shfyqhazhr
  • Home
  • Feautured
  • Review
  • Features
    • Kehidupan
    • Hiburan
      • Lirik Lagu
      • Drama
      • Kdrama
      • Film
      • Category 5
    • Makanan Sedap
    • Perkongsian
  • Contact Us

Assalamualaikum

MENGINAP DI TOKMAN INN LANGKAWI! |Hi! ha haritu cerita pasal beli tiket feri langkawi secara online. ni nak cerita pasal penginapan pulak.


sha kalau jalan mana mana memang akan cari tempat tidur yang murah tapi selesa hehehe sebab pi jalan jalan kan nak jalan bukan tidur sepanjang masa 🤪

jadi sha pun scroll la booking.com sebab situ jelah sha suka pun 😂 carilah bilik yang dekat dengan pantai chenang sebab ingt nak lepak pantai malam nanti.

kalau cakap pasal harga rasanya dah cukup berbaloi sangat kalau tengok dengan keadaan bilik. rasa macam semua serba cukup walaupun harga murah.

kitaorang request nak check in awal dan alhamdulillah boleh 😍 so minta la nak check in pukul11 dan tak dikenakan apa apa lebihan bayaran.


masa sampai di tempat kejadian, terus ke kaunter dan dapat kunci untuk 1 bilik dan 1 bilik lagi tengah dicuci lagi. tapi tunggu kejap dah boleh masuk

masa pijak je kaki dalam bilik, aduh rasa macam nak extend cuti 🤣 puas hati oi dengan bilik dia hahaha! korang tengok la sendiri kat bawah

kitaorang pilih katil double

ada peti ais, cerek untuk bancuh air & boleh request kalau nak iron

ada juga tv tapi boleh buka siaran bernama je 😂

tempat sidai baju/kain

toilet

agak agak korang kalau macam gini rupanya berapa rm untuk 1 malam? walaupun bilik tak besar sangat tapi oklah still ada ruang untuk solat semua.

harga bilik ni RM45/1 night 😍 murahkan!!! mula mula ada jumpa bilik yang sikit murah dari ni tapi bilik tu kipas bukan aircond, bilik yang sha duduk ni bilik beraircond.

walaupun susah sikit nak cari sebab macam masuk kampung sikit, signboard pun dah kelabu😂 banyak kali jugak la pusing, tapi takpala sebab cantik kan! hehehek

puas hati gila stay sini, dah la dekat dengan pantai chenang pastu dekat juga dengan macam macam tempat lain. kira strategik jugak la tempat ni😂


kalau korang nak datang langkawi boleh check out Tok Man Inn ni ok ❤❤❤

Assalamualaikum

BELI TIKET FERI KE LANGKAWI SECARA ONLINE! | Hi! rindunya nak membebel kat sini tapi takda benda nak bebel :3 tadi beli tiket ke Langkawi, alang alang share jelah kat sini.


tanpa hendak membebel panjang, sha tunjukkan jelah cara nak beli tiket ni. korang boleh buat pembayaran tiket ni guna online banking, debit card, boost dan banyak lagi (maaf lupa nak screenshot) 😅

1. Login di laman web https://ticket.langkawiferryline.com tapi kalau belum sign up, sign up dulu ok?



2. kemudian pilih "Purchase ticket"


3. Pilih segala details yang diminta ; round trip or one way | dari mana ke mana | tarikh bila | berapa orang 

bila dah settle semua tu, check semula macam digambar ke tiga. check betul betul sebab tarikh takboleh pinda :')




4. Isi maklumat penumpang. maklumat yang diperlukan adalah nama penuh dan nombor kad pengenalan


5. settle isi semua dan semak apa yang patut. boleh buat pembayaran! boleh pilih yang mana memudahkan korang. kalau macam sha, memang online banking la menjadi pilihan 🤪

6. ok siap! dan korang akan dapat emel macam dibawah. kalau apa yang website ni cakap kena print tapi sha haritu masa nak gi print kat kaunter dorang ckp takpayah sebab guna scan tu je sekarang huhu



ok settle bab tiket! 


kalau tanya sha nak print ke tak tiket, better print kot 😅 kita taktahu kan apa nak jadi pada hari kejadian haha kot dapat yang penjaga pintu jenis garang ke apa. kalau dah print atleast selamat la. 

okie bye! 🌞❤




LIRIK LAGU AINAA


Cinta ku selalu
Ada bersama dengan mu
Senyum mu begitu indah
Buat diriku sempurna
Dengankan mu hidup telah bahagia
Namun terus ku berdoa kekal bersama

Cinta ku tiada ganti
Ku mohon kau terus tersenyum
Cinta ku tiada ganti
Teruskan gelak tawa mu

Percayalah sayang
Antara kita takkan terpisah
Percayalah sayang
Cinta kita kan selamanya

Dengankan mu hidup telah bahagia
Namun terus ku berdoa kekal bersama

Cinta ku tiada ganti
Ku mohon kau terus tersenyum
Cinta ku tiada ganti
Teruskan gelak tawa mu

Percayalah sayang
Antara kita takkan terpisah
Percayalah sayang
Cinta kita kan selamanya

Ainaa aah Ainaa...

Cinta ku tiada ganti
Ku mohon kau terus tersenyum
Cinta ku tiada ganti
Teruskan gelak tawa mu

Percayalah sayang
Antara kita takkan terpisah
Percayalah sayang
Cinta kita kan selamanya.. Ainaa..



Assalamualaikum

MAKANAN YANG SAMPAI TAKSAMA MACAM GAMBAR? | Hi! sejak sejak PKP dan takboleh bukak kedai makan haritu, banyak la peniaga yang mula meniaga secara online kan. kawasan sha duduk ni dulunya takdak servis cod semua, skrg dah ada.


dah banyak kali juga sha beli cod ni, alhamdulillah semua ok ok belaka sampailah satu hari yang hening dan lapar sebab takmakan apa dari pagi. sha pi pickup makanan yang sha order secara online tu.

hati berbunga bunga takpayah cakap la sebab dah lapar benar ni 😂 so sha order LASAGNA ya anak anak tapi yang sampai? BREAD LASAGNA 🥴 but its okay la kan, bila buka? istighfar panjang gue liatin makanannya 😂💆🏽 

tanpa membuang banyak masa lagi, marilah kita tengok apa yang diiklankan dan apa yang saya dapat dengan harga RM10 + RM5 untuk cod

yang diiklankan




yang dapat






masa bukak plastik tu mak ai aku kecewa terluka dan bersedih hahahaha sebab lapar time tu makan jelah kan. bila tanya kenapa taksama macam dalam gambar pun, penjual cakap

"bekas kecik habis, tu guna bekas besar. sebab tu nampak sikit" 

lalu saya serta rakan penyiasat terus siasat mengenai hal ini. takmungkinla kan 3 keping "roti" bila letak bekas kecik akan jadi penuh macam yang diiklankan. 

sha ni jenis kalau beli satu satu makanan kalau betul sedap insyaAllah 10 kali repeat order dan sebarkan ke orang lain😂 sampaikan ada sorang kak ni cakap "hari hari makan tortilla tak cemuih ka dik?" 🤣 nak cemuih jugak la tapi dah sedap memang hari hari order hehe

akhir kata, nak niaga biarlah ikhlas. so siapa ada resepi bread lasagna? sila tinggalkan link anda, saya nak buat sendiri 🤧




Assalamualaikum

10 FAST FOOD MENYELERAKAN YANG KORANG BOLEH PESAN DI MALAYSIA! | Hi! zaman sekarang ni memang tak lekang dengan fast food bukan? kalau lapar tengah malam semestinya akan cari fast food kan? sekarang ni sha nak ceritakan kepada korang fast food yang korang hanya boleh order di Malaysia which is Marrybrown!


Marrybrown adalah salah satu restoran makanan segera di Malaysia yang telah diperakui halal dan ditubuhkan sejak tahun 1981 lagi. terdapat lebih 138 restoran Marrybrown di Malaysia. banyak kan?!

dulu masa sebelum kenal Marrybrown, memang teragak agak juga nak masuk sebab takut tak kena selera tekak. tapi alhamdulillah bila dah try, terus jatuh cinta dan tunggu semua menu menu baru dorang untuk dicuba. ok meh sha nak kongsikan dengan korang 10 menu yang menyelerakan yang korang try kat Marrybrown!

1. Nasi Lemak MB




siapa je yang boleh menolak nasi lemak? nasi lemak MB ni didatangkan dengan nasi, ikan bilis, kacang, papadom, ayam goreng dan timun. eh kalau nasi lemak mestilah ada sambal kan! ha mana nak cari nasi lemak di fast food yang selengkap macam ni? bau nasi lemak yang dimasak dengan santan & daun pandan ni je pun mesti korang terliur.

2. Nasi Ayam MB



peminat nasi ayam wajib cuba menu ni! didatangkan dengan papadom, timun dan ayam goreng serta sup memang menaikkan lagi selera makan korang. kalau pekena ni sepinggan dah cukup buat korang kenyang, yang menariknya pasal nasi ayam MB ni adalah terdapat papadom tu la! jarang sha makan nasi ayam kat tempat lain letak papadom

3. Mi Kari MB




tak cukup Malaysia la kalau takmakan mi kari kan? walaupun sha bukan peminat mi tapi mi kari di MB ni memang kena dengan citarasa tekak sha. tengok gambar pun dah terliur kemain kan? apatah lagi kalau ada didepan mata! mi kari kalau ada kacang panjang memang selalunya sedap uolls!

4. Bubur Ayam MB



kadang kadang dah bosan makan nasi tapi nak something yang boleh mengeyangkan mesti sha akan order bubur MB! korang ada dua pilihan samada nak bubur ayam or bubur pedas. kalau sha semestinya sha akan pilih bubur ayam sebab sha memang peminat ayam! bubur MB juga sangat sedap kalau makan time nak demam hehe


5. Nasi Kari Kapitan


oh kari kegemaran Malaysia! disebabkan sha ada sikit darah mamak penang, sha memang hantu kari! dan paling bersyukur bila ada fast food buat menu bertemakan kari hehehe atleast dapat makan fast food dan kari sekali gus! korang tengok jelah nasi kari kapitan ni macam mana! mesti menjilat jari kalau makan.

6. Roti Goreng


roti goreng? yes roti goreng! bila korang makan roti goreng ni korang akan rasa kelembutan didalam roti dan crispy di luar! boleh bayangkan tidak macam mana sedapnya makan roti goreng? kalau lepak lepak dengan family sambil tengok tv, mesti berebut roti goreng ni!

7. Salted Egg Meal


salted egg ni antara "bahan" yang popular sekarang. semua menu mesti ada salted egg hehehe jadi MB keluarkan menu baru iaitu egg-stra padu salted egg meal! korang jangan risau kalau korang rasa menu ni akan terlalu rasa salted egg macam nasi kerabu tu sebab rasa salted egg ni nice gilerrr sampai buat korang termimpi mimpi ehekkk

8. MB Churros


korang pernah try churros? kalau belum, sha cadangkan korang try churros di MB ni. kalau korang nak tau churros ni datang dengan sos coklat! korang boleh makan churros ni dimana mana dan bila bila masa dan sha juga yakin menu ni sangat disukai oleh kanak - kanak! takpercaya? korang kena try dulu.

9. Milo Ais


everyone favorite! siapa je taksuka milo ais kan? sha sebagai dewasa pun kalau gi mana mana fast food mesti order milo ais sebab kurang suka dengan air gas. air milo di fast food rasanya lain tau daripada yang dibancuh kat rumah, sedap dia rasa puas!

10. Nescafe Coffee


taksuka air gas? taksuka milo? it is okay! bagi peminat coffee , korang boleh juga dapatkan nescafe coffee di MB. sebenarnya best juga kan bila makan fast food dengan hot nescafe coffee. tambah tambah kalau makan churros dan roti goreng dari MB. yummy!

ok settle 10 menu yang korang perlu try kat MB. kalau korang nak tau sejak sejak PKP ke PKPB dan akan datang PKPP, sha banyak order makanan secara online je sebab malas nak pergi beratur ramai ramai di restoran fast food tu. kita perlu elakkan tempat crowded kan, jadi korang pun boleh la guna fast food delivery malaysia sekarang bagi memudahkan korang juga.


sekarang ni mudah je korang duduk rumah diam diam dan guna servis abang FoodPanda. hanya perlu order dan tunggu makanan sampai :p mudah betulkan hidup di zaman sekarang? patutla kilo naik hari hari hahaha! jangan lupa gais, jaga diri, jaga jarak dan elakkan tempat orang ramai! ❤️




Assalamualaikum

JOM DAPATKAN INFO DAN TIPS KESIHATAN | Hi! sekarang ni mesti ramai yang lebih peka mengenai kesihatan kan bila wujudnya covid19. walaupun sebelum ni ramai je yang peka tapi sekarang mesti lagi peka kan?! harini sha nak perkenalkan sebuah laman web kesihatan yang selalu menjadi rujukan sha iaitu Tips Kesihatan. 


Dekat sini korang boleh dapatkan informasi berkenaan penyakit, jenis rawatan dan yang paling best sekali mestilah sebab ada banyak tips untuk gaya hidup sihat.

Apa yang sha suka berkenaan web ini adalah kerana penulisannya yang santai, mudah difahami dan kalau ada terma perubatan pun akan diterangkan secara ringkas.

Selain itu sha juga boleh print setiap artikel yang ada kat sana kalau nak tunjukkan dekat mak ayah atau family sha, cuma perlu tekan ikon print dekat hujung artikel tu. Format printing dia memang cantik dan tak serabut.

Kalau korang nak cari maklumat berkaitan sebarang penyakit atau apa-apa sahaja berkaitan kesihatan bolehlah melawat ke sana ok?!

Assalamualaikum

RESEPI TART CHEESE SUKATAN CAWAN YANG KONFIRM JADI! | Helo! disebabkan kebosanan di rumah, maka terhasillah tart cheese semalam. cream cheese yang baki buat kuih raya haritu ada lagi & masih elok maka kita buatlah tart cheese supaya tak membazir hihi


acuan tart ni sha beli masa puasa haritu, konon nak buatlah tapi biasalah bila puasa bukan nak makan sangat pun. tapi takpa sebab benda boleh guna lama kan haha. segala bahan nak buat memang dah ada kat rumah kecuali telur ja, so total lost buat tart cheese harini adalah RM0.40 😆 dah malas nak bebel lagi, meh tengok sukatan tart cheese ni tapi maaf takda gambar step by step sebab saya kalau masak memang tak teringat dah phone 😂

Resepi Tart Cheese Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Sedap!


Bahan Kulit/ Shell Tart :

🖇 1 cawan majerin
🖇 ½ cawan gula aising
🖇 ½ biji telur grade A, (Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau dan ambil setengah saja)
🖇 3 cawan tepung gandum
🖇 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

🖇 Satukan majerin, gula, esen vanila dan telur. Kacau sebati. 
🖇Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit. Uli hingga jadi doh. Kalau doh masih lembik, tambah tepung gandum sedikit-sedikit.
🖇Masukkan doh tadi ke dalam acuan tart. Tekan dan ratakan kemas-kemas. Cucuk dengan garfu di bahagian dasar tart tadi.
🖇Bakar selama 20-25 minit, guna api atas bawah pada suhu 180°C @ ikut oven masing-masing.

Bahan Filling :

🖇Chocolate spread (boleh juga guna blueberry/strawberry filling. ikut selera masing masing)
🖇 250 cream cheese
🖇 ½ cawan gula aising,
½ biji telur (pecahkan telur, kacau dan ambil setengah).
🖇1 sudu teh esen vanila.

Cara-cara :

🖇Satukan semua bahan kecuali chocolate spread hingga sebati (boleh guna blender atau mixer. saya guna senduk je)
🖇 Masukkan adunan tadi ke dalam piping beg dan gunting hujungnya
🖇Susunkan kulit tart ke atas loyang, sudukan chocolate spread ke dalam kulit tart kemudian picitkan adunan cheese hingga penuh.
🖇Buat corak di atas tart guna pewarna ikut kreativiti sendiri
🖇 Bakar sekali lagi dalam selama 10 minit.

SIAP! 😍

batch 1 ; sedikit rentung ya hahaha

batch 2 : dah ok tapi gigi kulit tart rongak pula😂😆


tapi tak kisahlah pasal rupa, yang penting sedap! tapi ni sebab nak makan sendiri jelah, kalau nak jual mesti kena elok elok ok. tengah fikir ni lepas ni nak buat apa pulak. taksangka best gila bila dapat masak ni☺ tambah bila ada yang memuji "sedaplah kaklong" 🥰🥰


Assalamualaikum

AYAM BRAND BANTU KOMUNITI JITRA DENGAN PANTRI MAKANAN | Hi korang! korang mesti dengar pasal Ayam Brand kan? memang sejak kecil lagi kat rumah sha memang pakai produk dari Ayam Brand, favorite sha adalah tuna! kalau makan dengan roti kosong peh sedap dia memang sekali makan takckup hihi 🤪pokoknya memang dipercayai lah jenama ni🥰

Mengenai Ayam Brand


 Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 128 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study.  

Pusat Jagaan Insan Kesayanganku Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Jitra



Jitra, Mei 28, 2020 – Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru. 

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan. 

Sebagai contoh, di Kedah, Pusat Jagaan Insan Kesayanganku di Taman Mahsuri meneraju usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini. 

“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir Pusat Jagaan Insan Kesayanganku, Puan Yusnita Mohd Yusuf.

Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari. 

“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Puan Yusnita.

Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti. 

“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau. 

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu. 

Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti. 

“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.

Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut. 

“Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini. 

Pantri makanan #AyamWithYou terletak di No 852, Taman Mahsuri (Jasmina) 06000 Jitra, Kedah. Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my.


Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.




get this

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • LIRIK KASIHKU TERSAYANG TETAPLAH BERJUANG (LAGU TIKTOK)
  • DAPAT JUGAK RASA DAGING HARIMAU MENANGIS
  • ORDER KE TAK FOOD DELIVERY BILA HUJAN
  • LIRIK LAGU KARNA SU SAYANG | NEAR FT DIAN SOROWEA
  • PENGALAMAN PERTAMA KALI MENGGUNAKAN J&T EXPRESS

adsense

Categories

ad 35 altheaangels 14 beauty tips 1 blog 19 book 7 drama 19 feautured 36 filem 5 haul 29 katahatisapikah 4 kdrama 8 kecantikan 8 LDR 10 lirik lagu 91 makanan sedap 85 perkongsian 46 personal 1 phone stuff 9 resepi si sapikah 28 review 99 sapikah jalan jalan 37 update kehidupan 87

Followers

Blog archive

  • ►  2021 (4)
    • ►  January (4)
  • ▼  2020 (90)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (2)
    • ▼  June (8)
      • MENGINAP DI TOKMAN INN LANGKAWI!
      • BELI TIKET FERI KE LANGKAWI SECARA ONLINE!
      • LIRIK LAGU AINAA | IPPO HAFIZ (OST 7 HARI MENCINTA...
      • MAKANAN YANG SAMPAI TAKSAMA MACAM GAMBAR?
      • 10 FAST FOOD MENYELERAKAN YANG KORANG BOLEH PESAN ...
      • JOM DAPATKAN INFO DAN TIPS KESIHATAN
      • RESEPI TART CHEESE SUKATAN CAWAN YANG KONFIRM JADI!
      • AYAM BRAND BANTU KOMUNITI JITRA DENGAN PANTRI MAKANAN
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (10)
  • ►  2019 (125)
    • ►  December (16)
    • ►  November (9)
    • ►  October (4)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (8)
    • ►  April (8)
    • ►  March (12)
    • ►  February (20)
    • ►  January (23)
  • ►  2018 (243)
    • ►  December (23)
    • ►  November (27)
    • ►  October (28)
    • ►  September (17)
    • ►  August (18)
    • ►  July (18)
    • ►  June (21)
    • ►  May (23)
    • ►  April (17)
    • ►  March (17)
    • ►  February (11)
    • ►  January (23)
  • ►  2017 (145)
    • ►  December (17)
    • ►  November (16)
    • ►  October (23)
    • ►  September (19)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (12)
    • ►  May (15)
    • ►  April (17)
    • ►  March (10)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)

Komuniti Blogger Utara

  • fatimahnabila
    Cara Baru Untuk Membeli Channel di NJOI 2021!
  • Nurfuzie.com
    Cara Keluarkan Duit Dari ASB melalui MyASNB
  • AziRahmanDotCom | Azirahman Story
    Resipi Ayam Goreng Halia Bermadu
  • SITI.YANG.MENAIP
    Sumbangan Barang - Barang Keperluan Kepada Mangsa Banjir Di Pahang
  • SHALIMAR YUSOF
    Kain Batik Murah Tapi Berkualiti Dan Cantik
  • @Siti Sharini
    URUS KEWANGAN DENGAN BIJAK
  • PERMATABIRU
    Permohonan BPR 2021
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
  • Marshalizadotcom
    Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif
  • Hikayat Budak Pening
    Suci dari haidh pada waktu asar dan isyak.
  • .she's the camera maniac.
    Happy Birthday Shopee! Love, Gong cha
  • zya akma
    LIRIK LAGU TEMAN DARI IMAN TROYE
  • ARZMOHA
    DIEGO MARADONA BINTANG LAGENDA BOLA SEPAK ARGENTINA MENINGGAL DUNIA DIPERCAYAI AKIBAT SERANGAN JANTUNG
  • husnazahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
  • Krik Krik Krik
    Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela
  • cerita ZF
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
  • Mekaratisa
    Restoran Capati Arau Perlis
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
  • MiaZain
    Herbal plants you can plant at home & how to use them
  • Lori Sewa Malaysia
    Pindah Barang
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates