Assalamualaikum

TERSALAH BELI  | sebelum nak mulakan entry ni kena tenangkan diri sendiri dulu (huhh). kan sebelum ni sha ada cerita sha dapat baby baru (BACA SINI) so sha pun macam excited nak belikan dia baju haha baju yang cantik cantik semua lah. duk scroll scroll kat shopee memang banyak sangat sangat baju untuk baby baru sha yang cantik cantik, bila dah berkenan teruslah proceed nak bayar apa semua dan tunggu sampai. so semalam pakcik poslaju datang, ee bestnya bestnya baju baru baby sha dah sampai, bila bukak parcel nangis T____T dibawah ni story sha kat ig yang sha dah screenshot

       

masa order tu entahlah kenapa dengan sha takboleh perasan yang casing tu untuk redmi 4x padahal sha punya phone redmi 4a T.T careless gila haha pastu semalam duk meroyanlah baby takdapat baju baru huaaaaaaaa. ni bukan salah seller salah hantar tau ni memang salah sha 100%. so siapa yang guna redmi 4x boleh email sha - shfyqhazhr@gmail.com . sha nak bagi free je haha bukan rezeki sha kot kan :') ok sekian cerita sedih kalini. salam jumaat semua!