shfyqhazhr
  • Home
  • Feautured
  • Review
  • Features
    • Kehidupan
    • Hiburan
      • Lirik Lagu
      • Drama
      • Kdrama
      • Film
      • Category 5
    • Makanan Sedap
    • Perkongsian
  • Contact Us

Assalamualaikum

DAH MALAS NAK JOIN SHOPEE LIVE! | Hi!! taktau nak cerita macam mana tapi itulah tu 😂 yang penting lepas ni malas dah nak join mana mana shopee live! semua menghabiskan duit aqOw ja 😡

haritu sha ada ternampak sis sha pos dia beli knitwear bundle 😂 cantik cantik pastu terus search la kat shopee. sha ni kalau berkenan apa apa mesti cari kat shopee dulu, sebaik dah ada buah hati kalau tak buah hati pun cari kat shopee 👻

bila dah terjumpa knitwear yang dimahukan, sha pun order la. sehelai rm10, kalau 2 helai baru dapat free shipping. tanpa berfikir panjang, sha pun order 2 helai. 

beli knitwear yang 1st time ni, takboleh pilih warna hanya boleh pilih size ja tapi boleh request la nak warna gelap ke cerah ke

closeup sikit, tebal ye walaupun murah

baju yang diorder belum sempat sampai, sha terjebak dengan shopee live 💆🏽‍♀💆🏽‍♀ terjumpa pulak knitwear sehelai rm5, jadi nak freeshipping beli la 3 helai hahah. yang ni boleh pilih sebab berdasarkan siapa cepat dia dapat.

sekarang pun sha masih terjebak dengan shopee live 😂 tapi masih mampu tahan diri daripada order sebab ada lagi 2 parcel yang belum sampai.

tengah panas, pakai knitwear. rasanya nyaman bangat 😂


1 parcel tu sha beli knitwear jugak, 2 helai rm15 free pos. yang lagi 1 parcel 5 helai rm15, knitwear campur tshirt 😂 harap harap esok sampai la kedua dua parcel, sebab sis dah tak menyabar sangat dah ni 😂

tbh sha memang taksuka "bau bundle" 😭 tapi baju yang sha beli ni takbau sangat. sebab tu rasa ok kot haha yela kan takkan nak jual baju busuk lak 😂 kang pengsan abang jnt.

kalau korang nak sha share nama nama penjual ni, bagitau ok? mana tau boleh terjebak dengan sha 👻 btw sebab apa suka knitwear ni, sebab ada size besar 😭😂😂 dan cantik cantik walaupun simple! ehek byeee 


 Assalamualaikum

KULIT BERTAMBAH GLOWING LEPAS GUNA KIT CELLNIQUE GLOW GETTER! | Hi korang! lama tak review skincare. sejak sejak PKP haritu sampailah sekarang memang malas gila nak kisah dengan muka. mana taknya, bila keluar kena pakai mask pastu kalau tempek banyak produk nanti dah jadi jerawat pulak. tapi bila tak jaga, muka jadi teruk 😓 sha pun apa lagi, memang cepat cepat la cari "produk" baru yang boleh elokkan balik muka ni.

yang sha perasan dengan muka sha ni, sejak sejak asyik pakai mask kan, muka sha jadi kusam. bila tengok depan macam mak kucing mati anak pun ada, kalau ambik gambar pun nampak macam lesu jeee, sebab tu jarang selfie sekarang...tapi ada berita baiknya, sha ada jumpa satu produk ni, sha dah guna dalam 7 hari macam tu, memang nampak gila lainnya muka sha! dah nampak licin sikit, open pores pun kurang nampak dan glowing! meh nak share dengan korang produk apa! benda baik kan harus dikongsi hehehe

CELLNIQUE GLOW GETTER!


Sha beli yang kit ni, which means in mini size la. biasalah baru nak try kan? kang kalau beli size besar tak sesuai dengan kulit rugi pula, tapi kalini sha menyesal pula, kalau grab yang real size terus mesti lagi best 😍 so, dalam set Glow Getter ni ada dua produk which is :

☼ Hydra Boost Ceramides First Essence

☼ MA 18

Hydra Boost Ceramides First Essence

Hydra Boost Ceramides First Essence ni kan, bila korang apply kat muka memang cepat betul menyerap ke kulit dan takkan buatkan korang rasa tak selesa sebab tekstur essence ni sangatlah ringan. Bila korang dah apply essence ni, korang akan dapat rasanya kulit korang segar je dan rasa di"protect". essence ni juga akan melembabkan kulit korang sepanjang hari! 

Apa yang membuatkan produk ni begitu wow? Disebabkan ingredients utama yang digunakan adalah Ceramides, chondrus crispus extract (NMF)

Bila nak guna essence ni? essence ni korang guna selepas toner pada siang dan malam.

Review : Apa yang sha perasan selama seminggu sha guna produk ni, memang kulit sha sentiasa lembab dan tak kering. Kalau hari yang sha pakai makeup pun, makeup jadi cantik ja, tak crack dan tahan lama. tapi bila takpakai makeup pun, muka nampak bersih je dan rasa macam takperlu pun nak tambah bedak ke apa :p nampak macam naturally glow!

MA 18 


MA 18 ni umpama treatment serum yang mana hanya perlu digunakan waktu malam. kiranya bila kita tengah tidur nyenyak tu, skincare ni tengah bekerja untuk buatkan kulit kita jadi cantik bila bangun pagi esok :p Function MA 18 ni adalah bagi mempercepatkan pembaharuan kulit dia seluruh muka dan juga membuatkan tona kulit kita sekata. Dengan adanya tambahan Ekstrak Centella Asiatica, Beta-Glucan dan Asid Hyaluronik dalam serum ini akan membuatkan kulit anda menjadi awet muda, lebih cerah dan berseri.

Bila nak guna MA 18 ni? Gunakan selepas Hydra Boost Ceramides First Essence, sapukan ke seluruh wajah dan leher. Digunakan untuk night routine sahaja.


Review : pernah dengar bangun tidur terus cantik? itulah yang sha rasa selama seminggu ni, bila bangun tidur je terus rasa wownya muka saya XD rasa macam boleh terus g shopping tau. memang bila korang guna serum ni, korang akan rasa yang kulit korang berubah sedikit demi sedikit. bila bangun tidur pun muka glowing je, rasa lembut! kadang kadang geram dengan kulit muka sendiri haha!

Sebelum Dan Selepas Guna Glow Getter


nampak tak perbezaan? tambah tambah kat bahagian pipi tu 😍 walaupun masih ada yang tertinggal tapi alhamdulillah dalam masa seminggu its getting better ❤❤

Nak Beli Kat Mana?

Korang boleh dapatkan Cellnique Glow Getter dengan harga RM38 (retail price : RM138) kalau korang beli melalui link ni 👉 Glow Getter

Customer Careline Number : 0129207735

Cellnique



Website : https://www.cellnique.my/
Facebook : Cellnique
Instagram : Cellnique

glow getter, lets glow together! 

 Assalamualaikum

MUDAHNYA NAK BUAT TUNTUTAN KAT MYSALAM! | Hi! harini nak kongsikan betapa mudahnya nak buat tuntutan kat mysalam. ceritanya haritu pakcik sha masuk hospital, pastu makcik suruhlah sha buat tuntutan kat mysalam. ingatkan susah, alahai mudah jekkk


Apa itu mySalam?

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Ok mula mula sekali kena check dulu, layak ke kita untuk buat tuntutan kat mySalam ni? mudah ke, korang link ni ( https://www.mysalam.com.my/b40/info/) pastu masukkan nombor kad pengenalan dan klik "Semak" seperti dibawah :

Kalau macam pakcik sha, dia layak. so next step kena login masuk ke mySalam kita sendiri. tapi mana nak dapatkan password mySalam? 

password mySalam anda adalah 6 digit terakhir No. IC

disebabkan pakcik sha nak buat tuntutan hospitalisasi, jadi bawah ni langkah - langkahnya. kalau nak buat tuntutan penyakit kritikal lain pula tau.

Dibawah ni sha kongsikan sikit mengenai Tuntutan Hospotalisasi.

Tuntutan Hospitalisasi

Syarat-syarat:

👉🏽 Kemasukan ke Panel Hospital di Malaysia untuk perkhidmatan dan / atau rawatan perubatan yang diperlukan untuk sekurang-kurangnya satu malam.

👉🏽 Memperolehi satu salinan Surat Discaj yang lengkap dan ditandatangani oleh doktor atau pegawai perubatan apabila keluar dari hospital. 

Proses langkah demi langkah untuk mengemukakan Tuntutan Hospitalisasi:

1 Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)


2 Klik ikon "Tuntutan", kemudian ikon "Penyerahan Tuntutan". Skrol ke bawah laman dan klik ikon "Tuntutan Hospitalisasi".



3 Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang "Lampirkan" untuk memuat naik dokumen berikut dalam format *.pdf, *.png atau *.jpeg

a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)



4 Klik butang "Hantar" untuk melengkapkan proses tuntutan.


Cara Semak Status 

Lepas beberapa hari submit tuntutan tu, sha pun semak la semula. carinya sama ja macam nak mohon, cuma bahagian penyerahan tuntutan tu ambik "Status Tuntutan"



alhamdulillah lulus 🤗 nanti duit ni akan dimasukkan ke akaun bank pemilik nama dan nombor kad pengenalan ni tau, takboleh masuk akaun orang lain 😆

mudah je sebenarnya nak mohon tuntutan ni, cuma pastikan surat korang discaj dari hospital tu dalam keadaan baik termasuklah cop doktor 😅 kalau kembang cop tu terkena air ke apa dah jadi satu hal nak kena gi cop semula.


Disebabkan wabak Covid 19 sekarang, kepada yang positif, bolehla mohon juga tuntutan hospitalisasi ni. caranya sama je 😊 semoga dapat memudahkan kepada siapa yang ingin membuat tuntutan.




 Assalamualaikum

SUSAHKAN LDR NI! | Hi, sebelum memulakan post ni, nak bagitau mungkin post ni agak tidak menyenangkan atau sedikit beremosi sebab saya stresss!


kau pulang....

pulang sekarang....

ku rindu wajahmu...

senyuman manismu sayang.....


so sha dah in long distance relationship dalam dua tahun lebih (haha taksangka dah lama). kedah - negeri sembilan, negeri sembulan - kedah. kalau korang rasa dekat, alhamdulillah tapi bagi sha jauh gila! atleast 8-9 jam nak sampai 😭

dah banyak kali kitaorang terpaksa cancel nak jumpa sebab covid ni haha, tapi bila dah dekat mesti kes naik 🥺 haritu kat kedah start dengan sivagangga sampailah sekarang tembok, dan tetiba kat negeri9 pulak kes naik....

ceritanya last jumpa sebelum covid adalah november then lepas umum pkpp kitaorang ada jumpa tapi 3 hari je 😂 takjumpa 6-7 bulan pastu jumpa 3 hari je huwaaa 😫

disebabkan haritu kes kat kedah dah makin berkurang, kitaorang pun macam decide nak jumpa bulan 11 nanti tapi sebab covid naik balik, terpaksa batal lagi 💆🏽‍♀💆🏽‍♀ terpaksa tunggu clear sikit, habis saya nak marahkan sapa ni? nak marah siapa yang buat prn tu boleh tak? 😫😫

kalau ada yang rasa ldr ni mudah, not for me anymore. dulu masa mula mula decide nak ldr, wah cakap besar 😂 okay je kalau takjumpa lama lama pun, lek la ada kawan kawan ka. tapi skrg kawan kawan semua dah nak kahwin 😂 

ye tahu ada orang lain ldr, my - oberseas la, time berbeza la apala, tak kisah la. yang saya kisah sekarang diri saya 😂 benda benda remeh temeh macam ni boleh buat gaduh tau! 

susah tau ldr ni, kalau merajuk dia takboleh datang bawak mekdi sebab nak pujuk, kalau salah sorang sakit takboleh datang bagi ubat, kalau rindu takboleh jumpa sob sob, bila birthday takboleh sambut sama sama, nak jumpa memerlukan kos yang banyak, 10 bulan takjumpa sempat jumpa 2 3 hari je huhuhu

jadi, saya sebagai pejuang ldr sarankan anda semua takpayah la ldr 🥺 nampak mudah tapi susah......


 Assalamualaikum

BUAT MAC & CHEESE PUN FAILED KE? | Hi! malam malam cerita pasal makanan pulak kan 😂 so semalam belek belek almari, tengok barang apa yang kena topup lalu terjumpalah macaroni yang bakal expired 28hb nanti.

tak ingat sebenarnya bila beli macaroni tu 😂 tapi tinggal sikit jelah, maybe masa mula mula pindah masuk rumah ni. sha pulak jarang la lapar macaroni haha kalau lasagna tu selalu la.

duk fikir fikir tengok ada lagi cheese keping dalam peti ais, so buat la mac and cheese. tapi masalahnya cheese pun ada dua keping je 🤦🏿‍♀🤦🏿‍♀

tengok bahan semua cukup, sha pun buatlah ikut resepi kat tiktok tapi eh kenapa lain macam sangat rupanya 🤣 taksama pun dengan kejadian yang dorang buat

tengoklah rupanya macam mana, dengan minyak dari buttercup bertakung 🤣 macam macaroni campur telur pun ada hahaha! sebaik sha letak setengah je macaroni rebus, 1 slice cheese dengan susu sikit.

yang membuatkan 1st try ni failed sebab sha letak susu sikit sebab nak minum susu tu sambil makan nanti 🤣 pastu butter letak banyak gila sebab nak habiskan.

lepas tu sha gunakan bahan bahan yang tertinggal tadi dan buat semula, alhamdulillah jadi hahaha tapi rasa kosong sebab tak add on hotdog ke chicken slice ke 🤣 tapi takpelah janji boleh makan dan makan banyak jadi muak hahaha!

MAC & CHEESE DAH JADI! 

Bahan :

👉🏽 macaroni (direbus terlebih dahulu)

👉🏽 cheese keping (ikut byk mana nak)

👉🏽 susu full cream 3/4 kotak kecik

👉🏽 butter 1 sudu

👉🏽 tepung 1 sudu


Cara - cara :

👉🏽 Cairkan butter

👉🏽 Masukkan tepung dan gaul 

👉🏽 Masukkan susu dan gaul

👉🏽 Masukkan cheese dan gaul

👉🏽 Masukkan macaroni dan gaul! 


Dah siap 😂


Ni bukan kali pertama sha masak dan failed 😂 yang pasti sha akan masak lagi sampai jadi! takjadi juga? beli jelahhh haha sekian 😋


 Assalamualaikum

KOLEKSI PHONE CASE! | Hi!!!! sebenarnya dah lama nak buat entry pasal ni tapi asyik tunggu phone case sampai je hahaha lepas tu malas lepas tu tunggu phone case lagi haha pastu bila pulak nak buat artikel kan? tapi bulan ni stop kejap beli online, jadi bolehlah buat artikel ni xD oh ya! jangan lupa baca sampai habis hehehehe (hint : 🎁🎁🎁)


jadinya sha memang jenis suka beli casing. tak kisah la jumpa casing kat mana mesti nak beli (kalau murah la). dulu masa pakai Redmi S2 walaupun susah cari casing di luar tapi tu la phone yang sha paling banyak casing xD beli mana? mestilah di shopee haha! tapi sejak pakai Redmi Note 8 ni, takbanyak pun casing tapi ada lah, dan untuk iphone 6 sha pun sikit je hahaha maybe dah insaf kot?


tapi sikit tak sikit sekotak juga la casing :p tapi dalam kotak ni ada casing redmi dan iphone sekali la. macam ada ruang sikit lagi tu untuk tambah casing lagi kan? banyak dah tu kat cart shopee belum checkout je haha. jadi ayuh kita tengok 1 per 1 casing yang sha ada, mula dengan redmi dulu ok~

Casing Redmi Note 8


dimulakan dengan casing yang jarang guna/takpernah guna! 

merah : takpernah pakai lebih dari sehari haha, motif beli? sebab nak bagi ada ja jenis tu
cermin : beli sebab ingat memudahkan la kalau keluar boleh pebaik tudung, pakai lipstik dengan hanya tengok casing phone tapi malangnya cermin dia buat muka jadi besaq
clear : casing dapat dalam box masa beli haha dah kuning so takguna dah


casing yang selalu guna

hijau/kuning : sebab casing ni nampak menarik haha 
tsum : comel sebab ada kartun
makanan : casing ni paling selalu guna sebab corak cantik dan juga very protective!
bunga : corak bunga matching dengan warna phone hehehe



casing yang sama tapi berbeza

semua casing ni jenis hard case, rasanya ramai kot ada ni hahaha sebab memang rasa selamat kalau pakai, tapi taktahu la kenapa kena beli benda sama hahahaha. 

CASING IPHONE 6 PLUS


paling kerap guna

bear : baru beli ahad lepas hahaha casing ni comel sebab ada telinga xD
putih : casing paling best antara semua
dinasour : corak cantik! kalau depan depan nampak macam kertas konyok


casing yang taktahu kenapa beli

princess : casing yang boleh buat 6/7/8 plus so bahagian camera tak cantik
teal : besar sangat 
patrick : casing bf hahahah cemana boleh terlekat sini tah
kuning : tiap kali nak cas phone kena buang casing kalau tak cas tak masuk


clear casing

1 : suka juga guna tapi taksuka sangat sebab corak dia macam serabut :3
2 : casing free masa beli phone, lekat sticker dan bertambah buruk
3: diy case, suka tapi dah buruk




Kebanyakkan casing yang sha ada ni beli di shopee tapi ada juga yang beli di mrdiy dan kedai kedai yang sha pernah pergi. tapi macam mana sekali pun sha takkan spend kat 1 casing lebih daripada RM10 😆😆😆😆

Okayyy itu sajalah yang nak dikongsikan harini haha, fuhhh siap juga artikel yang tak seberapa ni XD btw korang pakai phone apa? banyak tak casing? jangan lupa komen, mana tau nanti sampai hadiah :p



LIRIK LAGU PULANG KCLIQUE- GNELLO, SOMEAN & MK K-CLIQUE feat. AJ



Sebentar ku pulang
Cari rezeki sebentar untuk
Aku bawa pulang
Untuk keluarga ku sayang sanggup
Biar ku tak makan
Janji terasa senang walaupun
Banyak yang kurang
Asalku rasa tenang (Yeah)

Sebentar ku pulang (Pulang)
Cari rezeki sebentar untuk
Aku bawa pulang (Pulang)
Untuk keluarga ku sayang sanggup
Biar ku tak makan
Janji terasa senang walaupun
Banyak yang kurang
Asalku rasa tenang (Yeah)

Lima tahun lalu
Sekumpulan niat nak cipta lagu
Bersama hadap jalan berliku
Hingga waktu bertukar waktu
Tak pernah tangguh
Selagi mampu
Aku tuju yang ku mahu

Sebentar ku pulang
Cari rezeki sebentar untuk
Aku bawa pulang (Pulang)
Untuk keluarga kusayang sanggup
Biar ku tak makan
Janji terasa senang walaupun
Banyak yang kurang
Asalku rasa tenang (Yeah)

Satu demi satu yeah
Pergi bila waktu yeah yeah
Baru ku sedari
It's all about family
Bagiku sedikit masa
Hasilku bagi keluarga
Jangan salah sangka yeah
Jangan salah sangka

Sebentar ku pulang (Pulang)
Cari rezeki sebentar untuk
Aku bawa pulang (Pulang)
Untuk keluarga ku sayang sanggup
Biar ku tak makan
Janji terasa senang walaupun
Banyak yang kurang
Asalku rasa tenang (Yeah)

Penat lelahku, ku saja tahu
Penat mana pun, ku tak mengeluh
Titik peluhku, semua tuk kamu
Titip restuku di dalam lagu oh
Maaf kalau tak cukup
Buat apa ku sanggup
Selagi jasad menghirup
tuk keluarga ku sanggup

Sebentar ku pulang (Pulang)
Cari rezeki sebentar untuk
Aku bawa pulang (Pulang)
Untuk keluarga ku sayang sanggup
Biar ku tak makan
Janji terasa senang walaupun
Banyak yang kurang
Asalku rasa tenang (Yeah)

Ku tak nak berhenti
Selagi ku tak cukup hasil ku
Doa dan berkat waktu yang aku perlu
Aku perlu jangan risau tenagaku
Cukup pasrah dan impianku pandu laju
Laju laju
Ya aku yakin aku mampu
Aku yakin aku mampu

Sebentar ku pulang (Pulang)
Cari rezeki sebentar untuk
Aku bawa pulang (Pulang)
Untuk keluarga ku sayang sanggup
Biar ku tak makan
Janji terasa senang walaupun
Banyak yang kurang
Asalku rasa tenang

 Assalamualaikum

KALAU PKP 2.0, MACAM MANA? | Hi! terfikir nak tulis pasal ni sebab ada terbaca yang kemungkinan kes harini >200. Allahu akbar 😔

Walaupun saya tak efek langsung dengan keadaan dimana kalau Malaysia PKP lagi sekali, tapi saya ada kawan kawan yang kerja, yang baru bekerja yang mana mungkin akan terkena tempias.

Tapi kalau PKP adalah yang terbaik, apa yang boleh kita katakan? bila tengok hari demi hari memang nampak kes sebenarnya makin teruk. 

saya memang takda merancang untuk bercuti kemana mana buat masa sekarang, sampaikan ada voucher yang tak valid sbb dah lebih masa. tapi tu tak menjadi masalah, nanti boleh cari lagi tapi sekarang kesihatan lagi penting.

apa yang saya nampak di tempat saya sendiri, memang orang leka, memang orang lalai. kadang rasa nak tanya orang yang takpakai mask samada dia tak mampu nak beli atau dia memang taknak pakai. tapi takut pula kalau dijerkah 😅

semalam, lalu depan sebuah sekolah. rata rata pelajar dah takpakai face mask, pelik juga bila tengok. adakah face mask diwajibkan pakai semasa di kawasan sekolah sahaja? 

harini 1 oktober 2020, bermakna kita dah hidup dengan norma baru lebih dari 6 bulan. adakah pemakaian mask masih lagi pelik untuk anda? adakah menjaga jarak masih janggal untuk anda? 

jika saya, keluar dari pagar rumah tanpa memakai mask, saya rasa saya yang pelik 😂 selama 6 bulan ni juga, berapa kali muka saya breakout disebabkan pemakaian mask. tapi saya tetap memakai face mask, tukar face mask setiap hari. 

saya sebenarnya risau dengan keadaan sekarang 😔 saya harap semoga baik baik sahaja di Kedah, semoga yang positif cepat sembuh, yang sakit semoga cepat sihat. semoga Allah menjaga kita semua dan terhindar daripada Covid 19.

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.




get this

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • LIRIK KASIHKU TERSAYANG TETAPLAH BERJUANG (LAGU TIKTOK)
  • DAPAT JUGAK RASA DAGING HARIMAU MENANGIS
  • ORDER KE TAK FOOD DELIVERY BILA HUJAN
  • LIRIK LAGU KARNA SU SAYANG | NEAR FT DIAN SOROWEA
  • PENGALAMAN PERTAMA KALI MENGGUNAKAN J&T EXPRESS

adsense

Categories

ad 35 altheaangels 14 beauty tips 1 blog 19 book 7 drama 19 feautured 36 filem 5 haul 29 katahatisapikah 4 kdrama 8 kecantikan 8 LDR 10 lirik lagu 91 makanan sedap 85 perkongsian 47 personal 1 phone stuff 9 resepi si sapikah 28 review 99 sapikah jalan jalan 37 update kehidupan 87

Followers

Blog archive

  • ►  2021 (5)
    • ►  January (5)
  • ▼  2020 (90)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ▼  October (8)
      • DAH MALAS NAK JOIN SHOPEE LIVE!
      • KULIT BERTAMBAH GLOWING LEPAS GUNA KIT CELLNIQUE G...
      • MUDAHNYA NAK BUAT TUNTUTAN KAT MYSALAM!
      • SUSAHKAN LDR NI!
      • BUAT MAC & CHEESE PUN FAILED KE?
      • KOLEKSI PHONE CASE!
      • LIRIK LAGU PULANG KCLIQUE- GNELLO, SOMEAN & MK K-C...
      • KALAU PKP 2.0, MACAM MANA?
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (8)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (10)
  • ►  2019 (125)
    • ►  December (16)
    • ►  November (9)
    • ►  October (4)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (8)
    • ►  April (8)
    • ►  March (12)
    • ►  February (20)
    • ►  January (23)
  • ►  2018 (243)
    • ►  December (23)
    • ►  November (27)
    • ►  October (28)
    • ►  September (17)
    • ►  August (18)
    • ►  July (18)
    • ►  June (21)
    • ►  May (23)
    • ►  April (17)
    • ►  March (17)
    • ►  February (11)
    • ►  January (23)
  • ►  2017 (145)
    • ►  December (17)
    • ►  November (16)
    • ►  October (23)
    • ►  September (19)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (12)
    • ►  May (15)
    • ►  April (17)
    • ►  March (10)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)

Komuniti Blogger Utara

  • fatimahnabila
    Cara Baru Untuk Membeli Channel di NJOI 2021!
  • Nurfuzie.com
    Cara Keluarkan Duit Dari ASB melalui MyASNB
  • AziRahmanDotCom | Azirahman Story
    Resipi Ayam Goreng Halia Bermadu
  • SITI.YANG.MENAIP
    Sumbangan Barang - Barang Keperluan Kepada Mangsa Banjir Di Pahang
  • SHALIMAR YUSOF
    Kain Batik Murah Tapi Berkualiti Dan Cantik
  • @Siti Sharini
    URUS KEWANGAN DENGAN BIJAK
  • PERMATABIRU
    Permohonan BPR 2021
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
  • Marshalizadotcom
    Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif
  • Hikayat Budak Pening
    Suci dari haidh pada waktu asar dan isyak.
  • .she's the camera maniac.
    Happy Birthday Shopee! Love, Gong cha
  • zya akma
    LIRIK LAGU TEMAN DARI IMAN TROYE
  • ARZMOHA
    DIEGO MARADONA BINTANG LAGENDA BOLA SEPAK ARGENTINA MENINGGAL DUNIA DIPERCAYAI AKIBAT SERANGAN JANTUNG
  • husnazahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
  • Krik Krik Krik
    Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela
  • cerita ZF
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
  • Mekaratisa
    Restoran Capati Arau Perlis
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
  • MiaZain
    Herbal plants you can plant at home & how to use them
  • Lori Sewa Malaysia
    Pindah Barang
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates