shfyqhazhr
  • Home
  • Feautured
  • Review
  • Features
    • Kehidupan
    • Hiburan
      • Lirik Lagu
      • Drama
      • Kdrama
      • Film
      • Category 5
    • Makanan Sedap
    • Perkongsian
  • Contact Us

 


LIRIK LAGU CINTA KHAYALAN | WANY HASRITA

Pernah kamu merasakan cinta
Membuat lelah bila kau dengannya
Bagaikan langit kian dirundung awan yang muram

Manis kata bisakah terubat
Dan juga nanti kan di sangga waktu
Dibiar dingin hingga kan tidak tertahan lagi

Cinta khayalan denganmu
Seperti berbisik
Tak ingin ia berlalu

Dan jika masih kau menyakiti diriku
Tidakkan dapat ku ulangi lagi
Resah hadir kian kau diamkan

Terhimpit rasa membelahkan jiwa
Aku yang dingin adakah mampu bertahan lagi
Cinta khayalan denganmu

Seperti berbisik
Tak inginkan ia berlalu
Dan jika masih kau menyakiti diriku

Tidakkan dapat ku ulangi lagi
Cinta khayalan denganmu
Seperti berbisik

Tak inginkan ia berlalu
Jika masih kau menyakiti diriku
Tidakkan dapat ku ulangi lagi

Cinta
Tak inginkan ia berlalu
Tidakkan dapat ku ulangi lagi
Tidakkan dapat ku ulangi...

Assalamualaikum

JADI CALON TUNGGAL DAPAT 5A DALAM UPSR! | Hi! kembali bersiaran selepas beberapa hari taksempat nak buka blog. ok harini tajuk untuk 30 Days Blog Challenge


okay cerita ni back to 2008. saya ni murid yang biasa je masa sekolah rendah, pandai la jugak haha tapi takdelah menjadi target cikgu untuk dapat 5A.  kebanyakkannya cikgu akan target anak anak cikgu yang lain la, siapalah kita muahahaha

tapi saya ni selalu jugakla dapat markah tinggi :p terutama sekali mata pelajaran matematik. cikgu matematik saya dulu, kalau takbawak kertas yang dia bagi kena denda bayar 20sen haha kalau dapat markah rendah kena rotan kat tangan. bila teringat balik, rasa lawak pula dulu dulu

tapi disebabkan saya memang minat betul dengan matematik, dari darjah 1 lagi. setiap kali exam mesti dapat markah elok, pernah dapat 40/40 untuk matematik kertas 2! ehehehehe selain matematik, saya juga minat dengan english. kalau bagi tajuk je memang karang karangan macam takda hari esok xD

so bila tiba hari ambil keputusan UPSR, memang taksangka dapat 5A! saya masa tu rasanya tengah borak borak dengan kawan kawan, yelah nanti tah jumpa tah tidak hahaha. tetiba cikgu panggil nama! dan tahun tu, hanya saya yang dapat 5A di sekolah tu. rasa macam wow, betul ke... hahaha!

alhamdulillah, syukur. bangga sangat time tu, balik sekolah ada makcik makcik yang rapat datang peluk ucap tahniah ehekk. 

tu jelah kot moment yang dibanggakan hahaha! ok nexttt~


Assalamualaikum

LANGKAH UNTUK ELAKKAN MASK ACNE | Hi, rasanya kebanyakkan orang mengalami masalah yang sama dengan saya alami which is Mask Acne. dah hampir setahun Malaysia dilanda pandemik Covid19 dan dalam masa tu juga la hampir setiap hari pakai face mask.


Mask Acne ialah jerawat yang disebabkan penggunaan pelitup muka (face mask). Sekarang kalau takpakai face mask kena denda RM1000 tapi kalau pakai naik mask acne pulak? kalau macam saya, sayalah ketua keluarga dalam rumah ni, kalau gi beli barang rumah ke apa memang sayalah orangnya dan saya juga sejenis senang berpeluh even dalam aircond, jadi lagi senang mask acne tumbuh kat muka saya..

dibawah ni saya akan share dengan korang 8 Langkah Pencengahan Mask Acne yang korang boleh cuba supaya lepas ni dah tak alami mask acne walaupun hari hari pakai mask okie?!


1. Kerap cuci muka dengan air suam atau pencuci muka
2. Gunakan pelembap muka sebelum dan selepas memakai pelitup muka
3. Elakkan bersolek jika memakai pelitup muka
4. Pakai pelitup muka yang sesuai
    
    Ciri - ciri pelitup muka yang sesuai :
        😷 Selesa dipakai dan tidak terlalu ketat
        😷 Sekurang kurangnya fabrik dwi lapisan
        😷 Fabrik daripada bahan semulajadi yang lembut dan breathable seperti kapas

5. Sapu krim antibiotik sebelum memakai pelitup muka
6. Tanggalkan pelitup muka selama 15 minit bagi setiap 4 jam
7. Gunakan pelitup muka yang baharu setiap kali bagi jenis pakai buang
8. Basuh pelitup muka kain setiap kali selepas digunakan


kalau dulu masa mula mula pandemik Covid 19 ni melanda dunia memang takcukup facemask, dan masa tu memang saya sendiri sangat jimat dalam penggunaan face mask. disebabkan permintaan yang tinggi, facemask yang biasanya RM10 untuk 50pcs, jadi RM70-RM90. jadi masa tu, kadang 1 mask pakai 2 3 kali juga.

tapi sekarang, facemask memang ada dimana mana, dan harga pun makin murah. jadi memang saya akan tukar facemask setiap kali saya guna. kalau dalam sehari 3 kali saya keluar rumah, 3 keping juga la mask saya tukar. macam haritu, naik bas ke nismilan. bila singgah mana mana RNR mesti saya akan turun untuk tukar mask.

semoga dengan perkongsian ini dapatlah membantu korang untuk mengurangkan mask acne. semoga dunia kita semakin sihat dan semoga kes di Malaysia semakin berkurang! aaaminn!!


Assalamualaikum

NAK JADI PENSYARAH TAPI.... | Hi! hari ke4 30 Days Blog Challenge! topik harini "your dream job". macam best je tajuk ni, kalau terkarang panjang kalini maaf la ye hahaha rasa nak cerita semua! xD


saya rasa dream job saya ni ramai jugak la yang pernah jadikan sebagai dream job. dulu masa mula masuk tadika, cita cita nak jadi pensyarah dan bawaklah cita cita ni sampai sekolah rendah. memang kalau ditanya nak jadi apa, nak jadi pensyarah haha. taktahulah kenapa pensyarah bukan cikgu xD

disebabkan cita cita nak jadi pensyarah jadi belajar la rajin rajin sebab nak kejar cita cita tu kan, sampailah naik sekolah menengah.. hilang hala tuju nak jadi pensyarah haha terus tukar cita cita nak jadi kerani/setiausaha gitu jelah sebab saya memang minat dengan komputer sejak kecik lagi.

maksud saya minat nak menaip, nak buat kerja guna ms word, nak taip banyak banyak macam dalam drama haha! bila dah masuk form6, cita cita masih sama sampailah result STPM keluar. cukup cukup makan ja. 

cita cita pun sedikit berubah, nak tau nak jadi apa? nak jadi suri rumah sepenuh masa! dengar macam gila kan bunyi dia, tapi tu lah yang saya nak sekarang 😂😂 tapi disebabkan lepas STPM, tak kahwin jadi dapatlah saya kerja sebagai kerani dalam dua tahun dan sekarang, saya masih bujang tapi dah start jadi suri rumah hahaha.



suri rumah untuk rumah sendiri, bangun pagi, settle kemas rumah dulu sebelum kemana mana. taktahulah perasaan best tu nak gambarkan macam mana, tapi saya suka. saya rasa puas dengan apa yang buat sekarang. bangun pagi, sapu sampah, masuk dapur, basuh baju, sidai baju, memasak, sebelum tidur kemas dapur. rasa happy haha

walaupun takdapat jadi pensyarah macam yang saya nak waktu kecik dulu, tapi takpalah. nanti jadi cikgu anak anak jelah muahaha insyaAllah kalau ada rezeki. sekarang pun, ada juga jadi cikgu untuk sepupu sejak sejak kena belajar kat rumah ni.

semua orang ada impian masing masing, tak salah pun nak ada impian sebab impian percuma kan?

okay! jumpa esok ;p


Assalamualaikum

FAVOURITE QUOTE! | Hi, hari ketiga untuk 30 Days Blog Challenge! walaupun dah start rasa malas tapi tetap nak buat jugak hahaha, terasa panjang pula perjalanan kalini xD


untuk hari ni, saya akan bercerita mengenai your favourite quote. sebenarnya takda pun quote yang paling suka, tapi yang selalu guna dari dulu yang bawah ni la~

work hard, smile often and be kind

quote ni selalu dalam kepala masa kerja dulu. kena kerja kuat, senyum selalu dan jadi baik untuk semua pelanggan/orang. yelah kan, bila kerja akan datang dengan pelbagai jenis manusia, jadi bila quote ni selalu ada dalam kepala, kalau stress pun boleh handle semua hehehe.

korang ada quote kegemaran? meh share dengan saya 😇






Assalamualaikum

RESEPI CUCUR JAGUNG 2 BAHAN MUDAH DAN SEDAP! | Hi! biasalah time PKP macam ni, sentiasa lapar kan. haritu usha usha kat dapur, nampak tepung dan jagung dalam tin. duk fikir nak masak apa eh dengan dua bahan ni, pastu terjadilah cucur jagung.


siapa yang rasa takpandai masak sekali pun insyaAllah kalau buat cucur ni akan menjadi dan sedap hingga menjilat jari! bahan - bahan pun mudah je, maybe dalam RM5 kalau beli (rasanya la)

Bahan - bahan cucur jagung manis



1. Tepung cucur lemak manis ADABI
2. Jagung manis Ayam Brand

Cara - cara buat cucur jagung manis

1. Campurkan satu paket tepung cucur lemak manis dengan 1 tin jagung manis, gunakan air jagung tu untuk mendapatkan kemanisan dan membuatkan cucur jadi lebih lemak.


2. Panaskan api, jemput adunan tepung dan goreng seperti biasa.

3. Sedia untuk dihidang!


walaupun rupa biasa - biasa tapi rasanya fuhhh mantap 😝😝😝 by the way, campuran tepung tu korang boleh je nak tambah garam ke gula ke apa ke yang korang nak, tapi kalau saya memang macam ni pun dah sedap!

haaaa tunggu apatu, cepat gi beli tepung dengan jagung buat makan petang karang hehehe





Assalamulaikum

FAKTA MENGENAI DIRI SAYA  | Hi! kembali untuk hari kedua 30 Days Blog Challenge. so harini akan bercerita mengenai "20 Facts About You". banyak jugak tu yang nak dilistkan hahaha, ok jom mula!


1. Anak Sulung & Anak Keempat

saya merupakan anak sulung daripada dua adik beradik hasil daripada perkahwinan mak dan abah kandung, dan anak keempat daripada lima adik beradik kalau campur sekali anak abah dengan isteri pertama.

2. Suka masak tapi taksuka makan

taktahu la habit ni saya je yang ada atau ramai lagi yang ada habit ni, tapi saya memang suka memasak, tapi untuk makan apa yang saya masak tu tak hahaha!

3. Ada kawan yang sikit

saya hanya ada beberapa kawan sahaja yang saya rasa memang betul kawan, kalau kawan sekolah setakat tegur bila perlu tu saya selalu rasakan mereka hanyalah kenalan. saya mula kecilkan circle saya bila habis sekolah hehe

4. Taksuka mandi

saya taksuka mandi, saya malas mandi hahahaha! 

saya hari dah malas nak describe setiap satu, saya tuliskan point by point jelah :p

5. Pernah pandai semasa UPSR tapi semakin kurang pandai bila masuk sekolah menengah

6. Dulu takpakai bundle sebab rasa tak serasi dengan kulit, tapi sekarang dah boleh! yay

7. Takboleh hidup kalau takda internet :3

8. Dah menganggur selama 2 tahun 

9. In ldr relationship dengan orang nismilan selama 3 tahun++

10. Suka coklat, cookies dan semua yang berkaitan coklat

11. Takboleh makan brownies

12. Hantu cheese dan karipap

13. Takpandai masak tapi hari hari tengok resepi sebab nak belajar memasak

14. Takboleh guna 1 phone, macam mana pun kena ada 2 phone

15. Dah belajar buat kerja rumah sejak darjah 6

16. Taksuka lipat baju, so semua baju saya akan digantung dalam almari

17. Minat dengan komputer sejak sekolah rendah

18. Pembeli tegar di shopee

19. Suka travel tapi jarang dapat peluang untuk travel

20. Dulu suka gigit kuku, sekarang tak lagi! yahoooo


Okie settle 20 fakta pasal diri saya, taktahu la fakta sangat ke orang memang dah tau. aduh pening juga eh nak fikir 20 fakta je pun haha! Ok! jumpa next post xx


Assalamualaikum

ASAL USUL NAMA BLOG | Hi! so harini hari first untuk blog challenge, harap harap dapatla buat sampai ke akhir ye. biasalah kita ni manusia, kadang kadang mampu merancang je kekekeke. jadi tajuk first adalah "your blog's name"


masa mula mula buat blog ni, rasanya memang guna nama - nama merepek. eh maksud saya link blog, guna nama merepek 😂 sebab masa tu, buat blog sebab suka suka. update pun bukan bukan haha! tapi bila dah start serious dengan blog, saya tukarlah ke shafyqahazahar.blogspot.com. panjang kemain eh link blog.

saya ni tak kreatif orang nya sebab tu letak je nama sendiri, instead of letak nama pena. taktahu nak letak nama apa yang kreatif sikit, jadi letak jelah nama sendiri. seronok juga kalau letak nama bukan nama sendiri, blog jadi anonymous :p

then bila dah lagi serious dalam blogging, saya tukar pakai domain sendiri which is shfyqhazhr.com. lebih pendek dan insyaAllah lebih mudah diingati. rasanya tahun ni dah tahun ketiga pakai domain sendiri. tapi masalahnya bila dah pakai domain sendiri ni, takrajin sangat nak update blog macam dulu. dulu setiap hari ada je cerita yang nak diceritakan haha!

jadi begitulah ceritanya mengenai nama blog saya, dengan menggunakan nama sendiri sebagai nama blog. kalau korang nak tau juga, hampir semua media sosial saya menggunakan username yang sama which is shfyqhazhr!

so, kalau korang pula, macam mana dapat nama blog korang?! 

<30 Days Blog Challenge>


Assalamualaikum

BLOG CHALLENGE UNTUK 30 HARI (30 JANUARI - 28 FEBRUARI) | Hi! taksangka harini dah 30 Januari, rasa macam lama sangat nak sampai 30 Januari pun! mana taknya asyik kat rumah je, sampai hari tak ingat tarikh apa lagi kan.


Disebabkan  di rumah, tak kemana mana jadi taktau nak update apa kat blog. takda idea langsung nak bercerita. hari hari buat benda sama je, takkan hari hari nak cerita benda sama ye tak? tadi tetiba teringat, nak buat blog challenge lah. dulu pernah dah buat tapi sempat 2 blogpost je kot xD harap harap kalini dapatlah buat sampai habis. semoga dengan rajin update blog lepas ni dapatlah naikkan pageview dan juga pendapatan blog.


walaupun dalam gambar diatas dalam english tapi blog post saya nanti dalam bahasa melayu ye. hahaha otak ni jem dah nak menaip in english sejak sejak tak kerja ni hehehe. okay see u in next post!

jaga diri semua, semoga benda baik baik je datang kat kita. aminn!


 LIRIK LAGU TERPESONA AKU TERPESONA

Terpesona aku terpesona

Memandang memandang wajahmu yang manis

Terpesona, aku terpesona

Menatap menatap wajahmu yang manis

Bagaikan mutiara bola matamu

Bola bola matamu

Bagaikan kain sutra lesungnya pipimu

Lesungnya lesungnya pipimu

Tampannya kamu Tampan tampannya kamu

Eloknya kamu eloknya eloknya kamu

Semua yang ada padamu

membuat aku jadi gelisah

sampai sampai aku terjaga dari dari  mimpiku

Yang perlu kau tahu

Yang perlu kau tahu

Rasa cintaku cintaku padamu

Rasa cintaku cintaku padamu

Hanyalah didalam mimpi

Terpesona, aku terpesona

Menatap wajahmu yang manis


Newer Posts Older Posts Home

Pages

  • Home
  • SItemap

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.




get this

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • MALAS UPDATE BLOG SEBAB DAH BOSAN
  • RESEPI LASAGNA ROTI VERSI MUDAH
  • LIRIK LAGU ADAKAH INI MIMPI | REEDZWANN
  • LIRIK KASIHKU TERSAYANG TETAPLAH BERJUANG (LAGU TIKTOK)
  • ORDER KE TAK FOOD DELIVERY BILA HUJAN

adsense

Categories

ad 35 altheaangels 14 beauty tips 1 blog 19 blog challenge 8 book 7 drama 19 feautured 36 filem 5 haul 29 katahatisapikah 4 kdrama 8 kecantikan 8 LDR 10 lirik lagu 95 makanan sedap 87 perkongsian 50 personal 1 phone stuff 9 resepi si sapikah 30 review 99 sapikah jalan jalan 37 update kehidupan 90

Followers

Blog archive

  • ▼  2021 (27)
    • ▼  March (1)
      • BERKEBUN DI HARI JUMAAT!
    • ►  February (17)
    • ►  January (9)
  • ►  2020 (90)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (8)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (10)
  • ►  2019 (125)
    • ►  December (16)
    • ►  November (9)
    • ►  October (4)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (8)
    • ►  April (8)
    • ►  March (12)
    • ►  February (20)
    • ►  January (23)
  • ►  2018 (243)
    • ►  December (23)
    • ►  November (27)
    • ►  October (28)
    • ►  September (17)
    • ►  August (18)
    • ►  July (18)
    • ►  June (21)
    • ►  May (23)
    • ►  April (17)
    • ►  March (17)
    • ►  February (11)
    • ►  January (23)
  • ►  2017 (145)
    • ►  December (17)
    • ►  November (16)
    • ►  October (23)
    • ►  September (19)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (12)
    • ►  May (15)
    • ►  April (17)
    • ►  March (10)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)

Komuniti Blogger Utara

  • AziRahmanDotCom | Azirahman Story
    Lambat Lagi PKP/PKPB Nak Berakhir
  • PERMATABIRU
    CARA DAFTAR TERIMA VAKSIN DI APLIKASI MYSEJAHTERA
  • SHALIMAR YUSOF
    Resepi Sup Ayam Thai Cukup Masam Dan Pedas
  • .she's the camera maniac.
    Adakah Kitsui Bahaya?
  • Nurfuzie.com
    7 Kebaikan Menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
  • Marshalizadotcom
    Koleksi Kuih Raya Premium Yang Patut Korang Cuba di Cookies Vibe
  • zya akma
    Adakah Kitsui Bahaya?
  • Hikayat Budak Pening
    Review | Yamaha MT15 (Luaran)
  • @Siti Sharini
    URUS CASHFLOW DENGAN BIJAK
  • fatimahnabila
    Cara Baru Untuk Membeli Channel di NJOI 2021!
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
  • SITI.YANG.MENAIP
    Jalan-Jalan Ke Kuantan | Nasi Kerabu Mek La, Kula Cakes & Pantai Teluk Cempedak
  • ARZMOHA
    DIEGO MARADONA BINTANG LAGENDA BOLA SEPAK ARGENTINA MENINGGAL DUNIA DIPERCAYAI AKIBAT SERANGAN JANTUNG
  • husnazahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
  • Krik Krik Krik
    Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela
  • cerita ZF
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
  • Mekaratisa
    Restoran Capati Arau Perlis
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
  • MiaZain
    Herbal plants you can plant at home & how to use them
  • Lori Sewa Malaysia
    Pindah Barang
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates