2/09/2020

5 WESTERN RESTAURANTS YOU MUST TRY IN KUALA LUMPUR

by , in

Assalamualaikum 

5 WESTERN RESTAURANTS YOU MUST TRY IN KUALA LUMPUR |  Hi korang! siapa kat sini peminat makanan western? sha kalau pergi mana - mana kedai makan, selalunya sha akan cari kedai yang ada hidangkan makanan western. selalunya kalau keluar makan diluar, taknak la makan yang berat berat macam nasi nanti jadi malas nak bergerak, tapi masih nak makan benda yang menyenyangkan sebab nak berjalan kan hehehe jadi makanan western memang pilihan yang terbaik lah!


5 Western Restaurants You Must Try In KL

rasanya tidak menjadi masalah kalau berjalan jalan di Kuala Lumpur dan nak cari restoran yang ada makanan western kan? Kuala Lumpur kan sebuah bandar yang tak pernah tidur, jadi semestinyalah banyak juga kedai yang tumbuh bagaikan cendawan untuk memenuhi permintaan para penduduk setempat. Selain itu, kebanyakkan restoran di sekitar Kuala Lumpur ni menggunakan perkhdimataan FoodPanda Malaysia Delivery bagi memudahkan anda yang lapar tapi malas nak keluar makan. jadi kalini, sha nak kongsikan kat korang semua 5 restoran western yang korang patut cuba kalau datang KL!


1. 151 Hugh Low Kopitiam


Kita ingin western food tapi kawan nak kan Nasi? jangan risau, kalau korang datang ke 151 Hugh Low Kopitiam ni dua dua boleh dapat disini. yang buat sha impress dengan restoran ni adalah menu - menu yang disediakan, daripada makanan brakfast, makanan lokal hinggalah ke makanan western ada disini! antara menu western yang menarik perhatian sha adalah Chicken Burger with Cheddar Cheese! 


sha sememangnya peminat burger sejak dulu kala lagi memang wajib orderlah kalau pergi ke sana nanti! disini juga korang boleh makan toast, nasi lemak, ice blended dan macam macam lagi lah!
  • Chicken Burger with Cheddar Cheese
  • Crispy Chicken Chop
  • Fish & Chips
  • Baked Cheese Rice with Chicken
  • Chicken Spaghetti Bolognese
  • Meatball Bolognese
  • Grilled Chicken Chop Aglio Olio
  • Basil Pesto Pasta
  • Mushroom Soup with Garlic Bread
  • Wedges
  • Cheese Wedges

2. Overloaded Western KL


Seterusnya, restoran western yang korang kena cuba adalah Overloaded Western KL! Kalau dengar nama restoran ni macam gempak, jangan takut pula nak masuk sini sebab sha baca review mengenai restoran ni, pelayannya semua friendly dan yang paling penting servis pun laju! kalau tengok - tengok menu di restoran ni yang paling menarik perhatian sha adalah lamb chop sebab sha peminat kambing xD


tengok dalam gambar pun dah sedap kan, apatah lagi rasanya! walaupun hidangan kat sini hampir setaraf dengan hotel tapi jangan risau sebab harga kat sini semua berpatutan tau!




  • Chicken Chop
  • Chicken Grilled
  • Chicken Bleu
  • Fish & Chip
  • Beef Steak
  • Mixed Grilled
  • Fish & Chip Nasi Goreng
  • Beef Steak Nasi Goreng
  • Lamb Chop Nasi Goreng



  • 3. Uncle Z Western Food


    Ok next, burger dah lamb chop pun dah. Tekak rasa nak makan something yang mana kalau makan kerap muak, kalau lama tak makan rindu hehehe apa lagi kalau fish and chips! fish and chips ni pun salah satu makanan kegemaran sha tau! yang penting kat Uncle Z ni semuanya murah murah, tak percaya? tengoklah menu - menu kat bawah ni :-
    • Chicken Chop - MYR 12.00
    • Chicken Grill - MYR 12.00
    • Beef Steak - MYR 21.00
    • Lamb Chop - MYR 21.00
    • Fish & Chips - MYR 13.00
    • Nugget 5 Pcs - MYR 4.50 
    • Fun Fries - MYR 5.00

    4. Spoon SteakHouse


    kalau lihat pada nama restoran ni semestinya restoran ni ada hidangkan steak kan! tapi kalini sha nak cerita pasal pasta hehe. siapa peminat pasta kat sini? kalau sha antara bolognese dan carbonara, sha suka carbonara lagi! korang pun macam tu ke atau sebaliknya? tapi kalau makan carbonara ni semestinya lah takboleh makan banyak sebab nanti muak kan. menu pilihan yang menarik perhatian sha di restoran ni adalah Fettuccine Carbonara!


    tapi bukan pasta je ada kat restoran ni, lain - lain menu pun ada. yang penting memang menyelerakan! antara menu yang lain :
    • Pan Fried Salmon
    • Poached Salmon
    • T Bone Steak
    • Sirloin Steak
    • BBQ Beef Rib

    5. Mikey's Original New York Pizza



    Akhir sekali, Mikey's Original New York Pizza. Taklengkaplah kalau sebut western tapi takda pizza dalam list kan? Kalau korang tengah cari restoran yang ada menu pizza, sinilah yang perlu korang pergi. kat sini ada bermacam macam jenis pizza tau ;-




  • Mama's Wild Mushroom Pizza
  • The 9-1-1 Pizza
  • BBQ Chicken Pizza
  • Buffalo Chicken Pizza
  • Sweet Hawaiian Chicken Pizza
  • The Tony Soprano Pizza
  • Meatball Pizza
  • Classic New York Pizza
  • Beef Pepperoni Pizza
  • Chicken Loco Mexicano Pizza
  • Beef Loco Mexicano Pizza
  • Pizza Bianco


  • tapi korang jangan risau sebab kat sini ada juga menu lain bagi sesiapa yang tak makan pizza, jangan risau okay!


    eh cukuplah lima suggestion western food near me kan? kalau list banyak banyak nanti lagi pening lagi nak pilih mana nak pergi haha! rasanya lima tempat pun dah pening bila ditanya "nak makan mana?" untuk buat pilihan kan? tapi sha nak kongsilah dengan korang, kalau lapar tapi malas nak keluar atau takda geng nak keluar bersama, korang boleh order terus je dengan FoodPanda, korang hanya perlu order dan tunggu dirumah sambil tengok Netflix!



    2/04/2020

    PENCUCI MUKA ALOE VERA DARI HANSAEGEE NATURE

    by , in

    Assalamualaikum

    PENCUCI MUKA ALOE VERA DARI HANSAEGEE NATURE | Hi! Lama rasanya tak bersembang pasal skincare. Walaupun ni bukan kali pertama guna cleanser dari Hansaegee ni tapi still excited bila parcel sampai haritu :p

    Kalau sha, sha sangat mementingkan pemilihan cleanser. Sebab apa? Sebab kalau salah pilih cleanser, memang jerawat tak segan silu nak bertandang ke wajah ni, sampaikan kadang - kadang tu jerawat bawak geng dia tau!

    MACAM MANA NAK PILIH CLEANSER YANG SESUAI?

    Mula mula sekali, korang kena kenalpasti terlebih dahulu jenis kulit muka korang sama ada normal, berminyak, kering, sensitif atau kombinasi. Kalau sha, sha mempunyai kulit yang normal to oily, jadi sha ada banyak juga pilihan jenis cleanser ni, dan yang paling sha suka adalah foam cleanser. Sebab bila guna cleanser jenis ni, sha rasa kulit sha cuci dari minyak tapi tak mengeringkan. Buat masa sekarang, fav cleanser sha adalah daripada Hansaegee iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser!


    APA YANG BEST SANGAT PASAL CLEANSER NI?

    • Dapat pulihkan masalah pimples dan juga acnes
    • Melawan jerawat daripada tumbuh
    • Mencuci pori secara mendalam
    • Menenangkan kulit
    • Mengawal sebum serta minyak yang berlebihan 
    • Melembabkan kulit wajah selepas menggunakan cleanser



    Kalau korang nak tau, cleanser ni bila korang pump ia akan hasilkan bubble dan bila dibiarkan lama sedikit dia akan bertukar menjadi watery sedikit demi sedikit. Cleanser bubble ni lembut ya amat! Memang seronok kalau letak dikulit muka, terasa lembut dan nyaman je.

    BAHAN UTAMA YANG DIGUNAKAN 


    Bahan utama yang digunakan dalam cleanser ni adalah Aloe Barbadensis Leaf & Tea Tree Leaf Oil dimana kedua - dua bahan ni sangatlah bagus untuk kulit muka! Selain itu, terdapat bahan - bahan lain seperti dibawah yang membuatkan cleanser ni bertambah berkesan!



    CARA MENGGUNAKAN 

    1. Basahkan tangan dan muka terlebih dahulu
    2. Pump 1 ½ atau 2 pump ditapak tangan dan sapukan ke muka serta urutkan secara circular
    3. Basuhkan muka dengan air yang bersih.

    Dengan pencuci muka dari Hansaegee Nature ni juga, korang boleh terus removekan makeup! Seperti yang ditunjukkan di atas, dengan sekali pump terus makeup tertanggal sepenuhnya. 


    REVIEW MENGENAI PRODUK INI 


    Apa yang saya paling suka mengenai cleanser ni adalah formula cleanser ni yang mana daripada liquid apabila dipump mengeluarkan bubble halus. Bila sapukan bubble yang halus ke muka then urutkan terus rasa muka bagai diurut kat spa! xD walaupun cleanser ni jenis bubble yang mungkin anda sangkakan anda mengeringkan muka, namun tidak sama sekali! Lepas dah basuh muka, korang dapat rasakan yang muka korang lembab. Lagi satu yang saya perasan lepas guna cleanser ni, jerawat pun dah jarang sekali tumbuh kecuali stress or salah makan.



    Kalau korang berminat untuk dapatkan cleanser ni, korang boleh dapatkan di laman web Hansaegee seperti dibawah


    🍁Brand: Hansaegee Nature 



    2/04/2020

    TOPENG MUKA & CORONAVIRUS?

    by , in

    Assalamualaikum

    TOPENG MUKA & CORONAVIRUS? | Sejak heboh berita tentang novel coronavirus ini, ramai individu mula memikirkan langkah-langkah persediaan kesihatan yang perlu diambil. Ada yang kerap menggunakan hand sanitizer, dan semakin ramai juga mula memakai topeng muka apabila berada di tempat awam.


    Tapi persoalan mula timbul, adakah topeng muka biasa atau juga disebut surgical mask berkesan dalam mengelakkan diri anda daripada dijangkiti virus? Adakah terdapat jenis topeng muka yang lebih berkesan berbanding surgical mask ini? Mari saya terangkan kepada anda melalui artikel di bawah ini. 

    Saiz coronavirus yang mungkin anda tidak tahu

    Sekitar tahun 2002 dan 2003, wabak SARS telah melanda dunia, yang bermula di China. Wabak ini disebabkan oleh sejenis coronavirus, sama seperti novel coronavirus dari Wuhan. Akan tetapi, saiz bagi SARS coronavirus ini hanyalah sebesar 100 nanometer. 

    Virus flu pula bersaiz antara 80 hingga 120 nanometer. Walaupun saiz novel coronavirus dari Wuhan ini tidak lagi diketahui, saiz coronavirus manusia biasanya adalah sebesar 125 nanometer. 

    Kesemua jenis virus ini adalah sangat kecil dan virus-virus ini sebenarnya boleh melepasi halangan seperti surgical mask yang anda pakai. 

    Surgical mask atau N95?



    Surgical mask mungkin melindungi anda daripada titisan pernafasan yang besar seperti cecair akibat bersin atau kahak akibat batuk, namun ia sememangnya tidak memberikan perlindungan terhadap titisan kecil dalam udara. 

    Menurut Center for Disease Control and Prevention (CDC), surgical mask tidak dianggap sebagai satu perlindungan terhadap pernafasan memandangkan ia tidak menapis partikel dalam udara yang lebih kecil. 

    Oleh itu, ia sememangnya tidak berkesan dalam mengelakkan jangkitan coronavirus. Ia hanya berfungsi untuk mengelakkan anda dari menyebarkan kuman kepada individu lain ketika anda sakit.

    Tambahan lagi, surgical mask hanya boleh dipakai sekali guna sahaja kerana ia tidak direka untuk penggunaan berulang kali.

    Pemakaian topeng N95 pula bergantung jika anda adalah seorang ahli perubatan yang terlibat dengan tugas mengendalikan pesakit yang dijangkiti. CDC menggalakkan pekerja kesihatan seperti doktor memakai topeng muka jenis ini sekiranya mereka terlibat dengan pesakit yang dijangkiti novel coronavirus. 

    Walau bagaimanapun, topeng muka ini bukanlah sejenis alat yang benar-benar kebal daripada serangan coronavirus. 

    Mengapa N95?

    Anda tahu mengapa nama yang diberikan kepada topeng ini ialah N95? Ini kerana sekiranya pemakai memakai topeng muka ini dengan betul, ia memberikan perlindungan sebanyak 95% kepada si pemakai. Ia boleh menapis partikel halus sehingga saiz 0.3 mikron. 

    Selain itu, ia tidak sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak dan juga individu yang memiliki bulu pada wajah. Untuk lebih jelas, lihat perbezaan antara kedua-dua jenis topeng muka melalui jadual di bawah ini:


    Surgical Mask   
    Topeng N95
    Ujian dan kelulusan
    Disahkan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA)
    Dinilai, diuji dan diluluskan oleh NIOSH U.S 
    Kegunaan
    Lindungi tubuh daripada dimasuki titisan besar atau cecair berbahaya. Elak penyebaran kuman kepada individu lain
    Kurangkan pendedahan kepada partikel halus yang berada dalam udara
    Fitting
    Longgar
    Ketat
    Penapisan
    Kurang perlindungan terhadap partikel udara yang lebih kecil
    Menapis sekurang-kurangnya 95% partikel udara termasuklah partikel yang kecil dan besar
    Kebocoran
    Kebocoran akan berlaku di sekitar hujung topeng apabila pemakainya menghirup udara
                    Jika dipakai dengan fitting yang betul, hanya berlaku kebocoran yang kecil di sekitar hujung topeng
    Had penggunaan
    Pakai buang
    Paling ideal digunakan hanya sekali bagi setiap kali penggunaan. Ia juga patut dibuang apabila ia telah rosak, tidak berfungsi dengan berkesan, kotor, basah, sukar bernafas apabila menggunakannya, dicemari dengan darah atau cecair pernafasan

    Cara memakai mask yang betul

    1. Sebaiknya, cuci tangan anda terlebih dulu dengan air dan sabun atau hand sanitizer.
    2. Pastikan topeng muka yang ingin dipakai dalam keadaan baik dan tidak terdapat sebarang koyakan atau kebocoran.
    3. Pastikan kedudukan topeng dalam keadaan betul. Sisi yang mengandungi jalur besi halus perlu berada di bahagian atas bagi menutup atas hidung dengan kemas apabila dibengkokkan.
    4. Sisi yang berwarna perlu berada di bahagian luar, manakala sisi yang berwarna putih pula di bahagian dalam.
    5. Sangkutkan pada telinga anda jika ia adalah topeng jenis sangkutan pada telinga. Ikat pada belakang kepala anda jika ia adalah topeng jenis ikatan.
    6. Bentukkan jalur besi topeng yang berada pada bahagian atas hidung mengikut bentuk hidung anda. 
    7. Tarik bahagian bawah topeng muka ke bawah bagi menutupi mulut dan dagu anda.
    8. Gunakan topeng muka hanya untuk sekali penggunaan sahaja. Buang setelah digunakan.

    Kesimpulan

    Jika anda berjalan-jalan di luar rumah dengan menggunakan surgical mask, ia tidaklah benar-benar memberikan perlindungan kepada anda. Walau bagaimanapun, dalam situasi di mana anda terdedah dengan risiko jangkitan yang tinggi, pemakaian topeng muka ini boleh membantu anda mengurangkan risiko.

    Kami tidak mengatakan bahawa pemakaiannya tidak akan memberikan sebarang manfaat perlindungan, tetapi anda perlu tahu ia tidak akan memberikan jaminan 100% perlindungan kepada anda terhadap sebarang jangkitan virus. 



    My Instagram