shfyqhazhr
  • Home
  • Feautured
  • Review
  • Features
    • Kehidupan
    • Hiburan
      • Lirik Lagu
      • Drama
      • Kdrama
      • Film
      • Category 5
    • Makanan Sedap
    • Perkongsian
  • Contact Us

Assalamulaikum

FAKTA MENGENAI DIRI SAYA  | Hi! kembali untuk hari kedua 30 Days Blog Challenge. so harini akan bercerita mengenai "20 Facts About You". banyak jugak tu yang nak dilistkan hahaha, ok jom mula!


1. Anak Sulung & Anak Keempat

saya merupakan anak sulung daripada dua adik beradik hasil daripada perkahwinan mak dan abah kandung, dan anak keempat daripada lima adik beradik kalau campur sekali anak abah dengan isteri pertama.

2. Suka masak tapi taksuka makan

taktahu la habit ni saya je yang ada atau ramai lagi yang ada habit ni, tapi saya memang suka memasak, tapi untuk makan apa yang saya masak tu tak hahaha!

3. Ada kawan yang sikit

saya hanya ada beberapa kawan sahaja yang saya rasa memang betul kawan, kalau kawan sekolah setakat tegur bila perlu tu saya selalu rasakan mereka hanyalah kenalan. saya mula kecilkan circle saya bila habis sekolah hehe

4. Taksuka mandi

saya taksuka mandi, saya malas mandi hahahaha! 

saya hari dah malas nak describe setiap satu, saya tuliskan point by point jelah :p

5. Pernah pandai semasa UPSR tapi semakin kurang pandai bila masuk sekolah menengah

6. Dulu takpakai bundle sebab rasa tak serasi dengan kulit, tapi sekarang dah boleh! yay

7. Takboleh hidup kalau takda internet :3

8. Dah menganggur selama 2 tahun 

9. In ldr relationship dengan orang nismilan selama 3 tahun++

10. Suka coklat, cookies dan semua yang berkaitan coklat

11. Takboleh makan brownies

12. Hantu cheese dan karipap

13. Takpandai masak tapi hari hari tengok resepi sebab nak belajar memasak

14. Takboleh guna 1 phone, macam mana pun kena ada 2 phone

15. Dah belajar buat kerja rumah sejak darjah 6

16. Taksuka lipat baju, so semua baju saya akan digantung dalam almari

17. Minat dengan komputer sejak sekolah rendah

18. Pembeli tegar di shopee

19. Suka travel tapi jarang dapat peluang untuk travel

20. Dulu suka gigit kuku, sekarang tak lagi! yahoooo


Okie settle 20 fakta pasal diri saya, taktahu la fakta sangat ke orang memang dah tau. aduh pening juga eh nak fikir 20 fakta je pun haha! Ok! jumpa next post xx


Assalamualaikum

ASAL USUL NAMA BLOG | Hi! so harini hari first untuk blog challenge, harap harap dapatla buat sampai ke akhir ye. biasalah kita ni manusia, kadang kadang mampu merancang je kekekeke. jadi tajuk first adalah "your blog's name"


masa mula mula buat blog ni, rasanya memang guna nama - nama merepek. eh maksud saya link blog, guna nama merepek 😂 sebab masa tu, buat blog sebab suka suka. update pun bukan bukan haha! tapi bila dah start serious dengan blog, saya tukarlah ke shafyqahazahar.blogspot.com. panjang kemain eh link blog.

saya ni tak kreatif orang nya sebab tu letak je nama sendiri, instead of letak nama pena. taktahu nak letak nama apa yang kreatif sikit, jadi letak jelah nama sendiri. seronok juga kalau letak nama bukan nama sendiri, blog jadi anonymous :p

then bila dah lagi serious dalam blogging, saya tukar pakai domain sendiri which is shfyqhazhr.com. lebih pendek dan insyaAllah lebih mudah diingati. rasanya tahun ni dah tahun ketiga pakai domain sendiri. tapi masalahnya bila dah pakai domain sendiri ni, takrajin sangat nak update blog macam dulu. dulu setiap hari ada je cerita yang nak diceritakan haha!

jadi begitulah ceritanya mengenai nama blog saya, dengan menggunakan nama sendiri sebagai nama blog. kalau korang nak tau juga, hampir semua media sosial saya menggunakan username yang sama which is shfyqhazhr!

so, kalau korang pula, macam mana dapat nama blog korang?! 

<30 Days Blog Challenge>


Assalamualaikum

BLOG CHALLENGE UNTUK 30 HARI (30 JANUARI - 28 FEBRUARI) | Hi! taksangka harini dah 30 Januari, rasa macam lama sangat nak sampai 30 Januari pun! mana taknya asyik kat rumah je, sampai hari tak ingat tarikh apa lagi kan.


Disebabkan  di rumah, tak kemana mana jadi taktau nak update apa kat blog. takda idea langsung nak bercerita. hari hari buat benda sama je, takkan hari hari nak cerita benda sama ye tak? tadi tetiba teringat, nak buat blog challenge lah. dulu pernah dah buat tapi sempat 2 blogpost je kot xD harap harap kalini dapatlah buat sampai habis. semoga dengan rajin update blog lepas ni dapatlah naikkan pageview dan juga pendapatan blog.


walaupun dalam gambar diatas dalam english tapi blog post saya nanti dalam bahasa melayu ye. hahaha otak ni jem dah nak menaip in english sejak sejak tak kerja ni hehehe. okay see u in next post!

jaga diri semua, semoga benda baik baik je datang kat kita. aminn!


 LIRIK LAGU TERPESONA AKU TERPESONA

Terpesona aku terpesona

Memandang memandang wajahmu yang manis

Terpesona, aku terpesona

Menatap menatap wajahmu yang manis

Bagaikan mutiara bola matamu

Bola bola matamu

Bagaikan kain sutra lesungnya pipimu

Lesungnya lesungnya pipimu

Tampannya kamu Tampan tampannya kamu

Eloknya kamu eloknya eloknya kamu

Semua yang ada padamu

membuat aku jadi gelisah

sampai sampai aku terjaga dari dari  mimpiku

Yang perlu kau tahu

Yang perlu kau tahu

Rasa cintaku cintaku padamu

Rasa cintaku cintaku padamu

Hanyalah didalam mimpi

Terpesona, aku terpesona

Menatap wajahmu yang manis


Assalamualaikum

KURSUS PRA PERKAHWINAN DI KALAM MUSLIM | Hi! okay sebenarnya dah lapuk sangat dah cerita gi kursus kahwin ni 😂 bukan cerita tahun lepas ye, dua tahun lepas! 

so dua tahun lepas, cousin nak menamatkan zaman bujang dia dan dia ajak gi kursus kahwin sekali dia. tapi masa tu saya masih diawang awangan lagi, walaupun memang in relationship tapi tak tergerak hati nak tamatkan zaman bujang lagi.

tapi macam biasa, saya ni kalau ajak ke bulan bintang pun saya ikut je. so daftarlah untuk join kursus pra perkahwinan ni, banyak juga survey tempat tapi yang ni paling ok la sebab makan free 🤪 senang je, daftar melalui whatsapp je then pada tarikh yang ditetapkan pergi kursus...

lepas tanda kehadiran dapat ni

29 Jun 2019 : kursus start pukul 8/8.30 tak ingat tapi masalah kitaorang ni taktau jalan hahaha maka keluarlah awal sebab nak tau tempat. alhamdulillah sampai awal, kalau tak burn la duit 😂 sebab memang dah diberitahu kalau lambat 30 minit dah takboleh masuk. 



masa gi kursus ni, lelaki diwajibkan pakai pakaian kemas dan perempuan berbaju kurung/jubah dan berstokin. tempat kursus pun selesa walaupun saya taksuka meja lipat tu 😂 banyak kali juga rehat & makan! hahaha 

para penceramah pun okay dan ada penceramah yang jenis suka tanya 😂 auto mata terbeliak, tak mengantuk sebab takut ditanya. mana taknya, kadang benda tahu benda dah hafal tapi bila ditanya terkejut tergempaq mesti tak ingat 😂

pergi kursus kahwin wajib dapat la buku ni kan?!

30 Jun 2019 : hari kedua & hari terakhir kursus. sebab dah tau jalan, hari kedua keluar lewat sikit dan sampai lewat sikit 🤣 perangai dari zaman sekolah takboleh ubah ey! tapi semuanya ok jelah, takdelah takboleh masuk. lambat 2 3 minit. yang lawaknya, masa dah habis kursus pastu pengacara majlis tu bagi satu kertas untuk jawab, siap suruh tulis nama apa semua.

soalan semua mudah je, rukun islam, nama nabi, sifat sifat Allah (siap nyanyi tau nak tulis jawapan) pastu last last sekali dia cakap "okay kertas tu simpan, balik sambung jawab kat rumah" 😂😂😂😂 kita cuak dah ingatkan takdapat sijil kalau taklepas jawab soalan soalan tu!!

seminggu selepas tu, dah boleh ambik sijil. dan sampai sekarang saya belum kahwin 🤣🤣 sijil kursus pra perkahwinan takda tarikh luput macam sijil muet kan? 🤪🤪🤪

for me memang bestlah kursus kahwin kat sini, siap recommend kat kawan kawan lagi tau 😂 kawan dah kahwin pun ha!  3 orang kawan saya suruh pergi sini, dorang pun cakap best ✨✨ so kepada yang tinggal di Alor Setar, Jitra dan kawasan berdekatan bolehlah kalau nak kursus kahwin kat sini. insyaAllah korang pun akan puas hati hehe ✨✨


memandangkan sekarang ni PKP, boleh lah whtsapp dulu tanya macam mana ok? semoga dipermudahkan segala urusan 🤗🤗


ps : kalau tanya harga kursus, saya tak ingat dah 😂 tapi rasanya rm80 atau rm100 😆😅

Assalamualaikum

LAMBATNYA NAK HABIS 2021|Hi, im back 🤪 terima kasih atas komen komen yang sangat membina untuk prev blogpost 😊✨


sebenarnya rasa macam dah lama dalam tahun 2021 ni😂 padahal baru 24 hari tapi macam macam dah jadi. mana taknya, tetiba takboleh rentas negeri, eh tetiba PKP satu malaysia 🥴

sebenarnya banyak benda yang bermain difikiran yang mana kadang takboleh diluahkan dengan kata kata... sampai bila Malaysia nak macam ni?

sampai bila kita kena PKP dan duduk dirumah? bayangkan kita memang duduk dirumah, keluar bila perlu. tapi orang lain? 

takpayah kisah pasal orang lain, kita jaga kita. tapi masalahnya sekarang orang lain tu kalau positif ke apa efek kita jugak kan? 😭

saya tengok budak budak yang terpaksa belajar dari rumah ni pun macam tak belajar. dulu kita pergi sekolah pun kadang rasa malas nak belajar, apatah lagi belajar dari rumah? feeling tu takda tau tak...

kurang dari 80 hari lagi dah nak ramadhan. tahun ni pun macam tahun lepas jugak ke... ramadhan tanpa bazar, tanpa terawih jemaah, tanpa moreh? hari raya taksemua ada sebab takboleh rentas negeri?! 😭

sedih bila teringat semua ni, kadang macam takpercaya pun ada. kalau dulu selalu dengar benda macam ni terjadi di luar negera.. kadang kadang berharap sangat bila bangun esok, covid19 dah takda, boleh hidup macam dulu...

semoga semuanya kembali seperti dulu, sembuhkanlah Malaysia ya Allah, sembuhkanlah dunia, angkatlah covid19 dari dunia yaAllah 😭 kami rindu kehidupan yang dulu.....

Assalamualaikum

TERPAKSA TUNDA MAJLIS PERTUNANGAN | Hi, past few day was so hard for me ha ha ha i know yang akan PKP semula but i cannot do anything pun 😂 saya memang anak abah tapi bukan abah din 🥴

ingatkan everything akan okay macam yang dirancangkan, malangnya hujan ditengah jalan 😅 ingatkan PKP di negeri yang merah je, lain lain negeri masih bebas 😂 

puas fikir jalan mana dari nismilan nak datang kedah, masuk pahang pastu perak la apalah, last last rentas negeri tak dibenarkan 🥺🥺 

taktahu la sedih sebab takdapat buat majlis tunang ataupun sedih sebab apa hahaha, maybe terkilan sebab kitaorang memang dah lama impikan semua ni kot 😂

bayangkan hampir semua dah siap, tinggal hantaran je takbuat lagi sebab tunggu pengumuman. barang semua dah beli, tunggu kawan balik dari parit buntar sebab dia yang nak buat hantaran tapi tu la tu.


bila dapat tahu takboleh rentas negeri tu, takrasa apa lagi. tapi bila semua yang tau kitaorang nak tunang whtsapp tanya, terus takboleh handle :( "takjadi tunang la kan?" "jadi dak majlis sabtu ni?" "kesian hang takjadi tunang"

padahal masa mula mula tau takboleh rentas negeri tu, dah cakap kat diri sendiri takpa, insyaAllah ada hikmah disebalik apa yang jadi ni. tapi bila dapat whatsapp whatsapp macam tu terus 🤧😭😭😭😭

kalau kami tau yang nak PKP, takkan kami pilih tarikh sabtu ni, kalau tau takboleh rentas negeri, takkan kami nak tetapkan tarikh macam ni. padahal decide nak tunang ni, 30/12 pastu 2 minggu lepas tu buat majlis. 

majlis yang dirancang pun tak membabitkan ramai orang pun, sebab kat rumah ada tok yanh dah tua. cuma yang dijemput family si dia, family saya & 2 3 orang tua yang akan bersembang.


tapi sapalah kita nak lawan takdir 😔 down sangat dua tiga hari ni, sebab masih ada kawan kawan yang tau tanya pasal majlis. sampai saya sendiri kena bgtau terus yang memang takjadi buat masa sekarang.

disebabkan tengok hint hint dari DG Hisham, benda ni takkan ambik masa 2 minggu. jadi kitaorang decide untuk bincang secara online ja pasal majlis nanti. 

takpalah, kalau ini yang ditakdirkan. semoga dipermudahkan urusan saya & si dia 🤗 tapi harap harap nikah tak online la ye 🤣😂😂😂

doakan saya kuat nak hadap semua ni, doakan urusan kami dipermudahkan hingga ke hari akad nikah. aaminn... 🤍

Assalamualaikum

BARANG LAMBAT SAMPAI, SHOPEE BAGI VOUCHER?! | Hi! semalam balik dari pasar malam terperasan 1 notifikasi daripada shopee 🤯 selama ni selalu kalau noti daripada shopee memang swipe ke tepi je 🤪 

katanya saya dapat voucher sebab barang lambat sampai? saya macam pelik la, selama ni takpernah pula dapat 😂 mana taknya, selama ni kalau abang jnt datang hantar, harini pos esok dah sampai! hehehe

cerita nya, 12.12 tahun lepas :p ada lah order satu barang ni. seller tu pos cepat je, 19.12 dah sampai Malaysia tapi malasnya ABX peram barang 🥴 jarang dapat ABX kalau beli barang dari overseas, tengok tengok kalini dapat hahaha aiyo

sebab barang tak urgent sangat, tak kisah la kan tapi sakit hati tu ada la 😂 mana taknya, kita ni tunggu nak pakai barang baru beli la kan hahaha pastu bila barang dah sampai saya bagi la rating ;

"barang cantik bla bla. seller pos cepat je, tapi ABX yang lambat errr" 

ha begitulah bunyinya 😂 pastu tengok tengok dapat notifikasi dari Shopee


saja kan Shopee ni nak kita shopping lagi 😂 dah la saya tengah puasa nak shopping sbb nak pakai duit banyak pasni 😆 tapi dalam pada tu ada jugak usha usha tudung 😆🤪

okie bye!


Assalamualaikum

AZAM 2021? HAPPY NEW YEAR! BYE 2020 | Helo first day 2021 🤪 taktahu la nak cakap terasa kejap ke apa 2020 ni, tapi macam tetiba eh dah 2021 lah! hahahaa


awal tahun ni selalunya orang sembang pasal azam la kan? memang femes la perkataan "azam" ni kalau masuk new year😂 tapi kalau tanya azam saya tahun ni? takda azam 😂 malas nak fikir pasal azam, nak go with the flow ja.

penat lah asyik karang azam panjang panjang, jadinya idok 😂 kan benda tak dirancang tu lebih senang terjadi 🤪 padahal dah berazam nak kurus muahahaha.

alhamdulillah 2020 walaupun penuh ujian, dengan covidnya, dengan pkp la takboleh rentas negeri la semua, alhamdulillah semua baik baik ja 🤓 nak cerita jugak something "big" tapi biarlah selesai dulu 🤪🙈

akhir kata, semoga dipermudahkan segala urusan kita pada tahun 2021, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki & covid19 hilang 🥵

Happy New Year ✨


Newer Posts Older Posts Home

Pages

  • Home
  • SItemap

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.




get this

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • MALAS UPDATE BLOG SEBAB DAH BOSAN
  • RESEPI LASAGNA ROTI VERSI MUDAH
  • LIRIK LAGU ADAKAH INI MIMPI | REEDZWANN
  • LIRIK KASIHKU TERSAYANG TETAPLAH BERJUANG (LAGU TIKTOK)
  • ORDER KE TAK FOOD DELIVERY BILA HUJAN

adsense

Categories

ad 35 altheaangels 14 beauty tips 1 blog 19 blog challenge 8 book 7 drama 19 feautured 36 filem 5 haul 29 katahatisapikah 4 kdrama 8 kecantikan 8 LDR 10 lirik lagu 95 makanan sedap 87 perkongsian 50 personal 1 phone stuff 9 resepi si sapikah 30 review 99 sapikah jalan jalan 37 update kehidupan 90

Followers

Blog archive

  • ▼  2021 (27)
    • ►  March (1)
    • ►  February (17)
    • ▼  January (9)
      • FAKTA MENGENAI DIRI SAYA
      • ASAL USUL NAMA BLOG
      • BLOG CHALLENGE UNTUK 30 HARI (30 JANUARI - 28 FEBR...
      • LIRIK LAGU TERPESONA AKU TERPESONA (LAGU TIKTOK VI...
      • KURSUS PRA PERKAHWINAN DI KALAM MUSLIM
      • LAMBATNYA NAK HABIS 2021
      • TERPAKSA TUNDA MAJLIS PERTUNANGAN
      • BARANG LAMBAT SAMPAI, SHOPEE BAGI VOUCHER?!
      • AZAM 2021? HAPPY NEW YEAR! BYE 2020
  • ►  2020 (90)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (8)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (10)
  • ►  2019 (125)
    • ►  December (16)
    • ►  November (9)
    • ►  October (4)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (8)
    • ►  April (8)
    • ►  March (12)
    • ►  February (20)
    • ►  January (23)
  • ►  2018 (243)
    • ►  December (23)
    • ►  November (27)
    • ►  October (28)
    • ►  September (17)
    • ►  August (18)
    • ►  July (18)
    • ►  June (21)
    • ►  May (23)
    • ►  April (17)
    • ►  March (17)
    • ►  February (11)
    • ►  January (23)
  • ►  2017 (145)
    • ►  December (17)
    • ►  November (16)
    • ►  October (23)
    • ►  September (19)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (12)
    • ►  May (15)
    • ►  April (17)
    • ►  March (10)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)

Komuniti Blogger Utara

  • AziRahmanDotCom | Azirahman Story
    Lambat Lagi PKP/PKPB Nak Berakhir
  • PERMATABIRU
    CARA DAFTAR TERIMA VAKSIN DI APLIKASI MYSEJAHTERA
  • SHALIMAR YUSOF
    Resepi Sup Ayam Thai Cukup Masam Dan Pedas
  • .she's the camera maniac.
    Adakah Kitsui Bahaya?
  • Nurfuzie.com
    7 Kebaikan Menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
  • Marshalizadotcom
    Koleksi Kuih Raya Premium Yang Patut Korang Cuba di Cookies Vibe
  • zya akma
    Adakah Kitsui Bahaya?
  • Hikayat Budak Pening
    Review | Yamaha MT15 (Luaran)
  • @Siti Sharini
    URUS CASHFLOW DENGAN BIJAK
  • fatimahnabila
    Cara Baru Untuk Membeli Channel di NJOI 2021!
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
  • SITI.YANG.MENAIP
    Jalan-Jalan Ke Kuantan | Nasi Kerabu Mek La, Kula Cakes & Pantai Teluk Cempedak
  • ARZMOHA
    DIEGO MARADONA BINTANG LAGENDA BOLA SEPAK ARGENTINA MENINGGAL DUNIA DIPERCAYAI AKIBAT SERANGAN JANTUNG
  • husnazahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
  • Krik Krik Krik
    Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela
  • cerita ZF
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
  • Mekaratisa
    Restoran Capati Arau Perlis
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
  • MiaZain
    Herbal plants you can plant at home & how to use them
  • Lori Sewa Malaysia
    Pindah Barang
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates