KE LANGKAWI BALIK HARI WITH LOVE


Assalamualaikum

KE LANGKAWI BALIK HARI WITH LOVE | Hi korang! so 18 ogos yang lepas, sha bersama bf, kawan baik dan adik ke langkawi! πŸ₯³ first time bershort vacay dengan dorang hahaha mybe many more in the future *sambil sambil usha Pakej Percutian ke Korea 🀭 so yeah, meh nak cerita apa yang kitaorang buat the whole day!


BOOK TIKET LAST MINIT

so bf sha sampai kedah pagi sabtu, tapi masa tu belum beli tiket lagi. haritu kan selalu ribut la hujan lah πŸ˜‚ takut betul nak beli tiket, takut hari nak pegi hujan ke apa hahaha! so malam 17 ogos tu, otw hantar adik bf ke sekolah dia, sha decide nak beli tiket. ye sekarang tiket langkawi beli online je korang, mudah! book lah tiket pergi dan balik untuk 4 orang dewasa. harap harap tak hujan la esok tu 🀲🏻

HELLO LANGKAWI! IM COMING

jadi sha book tiket pukul 8.30, sha suruh bf pickup pukul 7 tapi 7.15 gitu baru sampai hahaha then terus pickup kawan then gi kuala perlis. sampai jeti kuala perlis dah pukul8 macam tu, tak breakfast apa semua tau terus scan qr code then duduk kat kerusi tu πŸ˜‚ lapar wehhh takmakan dari petang. then diaorang panggil untuk naik feri tu kan, tunjuk je qr code tu then bgtau 4 orang settle.


alhamdulillah feri kitaorang naik masa pergi laju πŸ˜‚ jadinya sejam jelah dah sampai. bila sampai tunggu kereta sewa datang pickup, kitaorang sewa kereta Saga RM50 sehari, ok lah kan? then lepas ambik kereta tu terus gi sarapan πŸ˜‚ kitaorang singgah kat random gerai tepi jalan je sebab malas haih nak cari kat mana nak makan pe semua.




HAJI ISMAIL GROUP (HiG)

lepas settle makan taktahu nak kemana, jadi cakap jelah kita gi jelah beli coklat dulu pasni baru jalan jalan tempat lain hahaha. masuk situ dekat sejam jugak la, lepas ambik letak lepas letak ambik semula πŸ˜‚ tak kira orang duk pesan lagi πŸ˜‘ rasa macam ambik sikit je, sekali bayar RM105 🀣 sabar jelah

hasil tangkapan dari HiG & kedai tepi makam mahsuri

MAKAM MAHSURI

next, sebenarnya makcik sha ada pesan suruh beli minyak ni ha. siap bgtau nama kedai tapi takbukak pulak πŸ˜‚ tapi kedai sebelah tu pun ada je, suruh beli bam 3 botol RM5. ambik 12botol ha puas hahahaha. lepas dari sini kitaorang macam dah lost dah nak pergi mana, tapi masa ni pukul12 macam tu la. nak gi makan macam baru je lepas makan πŸ˜ͺ

PUSING PUSING LANGKAWI TANPA ARAH

menyesal rasa sebab takbuat tentatif πŸ˜‚ jadi taktahu nak pergi mana, last last duduk dalam kereta pusing pusing langkawi. entah la kemana kawan bawa, bila sampai patah balik 🀦🏼 pastu last last google jelah tempat nasi arab tu! hahahaha

NASI ARAB KAKI GUNUNG CAFE


ini adalah tujuan utama bawak bf ke langkawi tau tak πŸ˜‚ sha dengan kawan sha memang hantu nasi arab hahaha tambah tambah kalau nasi arab kambing πŸ˜‹πŸ˜‹ so dah sampai situ, order lah nasi arab yambing 2 & chickencop 1. sha dengan bf share je nasi sebab sha selalunya takhabis makan nasi tuπŸ˜‚ masa kitaorang makan tu, boleh pulak hujan πŸ˜‚ yaAllah cuak dah ha, sebaik kejap je hujan then dah okay balik. alhamdulillah 😍

TANJUNG RHU


lepas makan, kawan sha call kawan dia yang memang stay langkawi tanya mana nak pergi kalau waktu gini, dia suggest tanjung rhu. so kitaorang pun pergi lah tengah tengah hangat tu kan. dah sampai macam pishang taktahu nak buat apa 🀦🏼



ambik gambar then cakap jom lah gi tempat lain hahaha

PANTAI CHENANG


last tempat kitaorang pergi adalah pantai chenang ✨ tapi kejap je pergi ha, sebab kejar masa tiket balik pukul6 korangg!!! masa otw chenang dah pukul4 lebih dah. sampai situ, ambik gambar semua then balik hahaha

BYE LANGKAWI, JUMPA LAGI

lepas dari chenang tu, pulangkan kereta then kejar feri hahahaha. sha ni jenis kalau apa apa suka sampai awal sebab taknak terkejar kejar tapi kawan sha jenis relax 🀦🏼 takpa sempat, sempat hahahah memang la sempat tapi penat πŸ₯΄ then dah masuk feri, duduk duduk je ha terus tidur kawan sha dengan adik niπŸ˜‚ letih nau dorang eaah



masa balik dapat feri slow so sampai jeti 7.20 macam tu la. then sebelum balik tu singgah dulu mcd kangar 🀣 alang alang dah keluar kan then gi hantar kawan, hantar adik, hantar sha, bf balik motel. settle langkawi balik hari kitaorang πŸ₯³πŸ₯³πŸ₯³πŸ€ͺπŸ€ͺ



8 comments:

  1. klu balik hari time mmg padat. kena atur elok2 hihi btw sempat juga beli coklat ehh

    ReplyDelete
  2. Tudiaaaaa...gigih pi langkawi balik hari ni....akak ppun pernah buat..hahahaha...

    ReplyDelete
  3. Saya dah lama tak ke Langkawi. Kali terakhir pergi sana masa tahun 2014.

    ReplyDelete
  4. wahhh bestnya.... tp kejapnya kalau akak tak puas jln sana

    ReplyDelete
  5. paling best kalau dapat tido sana kan. kak ni nama ja dok di kedah tapi belum sampai lagi langkawi, last pi pun 1994. hahahaha

    ReplyDelete
  6. Fuhh padat aktiviti sehari tu kan. kdg tu unplanned trip lebih better even mcm kelam kabut :)

    ReplyDelete
  7. Bila pergi mengejut memang selalunya akan lostlah.. Tak tahu ke mana tapi kalau lepak dalam kedai coklat tu mahu kopak dibuatnya.. hehehe

    ReplyDelete
  8. seronoknya..last pergi langkawi is tahun lepas..rasa nak pergi lagi ni haa ;-)

    ReplyDelete