Assalamualaikum.

KAWAN BAIK LELAKI? YAY OR NAY? | hi, kawan baik ni orang yang paling rapat dan orang yang kita percaya selepas family hahahaha betul tak? dorang dah macam family kedua dah bagi sha, lagi best kalau mak ayah kawan baik kita kenal kita, sampai kalau jumpa kat jalan pun boleh tegur, kiranya memang rapatlah sampai ajak tidur rumah semua [tapi family sha jenis takbagi tidur rumah orang haha sedih] tapi kalau kawan lelaki macam mana pulak? macam mana boleh ada kawan baik lelaki?

"boleh ke lelaki dengan perempuan berkawan je? tak jatuh hati ke? kalau jatuh hati macam mana?"


selalu sangat dengar ayat kat atas ni. semua ni berkenaan dengan hati haha kalau dah jatuh hati nak buat macam mana? dan kalau memang korang anggap dia kawan macam mana boleh nak jatuh hati, betul tak? hahaha sebab kita yang biarkan hati kita terjatuh kat dia sebab tu terjatuh TAPI! apa salahnya kalau terjatuh hati kat dia kalau dia single kita single? manatau jodoh? hahaha


banyak sebab kenapa sha suka kawan dengan budak budak lelaki ni, hahaha uish nampak jahat tak? antara sebab sha suka kawan dengan dorang sebab dorang susah nak makan hati or terasa hati, yes memang ada lelaki yang hati tisu haha tapi hati tisu lelaki tak setisu hati perempuan kot? (ayat apani?)  sebab memang laki kalau merajuk tak macho lah kan? (kecuali suami merajuk dengan isteri takpe, tu comellllll) kiranya bebas nak melawak macam mana pun hewhew

yang keduanya, dorang ni protective gila! macam contohnya nak kenal dengan sapa sapa pastu tanya dorang agak agak ok tak diani hahaha baru tengok gambar dah terus cakap kat ok -_- janganlah kawan dengan dia, dorang nak kawan sebab bla bla bla hahaha kadang tu geram tapi kadang tu apa dorang cakap tu betul. bila dah kenal, last last jadi apa yang dia cakap mula mula dulu hahahaha

yang ketiga! pendengar setia dikala ada masalah hahaha dorang ni mcm suka sangat selesaikan masalah macam takpayah fikir banyak banyak, lupakan - main game - tengok movie pastu rancang nak pi makan mana tu yang best tu. pastu boleh share minat! haritu pernah sekali duk sembang pasal motor dengan kawan baik lelaki hahaha sampaikan dia kata kalaulah hang ni lelaki boleh kita pomen motor sama sama HAHAHAHA

tapi yang paling takbest bila dah masing masing busy pastu lama lama jadi stranger T___T  banyak jugaklah jadi kat sha, sebab utama sebab dorang dah ada makwe huahuahuwa so korang ada kawan lelaki tak? hihihihi