8/30/2018

MENYESAL MAKAN DI FALAH WESTERN FOOD!

by , in

Assalamualaikum

MENYESAL MAKAN DI FALAH WESTERN FOOD! | Hi korang! sabtu lepas sha kena teman cousin sha hantar kawan dia ke stesen bas, shahab perdana. jadinya sha dengan malasnya (sebab baru balik kerja) pun siap siap lah pastu lepas isyak kitaorang gerak. lepas gi isi minyak apa semua baru gi ambik kawan cousin tu, time tu dah 9.30 lebih dah. dalam 10.30 dah settle semua, naik bas pukul11 so kitaorang balikla tak tunggu pun. since dua dua tengah lapar teruk, sha adalah tanya kawan sha mana yang sedap restoran western kat Alor Setar, dia suggest FALAH WESTERN FOOD ni sebab baru beberapa hari lepas dia ada datang.

FALAH WESTERN FOOD

Kedai ni tepi jalan je, kerusi meja semua atas jalan pastu ada stall stall sekeliling dia. mula mula baca nama dia kat google map, terus nak makan chicken chop pastu bila dah sampai, dah dapat menu rupanya banyak gila menu dia!!!

MENU DI FALAH WESTERN FOOD

tapi disebabkan niat nak makan western makanya memang order makanan western lah. sha order satu, cousin order satu lepas tu selak muka lain ada nasi arab kambing! omaigad omaigad! terus nak nak nak! sebab sha duk terfikir nak g langkawi je ni nak makan nasi arab kambing tu T_T 

UNTUK DUA ORANG MAKAN

CHICKEN GRILL MADU - RM 11.90

CHICKEN CHOP - RM 4.90

NASI ARAB KAMBING - RM 14

Apa yang menyesalnya? menyesal sebab makan di Falah Western Food ni buat selera sha bertambah tambah tau! sha sebenarnya takpernah tau ada tempat ni! hahaha tbh, sha walaupun orang kedah, orang alor setar tapi setiap kali nak makan kat luar kena google T_T sebab selalu keluar dnegan kawan memang makan kat mall ja, kalau dengan cousin ja selalu makan luar tapi masalah dia sekarang jarang keluar! hahahahaha. dapat je semua makanan ni, mula mula try nasi arab dulu (share) pastu baru makan makanan masing masing, memang sumpah kenyang gila!

REVIEW FALAH WESTERN FOOD : service laju gila! taksampai 5 minit makanan dah sampai. tempat selesa walaupun tepi jalan je. pekerja semua okay, tempat pun bersih. overall memang oklah!

REVIEW CHICKEN CHOP : for me okaylah sebab dengan harga RM 4.90 korang boleh dapat chicken chop banyak gitu. cuma sha lebih suka kalau sos blackpaper tu tak disiram atas ayam sebab sha taksuka sangat sos tu, tapi dah dibuat mcm tu apalagi, makan jelah. rate 4/5

REVIEW NASI ARAB KAMBING : mula mula sekali sha rasa kambing dia pehhhh! serious sedap kemain, dengan lembutnya senang nak carik carikkan! ya ampunnnnn kenapa kenapa kenapa! dan yang sha suka lagi, dia punya rasa tu macam tak strong sangat. sha suka yang ni! bayangkan nasi dia boleh share dua orang dan masih kenyang okay? :p rate 4.9/5

insyaAllah nanti ada masa nak gi makan lagi. hehehehehehe 

Alamat : Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah 
(korang boleh google, Falah Western Food nanti dia bawak korang ke situ okay :p)









8/28/2018

KEKALKAN BERAT BADAN DENGAN IMAAN FRUITEA DAILY DETOX

by , in

Assalamualaikum

KEKALKAN BERAT BADAN DENGAN IMAAN FRUITEA DAILY DETOX | Hi korang! siapa sini azam tahun 2018 dia nak turunkan berat badan or kekalkan berat badan? dan sekarang dah bulan 8 tapi berat badan bukan makin menurun tapi menaik? hahahaha kalau ya, kita geng!!! tambah tambah pulak baru lepas raya pulak kan? ketupat rendang lemang mana boleh tinggal kan? :p walaupun lepas raya puasa haritu ada niat nak turunkan berat badan masa raya haji ni huhuhu malangnya hanya tinggal mimpi disiang hari~

IMAAN FRUITEA DAILY DETOX BY IMAAN SUCI WORLD


IMAAN FRUITEA DAILY DETOX adalah 100% gabungan daun teh serta buah-buahan terpilih iaitu Mulbery, Passion Fruit, Soursup dan Candle Bush. yang bestnya lagi pasal this fruitea daily detox ni, seawal usia 7 tahun dah boleh minum tapi untuk ibu - ibu mengandung tak digalakkan. 


sha seorang yang memang akan detox badan sha tiap hari gitu, sebab sha memang suka makan ikut tekak je hahahaha (jangan tiru aksi ini) so sebelum tido sha semestinya akan minum something yang akan buat sha membuang keesokkan paginya. bila dah terbiasa dengan semua ni, konfirm badan rasa ringan je dan disamping itu dapat turunkan berat badan! macam mana boleh turunkan berat badan? mengikut pengalaman sha sendiri, once minum detox ni kan, badan korang macam perlukan a lot of water, dan dia akan hilangkan selera makan korang a.k.a nafsu makan. sebab tu lah boleh turunkan berat badan! siapa je yang taksuka kan berart badan turun hehehehe


kalau korang nak tau, bila korang minum Fruitea Daily Detox ni dan makan makanan yang seimbang disamping buat aktiviti yang menyihatkan macam bersukan je, jogging ke insyaAllah korang akan dapat capai impian setiap perempuan iaitu memiliki badan yang cantik githewwww. sebab apa sha cakap macam ni? ha korang baca la KELEBIHAN kalau korang minum Fruitea Daily Detox ni :-

-    Mengempiskan perut yang buncit
-    Menyelesaikan masalah obesiti
 -   Lawas dan badan rasa ringan
 -   Menyelesaikan masalah sembelit
-    Membuang angin dalam badan


CARA PENGGUNAAN FRUITEA DAILY DETOX

Rendam uncang dalam cawan / mug berisi air panas.

Tujuan pencernaan – sehari 1 uncang
Tujuan kurangkan berat badan – sehari 2 uncang
Tujuan kekalkan berat badan – 3 kali seminggu


MY HONEST REVIEW : tbh sha selalu detox badan guna greentea je sebab kenot telan detox yang jenis ni sebab taktahan rasa dia, bau dia. tapi yang Fruitea Daily Detox ni, sha rasa taksabar pulak nak minum lagi malam karang hahaha. sedap wey! bau dia sedap, rasa takpahit or rasa pelik pelik. yang lagi best dengan setiap pembelian korang dapat botol air macam sha kat atas tu~ 


insyaAllah sha nak stay minum Fruitea Daily Detox ni, mana tau boleh kurus! hehehe doakan sha! so kalau korang pun ada masalah berat badan macam sha, or nak kekalkan berat badan boleh try minum detox ni, konfirm boleh telan macam minum air teh ais (PLEASE PERCAYA YANG SHA JUJUR BENDA NI) ha kalau nak beli korang boleh dm dorang kat ig or kat website dorang ;) pssssss sekarang tengah sales okay baii :p


FACEBOOK : Imaan Suci World



** this is a sponsored post but all opinions are mine

8/26/2018

LIRIK LAGU KENYALANG IM IN LOVE | AEPUL ROZA & MIMIE HARIS ( OST KENYALANG IM IN LOVE)

by , in


LIRIK LAGU KENYALANG IM IN LOVE  
PENYANYI : AEPUL ROZA & MIMIE HARIS
( OST KENYALANG IM IN LOVE)


Kenyalang im in love
kenyalang im in love
indahnya cinta bila berdua
kekal kita bahagia

senyum dan tawamu
bermain di mata ku
entah kah bila kau kan terima
hasrat cinta ku ini

bukan ku tak mahu
tetapi ku malu
tuk menyatakan rasa hatiku
yang juga inginkan mu

akuuuuuuu
ingin menjagamu hingga hujung nafasku
setia bersamamu

akuuuuuuu jugaaaa
ingin menjaga mu
dengan seluruh jiwaku
untuk selamanya

kenyalang im in love

akuuuuu ingin menjagamu
hingga hujung nafasku
setia bersamamu

akuuu jugaaaaa
ingin menjagamu
dengan seluruh jiwaku
untuk selamanyaaaaaaaaaaaaa

akuuuuu ingin menjagamu
hingga hujung nafasku
setia bersamamu

akuuuu jugaaaaa
ingin menjagamu
dengan seluruh jiwaku
untuk selamanyaaaaaa

kenyalang im in love
kenyalang im in love
indahnya cinta bila berdua
kekal kita bahagia~

8/25/2018

AIDILADHA 2018

by , in

Assalamualaikum

AIDILADHA 2018 | Hi korang! masih bercuti atau dah bekerja macam sha? liat betul pagi tadi nak datang kerja sebab dah cuti lama walaupun takda la lama mana :3 walaupun hari raya haji dah lepas beberapa hari, tapi sha nak cerita jugak hahaha. apa yang best pasal raya haji adalah takbir raya :') seronok je dengar sebab lama dari yang raya puasa. dan malam raya tu sha tidur lewat tapi taktau lah buat apa hahaha

HUJAN DI PAGI HARI RAYA AIDILADHA


HUJAN DI PAGI RAYA!

sha sebenarnya dah dapat agak sebab sha selalu check ramalan cuaca hahaha yes pagi hari raya tu hujan, ya rabbi dia punya malas nak tinggal katil takyah cakap la tapi hujan behenti dalam pukul 8 macam tu, jadi dapatlah budak budak (cousin sha) tu keluar beraya dari rumah ke rumah. sha macam biasa, stay rumah je pagi hari raya dan duk whtsapp dalam group nak kemana semua. cadangnya pukul 11 nak kluar tapi time tu lah hujan lebat T__T memang lebat sangat dan berpanjangan sampai ke lepas zohor. sha dah iron baju semua dah, hujan behenti je mmg nak gi rumah nzirah je.

HUJAN RINTIK RINTIK

lepas zohor keadaan masih sama, masih hujan tapi rintik rintik, ni bukan rintik rintik takbasah tu, rintik rintik basah punya hahaha tapi gagah jugak keluar, sebab dah bersiap kan. sepanjang jalan nak kerumah nzirah nampak budak budak berjalan hujan hujan nak beraya dari rumah ke rumah (kat kampung nzirah) seronok je tengok sebab kat kampung sha takramai sangat budak buda, sampai rumah nzirah masuk dulu sebab dia siap takhabis lagi -_- makan dulu kuih muih yang disediakan dan mcm biasa air oren~ kahkahkah

KUIH  DI RUMAH NZIRAH

kitaorang teruskan perjalanan ke rumah classmate kitaorang, kaksu. kaksu memang tengah tunggu kami sampai masa tu, masuk je dalam rumah lepas bersalaman terus kaksu hidangkan kami soto. lepas hujan kan, perut terasa lapar dengan berbekalkan ketupat yang pagi tadi punya apa lagi kita belasah la hahaha. selain soto, kaksu jugak hidangkan ketupat kacang dan serunding. sedap! terima kasih kaksu. masa kat rumah kaksu ada jugak berootd sebab rumah sebelah rumah kaksu tu nampak unik sangat!

SOTO DI RUMAH KAKSU

OOTD !

balik dari rumah kaksu singgah rumah kawan kitaorang, leka. hahaha dia baru sampai dari pahang pagi hari raya, kesian :p dia dah cakap awal awal yang rumah dia hidang kuih muih ja, tapi kitaorang on ja sebab dah kenyang kan makan kat rumah kaksu hahaha. ha masa kat rumah leka lah banyak gambar yang diambil, macam macam posing, semua filter diguna, app camera yang kat phone semua kitaorang guna :p lepas tu, balik hantar nazirah dan sha terus balik rumah, badan pun dah letih + kenyang hahahaha. demikianlah hari raya haji sha this year, baju memang pakai yang last last year punya ja ;p

MAKAN MAKAN DI RUMAH LEKA



OOTD DI BELAKANG RUMAH LEKA

last but not least, salam aidiladha dari kitaorang lima hahahaha susah dah nak raya bersama bila dah besar ni, tahun depan ada jugak yang raya rumah mak mentua ni hukhuk









8/24/2018

CANTIK JELITA DENGAN SERUM SUSUK BERADU

by , in

Assalamualaikum

CANTIK JELITA DENGAN SERUM SUSUK BERADU | Hi korang! kalau korang jenis pentingkan penjagaan muka mesti korang ada produk ni, tak kisah la brand apa tapi memang wajib ada sebab kita semua tau yang serum ni melembabkan kulit kita. kalau korang takpernah try ha meh sha nak share dengan korang satu serum yang debooom gitu

SERUM SUSUK BERADU



inilah produk yang sha cakapkan tu Serum Susuk Beradu by Imaan World . mula mula dengar nama mesti korang terfikir susuk yang dynas berlakon tu kan? hahahaha mengaku jelah. tapi say  no no to that susuk, susuk yang ini takpa, selamat dan diyakini. kalau macam sha, serum ni merupakan salah satu skincare wajib sha

Pagi : Cleanser - Toner - Serum - Moisturiser - Sunblock

Malam : Oil cleansing - Normal cleanser - Toner - Serum - Night Cream

sha sangat menitikberatkan penjagaan kulit sha sekarang. antara salah satu benda yang sha akan tengok kat produk tu adalah bahan bahan yang digunakan dalam produk tu. so kat bawah ni senarai bahan bahan yang ada dalam Serum Susuk Beradu ni

Bahagian belakang kotak : kandungan produk | maklumat syarikat | tarikh luput


Bahagian tepi kotak


Bahagian tepi kotak : No. not produk



KELEBIHAN SERUM SUSUK BERADU

Menegangkan dan memudakan kulit

Melambatkan penipisan kolagen dan meransang kolagen baru

Merawat kerosakan akibat sinar matahari
Meningkatkan keanjalan kulit
Mengurangkan kedutan, Melambatkan penuaan kulit
Memudarkan jeragat dan kesan jerawat




3 CARA PENGGUNAAN SERUM SUSUK BERADU

Digunakan sebagai serum siang dan malam - macam rutin skincare sha kat atas, sha mmg menggunakan serum setiap hari tanpa gagal hihi

Dijadikan makeup based/primer - yang ini sha selalu buat kalau nak gi jalan jalan seharian atau ke mana mana majlis sebab bila jadikan serum as makeup based, makeup korang akan nampak smooth je

 Dicampurkan dengan foundation, daycream or sunblock - yang ini sha buat jugak kalau nak gi kerja tapi nak nampak cantik (cantik ke) memang makeup stay kat muka dari pi kerja sampai balik lah cerita dia

APA YANG BEST PASAL SERUM NI ; apa yang sha suka sangat dengan serum ni adalah serum ni cepat meresap dalam kulit, so takdelah nak ambik masa yang lama sangat untuk tunggu dia meresap dan cepatlah kerja sha untuk bersiap. hari Raya Aidiladha lepas sha guna serum ni as primer, bayangkan mekap tak cakey  langsung, tahan sampai sha balik la (sebab time cuci makeup banyak gila makeup kat kapas muka hahaha) muka pun nampak glowing je tau. seronok ok kalau orang tegur muka kita nampak flawless plus tanya kita guna produk apa hehehehe

so kalau korang berminat dengan produk Serum Susuk Beradu ni, korang boleh order melalui website Imaanworld atau di instagram mereka :-

INSTAGRAM : @imaan.suci.world.hq
FACEBOOK : Imaan Suci World

** this is a sponsored post but all opinions are mine

8/21/2018

BELI PHONE DI SHOPEE - XIAOMI REDMI S2

by , in

Assalamualaikum

BELI PHONE DI SHOPEE - XIAOMI REDMI S2 | Hi korang! esok dah raya yay! yang balik kampung tu dah sampai ke belum? yang takbalik kampung tu, yang kena kerja tu bolehlah dengar lagu raya yang sedih sedih ok? hahahaha joke joke :3 seperti mana tajuk entry sha tu, yes sha dapat phone baru! yayyyyy! kenapa dengan phone lama? dah rosak ke? NOOOOOO masih elok cun melecun tau! tapi sha kena upgrade phone sebab storage huhu sorry baby 4A. kalini sha masih setia dengan jenama xiaomi hahahha HELLLO sha dah in love teruk kot dengan phone xiaomi :p


sha order hari jumaat dan sampai di tangan sha hari isnin. perit weh menunggu hahahha makan tak kenyang mandi takbasah, kat mana lah phone aku ni :p

     

sha sampai tak keluar rehat tau, tunggu pakcik poslaju datang hahahah lawak je lah! sha keluar pi beli nasi kat kedai sebelah, pastu nampak pakcik poslaju yayyyyy berbunga hati tau :p kalau sha keluar mana pun kan, pakcik poslaju konfirm call "helo pikah, barang saya tinggal kat nazila nah" hahahahaha pkcik poslaju tu memang baik gila dengan sha >< kadang kalau tak sempat hantar barang pun call tau "pikah, harini takdan kot hantaq barang, esok pagi saya pi hantaq"

 

maaf takjelas, ni guna phone redmi 4A dan takdak cahaya yang bagus. trust me kalau ada cahaya yang elok, kamera redmi 4A memang okay hehehhee

HERE MY NEW BABY!

alhamdulillah sangat dapat phone baru, rezeki sha bulan ni, banyak benda dalam wishlist sha dah dapat hehehe wishlist kahwin belom :p;P dan phone ni kali kedua sha beli kat shopee, memang sha ni dikira salah seorang yang berani la sebab beli online kan :p


TIPS BELI PHONE DI SHOPEE

  • TOLONG RAJIN BACA REVIEW PHONE TU, KALAU BANYAK 1STAR TLG LA JANGAN BELI
  • SEBELUM BELI TANYA SELLER BANYAK BANYAK - SEBAB KALAU SEBELUM BELI DAH MALAS LAYAN , DAH BELI KALAU ROSAK PAPE KE HA MMG DIA BUAT TAKTAU LA
  • BELI YANG ADA WARRANTY - THAT WHY KENA CHAT SELLER
  • KENA BANYAKKAN SABAR, JANGAN INGIN BANKIN HARINI PTG KARANG DAPAT :')
  • PILIH COURIER YANG KORANG PALING PERCAYA :- POSLAJU, GDEX DAN YANG PALING BARU DHL
  • KENA RAJIN SURVEY HARGA SEBAB ADA HARGA YANG MEMANG BERBALOI
  • KALAU JENIS SUSAH NAK YAKIN, BELI KAT SHOPEE MALL / OFFICIAL STORE



sha beli phone ni dekat ⟶ itronicMobile





8/18/2018

KEK COKLAT 3 TOPPING RM10

by , in

Assalamualaikum

KEK COKLAT 3 TOPPING RM10 | Hi korang! selamat berhujung minggu dan selamat bercuti sekolah kepada yang masih bersekolah. sha ni duk menghitung hari nak bercuti tapi malangnya selasa masih kerja T____T walaupun halfday tapi rasa macam takbestnya sebab semorang dah cuti kat rumah ni hahaha :3 berbalik kepada tajuk di atas, harini benda yang sha mngidam dah dapat yay! (tak pregnant ok :p)

KEK COKLAT TIGA TOPPING

Hari ahad ke isnin lepas entah, sha ada PM akak kat FB ni, sha ni sekarang banyak makan betul la -_-banyak makan tapi makan takhabis hahaha eh macam tu :p sha cakap nak order kek, pastu dia kata ada COD khamis, jumaat tapi sha sengaja cakap kalau sabtu boleh tak, dia cakap boleh yay! jadinya tadi dalam pukul 11 dia ada pn cakap nak cod dalam 30 minit lagi, sha dah excited kemain dah hahaha 

sisi atas bekas

jadi inilah rupa kek yang sha beli tu, menarik bukan hahahhaa ala cakap je menarik ok :P sha mula mula tengok kat FB pun memang terliur gila. sebab tu terus order ha

sisi tepi bekas
.
korang nampak tak cream dia macam mana? nak nangis sha tengok tadi tau (jk jk) harus ku bilang wow gitu? sha dah la hantu cream sejak dulu kala lagi :p

HONEST FEEDBACK : 7/10 sedap!!!!!!!!!!!! dan murah pulak tu tapi sha taksuka kek coklat tu sebab rasa macam taksedap sangat hehehe


8/17/2018

TERBELI CLEANSER YANG DAH EXPIRED

by , in

Assalamualaikum

TERBELI CLEANSER YANG DAH EXPIRED | Hi korang! fuh berhabuk blog malas nak update hahahaha ingatkan dah ada laptop kat rumah dapatlah buat sha rajin nak update blog ke kan? sekali lagi malas adalah :3 since dengan kesihatan yang kurang sekarang ni, kalau tempat sha ni kejap panas hujan dan jerebu sekarang huhu harini taktau la sebab tak tengok berita kahkahkah okok back to the topic

CLEANSER EXPIRED?


Ha ni sebenarnya cerita dua minggu lepas kot, actually sha masih konpius dengan diri sendiri nak pakai cleanser apa sebab kulit dah makin okay,alhamdulillah tapi kulit masih berminyak. kiranya kalau nak beli cleanser apa mestilah kena yang jenis oily skin sha ni, masalah terbesar sha sekarang kalau pi watson takdaknya nak belek, nak beli semua tapi time dah balik ha mula la lupa itu lupa ini :3 jadi sebab terpaksa ku relakan, sha carilah cleanser kat kedai berhampiran rumah sha, kedai runcit la tapi kedai tu besar,bukan jenis kedai kampung biasa tu. cari cari terjumpa la cleanser dari oxy ni untuk oily skin, terus ambik tanpa menoleh ke belakang HAHAHAHAHAHA


ok tak jelas tapi dia tulis EXP 032016

bila sampai rumah kan, yang buang sticker yang dilekatkan kat cleanser tu, sha nampak expired date. WEH SUMPAH TAKPERNAH BELI CLEANSER YANG DAH EXPIRED SELAMA NI HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA dah la macam mahal jugak la well sha kedekut kan hahahaha pastu sedapkan hati lagi, mungkin 2018 bukan 2016 padahal memang jelas jelas 2016, nakpi kedai balik mmg tak la sebab kedai tu memang tau susah nak tukar barang semua even tau salah dia hahahaha inikan pula salah sha sebab tak tengok expired date. tapi serious la kalau korang beli cleanser tengok expired date? why sha tak macam tu huhuhuhuhuhu cuai gila sha ni kan, pastu apa lagi sendu la hari sha...........


jadi pengajaran untuk diri sendiri, lepas ni nak beli apa tengok expired date :') check betul betul. dan kepada penjual, produk yang dah lama pun nak jual lagi ke :') 2016 kot?? dua tahun lepas tu emm korang pernah tak terbeli skincare yang dah expired ni? oh ya cleanser tu dah selamat masuk tong sampah tadi (gambar diatas sebelum masuk tong)



8/15/2018

ALHAMDULILLAH! GOT MY OWN LAPTOP

by , in

Assalamualaikum

ALHAMDULILLAH! GOT MY OWN LAPTOP | Hi korang! uish ingat senang sha nak meng-publish entry di malam hari? hahahaha guess what? ala baca tajuk lah hahahaha yesssss! i got my own laptop, alhamdulillah. dah lama sangat nak ada laptop sendiri selepas laptop sebelum ni rosak hahahaha yazaaa, cerita dua tahun lepas.



Kat area rumah sha ada lah senior sekolah bukak kedai yang baiki-jual laptop ni kan, disebabkan asyik tengok dia post kat FB hahaha geram sis tau. mula mula tu segan nak pm AHAHAHAHA segan sikit kalau macam kenal ni padahal tau ja dia tak kenal kita pun :p pastu satu hari tu macam bertekad la kunun hahahaha nak PM dia kan, sha pun pm la kat FB, sembang sembang sampai ke whatsapp. mulanya ingt nak ambik pc tapi fikir balik macam makan ruang ja. so takpalah ambik laptop tapi lepas raya sebab kena saving sikit lagi berbekalkan duit berblogging :') biasalah dengan raya haji dah dekat kan, macam nak pakai duit githew la. tapiii rezeki sha la sebab mak tiba tiba nak bagi dit T____T terus contact cakap jadi, esok kalau settle nak angkat terus hahaha which is harini la


tengahari macam tu masa sha tengah lunch dia pm cakap semua dah settle. hahaha excited gila terus hilang selera nak makan :p pastu balik kerja terus gi ambik hahaha kosong lagi laptop ni, mouse pun takdak apa semua. nanti sha update lagi pasal kesayangan sha yang baru ni :3

For those yang stay Ayer Hitam atau kawasan berdekatan bolehlah kalau nak beli laptop / baiki laptop contact ja owner ni, jangan risau insyaAllah ada harga kasih sayang :p 

FB : Artech Digital Service Enterprise

8/13/2018

BROWNIES COOKIES SEDAP GILA!!!! + TOP COMMENTATOR?

by , in

Assalamualaikum

BROWNIES COOKIES SEDAP GILA!!!! + TOP COMMENTATOR? | Hi korang! hari sabtu haritu sha ada order brownies cookies dari kawan sha. sha ni sebenarnya yang jenis sangat sangat support kawan kawan niaga :') ha korang kalau ada jual apa, bgtau je. kalau sha memang guna/makan benda tu insyaAllah sha beli hahaha! kawan sha ada whatsapp sha beberapa malam sebelum tu, mula tknak la beli nak saving la konon! pastu teringin hahahaha terus order suruh cod sabtu dan.... hari yang ditunggu tunggukan telah tiba 

BROWNIES COOKIES

bila dapat ja terus bukak tau hehehehehe ambik satu, masukkan dalam mulut pehhh sedap gila! i kenot kenot behenti makan T.T padahal dalam hati nak simpan nak bawak balik pi kat supina. sha masih cuba untuk slowkan makan, ambik sekeping pastu kepak jadi kecik kecik hahahaha heloooo supina tengok cemana kaklong sayang hang? 


masa ni tinggal setengah dah, padahal makan sorang ja. kalau korang macam terfkir cemanalah minah ni makan benda manis ni banyak banyak HAHAHAHAHAA takmanis sangat! serious. sha punya pikiran pun ada gak macam mesti manis punya benda ni, dah la nak kurangkan manis. pastu bila makan sekeping dia manis tapi takmanis gila. kiranya oklah untuk buat makan tapi kalau tengok drama/movie ni mesti habis brownies dulu dari movie hahaha. 

lepas balik kerja terus pi rumah supina, bagi dia makan hahaha tau dak dia makan non stop! sha sampai sembunyi dalam tudung apa semua, dia cari sampailah kepingan terakhir kan, dia makan makan pastu bila dah habis dia cari lagi "nanak nanak nanak" hahaha kuat makan betul gemok tu pastu sha kata habis dah nanti beli lain, senyum kemain dia hahahan (SIAPA SUFINA)

so selepas dirunding untuk beberapa hari, sha rasa nak bagi brownies cookies ni kepada top komentator sha. okay kan? haaaa korang komen banyak banyak, jangan komen sepatah sudah :p

baiiii, lunch dulU!
8/10/2018

LIRIK LAGU MERINDUKANMU | DASH UCIHA

by , in



LIRIK LAGU MERINDUKANMU | DUSH UCIHA

kau lihat aku di sini menunggumu
menanti akan kehadiran dirimu
berkali-kali ku menghubungi kamu
berharap kau dan aku cepat bertemu

jujur aku tak sanggup bila kau jauh
terasa berat dan hampir ingin mengeluh
rasa ini sungguh membuatku jatuh cinta padamu

kau ciptakan lagu indah
kau senyum semanis buah
satu tapi pasti dan sangat berarti
kau takkan terganti

sungguh dirimu membuatku terlalu bersemangat
jalani hari-hariku dengan hebat
kau tahu hidup tanpamu itu berat
denganmu aku kuat

dengan begitu ku berhenti untuk terus mencari
karena ku telah temukan pawang hati
mengisi kesempurnaan hidup ini
jangan kau pergi lagi

lala lala lalaaaaaa lala lala lalaaaaaa
walau terkadang kau tak mengerti
betapa besar rasa ini
peluk aku, katakan kau milikku

oh sayang

dengarkan lagu ini
kau melodi yang menari-nari, menembus khayalku
andaikan kau bisa rasakan
ku menahan rindu yang menjadi-jadi, pesona keajaiban

sungguh dirimu membuatku terlalu bersemangat
jalani hari-hariku dengan hebat
kau tahu hidup tanpamu itu berat
denganmu aku kuat

dengan begitu ku berhenti untuk terus mencari
karena ku telah temukan pawang hati
mengisi kesempurnaan hidup ini
jangan kau pergi lagi
8/10/2018

SAMYANG CARBONARA MUAK?

by , in

Assalamualaikum

SAMYANG CARBONARA MUAK? | Salam jumaat semua. Hi korang! haritu sha ada pi satu kedai ni, saja lah belek belek kat tempat maggie tu pastu nampaklah ramen carbonara ni dengan jjajangmyeon ni. pastu duk fikir kejap kat situ, kalau beli yang jjajang ni sah sah membazir sebab nampak macam pedas terok je hahahaha so sha ambik la yang carbonara tu

Bahagian Depan Samyang Hot Chicken Carbonara Ramen

okay tak jelas tapi tepi tu ada logo halal ok. packaging dia cute ya amat sebab pink!!!!! hahahaaha harga pulak macam biasalah RM 5.50 kalau kat kedai tu la, kalau kedai lain ada yang RM 7 8 tauuu.

Bahagian Belakang Samyang Hot Chicken Carbonara Ramen

bahagian belakang ni adalah info, fact apa semua pasal samyang ni. bahan bahan dan jugak cara nak masak dia. tapi tak jelas sebab kecil ya amat tulisannya. tapi ada ke yang tak reti buat mee segera? hahaha

CARA CARA SEDIAKAN SAMYANG CARBONARA
1. Keluarkan semua rencah rencah yang ada dalam packaging tu , letak tepi kejap.
2. Ambik mee tu boleh masak atau kalau malas macam sha, rendam je dalam air
3. Bila mee tu dah masak helokk, toskan dia dan bagi ada sikit sikit la air 
4. Masukkan dalam mangkuk, letakkan perencah (takdak dalam gambar) pastu gaul sampai sekata
5. Dah sekata elok? masukkan perencah carbonara tu dan gaul lagi! (time ni dah terliur terok dah)
6. Letak la apa yang korang rasa nak letak, telur goreng ke rebus ke ayam goreng ke hahaha jangan letak ikan gulai sudah

done~

Masa ni kan memang terliur gila, sha letak ayam KFC yang lebih tengahari tu ha hahaha terus lagi geram nak makan. tapi malangnya takleh habiskan. bukannya taksedap tapi macam ditajuk post ni, muak, kenot go hahaha rasa nak keluar balik. oh ya, siapa yang takmakan pedas no worries takpedas pun yang ni. tapi kan masa tengah menaip entry ni tetiba sha teringin pulak.............

so sha terfikir what if sha buat mini GA dan hadiahnya samyang ramen (macam macam flavor)? jangan lupa komen!

My Instagram