / Simpan wang mengikut bajet korang

💰 Menambah matlamat belanjawan dengan cepat dan mudah, serta menambah perbelanjaan dan simpanan korang
💸 Buat belanjawan untuk setiap kategori atau mempunyai anggaran keseluruhan

3 / Trek wang semasa acara istimewa seperti perjalanan atau perancangan perkahwinan

💱 Berbilang mata wang, menjadikannya sempurna untuk perjalanan atau percutian

4 / Menguruskan kewangan korang dengan bilangan orang yang tidak terhad

👫 Buat dompet kongsi dengan rakan dan keluarga anda


CARA MEREKOD PERBELANJAAN

1. Pilih jenis perbelanjaan korang

2. Masukkan jumlah perbelanjaan
3. Pilih today or yesterday - mana la tau terlupa masukkan yang semalam kan
4. optional - masukkan detail perbelanjaan
5. Save!

CARA MEREKOD DUIT MASUK

cara cara seperti cara merekod perbelanjaan cuma items je berubah


TRANSACTIONS
lepas korang masukkan perbelanjaan dan duit masuk korang, semua akan tersenarai kat sini. kiranya kalau lost sebab taktau mana duit menghilang, boleh lah check sini :p

OVERVIEW


 BUDGETS
kat sini korang boleh buat list budget korang, sha takguna lagi yang bahagian ni hehe


APP REVIEW : sha boleh bagi app ni 10/10 sebab senang gila nak guna tak macam app yang lain yang sha dah  download! nak key in pun laju, tak banyak ads, tak selalu kena update hehehehe. dengan adanya app ni sekarang,baru sha nampak kemana duit sha pergi. 

korang kena download app ni! percayalah yang app ni akan memudahkan korang untuk merekod perbelanjaan korang. dulu sha guna cara create satu group whtsapp, add sapa sapa pastu remove orang tu dan tinggal sha je dalam tu so duit keluar masuk sha, sha record situ. yang tu pun okay tapi yang tu tak dijumlahkan macam app Spendee ni. jadinya bila ada cara yang senang, why not kan?


DOWNLOAD APP SPENDEE - SPENDEE



9/12/2018

TAKOYAKI RM5

by , in

Assalamualaikum

TAKOYAKI RM5 | Hi korang! selamat malam! sha tak tahu lah kenapa sha suka sangat makan benda yang tak berkhasiat hahahaha semalam kan cuti, duk rehat rehat tu sambil lah scroll FB nampak ada orang post yang di jual takoyaki. ya Allah on the spot telan air liur, terus whatsapp yang jual tu. dan harini sha dapat takoyaki tu yayyy!

TAKOYAKI 7 BIJI RM5


dia ada tanya nak perisa apa, ada banyak jugak la pilihan hahaha tapi taktau nak perisa apa so sha cakap jelah campur jelah apa apa pun hahaha senang ceritakan. so balik kerja tadi sha gi ambik kat rumah dia, since kitaorang stay satu kampung je. senang la kalau nak makan pasni hehehehehehehhee


besar besar jugaklah takoyaki diani, macam cekodok pulak *eh tetiba lapar cekodok* 


tbh sha memang taktahan sangat dah nak makan HAHAHAHAHAHA bukak je tapawe tu terus ambik ngap! masa ambik kat rumah dia pun sha sabar banyak je, sebab kena pergi kedai pulak adoi lambat betul hahahaha jadinya bila balik terus nak makan! semua gambar kat atas ni sekali ambik je tau hahah selalu berkali kali ha! oh ya lupa nak bagitau yangggggg takoyaki ni sedap dan puas sangat makan, nanti nak repeat lagi lah hikssss. nak describe banyak banyak pun taktau sebab rasa macam makan cepat sangat tadi hehehehehehe nanti sha repeat lain, sha review semula :p

goodnight!


9/12/2018

KDRAMA : YOUR HOUSE HELPER

by , in

Assalamualaikum

KDRAMA : YOUR HOUSE HELPER | Hi! selamat kembali ke sekolah dan selamat kembali bekerja kepada semua hahaha ke ada lagi yang bercuti ni? dah dah la tu, sis jeles tau korang asyik cuti je hahahaha. harini sha baru dapat habiskan satu kdrama ni. 

YOUR HOUSE HELPER

sumber : google.com

Other name: Dangshinui Hawooseuhelpeo
Country: South Korea
Genres: Comedy, Romance
Date aired: Jul 4, 2018 - Aug 29, 2018

Summary:

The daily life of an average working woman involves: a packed subway during the rush hours, a miserable old boss, juniors clawing their way up, mounting credit card debt, and a rusty and tired body... And above all, the worst is the endless housekeeping work that awaits her at home. But what if a handsome guy appears and takes care of all the housekeeping work for her? And not only that, what if he solves the problems in her complicated and confused life? In this drama, a male house helper does housekeeping works in different women's houses and tries to solve their issues.

------------------------------------------------------------------

REVIEW :

tbh drama ni sedikit bosan, sebab tu macam lambat sikit nak habiskan. jalan cerita dia memang takbuat sha stress langsung, takpayah fikir apa nak jadi lepas tu, sampaikan dia tak buat sha tertunggu tunggu next episod. hero heroin dia nampak kekok tapi best la, macam masuk dorang dua jadi hero heroin. hero takdelah handsome sangat (hahaha tengok hero handsome ke tak tu wajib hokey) tapi sedap mata memandang la, heroin dia memang cantik gila! geram nengok kulit dia. kalau korang jenis suka berfikir, suka meng-stresskan diri sendiri dengan fikir pasal drama, korang jangan tengok drama ni, konfirm korang boring hahaha. kalau sha, mmang suka drama mcm ni cuma hero dia tak agresif la sebab tu rasa slow. overall okaylah 4/5

My Instagram