12/31/2019

A RECAP OF 2019

by , in

Assalamualaikum

A RECAP OF 2019 | Hi! sedar tak sedar harini dah hari last pada tahun2019, taksabar nak tengok kereta terbang esok eh hahahaha! jadi sebab taktau nak buat entry apa, marilah kita recap month by month sepanjang 2019.


JANUARY 2019

bulan pertama menjadi penganggur berjaya. mula mula macam takdapat terima kenyataan juga la, mana taknya kan dah la macam tetiba je dibehentikan huhu then mana nak cekau duit nak teruskan hidup haha! buat teruk kan? tapi sebab dibehentikan tu lah dapat spend time dengan bohati yang datang dari jauh :p




selebihnya memang bulan 1 tu banyak habiskan masa dengan minah ni jelah hahaha hari hari pi kacau dia kat rumah makcik. gaya macam budak besar sangat tu padahal masa ni baru 3 tahun haih gerammmm!

FEBRUARY 2019

masa ni dah getting better, dah dapat terima kenyataan cuma terkilan sebab takdapat pi nilai hoho! jadi memang dukrumah jelah, dah tak kerja kan haha nak buat mende lagi.


first time buat full face makeup! BACA JELAH SINI


main layang layang dengan bby hahaha

MAC 2019

takjadi nak gi nilai masa feb so kitaorang pergi time mac, walaupun tak kerja alhamdulillah ada duit untuk bayar tambang dari berblogging :D




then 19/3 arwah mak jatuh motor, selama mak sakit, saya dan adik yang jaga :')


APRIL 2019


masa april ni banyak settle hal rumah je lepas mak takda, kemas rumah, pindah masuk rumah mak. banyak juga job terpaksa tolak, yang tertangguh huhu


MAY 2019


lepas dah settle segala benda pasal arwah mak, haritu gi jejalan dengan cousin haha msuk pusat sains. oklah budak budak belakang tu happy :p then puasa, puasa first tanpa mak...

JUNE 2019


raya pertama juga tanpa mak.. raya berdua kami adik beradik :'D then 18/6 makcik jatuh sakit - BACA SINI


pergi kursus kahwin hahah sebab nak teman cousin. sebenarnya nak update pasal ni tapi esoklah :p

JULY 2019


kerja sebagai pembantu rumah kat rumah cikgu BACA SINI
penat ya ampun haha sebab kena ulang alik jauh. masa ni buat 2 kerja juga la hahaha


hari cuti keluar dengan geng hahaha makan makan 

AUGUST 2019


BULAN PALING BUSY SEPANJANG 2019! sha behenti jadi pembantu rumah sebab bulan 8 memang busy gila haha kiranya kat notes sha masa bulan 8 memang full setiap hari. sebelum kenduri cousin ofcos sha kena teman dia kemana mana hahaha then hari raya aidiladha haritu, alhamdulillah sha dah buat qurban (BACA SINI) then majlis sepupu ni, pastu ada program untuk kampung pastu gi langkawi dengan bohati :p BACA SINI

SEPTEMBER 2019


ada program juga di kampung yang DS Mukhriz, Menteri Besar Kedah datang kampung kita hahha! sempat la ambik gambar dengan dia. then beberapa hari lepas tu, pi shah alam pula


sha memang kalau gi mana mana yang boleh bawak kawan memang akan bawak leka/nzorah haha kalini bawak leka teman pi shah alam balik hari :p

OKTOBER 2019


nak gi buat spek, sebab check kat kedai di tesco cakap rabun haha -_- pastu masa nak buat ujian membaca tu takdapat detect haiyoo. dah kena gi klinik ni (tapi sampai skrg takpergi :p) 


buat bisnes sikit jual ais malaysia, 1 batang 40sen kalau oreo, sumi, choki choki. yang air biasa 20sen


bawak nazirah jalan jalan perlis :p

NOVEMBER 2019


masa november ni banyak buat kerja kot hahah struggle sikit sebab nak benda baru en. alhamdulilllah dapat!

DECEMBER 2019


bulan paling banyak habis duit kot hahaha. kawan baik betunang, then keluar sambut birthday githew hahaha pastu esok tu keluar lagi, lusa tu keluar lagi :3 pastu ada gi kenduri kawan kahwin haha bergambar dengan geng sekolah yang takpernah bertegur sapa :p 


rasanya tu jelah kot secara ringkasnya hidup saya sepanjang 2019. takda yang best sangat pun tapi paling suka bila letih hahaha nikmat tu lain macam sebab rasanya susah nak letih sebab memang takda buat apa benda HAHAHAHHAA! tapi sekarang tengah geram dengan blog ni, macam dah okay tapi macam haih takpuas hati!!!! takkan nak tukar theme lagi huwaaaaaaaa











12/25/2019

GIRLS DAY OUT ; MAKAN & KARAOKE!

by , in

Assalamualaikum

GIRLS DAY OUT ; MAKAN & KARAOKE! | Hi. disebabkan malas nak tangguh so kejadian ini berlaku semalam dan harini saya dah update yay! mulanya nak update malam semalam tapi letih sampai tak larat nak bukak laptop :3


jadi alkisahnya kawan sha, nazirah balik cuti study week (yekyek je tu nak study ke tak haha) then sha dengan leka gi ambik dia kat stesen bas. dia sampai sini pukul 11 haha kitaorang pula 11.15 baru keluar ;p dah pulak bila keluar jalan kemain sesak, taktahu lah kenapa sebab semalam kan selasa haha memang semua orang cuti kot. then sampailah kat dia pukul 11.45 gitu? tah la tak ingat haha then dah pickup dia terus gi city plaza, legend oh sini haha dulu zaman sekolah je datang sini kecuali nak gi UTC.


selama ni datang sini parking kat sebelah surau tu ha, kiranya parking luar la tapi semalam parking dalam woo dan yang penting lagi murah dari parking luar sebab 1.50 je geng haha! lepas sampai sini, jalan jalan then terus gi Mcd sebab nak makan prosperity :p


beli set yang sama ok hahaha total RM18 sebab beli guna app, sanggup ko download app kat luar mcd hahaha tapi bab mcd ni nanti la cerita, di episod yang lain hahaha. kitaorang makan makan lama juga la makan then bila dah habis ingt nak gi karaoke kat sebelah CP tu tapi gi tanya mak ai mahal dari tempat kitaorang selalu pergi hahah which is RM25 sejam :3 then takpalah, kita gi jelah tempat selalu kitaorang gi tu kat Jitra hahaha maka dari Alor Setar kita ke Jitra pula. disebabkan taktau jalan, nak gi Jitra pun kenalah google. sekali dia bawak ikut tol daaa haha dah memasing takda tng sebaik boleh uturn HAHAHAHAHAHA


akhirnya sampailah kat destinasi yang dituju selepas mengharungi liku liku kehidupan. sampai kat pusat karaoke jitra tu, sejam RM18 jur jadi kita ambik 2 jam! ha puas nyanyi sampai hilang suara hahaha tapi sedih sebab lagu belenggu rindu takmasuk lagi :p then settle 2 jam nyanyi, singgah coolblog sebelum balik.



alkisahnya sha memang jarang gi coolblog, selalu gi mana mana mesti cari tealive haha tapi sebab tealive kat jitra belah sana so malas la kan nak patah balik. gi coolblog order greentea ha tu la ha greentea dia T_____T ingatkan greentea yang ada susu tu tau tak?! haih sebaik sha ok je kalau greentea gitu pun, habis la jugak walaupun sedih :p then beli chocolate tart 2 bijik tu RM4, oklah kan? sedap juga tapi makan satu je hahaha 


then kitaorang pun pulang, tapi sebelum tu kena selfie dulu hahaha pulun nak kena sunkiss semua :3 selalunya akhir tahun gini kitaorang akan keluar 4 orang which is sha, awa, leka dan nazirah tapi tahun ni awa masih intern di shah alam so takleh join. tapi takpa nanti dia balik kita dating semula! hahaha
“Growing apart doesn’t change the fact that for a long time we grew side by side; our roots will always be tangled. I’m glad for that.”
– Ally Condie



12/25/2019

MOIST LI CIOUS RANGE BY KITOHANA

by , in

Assalamualaikum

MOIST LI CIOUS RANGE BY KITOHANA | Hi! sekarang sha jarang betul dapat minum air secukupnya sebab sibuk (la sangat), bukan setakat bibir je kering, tapi kulit sekali kering! sebaik sha ada terjumpa skincare set ni yang memfokuskan untuk moistkan kulit. yang penting skincare ni memang sesuai untuk semua jenis kulit tau termasuk kulit sensitif.


seperti skincare skincare yang lain, dalam set ni ada 6 produk which is cleanser, essence, sun protector, night cream, O2 bubbly mask & gel mask. masa mula mula dapat produk ni, tengok packaging pun dah jatuh cinta dah! jatuh cinta pandang pertama la kononnya :p mesti taksbar kan nak tengok produk dari Kitohana ni


simple tapi cantik kan?! ha meh sini nak cerita perangai SEBENAR produk produk ni kat korang. kita mulakan dengan cleanser dan akhiri dengan gel mask okeh.

FOAMING CLEANSER 


Pembersih ini dihasilkan dengan ekstrak Centella dan minyak biji delima dimana ia dapat meningkatkan aktiviti antioksidan dan melindungi kulit daripada radikal bebas. Selain itu, aloevera dan allantoin dimana dapat menenangkan sementara asid hyaluronic berkuasa tinggi dan Trehalose menghidrat kulit anda. Formula unik ini dengan pantas melembabkan semua jenis kulit. Ia askan menghasilkan kulit yang lebih halus, licin sambil membersihkan minyak, solek & kekotoran dan membersihkan liang-liang pori. Gunakannya pada waktu pagi dan petang sebagai pembersih harian. 


selalunya kalau cleanser jenis foaming ni mesti akan keringkan kulit kan? tapi yang sha perasan, setiap kali lepas cuci muka sha rasa muka sha lembab je haha kadang kadang geram je nak picit picit je muka sendiri sebab rasa macam toink toink :p 

AQUA ESSENCE


Molekul molekul kecil daripada Hyluronic Acid menyerap dengan cepat, membanjiri kulit dengan penghidratan optimum. Dalam produk ni juga menggunakan aloevera sebagai bahan utama dalam semua rangkaian Kitohana Moist Li Cious selain daripada ektrak matricaria floral & ekstrak licorice root yang melembutkan serta melegakan manakala minyak biji delima memberikan pertahanan penting terhadap pengaruh luaran yang boleh menyembuhkan kulit anda. Serum ringan ini dengan membantu menghasilkan kulit yang kelihatan berseri, sihat dan segar. Sapukan perlahan-lahan beberapa titis pada muka dan leher setiap pagi dan petang selepas membersihkan dengan foaming cleanser.


to be honest essence memang skincare favorite sha haha, jadi yang ini pun jadi favorite sha antara semua :p lepas apply je essence ni kat muka, memang kalau perati ada macam basah basah kat muka. essence ni juga cepat gila menyerap (tolong hargai semua yang buat skincare cepat menyerap ni) dan yang paling penting packaging tu jenis pump jadi memang senang nak guna dan kebersihan pun terjaga!

DAY PROTECTOR


Formula yang mengandungi sodium PCA and hyaluronic acid yang akan menghidratkan kulit tanpa memberi efek berminyak. Bio extracts of aloe vera dan matricaria extracts akan memberi efek menenangkan dan merawat kulit manakala hydroxyacetophenone mengurangkan kemerahan dan memberi kesan fresh. Ia juga mengandungi bahan anti oksidan yang kuat bagi melindungi kulit daripada kerosakan akibat UV dan penuaan iaitu minyak biji delima. Mempunyai tekstur yang cepat menyerap dan meninggalkan kulit terhidrat dan licin. Gunakan pada waktu pagi selepas mencuci muka.



yang sha suka pasal dayprotector ni adalah ia tak meninggalkan white cast. sekarang kalau nak cari sunscreen sha akan pastikan yang memang takda whitecast baru beli sebab leceh tau kalau ada whitecast, makeup boleh jadi kelabu :p selain tu, day protector ni memang mudah nak disekatakan serta cepat menyerap! packaging pun kiut je so memang senang nak letak dalam bag kalau gi jalan jalan. ingatttt re-apply sunscreen atleast 2-3 jam sekali okay!

O² BUBBLY MASK


Sejenis mask yang akan bertukar menjadi tiny oxygenated bubbles apabila tersentuh dengan kulit. dimana mask ni membantu menghilangkan kotoran, minyak berlebihan dan menanggalkan makeup. mask ini terhasil daripada aloevera, hyaluronic acid dan minyak biji buah delima bagi menghasilkan kulit yang berseri. Kulit akan kelihatan lebih lembut, licin, lebih sihat, dan lebih muda, dan rupa garis-garis halus dan kedutan kelihatan berkurang.



mask jenis macam ni antara mask yang sha suka, sebab lepas pakai konfirm muka lembut dan glowing. selalunya kalau nak gi jalan jalan yang akan buat sha ambik gambar memang malam sebelum tu akan pakai mask ni. tapi mula mula taksuka juga sebab taktahan kena geletek kat muka! hahahaha ye korang, bila mask dah start jadi macam gambar no 2 tu, ha dia rasa geli geli je kat muka haha memang haih sabo jelah :3 tapi sebab efek dia kedaboom so i loveee it!

AQUA GEL MASK


Rawatan canggih ini memberikan efek penghidratan pada bila-bila masa. Hyaluronic acid  memberi penghidratan kepada kulit kering. Urea dan sodium PCA memberi efek yang sangat menyihatkan, melindungi kulit halangan dan mencegah dehidrasi pada masa hadapan. Aloe vera melegakan sebarang kemerahan atau kerengsaan dan menguatkan kulit untuk mengekalkan kelembapan lebih lama dari masa ke masa. Penampilan garis-garis halus dan keriput mula pudar dari pandangan. Tekstur gel mask yang ringan dan lembut dikulit. Gunakan mingguan selepas membersihkan wajah anda.



mask ni jenis jernih, dan bila letak je kat muka terus rasa efek "sejuk" tu. memang muka rasa fresh sangat bila dah cuci mask ni, seronok pakai sebab tak extreme macam bubbly mask tu ;P mask ni kalau pakai time nak baca buku ke chill chill ke okay sangat!sha kalau mask ni memang rasa nak lelap sebab muka jadi sejuk dan nyaman gitu.

NIGHT CREAM


Krim malam ini berfungsi untuk memaikpulih, meremajakan serta menyuburkan kulit. Sodium Hyalurunate and Sodium PCA berfungsi untuk melembapkan manakala vitamin E akan menggalakan proses penyembuhan.. Kolagen meningkatkan ketegasan dan keanjalan sementara Argireline mengetatkan kulit dan mengurangkan kedut. Satu kelebihan antioksidan dari minyak biji buah delima dan vitamin C melawan radikal bebas, memberikan efek mencerahkan serta awet muda . Pada waktu malam, sapukan lapisan nipis untuk muka dan leher yang dibersihkan.


my favorite night cream for now!!! dah dua tiga minggu sha guna night cream ni kan, memang bangun pagi time basuh muka tu kan perghh kulit rasa macam kulit bayi lembut dia! sha sampai macam takleh moveon dengan kulit sendiri :p night cream ni jenis gel so tak heavy dan senang menyerap & tak berminyak!



kalau ditanya yang mana paling sha suka antara semua ni, sha rasa essence + night cream kot tapi memang semua sha suka haha! sekarang nilah skincare sha~ kalau korang pun berminyak nak membeli product dari Kitohana ni, korang boleh dapatkan di website Kitahona ⇣



12/23/2019

A YEAR OLDER!

by , in

Assalamualaikum

A YEAR OLDER! | Hi, its me again (hahaha) actually haritu dah pasang niat nak update blog atleast, 1 post 1 hari tapi malangnya tak kesampaian niat tu haha :3 so last blogpost hari jumaat, rasa macam takbagitau lagi yang adik sha jatuh motor langgar biawak petang jumaat tu huhu ok jap tapi nanti sha sambung kat bawah, sekarang nak bagitau yang yayy sha dah 23 tahun :p


Happy birthday to me, myself and I! youre doing so great since day one hihikk. semoga murah rezeki, dipermudahkan segala urusan, dipanjangkan usia, dirahmati Allah dan kurus tahun depan!!!! aminnnn.

gambar waktu kanak kanak :p

sebenarnya banyak lagi gambar masa kecik sebab arwah mak memang suka ambik gambar sha dengan adik, banyak gila album kat rumah haha! sha rasa sha pun ikut perangai mak sebab memang suka cuci gambar then letak dalam album hahaha

oh by the way, tahun ni tahun pertama sambut birthday tanpa mak :( selalu bangun pagi pada hari birthday mesti mak hantar msg panjang panjang :'D tahun ni takda pun, cuma yang rapat rapat je yang wish. tapi saya masih bersyukur hihi

oh demi membahagiakan diri sendiri, dah lama teringin nak cheesekut, harini sebab birthday girl kan, jadilah rajin then tadi pagi gi beli barang pastu sampai sampai rumah terus buat cheesekut [ RUJUK RESEPI SINI : RESEPI : CHEESEKUT MUDAH DENGAN 4 BAHAN! ] maka pukul 3 macam tu bolehlah makan~


so yummy! hahah ok berbalik kepada cerita memula tadi, petang jumaat tu adik cakap nak keluar gi alor setar, sha siap order prosperity hahaha then 20 minit lepas keluar dia ws cakap dah nak balik, macam pelik la mimpi apo keluar kejap sangat haha then dia cakap dia langgar biawak, ingatkan biasa biasa jelah sekali balik sedikit teruk juga la haha tapi arini luka dah makin kering, harap harap cepatlah sembuh huhu. 

oklah sampai disini sahaja coretan sha pada hari ini, semoga lepas ni sha makin cantik (eh) HAHAHHAHAHA




12/20/2019

KOLEKSI RESEPI KERABU YANG SEDAP DAN MUDAH

by , in

Assalamualaikum

KOLEKSI RESEPI KERABU YANG SEDAP DAN MUDAH | Hi, tadi scroll scroll FB ada nampak post koleksi resepi kerabu, macam best je. saja share kat sini nanti mudah nak rujuk balik :D



1. Kerabu Udang Ala Thai


Bahan-bahan :
Udang dibuang kulit
Cili merah dan dan hijau
Bawang putih
Sos ikan
Jus limau nipis
Gula garam
Serai dihiris.
Bawang besar dihiris
Tomato, carrot
Daun sup.
Pucuk kacang/kacang buncis/kacang panjang/kacang botol.
.
Cara Memasak :
Udang dibuang kulit, direbus dan ditoskan.
Cili merah, cili hiaju dan bawang putih dikisar kasar/tumbuk
Gaul kesemua bahan dan siap untuk dihidangkan.
.
Credit : bidadari.my

2. Kerabu Perut


Perut hendaklah direbus terlebih dahulu.
Gaul/ramas air perahan asam jawa bersama bawang besar dipotong bulat,tomato buah dirincik halus,sedikit kerisik,sedikit belacan,sedikit gula dan garam.
Kemudian masukkan perut dan gaul sebati.

Sumber : nuraini abdullah via mahn

3. Kerabu Telur Masin


Bahan A
.
Telur masin (rebus)
.
Bahan B

Gula
Garam
Ajinomoto
Cuka
.
Kacau semua bahan diatas sehingga larut..kalau nk masam dan berkuah letak cuka lebih..gula pn lebih..
.
Bahan C

Bawang merah
Cili kecik / cili padi
Serai
Kacang panjang
Tomato kecik / besar
Bunga kantan
.
Hiris halus/potong dadu bahan C..
.
Settle bahan B (bila dh larut).. masukan bahan C.. gaul hingga sebati.. (rasa ikut citarasa sendri..sy bt manis sikit sb telur dh masin)..dh rasa ok tu masukan telur.. bahagi dua telur masin..then korek guna sudu.last gaul.. tp slow2 nt hncur telur..

Siap .. 😍

Cdt mimi zubir

4. Kerabu Kaki Ayam


Bahan :

Kaki aym (rebus smpai lembut)

Bwg merah
Serai
Bunga kantan
Daun limau purut
Cili merah
Cili hijau
Tomato
( semua hiris nipis)

Cara - cara :

Gaul sekali...perah asam limau
Masuk ckit kicap sotong klau suka

Gaul sebati ngn kaki ayam😁😁

( nk lg sdap campur ngn sweet thai chili sauce mae pranom..ckup rasa masam manis)

Cdt norhamidah abdul hamid

5. Kerabu Taugeh Bersama Kerang


Bahan-bahan:

2 cawan tauge
5 batang kacang botol
1 biji bawang besar - boleh kurangkan
1 biji cili merah - boleh ditambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus - boleh ditambah
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
garam dan gula secukup rasa

*boleh ditambah cili api jika sukakan pedas

Cara:

1. Bersihkan kacang botol dan potong nipis. Kemudian bersihkan tauge dan celur dalam air panas selama 5 saat saja, kalau nak rangup tak payah celur pun tak apa.
2. Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau kasturi dan ambil jusnya.
4. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
5. Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah mengikut citarasa.

Cdt proviral masakan

6. Kerabu Ikan Bilis


Bahan-bahan:
Ikan bilis
Bawang
Cili padi
Cili merah
Limau nipis @ kasturi
Serai
Tomato
Daun limau purut (nak bagi naik aroma)
Garam
Gula

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan. Biar sejuk, kipaskan pun buleh. Sebab apa? Nak pastikan krup krap je time makan nanti.
Potong bawang nipis nipis, cili padi, cili merah dan daun limau purut.
Masukkan dalam mangkuk besar. Termasuklah ikan bilis yang dah digoreng tadi.
Last sekaleyy, perahkan limau dan perasakan dengan garam gula. Kacau rata.

Tadaaa dah siap pun kerabu ikan bilis sap sap soi ni. Selamat mencoba gais 😚😚

Cdt suriani shafiee

7. Kerabu Nangka Muda


Sekilo isi nangka muda... Potong2 basuh bersih.. rebus masak..

Bhn tumbuk
3 Biji cili besar merah
15 Biji cili api( ikut pedas korang suka ye)
2 inci lengkuas
2 inci halia
5 batang serai ambik lembut saja
Seinci belacan bakar
Segenggam ikan bilis..basuh bersih dulu
( Tumbuk lumat ye)

Bahan lain :-
Sebiji bwg besar saiz besar( potong nipis2)
2 Biji limau nipis( tk masam buh lg..kalau tkt masam kurang kan)
Sikit gula
Sikit garam
Perasa
Pati ikan bilis ikut la
Sebiji kelapa parut blander sekejap dgn sedikit air.j gn Jadi santan ..skjp jer ye

Caranya
Leraikan nangka muda yg direbus supaya lebih halus..masukkan bhn tumbuk dgn semua bhn...
Perasa limau nipis..Rasa kan..tk cukup apa2 blh tambah
Selamat mencuba

Cdt rosma ros

8. Kerabu Mangga


Bahan-bahan:

Mangga 2 biji*
Carrot πŸ₯• 2 biji*
Kacang
Bunga kantan#
limau nipis (ikut tahap kemasaman yg digemari)
Gula ( palm sugar) gula biasa pun boleh
Garam
Bawang#
Cili padi#
Udang kering
Kalau ada baby tomato πŸ… lagi sedap

* sagat
#mayang

Gaul semua.. taraaa siap!

Kredit: Razak Rahim‎

9. Kerabu Bunga Kantan


BAHAN-BAHAN:
10 kuntum bunga kantan | dimayang halus
2 batang serai | dimayang halus
2 ulas bawang merah | ditumbuk
30gm halia | ditumbuk
10 biji lada hitam | ditumbuk
20gm udang kering | ditumbuk
½ biji kelapa parut
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Air asam jawa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bunga kantan dan serai ke dalam sebuah bekas.
2. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.
3. Masukkan kelapa parut, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Gaulkan kesemuanya hingga sebati.
4. Sedia dihidangkan.

crdt : Majalah rasa

10. Kerabu Ayam



Hirisan daging ayam (ambil bahagian dada).
*rebus dgn air yg sedikit. Masukkan garam semasa merebus

Lobak
Timun jepun
Serai
Bunga kantan
Bawang besar holland
(semua bahan ni dihiris kecil-kecil)

Suun
Brokoli
*rebus guna air ayam tadi

Satukan semua bahan-bahan.
Letakkan garam qaseh himalaya (guna garam biasa pun boleh).
Perahkan limau.

Sapa nak pedas, hiriskan cili.

*Nota kaki.
Kuantiti setiap bahan terpulang ikut citarasa masing-masing.
Sayuran pun boleh dipelbagaikan.

Cdt asmuliaty supian

11. Kerabu Daging


Bahan-Bahan:
300g daging, rebus smpai lembut
1 biji bawang besar, hiris nipis
1 batang serai, hiris nipis
1 biji tomato, hiris nipis
5-7 biji cili padi, hiris nipis
2 sudu besar sos ikan
1 biji limau nipis, ambil jus
3 helai daun limau purut, hiris halus
garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
2. Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula
kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.
-
Kredit: iResepi

12. Kerabu Telur Dadar


Bahan-bahan :

3 biji Telur
1/2 camca Teh Serbuk Lada Hitam
Secubit Garam
1 sdu teh tepung jagung
Satukan dan kacau sebati. Dadarkan guna non stick pan. Dadar nipis2. Gulung kemudian hiris nipis2

1 biji bawang besar - hiris nipis
1 kuntum bunga kantan - mayang halus
1 genggam daun kesom atau daun selom -mayang halus

1 biji tomato buang biji n potong kecil2
1 genggam ikan bilis goreng
Sedikit sos ikan
2-3 biji limau kasturi ambil jusnya
Sedikit gula

Bahan tumbuk
1 biji cili merah
10 biji cili padi
1 ulas bwang putih dibakar
1/2 inci belacan

Cara-cara :

Masukkan semua bhn dlm mangkuk kecuali ikan bilis
Gaul hingga rata.
Renjiskan sedikit sos ikan
Masukkan sedikit gula, jus limau kasturi dan akhir sekali ikan bilis goreng, gaul rata2 dan sesuaikan rasa.
Selamat mencuba.

Credit to Razainiza saad

13. Kerabu Mentah Ikan Tamban


Resepi
Ikan tamban( fresh)
Cili padi merah/ hijau
Bwg merah/ bwg bsar
Limau nipis
Gula
Garam
Belacan
Ajinamoto( optional)
Cuka( optional)

Cara
1- campur smua bhn
Gula,garam,aji,air limau,cuka,belacan,cili padi,picit2 sebatikan
2-msukkan ikan yg dah d potong td, msa ni perap dlm 15 minit,biar limau dan cuka bkerja..( air limau nnti akan masak isi ikan smpai jd putih)
3- msukkan bwg potong..gaul sebatikan.. ok slamat mencuba...πŸ€—

Cdt zadariah zakaria

14. Kerabu Kerang


Cara membuatnya..

-sediakan kerang segar 1kg
-rebus kerang 1minit
-sejuk kan kerang dengn air sejuk
-lepas dh sejuk trus kopek.
sos
-air limau nipis
-sos tomyam (mae pra nhom)
-sos ikan

pastu kacau-kacau bagi rata.

sayur
-serai potong kecik-kecik
-bawang merah potong dadu
-cili potong dadu
-daun ketumbar potong dadu

lepas dah buat smua tu.
buh kerang ,daun limau nipis ,daun selasih dan last sekali campur sos yg buat td..kacau2 ..last sekali buh bawang goreng.. siap..bolh hidang😘😘

kredit: resepi viral terbaik

15. Kerabu Tembikai ala Kedahan


Bahan
1 mangkuk tembikai merah/kuning yg telah didadukan
6 biji tomato cherry dibelah dua
3 btg cili padi hijau hiris nipis
1/2 biji bawang Holland dihiris memanjang
Daun ketumbar
Jus limo kasturi
1 sdk udang geragau yg disangai dulu sekejap
1 sdb kacang tanah
Sedikit lada itam
Sedikit bijan itam utk tabur
Garam
Gula
Gaul semua bagi sebati tak payah masuk air,sb nt tembikai akan berair sendiri..

Cdt makcik ratu

16. Kerabu Tempe


Bahan-bahan:

• 1 keping tempe
• 1 biji kentang
• 2 sudu makan ikan bilis
• 4 biji tomato (2 tomato oren dan 2 tomato hijau)
• 1 labu bawang besar (Dihiris)
• 2 biji cili merah (Dihiris)
• 4 biji cili hijau (Dihiris)
• 5 biji cili api (Dihiris)
• 1 cawan minyak masak
• Garam secukup rasa
.
Cara-cara:

1. Potong tempe kecil-kecil dan nipis. Gaulkan dengan sedikit garam dan goreng sehingga garing.
2. Potong kentang kecil-kecil dan gorengkan sehingga garing.
3. Ikan bilis dibelah dua dan digoreng garing.
4. Potong tomato kecil-kecil.
5. Gaulkan semua bahan di dalam mangkuk besar dan sedia dihidangkan.

Resepi ini dipetik dari: MyResepi

17. Kerabu Rumpai Laut


Segengam rumpai laut kering
(Direndam semalaman)
*tukar air rendaman 3x kalau rajin tujuan buang kekotoran.

3 biji tomato
2 biji bawang besar
cili api
cili besar
1 biji asam limau nipis
sedikit air asam jawa
Daun kesum
Bunga kantan
3sdb kerisik
Belacan
Lada hitam
Halia
Serai
Garam

(separuh bahan dikisar@tumbuk dan perasakan mgikut cita rasa anda seimbangkan rasa pedas/masam/masin/manis dan di gaul bersama rumpai laut SIAP!

crdt : zurazahir

18. Kerabu Pucuk Paku Kampung


Bahan - bahan

2 ikat pucuk paku.
1 biji santan bahagi dua ; separuh goreng separuh ambil santan.
4 ulas bawang merah
Sesudu kecil lada hitam
3 ekor ikan selayang rebus
1/2 sudu makan garam
1 1/2 sudu makan gula
Sedikit air untuk merebus pucuk paku

Cara penyediaannya

1. Panaskan air sehingga mendidih. Bilaendidih baru masukkan pucuk paku. Kacau sehingga ia bertukar warna dan toskan.

2. Kelapa bahagikan dua. Separuh blendarkan dengan segelas air masak. Separuh lagi goreng tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.

Tips goreng: bila pegang ia rasa rangup dan senang nak hancurkan.

3. Tumbuk lada hitam, bawang merah dan isi ikan selayang rebus. Ketepikan.

4. Masukkan kelapa tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama bahan yang ditumbuk. Selepas itu, boleh masukkan bahaj perasa garam dan gula.

5. Boleh masukkan pucuk paku tadi. Gaul sebati sebelum masukkan santan. Santan tu agak agak ye. Bukan semua dimasukkan. Ikut selera memasing. Just nice nak bagi basah sikit sikit.

Dah siap!

Cdt bahiah sarifuddin


sekian 18 resepi kerabu, krdt kepada FB!

My Instagram