5/31/2019

MENSTRUAL PAIN RELIEF HEAT BELT

by , in

Assalamualaikum

MENSTRUAL PAIN RELIEF HEAT BELT | Hi korang! kepada sis sis, kalau period selalu sengugut tak? sha sengugut juga tapi tak teruk, alhamdulillah. tapi kalau tak sengugut pun mesti rasa tak selesa kan time period 🙊 sha ada jugak la ngadu kat BF yang selalu tak selesa hahaha dan dia pun faham sangat dah mood swing sha macam mana kalau period. oleh sebab itu, dia hadiahkan sha Heat Belt ni yayyyy! jadi sekarang sha nak kenalkan korang tali pinggang ajaib ni 🤣 daripada Emrys Home & Flexwarm.

EMRYS HOME
first time dengar pasal Emrys Home? ok Emrys Home ni merupakan satu jenama yang berkonsepkan hidup mewah tapi berpatutan "Affordable Premium Life".  Dimana jenama ni membuatkan ramai orang dapat guna prodyk yang world class & berkualiti tinggi dengan bayaran yang munasabah & berpatutan

EmrysHome & Flexwarm Therapy Menstrual Cramp Warming Belt

korang tahu tak kalau rahim korang "sejuk atau dingin" boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit? sebagai contoh 👇🏼

😮 haid tak menentu
😮 keguguran
😮 terdedah kepada chloasma
😮 dark circles
😮 berat badan mudah naik
😮 muka lesu
😮 sakit belakang
😮 kerap buang air kecil

tapi ✋🏼 korang takpayah risau dah sekarang dengan adanya Heat Belt ni dapat membantu korang mengatasi masalah masalah penyakit seperti diatas. ok first nak cerita apa yang ada dalam box dulu ; bila korang beli Heat Belt ni, korang boleh pilih sama ada nak powerbank or tak tetapi powerbank ni penting sebab Heat Belt ni memang menggunakan powerbank sebagai charging method dia.




seperti yang korang nampak diatas, terdapat ;

1 x Heat Belt
1 x Powerbank
Manual penggunaan & Waranty

mula mula sha tengok benda ni macam pening jugak cemana nak gunakan 😅 nampak complicated sangat kan? tapi sebenarnya senang je, ha korang tengok bawah ni


Cara Penggunaan ;

👉🏽 masukkan powerbank ke dalam pouch powerbank
👉🏽 sambungkan USB dengan powerbank
👉🏽 tekan butang power di Heat Belt selama 1.5 saat untuk on/off, automatik lampu merah akan menyala dimana lampu merah merupakan suhu paling tinggi
👉🏽 tekan pada butang power untuk menukar suhu mengikut anda

lampu merah - 65°C (terapi fizikal)
lampu kuning - 50°C (mod standard)
lampu biru - 43°C (mod tidur)

𝓜𝔂 𝓔𝔁𝓹𝓮𝓻𝓲𝓮𝓷𝓬𝓮 𝓾𝓼𝓲𝓷𝓰 𝓽𝓱𝓮 𝓱𝓮𝓪𝓽 𝓫𝓮𝓵𝓽


mula mula dapat parcel, duk agak apa lah eh ringin je ni, takkan buku kot. pastu bila bukak parcel wow cantiknya packaging!  packaging dia simple tapi memang menarik mata gituuu. cara nak guna heat belt ni pun mudah sangat! dan korang siap boleh bawak ini ke mana mana (contoh ; balik kampung/travel) sebab benda ni ringan je.  mula mula guna rasa macam eh takda apa pun? mana tak nya sha guna yang paling rendah which is lampu biru, dan sha pun tertidur dek kerana senggugut dan sakit belakang, bila bangun ja dari tidur rasa macam lain, badan dah tak sakit sakit dah, perut pun macam biasa. terus wowwww hebatnya kamu haha terus ws BF bgtau dia yang produk dia beli ni berkesan! sha ni jenis penakut sikit, takut nak guna yang paling panas tu :p so keesokkannya sampai masa ber"me time" sha pun pakai lagi Heat Belt ni tapi guna suhu yang medium (lampu kuning) hahaha punya kusyuk sekali tertidur pulak :p kalau korang tanya sha nak bagi berapa bintang kat produk ni, sha nak bagi 11/10 bintang! thankyou loveee, kenalkan produk ni kat i hiksss

oh ya korang pun boleh je dapatkan produk ni, di FB, IG dan Website dorang ok?

Facebook : EmrysHome
Instagram : EmrysHome
Website : https://www.emryshome.com/

psssst : korang boleh dapat 18%OFF bila korang guna kod ni "SA18" & youre welcome!
5/23/2019

KEKAL SIHAT DAN DILINDUNGI SEPANJANG BULAN RAMADAN DENGAN DETTOL!

by , in

Assalamualaikum

KEKAL SIHAT DAN DILINDUNGI SEPANJANG BULAN RAMADAN DENGAN DETTOL! 


Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya

Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek.

Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu!


Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah. Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan.

Ada pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan.

Pada bulan Ramadan ini, Dettol melindungi anda dan keluarga anda dengan:


💚 Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar;
💚 Sanitiser tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air; dan
💚 Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya.

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.

Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.

Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan

Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai!

Team Dettol di Bazar Jalan Kuching






Team Dettol di Bazar TTDI




Team Dettol di Bazar Tasik Permaisuri






Tentang Dettol
Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan juara kesihatan keluarga yang dipercayai. Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga. Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari.
5/22/2019

BANYAKNYA HOTEL MURAH DAN BERPATUTAN KAT CAMERON HIGHLANDS!

by , in


Assalamualaikum

BANYAKNYA HOTEL MURAH DAN BERPATUTAN KAT CAMERON HIGHLANDS! | Hi korang! tinggal beberapa hari lagi je kan nak puasa, rasa cepat sangat masa berlalu tetiba dah sebulan puasa lepas raya. raya maknanya cutiiii!


so ceritanya begini, sha dan sorang cousin sha merancang nak pergi bercuti lepas raya ni, bukan hari raya tau haha lepas raya nanti, mybe pertengahan bulan Jun ataupun hujung bulan Jun. tak kuasa la nak bercuti masa cuti hari raya hahaha buat penat badan, letih otak je kan :p so bila sembang punya sembang kitaorang cadang la nak ke Cameron Highland~ ok ni lawak tapi ni cerita sebenar, sha takpernah jejak Cameron. 

credit : siraplimau


disebabkan takpernah jejak Cameron so sha lah yang excited sekarang ni. cousin sha dah banyak kali dah turun Cameron. jenis sha pulak bila nak pi mana mana sha akan study semua benda, tempat menarik, tempat untuk ambik gambar, tempat makan sedap dan taklupa - benda paling penting iaitu tempat tidur!

so selepas beberapa hari (tipu je) meng-google tempat - tempat menarik dapatlah sha senaraikan kat sini tempat tempat tu :-

1. BOH Tea Center
2. Ladang Teh Cameron
3. Lavendar Garden
4. Big Red Strawberry Farm

credit : 200 Seeds Cafe

5. 200 Seeds Cafe
6. Cactus Valley Farm

kalau korang ada suggestion tempat tempat best kat Cameron korang boleh komen kat bawah okay! next tempat penginapan! sha ada jumpa satu website ni (https://bagasi.my/hotel-cameron-highland/) , sesuai sangat untuk korang yang suka selidik dulu pasal satu satu tempat ni. maksud sha kalau korang macam sha, jenis nak bilik pada harga berpatutan tapi masih selesa untuk lelapkan mata githewww. lepas sha kaji dan kaji kat website ni memang bagus korang! 

BAGASI.MY



first time sha dengar pasal website ni, sha pun apa la korek korek la semua bahagian kat website ni. yang sha tau, bagasi.my ni merupakan satu laman web mengenai travel. kiranya kat website bagasi.my ni korang boleh baca ulasan mengenai sesuatu tempat tu, boleh bandingkan harga hotel mahupun homestay dannn boleh membuat tempahan! kiranya all in 1 macam tu lah. jadi, disebabkan sha nak ke Cameron so sha cari la pasal penginapan kat Cameron nanti. korang boleh baca sini - (tekanlah saya). website bagasi.my ni ringan gila korang! senang nak akses, nak search dan sebagainya berbanding website lain yang loading lama amat!

untuk cari apa yang korang nak, korang hanya perlu tekan butang search, masukkan nama tempat dan search~ tadaaaa korang boleh la terus usha usha mana yang berkenan mana yang akan membuat korang tidur lena hikhik





sha nak teruskan pencarian ni, korang kalau nak cari mana mana tempat penginapan jangan lupa search di BAGASI.MY! korang jangan lupa tau komen tempat menarik kat Cameron Highland yang sha WAJIB pi hihi 💕💕
5/21/2019

A'BLOOM - JENAMA TERBAHARU DARI ALTHEA EXCLUSIVE

by , in

Assalamualaikum

A'BLOOM - JENAMA TERBAHARU DARI ALTHEA EXCLUSIVE | Hi! kepada peminat peminat kbeauty mesti korang SYOK dengan wujudnya produk produk terbaharu daripada Althea ni kan! mana taknya setiap kali Althea Exclusive keluarkan apa - apa produk confirm best dannn yang paling penting mampu milik!


taktahu lah siapa je tak excited bila dapat parcel warna pink ni, satu parcel yang membawa 1000 kebahagiaan kepada orang orang yang sukakan kbeauty gituuuu hahaha. so lepas dapat parcel ofcos la excited bukak kan! nak tau dalam parcel tu ada apa?


A'bloom products : 
🍇 A'bloom BHA Blackhead Blaster
🍇 A'bloom Giant Meringue Puff
🍇 A'bloom Baby Meringue Puffs
🍇 A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
🍇 A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
🍇 A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
🍇 A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet


𝒜'𝒷𝓁𝑜𝑜𝓂 𝐵𝐻𝒜 𝐵𝓁𝒶𝒸𝓀𝒽𝑒𝒶𝒹 𝐵𝓁𝒶𝓈𝓉𝑒𝓇



siapa sini ada masalah blackhead macam sha? kebiasaanya malam raya sha wajib buang segala blackhead sha guna 1 produk yang menyakitkan tu ha ha ha sebaik ada produk ni gais! konfirm tak rasa sakit langsung bila guna sebab blackhead korang anda hilang dengan hanya dengan 3 langkah mudah!

1- basuhkan muka terlebih dahulu dan apply produk ditempat yang korang nak
2- urut - urutkan bahagian yang korang sapukan produk tu untuk mengeluarkan minyak dan kotoran yang terperangkap
3- bilas dengan lukewarm water
** tips ; sebelum sapukan produk ke wajah, tekap muka korang dengan tuala yang dicelup dengan air suam (sila hati hati) untuk buka liang liang pori


lepas guna produk ni korang akan dapati hidung korang licin dan jugak blackhead pun dah takda! sha recommended sangat produk ni sebab berkesan dan yang paling best harga dia berpatutan sangat korang! selalu jumpa produk ni mesti RM 30++

beli disini :- A'Bloom BHA Blackhead Blaster



𝒜'𝒷𝓁𝑜𝑜𝓂 𝒢𝒾𝒶𝓃𝓉 & 𝐵𝒶𝒷𝓎 𝑀𝑒𝓇𝒾𝓃𝑔𝓊𝑒 𝒫𝓊𝒻𝒻𝓈



ok next! comelnya produk ni! sha geram teruk tengok bentuk dia! nak je picit - picit pastu gigit gigit hahaha! ingat makanan ke hehehehe. sha memang takboleh tengok benda comel comel ni. puff ni sangat sesuai untuk korang yang baru berjinak jinak nak bermakeup, senang korang nak blend sekata takdelah bertompok tompok kan, dan yang paling best - puff ni lembut ya amat!!!!


korang boleh gunakan puff ni dalam dua keadaan iaitu kering dan juga basah. kalau korang jenis nak dewy finish korang boleh basahkan puff dulu then baru apply makeup korang dan kalau korang macam sha jenis suka matte finish korang boleh terus guna puff ni. bila korang basahkan puff ni automatik ianya akan membesar dari saiz asal tapi jangan risau once dah kering ianya akan kembali ke saiz asal :p




OMG! senang gila korang nak blend foundation ni guna puff ni, tak kisah la kering atau basah tetap senang nak blend pastu foundation sekata elok je! puff ni sesuai sangat dengan sha sebab sha memang jarang luangkan masa yang banyak untuk foundation hehehe. giant puff ni sesuai untuk kegunaan kat rumah dan baby puff pulak sangat sesuai untuk bawak gi travel atau gi jalan jalan!

beli disini :- A'Bloom Giant Meringue Puff
beli disini :- A'Bloom Baby Meringue Puff

𝒜'𝒷𝓁𝑜𝑜𝓂 𝐹𝓇𝓊𝒾𝓉 𝑀𝒶𝓈𝓀


first time tengok produk ni terus jatuh hati kat packaging dia, ya ampun takboleh comel lagi ke packaging dia???! kepada peminat sheet mask sila bawa bertenang hehehe. so A'Bloom Fruit Mask ni ada 4 variasi iaitu :-



🍙 A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet (great for combination skin)
🍙 A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet (great for dry skin)
🍙 A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet (great for combination skin)
🍙 A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet (great for oily skin)


sheet mask ni sesuai untuk semua jenis kulit (all skin type) tapi korang boleh lah pilih sheet mask mana yang terbaik untuk keperluan kulit korang &&&& my favorite one adalah yang watermelon one! 

**tips : bfore pakai sheet mask, letakkan sheet mask dalam peti ais dalam 5minit then baru pakai hiks


cara guna sheet mask ni macam sheet mask lain jugak ;-

- cuci muka dan pakai toner then pakaikan sheet mask ke muka korang
- biarkan selama 10 - 20 minit then tanggalkan sheet mask
- gosok lebihan liquid dalam packaging ke muka dan leher

lepas guna sheet mask ni, muka korang akan rasa segar dan lembut bak kulit bayi hikss! sheet mask ni korang boleh guna setiap hari tapi kalau guna 2-3 kali seminggu pun dah cukup sangat!


beli disini :- A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
beli disini :- A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
beli disini :- A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
beli disini :- A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet


kalau korang tanya sha mana yang paling sha suka dalam semua rangkaian A'Bloom ni semestinya sheet mask!!!! sebab sha memang sheet mask lover tapi trust me all the product worth to buy! nanti malam raya boleh guna BHA Blackhead Blaster then pakai Fruit Mask, pagi raya pulak sebelum makeup pakai sekali lagi Fruit Mask then pakai foundation guna Meringue Puff hiks! korang jangan lupa dapatkan korang punya sebelum terlambat hikhikss!

WEBSITE : ALTHEA.KR


5/11/2019

SAFI DERMASAFE SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF!

by , in

Assalamualaikum

SAFI DERMASAFE SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF! | Hi korang! harini sha nak share dengan korang skincare yang sha baru try, sha ni kulit jenis berminyak tapi sejak sejak busy dengan kehidupan ni kulit sha terus jadi sensitif tapi nasib baik sensitif yang tak teruk. jadi sha ada jumpa satu rangkaian produk daripada SAFI iaitu SAFI DERMASAFE


dalam set yang sha guna ni ada 5 bahan produk iaitu :-


🌟 Safi Dermasafe Mild & Gentle Gel Gleanser (morning)
🌟 Safi Dermasafe Gentle Care Mousse Cleanser (night) 
🌟 Safi Dermasafe Soothe & Hydrate Day Moisturiser (morning)
🌟 Safi Dermasafe Rehydrate & Recover Night Moisturiser (night)
🌟 Safi Dermasafe Hydrate & Refresh Booster Mist (all the day/when needed)


Safi Dermasafe Mild & Gentle Gel Gleanser


Pencuci muka ni diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile dimana dapat membersihkan kulit secara mendalam dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kemerahan dan kerangsangan pada wajah untuk keselesaan kulit. pencuci muka ini juga membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit agar kulit lebih sihat dan berseri


cara penggunaan : picit produk ke tapak tangan dan titiskan sedikit air, gosok tapak tangan sehingga produk menjadi buih, gosokkan ke muka secara perlahan lahan dan bilas dengan air

Safi Dermasafe Gentle Care Mousse Cleanser


pencuci muka ni pula merupakan pencuci muka yang lembut dan ringan dimana dapat menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam! pencuci muka ini juga diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile. formula yang tidak kering dan anti pencemar ini membantu melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar disamping mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal sihat dan bermaya



cara penggunaan : pam produk ketapak tangan dan urutkan ke wajah lalu bilaskan dengan air

Safi Dermasafe Soothe & Hydrate Day Moisturiser 


pelembap siang ini dirumuskan dengan ramuan semula jadi ekstrak Likuoris & Chamomile yang menyegarkan. tekstur pelembap siang ini tidak berminyak dan pantas menyerap ke dalam kulit menjadikan kulit kekal lembap selama 24 jam!


cara penggunaan : sapukan ke muka dan leher, urutkan secara membulat

Safi Dermasafe Rehydrate & Recover Night Moisturiser 


pelembap malam ini juga diperkaya dengan ekstrak Likuoris & Chamomile yang mudah meresap ke dalam kulit dan membantu merawat kulit wajah tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika anda sedang tidur.


cara penggunaan : setelah mencuci muka, sapukan pelembap ke wajah dan leher yang bersih. urutkan wajah secara membulat


Safi Dermasafe Hydrate & Refresh Booster Mist


booster mist ini diperkaya dengan ekstrak Likuoris & Chamomile yang mana mempunyai kebaikan 2 dalam 1 yang dapat mengekalkan kelembapan pada wajah disamping melindungi kulit dan membolehkan solekan tahan lebih lama


cara penggunaan : tutup mata dan spraykan keseluruhan wajah. booster mist ni boleh digunakan sebagai makeup setter atau instant fresher.


MY THOUGHT

lepas dah guna semua produk ni, paling sha suka adalah booster mist! dengan botol yang muat muat beg tu, boleh bawak kemana mana :p antara dua cleanser tu pulak, sha suka yang gel punya hikhik sebab lepas guna rasa kulit lembab je. pelembap pulak memang cepat meresap ke kulit! memang suka betul la dengan set kalini, packaging pun cantik kan? ;P



korang boleh dapatkan semua produk ni dikedai / pasaraya berhampiran anda!
5/11/2019

HAPPY FASTING | 2019/1440H

by , in

Assalamualaikum

HAPPY FASTING | 2019/1440H | Hi! lamanya tak menaip, terus rasa kekok haha. harini hari keenam puasa baru nak ucap selamat berpuasa keeee :p 


sejak hidup sha dah bertukar 360 darjah sekarang memang takda masa langsung nak pegang laptop, every single time mesti ada benda yang nak dibuat termasuklah tidur haha! cuaca kat sini harini panas jugek la, sampai rasa macam dah demam T__T tapi masa hari first puasa memang cuaca elok je, sampai dah sedar yang haritu puasa haha.

first puasa tanpa mak. selalunya tiap tahun mak yang selalu sibuk tanya pasal baru raya, but tahun ni sha yang kena handle semua. tapi kitaorang memang mak tanya tapi beli semua sendiri sebab masing masing ada kerja kan, sha beli online je untuk tahun ni sebab tu je mudah. mula memang nak tempah tapi bila semua benda ni jadi takda masa langsung nak buat itu ini. jumaat last before puasa haritu baru sempat nak keluar gi pasaraya.

adik. entah la dia, taktau apa perasaan dia, apa dia rasa sebab dia memang bukan jenis suka berkongsi tapi sha kalau nampak dia duk dalam bilik sorang sorang mmg sha tegur HAHAHA tanya dia buat apa, selalu jugak la kacau dia :p well orang yang selalu diam ni simpan seribu rahsia kan

so sekarang! sha nak siapkan semua kerja kerja yang tertangguh tapi sekarang nak pi settle benda nak masak dulu :p ok baii!

selamat berpuasa semua :)

5/03/2019

SUMPAH | NAIM DANIEL (OST PIA)

by , in



SUMPAH | NAIM DANIEL (OST PIA TV3)

Verse 
Jika
Harusku bersabar
Dengan segala derita
Ku terima

Jika
Pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa bicara
Ku rela

Cinta
Akan ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu

Chorus 
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwa ku tulus untuk mu

Bridge
Ku harap kau mendengar apa yang ku bisikan selama ini
Tanpamu seluruh nyawa tak bermakna

Andainya bumi tidak mampu berputar lagi
Sumpah setia ku kan tetap ada di sini
5/01/2019

OKU 3 JARI MAMPU BERJAYA DARI ZERO TO HERO SUNGGUH MENGAGUMKAN!

by , in

Assalamualaikum 

OKU 3 JARI MAMPU BERJAYA DARI ZERO TO HERO SUNGGUH MENGAGUMKAN!| Hi! Selamat hari bekerja kepada semua yang bekerja termasuk suri rumah 😛 selamat bercuti juga kepada semua yang bercuti & selamat bekerja kepada yang bekerja pada hari pekerja ni hihikk. petang petang macam ni takda buat apa duk scroll Facebook tetiba ternampak 1 video mengenai Khairul Nizam, Pengasas Jamumall.com.



tersentuh betul sha bila tengok video yang Khairul Nizam post di Facebook beliau, korang boleh tengok video tersebut dibawah 👇🏼


Diusia 30 dengan keadaan cacat... aku bersyukur dengan kehidupan. aku berjaya membina satu syarikat Jamumall Sdn Bhd dan membina platform jualan jamumall.com. aku happy mampu beli apa aku nak, mampu makan yang mewah, mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara aku dah sampai! yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung family dan bersedekah setiap hari.



bukan nak riak, tapi aku tau ramai sebenarnya orang diluar sana nak jadi macam aku, nak banyak duit macam aku, nak bahagiakan family mereka macam aku.. tapi adakah mereka sekuat aku?

Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak macam ni, bayangkan anda di dalam jasad aku, makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan, duduk perlu diangkat dan tidur perlu dijaga. bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian.


aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tapi bertahun tahun! ada ketika saya rasa sangat terkesan bila ada ketika bila saya haus, lapar, penat, takda orang disisi tapi takkan aku nak mengharapkan mati? Allah berinaky nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ada sesuatu manfaat yang nak aku buat.


aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar, kalaulah aku diberi tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada orang lain.

aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yang cepat giveup bila ada cabaran. ramai cuba memilih untuk kerja senang, taknak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat, sanggup behenti kerja dan menganggur bertahun tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sangup melihat keluarga dan orang sekeliling susah. paling terkesan, nak bagi dyit mak dan ayah, family pun takmampu.... aku sedih! terdetik keinginan aku untuk bantu mereka.


jadi aku bangkit! aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur! bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia siakan. aku bangkit untuk beri manfaat pada orang lain. aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan, senyuman ramai orang - orang disekeliling aku.

kini aku sedar, untuk berjaya dalam kehidipan, pekerjaan mahupun bisnes bukan mudah. tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yanh hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar dan improve diri, dan juga seorang yanh berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang. 




dan semua value yang ada dalam diri aku, akan aku bawakan ke dalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat dan berjaya! 


akhir kata, kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling, ada ada berap jari untuk ubah kehidupan???! usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi! kita je mampu ubah diri kita!

mendalam sungguh kata kata Khairul Nizam ni, sedikit sebanyak membuka mata sha untuk melihat lebih kehadapan. tak semestinya kita taksempurna kita takboleh berjaya, yang penting semangat diri tu penting!

kalau korang nak tahu kisah kisah Khairul Nizam ni, korang boleh ikut media sosial beliau ;

Jom follow Khairul Nizam

FB : https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
PAGE : https://www.facebook.com/Jamumallcom/

IG: https://www.instagram.com/hyekhairul/

Website : https://jamumall.com/

My Instagram