Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu semua. alhamdulillah harini dah 15 Ramadhan. rasa kejap je kan bulan ramadhan tahun ni, tinggal beberapa hari je lagi. persiapan raya macam mana? ke masih takde mood? hahahaha jangan biar mood tu menghantui diri anda takut nanti baju takde size :p

sha nak cerita pasal semalam (9 Jun 2017) ; hari yang agak kelam kabut dan teruk -_____- nak dijadikan cerita hari khamis sha cuti, bila cuti tidur je lah kan lepas tu bila dah malam takboleh tidur sebab dah puas tidur time siang. tak silap sha dalam pukul 3 lebih jugak sha tidur lepas tu bangun sahur 4:45 macam tu lah, memang makan sikit je sebab nak kejar tidur huhuhu walaupun dah berazam taknak tidur lepas sahur kan. lepas tu tidur kejap 6 lebih bangun subuh lepas tu tidur lagi -_____- lepas tu 7 lebih bangun mandi semua kan, cakap nak tidur kejappppppp je, lepas tu terjaga lewat dalam pukul 7 nak pukul 8 hahaha sha dah la masuk kerja 8:30. nak dijadikan cerita, toner dan perfume sha botol nak sama cuma bezanya perfume kat luar raga dan toner dalam raga. sebab mengantuk tahap dinasour kan, sha TERSPRAY PERFUME kat muka hahahahahaha lepas tu segar terus tapi pedih gila sebab muka sha ada luka sikit. lepas tu pi kerja apa semua, taktau la samada sha je ke yang rasa tapi semalam memang panas gila. letih dia lain macam, letih rasa nak marah semua orang hahahaha. so malam semalam sha tidur awal o/ satu sebab letih, dua sebab takde Andainya Takdir :p

Sekian cerita dari sha. lepas ni janji dah taknak tidur lewat ngeh ngeh