10/31/2018

FIRST TIME DAPAT BUNGA & NAK NANGIS!

by , in

Assalamualaikum

FIRST TIME DAPAT BUNGA & NAK NANGIS! | Hi korang! harini dah hari terakhir dalam bulan oktober lah! cepat je masa berlalu, esok dah november & tinggal lagi 2 bulan dalam tahun 2018. macam macam jadi dalam tahun 2018 ni dan semalam, 30 Oktober 2018 antara hari hari yang sha takkan lupakan! sebab apa? ha kena baca rentetan cerita dia haha

DAPAT CALL DARI DHL


source : google.com

Jumaat lepas masa tengah siap siap sebab nak keluar, abang DHL call cakap ada barang ni shafyqah haha, sha cakap isnin ni la boleh? sebab tempat kerja cuti, dia cakap selasa boleh la, sha pun ok kan jelah sebab ingatkan barang apa kan.  pastu semalam dia call lagi, ini punya abang DHL sha dah siap save number dia dah pun haha, angkat call cakap ye saya ada kat tempat kerja dia cakap ok jap nak pergi. hahaha pastu dapatlah supriseeeeeee

DAPAT PARCEL BESAR!


masa mula mula dapat tengok nama sender kan - 50 gram malaysia! dapat lipstick ke ni haha tiberrr, pastu excited la bukak tapi masih berhati hati sebab taktau apa kat dalam kan, bukak je plastik parcel tu ada kotak hitam! ok gais kotak je pun dah cantik, ni kalau dapat kotak je pun dah happy gamaknya sebab cantik gila! ok pastu sha pun bukak la penutup kotak dan.....


nak nangis wehh dapat bunga! takpernah dalam hidup dapat bunga haha! walaupun mulut cakap "daripada bagi bunga baik bagi makanan, perut pun kenyang" tapi tak sangka bila dapat macam speechless gila! oh ya kalau nak tau sha dah lupa dah pasal hadiah ni..... dan sebenarnya sha memang selalu lupa semua benda :') bila dapat baru teringat yang sha pernah dapat email ni


BABY BREATH SERIES - BABY PINK


daripada dapat semalam sampai ke balik kerja sampai ke malam macam takpercaya lagi dapat bunga haha! dan setiap kali post kat social media mesti orang tanya "pakwe bagi ka" hahaha pakwe saya kalau bagi bunga ni, harini jugak kami menikah! jk jk. ada jugak yang mintak belikan untuk dorang hahaa terus sha bagi je link nak beli baby breath ni :p 

model yang tak dibayar dengan duit tapi dibayar dengan teh ais

balik kerja semalam, sebabkan halfday gi lah rumah makcik, sembang dengan budak atas ni hahaa letih melayan. cakap kat dia adik pakai tudung, kaklong nak ambik gmbar, kena puji baru nak, adik cantik kan pakai tudung hahaha pastu tanya adik nak ambik gambar dengan bunga kaklong dak? nak nak, ha gambar atas ni la hasil dia, jenis takreti duk diam masa ambik gambar hahaha. sha dengan bunga bila nak selfie? mungkin petang ni, sebab semalam nye tudung warna nak sama dengan bunga kekekeh

btw Thankyou to 50Gram!








10/29/2018

DEAR KLAIRS : YOU GLOW, GLEN COCO

by , in

Assalamualaikum

DEAR KLAIRS : YOU GLOW, GLEN COCO | Hi korang! harini sha nak share dengan korang pasal produk yang mana dah lama dalam wishlist sha sebab selalu baca review produk ni memang kebaboom! kalau korang selalu baca blog sha (acewah macam ada pembaca setia pulak :p) mesti korang pernah baca pasal kulit muka sha yang kusam sebab persekitaran tempat kerja sha yang banyak gila habuk! sebelum sha merepek lebih panjang, jom sha kenalkan dengan produk produk yang sha dah try ni!

ANTIOXIDANT PRODUCTS TO BRIGTHEN UP YOUR LIFE

1. SUPPLE PREPARATION FACIAL TONER (TRAVELSIZE)


kalau korang nak tau, TONER adalah antara skincare yang WAJIB dalam rutin skincare sha, kalau takpakai atau terlupa pakai sha akan pi cuci apa yang sha dah pakai dah start balik from toner. nampak tak betapa pentingnya toner untuk sha?

SEBAB KENAPA TONER PENTING 

πŸ‘‰ mengimbangi pH kulit
πŸ‘‰ mengecilkan liang liang pori dimuka
πŸ‘‰ merawat kulit
πŸ‘‰ membersihkan lebihan makeup selepas mencuci muka
πŸ‘‰ memberi kelembapan kepada kulit

INGREDIENTS


Water, Butylene Glycol, Dimethyl Sulfone, Betaine, Caprylic/Capric Triglyceride, Natto Gum, Sodium Hyaluronate, Disodium EDTA, Centella Asiatica Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Polyquaternium-51, Chlorphenesin, Tocopheryl Acetate, Carbomer, Panthenol, Arginine, Luffa Cylindrica Fruit/Leaf/Stem Extract, Beta-Glucan, Althaea Rosea Flower Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Hydroxyethylcellulose, Portulaca Oleracea Extract, Lysine HCL, Proline, Sodium Ascorbyl Phosphate, Acetyl Methionine, Theanine, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil, Eucalyptus Globulus Leaf Oil, Pelargonium Graveolens Flower Oil, Citrus Limon (Lemon) Peel Oil, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Peel Oil, Cananga Odorata Flower Oil, Copper Tripeptide-1


RECOMMEND FOR :

πŸ‘For all skin types
πŸ‘For those looking for a simple, yet hydrating toner



REVIEW : tekstur yang sangat ringan! seronok je pakai sebab cepat serap kat muka dan tak memedihkan muka! lepas pakai toner ni, rasa lembab je muka tapi masih memerlukan moisturizer ye lepas pakai toner (also wajib!)

Bau : Tiada bau so ❤❤❤❤❤/5
Penyerapan : ❤❤❤❤❤/5
Kelembapan : ❤❤❤❤/5
Harga : ❤❤❤/5
Repurchase : yes!


2. TONER MATE 2-IN-1 COTTON PAD



to be honest, sha jarang kisah sangat kalau pasal cottonpad. i dont know why tapi i can use whatever type of cotton pada haha tapi lepas try yang coton pada dari Dear, Klairs ni helloooo im so in love with it!

HOW TO USE



1. Lepas cuci muka, ambil Compressed Cottonpad yang telah dituangkan toner Klairs dan sapukan ke muka dengan perlahan lahan
2. Setelah itu, ambil Sponge Pad yang telah dituang toner Klair dan pat pat kan ke muka untuk penyerapan yang terbaik
3. Settle!

REVIEW : sha rasa ini cara yang betul nak guna toner sebab selalu guna pad yang sama untuk bersihkan muka daripada kotoran yang tertinggal dan untuk sapukan toner ke muka, dengan menggunakan 2 in 1 cotton pad ni, kulit sha nampak sedikit perubahan, mungkin kerana guna cara yang betul.

Repurchase : YESSSS ❤❤❤❤❤
Quantity : Compressed cotton pad 60 + Sponge pad 60


3. FRESHLY JUICED VITAMIN DROP


packaging pun dah glow glow uolls! sebenarnya serum ni dah lama diimpikan sejak dulu kala lagi! sebab apa? ha korang kena baca sampai habis sebab sha nak sha dengan korang rahsia :p


INGREDIENTS 

Water, Propylen Glycol, Ascorbic Acid(5%), Hydroxyethylcellulose, Centella Asiatica Extract, Citrus Junos Fruit Extract, Illicium Verum(Anise) Fruit Extract, Citrus Paradisi(Grapefruit) Fruit Extract, Nelumbium Speciosum Flower Extract, Paeonia Suffruticosa Root Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Polysorbate 60, Brassica Oleracea Italica (Broccoli) Extract, Chaenomeles Sinensis Fruit Extract, Orange Oil Brazil, Sodium Acrylate/Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer, Disodium EDTA, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil, Camellia Sinensis Callus Culture Extract, Larix Europaea Wood Extract, Chrysanthellum Indicum Extract, Rheum Palmatum Root Extract, Asarum Sieboldi Root Extract, Quercus Mongolia Leaf Extract, Persicaria Hydropiper Extract, Corydalis Turtschaninovii Root Extract, Coptis Chinensis Root Extract, Magnolia Obovata Bark Extract, Lysine HCL, Proline, Sodium Ascorbyl Phosphate, Acetyl Methionine, Theanine, Lecithin, Acetyl Glutamine,SH-Olgopeptide-1, SH-Olgopeptide-2, SH-Polypeptide-1, SH-Polypeptide-9, SH-Polypeptide-11, Bacillus/Soybean/Folic Acid Ferment Extract, Sodium Hyaluronate, Caprylyl Glycol, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol


HOW TO USE

Selepas membersihkan muka, gunakan separuh setitik ke seluruh muka dan urutkan muka sehingga serum serap ke kulit. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, gunakan selepas toner dan gunakan 3-4 drop serum. Bagi mereka yang mempunyai kulit extra sensitif, campurkan beberapa titis ke dalam serum atau losyen dan sapukan pada muka.

RECOMMENDED FOR :

πŸ‘Those that are concerned with dull, uneven skin tone
πŸ‘Those that want to brighten their skin tone but have sensitive skin


REVIEW : this serum is superb! πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘❤ sha guna serum ni dalam masa dua minggu dan sha punya kulit dah kembali sihat dan glowing! lepas sakit haritu kulit sha macam kusam sangat, sebaik ada serum ni! macam mana sha guna serum ni? ha ni nak bagi tips a.k.a rahsia hehe! sha guna serum ni pagi dan malam, tapi waktu malam sha campur vitamin drop ni dengan klairs vitamin E mask! so kesan dia memang kebabom sangat!

Bau : Tiada bau ❤❤❤❤❤/5
Penyerapan : ❤❤❤❤/5
Kesan glowing : ❤❤❤❤❤/5
Kelembapan : ❤❤❤❤/5
Harga : ❤❤❤❤/5
Repurchase : YESSS


For more information :




** this is a sponsored post but all opinions are mine





10/29/2018

TIRED AND TIRED AND TIRED AGAIN

by , in

Assalamualaikum

TIRED AND TIRED AND TIRED AGAIN | Hi korang! pejam celik pejam celik eh tetiba dah nak hujung bulan 10 dah pun, pastu bulan 11, bulan 12 aiyoyooo pastu 2019?!! cepatnya! hahaha tahun depan dah 23 😿😿 padahal rasa macam baru semalam duk pulun nak SPM hehehe. tapi ni bukan yang sha nak cerita sebenarnya... 


sebenarnya sha letih ha ha ha letih kerja, letih dengan benda kat rumah, letih semuanya la. walaupun cukup tidur, cukup makan tapi tetap letih. kalau pagi tu nak bangun gi kerja kan, ya Allah punya liat, rasa kena gam gajah dengan katil! letih satu hal, tetiba sakit mulut pulak T_T taktau lah sama ada tersalah gosok gigi ke tergigit ke apa tapi sakit sampai tahap takmau senyum haha! 

bila dah sakit dan rasa tak selesa, nak buat kerja pun tak seronok, orang buat salah sikit pun rasa nak marah, orang melawak pun rasa nak bebai, nak tulis entry pun takdak mood tau! padahal banyak jugak benda tertangguh dan dateline in oktober hahaha pray for meeee! ada 2 hari je lagi oktober pun :p
10/28/2018

WHICH ONE IS BETTER? HIGH-RISE HOMES VS LANDED HOMES

by , in

Assalamualaikum

WHICH ONE IS BETTER? HIGH-RISE HOMES VS LANDED HOMES |  Population in Kuala Lumpur and Selangor has been increasing over the years as many youngsters from other states moving to the bustling cities to look and start their career opportunities. This shows that there is a need for them to look for a house to stay and reside and also affordability is a factor, suburbs further than city is preferred like Kota Damansara, Seksyen 17 PJ or other areas. However, these areas has got varieties of housing type like landed property and high-rise property, which is better? Let’s see the pros and cons of the both housing type.


Let’s put it in details for comparison of high-rise house and landed house.

Advantages
High-rise homes
Landed homes
Facilities
Condos and upscale apartments usually has a variety range of facilities from swimming pools, gyms, tennis courts or even BBQ podium for hosting parties

Larger space
They are perfect for raising a family and you will also have the freedom to make liberal modifications to the place without worrying size constraint. Imagine your children can roam around the size freely.

Lower barrier entry
If comparing high-end luxury condos with landed properties, you might notice that pricing is around the same, depending on facilities, location and size. There are condos that provides basic facilities which are typically cheaper than landed homes. Besides, it makes great entry purchase budding property investors.

Higher resale value
Depending on the location, landed properties typically appreciate better in long run. It would make more sense that to hold on these properties for five years or more before selling to reap profits.
Receives better rental yield
One of the reasons why high-rise properties make solid investment as tenants are easier to find for those who wants to be nearer to city areas or near colleges.
Quiet
Usually most of the landed houses are located far away from the city is even tranquil and serene. A person who enjoys peacefulness will enjoy the tranquil landed houses that is away from the bustling city.

Safe security
Every residents have their own access cards to access to their homes. Besides, guests are required to register themselves to the security guard and check against with the residence. Every floor’s corridors and walkway have CCTVs around.

Convertible
Owner of the landed house can apply for the landed house to be converted into commercial property for running business like SS2 and Jalan Maarof in Bangsar. That way you still can use the landed house converted to commercial property and collect rental from business owners or run your own business.



Disadvantages
High-rise homes
Landed homes
Management fees
Added amenities in the said housing type comes with a fee. You will need to set aside money for long term maintenance costs of common area and repairs for the building (sinking fund).

Expensive in city areas
If you want to stay near the city and with the distance 20 to 25 minutes away from the city, be prepared to pay for higher price as land in city area is scarce and high demand. Thus, the price soar higher and faster. But if you are willing to settle in suburbs, there are more affordable options.

Space constraint
Usually smaller and modest in size than landed homes and residents with growing family will have hard time cramping into the limited space. But, smaller family, single or couples may be more suitable for them.

More upkeep and maintenance
With great space comes with great responsibility; you will need to fork out more money for repairing, maintenance and upkeeping your house like those water piping, ceilings or walls crack and other kinds of damages. Plus, if you have larger gardens, you will need to pay for your mowing and lawn care.

Restrictions
Living in high rise homes comes with a set of limitations such as rules imposed by Residence Association for pet owners, limited parking as well and noise concerns.

Security
Unless you have trusted security guard services and home alarms installed, landed properties in Malaysia usually have higher chances being a target for burglaries and robberies.



Based on the comparisons,  are you still able to choose which one is more suitable for yourself? In short, if you have a large family living under one roof, landed houses is more suitable as you need more space and living for long-term. But, if you are single or married couple looking to enjoy some freedom, high-rise property would be a better choice in terms of cost and space. 

10/27/2018

LIRIK LAGU AKU YANG BERSALAH | USOP (MENTOR)

by , in

LIRIK LAGU AKU YANG BERSALAH | USOP (MENTOR) 


Komposer : Haqiem Rusli & Fareez Fauzi
Lirik : Haqiem Rusli & Fareez Fauzi


Salahkah diri ini menyintai dirimu
Sepi diiringi rindu yg mengalir

Aku ingin engkau hadir
Di dalam keputusanku
Kau terus memekar
Bunga di hatiku

Benar,benar ku sayang padamu
Sungguh, sungguh rindu di jiwaku
Dingin angin berhembus
Menghembus luka dihatiku

Adakah aku yang bersalah
Di dalam percintaan ini
Kau telah berjanji
Untuk mencintai
Tapi kau dustai

Haruskah ku mengundur diri
Menatap malam malam sunyi
Hatiku di mamah sepi
Ku rela kau pergi

Adakah aku yang bersalah
Di dalam percintaan ini
Kau telah berjanji
Untuk mencintai
Tapi kau dustai

Haruskah ku mengundur diri
Menatap malam malam sunyi
Hatiku di mamah sepi
Ku rela kau pergi
10/27/2018

NOVEL : PSIKO oleh ROSA NUR

by , in

Assalamualaikum

NOVEL : PSIKO oleh ROSA NUR | Hi korang! first of all, thankyou kak sha sebab anjurkan giveaway, apa yang membuatkan sha tertarik nak join sebab hadiah dia sebuah novel! tbh sha takdelah sejenis yang minat membaca pun haha tambah kalau sampai berratus muka surat, memang susah nak habis SEBAB novel yang beli zaman sekolah dulu pun masih ada yang belum dibaca hahaha! tapi disebabkan nak pupuk balik semangat rajin membaca so ambik peluang ni untuk join & alhamdulillah menang! hehe

muka depan novel Psiko | Rosa Nur

Tajuk: Psiko 
Penulis: Rosa Nur 
Penerbit: Penulisan2u 
 Muka Surat : 512 
Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) 
Terbitan : September 2018

SINOPSIS :


Diculik, dikurung dan diseksa oleh si bongkok kerana ingin melihat orang-orang seksaannya menderita seperti orang yang dicintainya sebelum ini. Antara yang menanggung akibat adalah RAYYAN FIRDAUS, HANNA HANANI dan beberapa orang lagi rakan mereka. Dan ini pula antara kata-kata dendam orang yang dicintai si bongkok... “Kau orang berdua nak tahu tak apa yang aku letak dalam keranda tu? Aku letak lipan. Aku letak kala jengking!” “Ala, tak payahlah nak merayu-rayu. Hati aku ni takkan cair dengan rayuan kau. Kau dan seorang lagi betina kat atas tu akan mati sebelum matahari terbit. Ada faham?”

Berselindung di sebalik satu nama yang tidak diketahui identiti sebenarnya. Dan penculikan ini terus menimbulkan tanda tanya dalam minda setiap mangsa yang terlibat. Sementara itu, kembali ke waktu 10 tahun yang lalu... Seorang gadis obesiti telah sering dijadikan bahan ketawa kerana tubuh badannya. Seterusnya, berlaku pula satu peristiwa hitam di sebatang sungai telah merubah takdir hidup si gadis obesiti! Lucu sangatkah bentuk fizikalnya sehingga teruk si gadis obesiti dibuli? Dan siapakah gadis obesiti ini? “Bulat macam belon tu kau kata comel? Kalau dia himpit, mahu penyek badan kau!” – RAZMAN “Eh, tak payahlah. Nanti tak cukup pula bihun goreng tu. Kau kan kuat makan!” – BAIZURA “Kenapa kau orang ni asyik nak membuli dia aje, hah?” – MAIZATUL AKMA.

Menghina fizikal si gadis obesiti tanpa belas, padah menanti mereka! Satu demi satu menjadi mangsa. Diseksa dengan kejam oleh si pemberi hukuman bagai menjadi satu kewajipan. Si penghukum semakin rakus menjalankan tugasnya dengan profesional. Siapakah individu sadis dan psiko yang memberi hukuman? Siapakah pula si bongkok? Bagaimanakah dengan nasib gadis obesiti? Siapa dalang sebenar yang terlalu psiko ini? Ada kaitankah peristiwa kejam lagi berdarah ini dengan ketiga-tiga mereka? Rasailah pergolakan perasaan yang sarat dendam, saspens dan pertelingkahan dalam Psiko tulisan Rosa Nur ini.

REVIEW :

baca psiko sambil dengar du du duuu

tbh sha takpernah nak baca novel genre macam ni, selalu baca kisah kisah cinta yang sweet sweet yang boleh sha tersenyum sendiri, tapi novel kali ni penuh dengan tanda tanya apa akan jadi apa akan jadi sampaikan sha takboleh berhenti membaca! sha faham perasaan kena ejek gemok ni macam mana dan juga macam mana Sue tu rasa bila dipermainkan, ya sakit pedih sekali haha tapi sha takdelah sampai tahap nak buat apa yang dibuat kat kawan kawan dia tu. jalan cerita yang takbosan, penuh dengan pengajaran, dan pengakhiran yang sha sendiri tak sangka... ha tertanya tanya kan apa jadi last last? kena baca la! hehehe

A big thnks to kak Sha sebab bagi peluang sha baca novel genre macam ni, lepas ni rasanya memang akan banyak baca novel jenis ni la hehehe. 


10/25/2018

DRAMA : MENCARI QIBLAT (TV3)

by , in

Assalamualaikum

DRAMA : MENCARI QIBLAT (TV3)



JUDUL : MENCARI QIBLAT 
JUMLAH EPISOD : 13 episod 
TARIKH TAYANGAN : 25 Oktober 2018 
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam 
SIARAN TV : Slot Zehra TV3 
PENGARAH : Rashid Sibir 
TERBITAN : Rashbir Media Sdn Bhd 


PELAKON UTAMA :
Aeril Zafrel

Pelakon Tambahan :
Didie Alias, Arash Mohd, Ameerul Asyraf, Syaiful Bahry, Fahrin Ahmad, Elly Mazlein, Mathni Razak, Mona Allen, Adam Shahz, Mubarak Majid, Elisya Sandha, Zaharil Adzim, Fauziah Nawi, Azhan Rani, Noorkhiriah, Ashraf Muslim, Zamarul Hisham, Fezrul Khan, Zarul Husin, Farahdhiya, Reen Rahim, Shahzril Ahmad, Khir Rahman, Zarina Zainuddin, Dato Rahim Razali, Dato Ahmad Tarmimi Serigar, Aleza Shadan, Anne Abdullah, Zila Bakarin, Nadzmi Adhwa


SINOPSIS :

Mencari Qiblat berkisar mengenai Adam, seorang anak muda yang hidup dengan penuh kemewahan. Tetapi hidupnya  dalam penuh kegelapan. Kemalangan jalanraya telah meragut ibu dan ayah Adam.  Kematian mereka telah membuka ruang baru dalam hidup Adam. Maka Ustaz Malik yang menguruskan jenazah ayah dan ibu Adam memberitahu hanya tiga perkara yang menghubungkan antara dunia dan akhirat, iaitu ilmu yang dipergunakan, doa anak-anak yang soleh dan sedekah jariah semasa hayatnya.  Tetapi sebagai anak, Adam bukan anak yang soleh dan dia jugak tidak tahu erti kehehidupan sebenarnya. Atas nasihat Ustaz Malik, Adam mengambil keputusan mencari dunia barunya. Dia mahu memberikah sedekah kepada ibu dan bapanya kerana ibu dan bapanya terlalu sayangkan dia dan dia jugak terlalu sayangkan ibu dan bapanya. Dia mahu membalas jasa ibu dan bapanya dan mahu berbakti sebagai tanda memohon ampun dan maaf daripada kedua ibu dan bapanya. Dari satu siri ke satu siri akan diberikan kisah-kisah yang boleh dijadikan tauladan kepada penonton dan sekaligus memperlihatkan Adam dari seorang yang kosong mengenai agama akan mendapat sedikit demi sedikit kefahaman mengenai Islam dan jugak kehidupan selepas mati. Di akhir setiap episode barulah Adam akan lebih mengetahui Qiblatnya.
10/25/2018

LaF WATER BOMB AMPOULE MEMANG DEBOMB!

by , in

Assalamualaikum

LaF WATER BOMB AMPOULE MEMANG DEBOMB! | Hi korang! harini sha nak share dengan satu produk ni dari LaF, actually produk ni memang dah lama ada wishlist sha, tapi bila nak beli je mesti tak terbeli disebabkan terbeli benda lain! and finally~ dapat jugak try Water Ampoule dari LaF ni. sha yakin korang mesti pernah dengar brand ni, tapi LaF tu apa? ha meh nak cerita

MENGENAI LaF



LaF merupakan singkatan bagi Lost (problem) and Found (solution). LaF merupakan jenama kosmetik inovatif dimana dapat menyelesaikan masalah kulit dengan cepat, inovatif dan selamat untuk kegunaan semua jenis kulit. Dan produk ni berasal dari Korea tau!

Produk daripada LaF lebih menumpukan tentang masalah pore dengan menggunakan tea tree oil. Pada masa sekarang, LaF mempunyai 3 rangkaian ampoule iaitu Water Bomb, WHitening dan Anti Wrinkle. Produk produk daripada LaF ini selamat dan sesuai digunakan oleh semua jenis kulit.

LaF WATER BOMB AMPOULE


Siapa ada masalah kulit kering? LaF Water Bomb Ampoule ni lah penyelesaian untuk masalah korang! LaF Water Bomb Ampoule ini dicipta untuk memberi efek yang cepat dan pantas dalam memberi kelembapan pada kulit kita! Siapa je tak suka kulit muka dia lembab kan? 😎😎 Selain daripada memberi kelembapan pada kulit, ampoule ini juga dapat mencerahkan kulit beserta bertindak sebagai anti penuaan.




INGREDIENTS 



HOW TO USE 


Selepas membersihkan muka dan menggunakan toner, picitkan sejumlah ampoule dan sapukan pada muka dan dab dab kan ampoule tu di muka supaya membantu penyerapan yang baik! 

MY HONEST OPINION


sha suka ampoule ni! sebab apa suka? kat tempat sha, selalu sangat panas terik sampaikan kadang kadang kulit muka sha jadi kering sangat sangat sampaikan pedih pedih (even sha minum 3l plain water everyday) tapi lepas pakai ampoule LaF ni sha dah tak risau sangat sebab kulit sha akan sentiasa lembab, sampaikan seronok pegang muka sendiri sebab rasa gebu gitu ~ cuma sha rasa satu je tak kena dengan sha pasal produk ni, rasa nacan lambat menyerap dannnn selalu ampoule ni terkeluar masa nak tutup bottle :3 but that wont bother me to use this as my daily ampoule hihi

Kelembapan Kulit : πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–/5
Penyerapan : πŸ’–πŸ’–/5
Bau : πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–/5
Harga : πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–/5


WHERE TO BUY?

Boleh dapatkan di Guardian berdekatan @ Belian online - Guardian MY
Harga : RM 47++
Kandungan : 30 ml


Untuk maklumat lanjut mengenai LaF boleh ikuti FB & IG dorang





** this is a sponsored post but all opinions are mine
10/24/2018

APLIKASI CANNIS 7 DALAM 1 BAKAL BERSINAR DI NASDAQ

by , in

Assalamualaikum

APLIKASI CANNIS 7 DALAM 1 BAKAL BERSINAR DI NASDAQ | Hi korang! harini sha nak share dengan korang mengenai satu aplikasi yang tengah hangat diperkatakan sekarang iaitu CANNIS. kalau korang nak tau aplikasi mudah alih Cannis telah membentuk trend aplikasi baru yang berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Cannis bakal menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat. woww gituh!




Sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama dengan rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon juga menyatakan semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bersama 3000 peserta Cannis bahawa perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan  preventif dan industri kecantikan.

"Kami sangat berharap perkongsian strategik dengan industri-industri tersebut dalam memenangi kepercayaan pengguna dan meningkatkan pengalaman pengguna akhir lancar O2O."

Muat turun Aplikasi dan Perbelanjaan Pengguna telah mencipta rekod baru dalam sejarah, Cannis dilahirkan pada era yang tepat dan terbaik.


Suku ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store' dimana jumlah muat turun aplikasi yang komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebihi 29 bilion, kenaikan 10% berbanding terdahulu. Walaupun perbelanjaan pengguna global telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, kenaikan 20% berbanding dengan musim yang sama pada masa lalu, kedua-duanya mencipta rekod sejarah baru.

Melalui analisis didapati peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video telah menjadi antara jenis aplikasi  yang paling banyak dimuat turun. 

Prestasi yang mengalakkan dari dua jenis Aplikasi yang sama memerlukan kandungan kreatif  bagi memenuhi permintaan pasaran.


Pada keseluruhannya, suku ketiga tahun 2018, App Store dan Google Play kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. Ini menunjukkan trend pasaran App, yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar.

Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi, mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.

MOD MAYA - REALITI YANG DIGABUNGKAN DENGAN MOD O2O

App Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri tren luar talian, dengan  jangkaan menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian, untuk memulakan membina model O2O, mengadakan promosi pemasaran terdahulu, pembekal ahli dalam talian dan luar talian dengan cekap, dan perkhidmatan penghantaran barangan 'back-end' menjadi lebih lancar.



Dari segi lencongan ahli, ahli-ahli Cannis boleh menggunakan diskaun dalam talian, termasuk pembelian di kedai runcit dan rakan kongsi strategik Cannis. Mata ganjaran dalam talian boleh digunakan sebagai diskaun yang membantu pengguna menjimatkan wang. Penyertaan dalam pertandingan yang direka oleh Cannis juga membolehkan ahli memenangi hadiah utama  melalui perkongsian.

Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform itu secara aktif akan menjalankan susun atur yang komprehensif untuk perkhidmatan dalam talian dan luar talian, supaya gedung yang sedia ada tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang. Melalui mod Cannis e-commerce dan  keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos terendah ke pasaran sasaran yang tepat, oleh itu memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.

RAKAN STRATEGIK CANNIS


Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah Dr. Eco-Dr. Coco Alex; Produser Syarikat Produksi Da Motion, Encik Along; Pengarah Kreatif (ε‡― 优 影视 ζŽ§θ‚‘ ζœ‰ι™ε…¬εΈ), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Encik Chis Yen; Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser Prof Madaya Dr. Martin E. Roberts; Ketua Pegawai Eksekutif (名 θ΅„ θ‚‘δ»½ζœ‰ι™ε…¬εΈ), Encik (θ”‘ι€ΈηΎ€) dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.

Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar, mereka secara tepat mempelajari keperluan sebenar pengguna. Budaya etnik yang kaya di Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, bagi menarik rakan strategik pada masa hadapan. Sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan, Persembahan mereka sangat luar biasa.



Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia yang menyediakan pengguna dengan pelbagai aplikasi App ini, penyiaran langsung, e-dagang,  diskaun membeli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran, semuanya boleh didapati di Cannis App. Cannis yakin bahawa mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan budaya Malaysia sebagai titik permulaan, lebih mudah untuk mengembangkan Cannis dari Asia Tenggara ke seluruh dunia.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari 

10/23/2018

CHICKENCHOP BURGER @ KAFE JOM RASA, JERLUN KEDAH

by , in

Assalamualaikum

CHICKENCHOP BURGER @ KAFE JOM RASA, JERLUN KEDAH | Hi! kembali dengan entry makan makan bersama sha, selalu je sha makan tapi selalunya makanan yang sha makan tu tak rare gitu hahaha jadi malas nak update di blog, cuma selalu update kat ig story je (ig : shfyqhazhr). cerita kali ni pun bermula dengan scroll FB, suka betul scroll FB sekarang haha, bila dah scroll ternampak la pasai post ada satu cafe baru kat area rumah sha ni dan cafe ni dekat gila dengan rumah sha. sha pi sini dengan kawan sha dua orang - maseh teman hakak haha

KAFE JOM RASA


cafe ni bertemakan kuning hitam kot. nampak comel je tau haha rasa macam ada dalam tempat minion! cafe ni bersih, cantik pulak tu, cuma tempat duduk macam sikit, tapi oklah sebab baru bukak kan.

MENU DI KAFE JOM RASA

Minuman


Western Food

makanan lain lain

APA YANG KITAORANG ORDER?

chickenchop (faris punya) & chickenchop burger (sha punya) & azam order bihun sup hahaha

chicken chop

chickenchop burger

greentea!
**brader belakang tu takleh berenggang ke hahaha

REVIEW KAFE JOM RASA


Tempat : bersih, kemas tapi gelap sikit, lampu macam kurang je hehe

Chickenchop burger : sedap! banyak gila! tak habis oi makan sorang hahaha dengan fries lagi, memang dapat habiskan 3/4 je, ayam pun tebal memang berbaloi dengan harga

Greentea : forever bae! taktau la pasepa suka sangat greentea ni, secukup rasa dan manis hahaha so kena minum kadang kadang je eh

LOKASI :

KAFE Jom Rasa
NO 54 TAMAN BAWAL, SIMPANG TIGA KEMBOJA, AYER HITAM
JALAN ALOR SETAR - KANGAR.
Waktu Operasi : 1Petang Hingga 12Malam
No Telefon : 0168395396







10/22/2018

KIMCHI OH KIMCHI~

by , in

Assalamualaikum

KIMCHI OH KIMCHI~ | Hi korang! selamat ber "monday blues" kepada yang start kerja harini dan kepada warga warga negeri Kedah yang bekerja harini huwaaaa T.T sekarang sha masih membiasakan diri dengan blog sha sendiri haha, takdak bloglist susah mak ai nak blogwalking :3 sambil sambil makan karipap di awal pagi ni, sha nak share dengan korang yang sha ada beli kimchi beberapa minggu lepas.


ceritanya bermula apabila scroll FB, ya selalunya memang duit akan habis bila scroll FB huhu sha ada nampak satu post akak ni jual kimchi dan ada COD area tempat kerja sha, memang sha nak beli la kan! sebab dah lama teringin nak makan kimchi sejak sejak makan dakgalbi haritu. jadinya lepas deal, dia cakap khamis kot dia COD haha tak ingat dah sha :3

lepas dah dapat tu kan, excited la nak balik rasa. bilalah nak balik kerja, bilalah nak balik kerja >< dah balik tu kan, mandi mandi apa semua terus gi dapur beroperasi hahaha! actually nak makan dengan ramen cheese tu tapi takbeli sebab petang tu tak singgah kedai pun sebab hujan, tapi sebab nak makan jugak jugak ambik jelah megi kari pastu letak cheese keping! hahahaha murah pun murah oiiii

megi kari + cheese + crab stick + kimchi

OK IM SAD

rasanya tak seindah khabar~ sha makan je terus rasa pelik, rasa pelik ok! apalah yang tak kena dengan kimchi ni, padahal haritu kat dakgalbi siap berebut hokey nak makan kimchi hahaha. pastu whatsapp la kawan yang beli jugak kimchi ni, dia pun cakap benda sama. taksama macam dia pernah makan :( 

kimchi tu tak sedap okay, rasa dia errrk taktau la salah resepi ke apa haha tapi memang erk, sebaik RM5 je (taktau la mahal ke tak) sebaik jugak takbeli yang saiz besar T_T sekarang kimchi tu duk mereput dalam peti ais je, semalam try makan peh duk rasa kat mulut sekarang ni hahaha nak buang sayang, nak makan hmmmmmm :3 btw premium chocolate milk tu sedap gila! nak buat stock la pasni hahaha

p/s : selalu korang beli mana kimchi?



My Instagram