9/26/2019

RESEPI : POPIA CARBONARA DAGING

by , in

Assalamualaikum

RESEPI POPIA CARBONARA DAGING | Halo. kembali bersama masak masak bersama sapikah hehehe. actually pernah dah tulis resepi popia carbonara tapi yang tu versi first try dan guna carbonara tin biru dan sekarang versi dah pro dan guna tin kuning haha :p  


RESEPI : POPIA CARBONARA SIMPLE TAPI SEDAP!



1 tin sos prego
daging kisar (ikut suka banyak mana)
1 batang carrot (disagat)
kulit popia (guna jenama pertama)
1biji bawang (untuk menumis)
tepung gandum (untuk gam)

CARA CARA SEDIAKAN INTI:-

1. tumiskan bawang

2. masukkan daging kisar

3. masukkan carrot

4. masukkan sos prego

5. tambahkan sikit lada hitam, kalau nak

6. angkat dan sejukkan sebelum balut


bila inti popia dah sejuk, get ready nak digulung haha tapi takda pula ambil gambar masa gulung ni. but korang boleh la refer prev resepi carbonara. nak tengok tak hasil dia? 

besar bukan haha ni sebab dah bosan mengulung, main lipat lipat je la :p

inilah hasil dia huhi

so lepas dah try dua sos pasta ni kan, saya cadangkan kalau nak berlemak guna sos carbonara tin biru tu, serious sedap dan berlemak tapi sedikit muak la dan kalau tin yang kuning tu pula, dia tak berlemak tapi sedap jugak hahaha dan tak muak :p so pilihlah yang mana korang rasa korang akan suka. sekian terima kasih~



9/20/2019

LIRIK LAGU TAKDIR TERCIPTA | HAFIZ & ADIRA (OST LELAKIMU YANG DULU)

by , in


LIRIK LAGU TAKDIR TERCIPTA | HAFIZ & ADIRA 
(OST LELAKIMU YANG DULU)

Kau telah tercipta
Bagiku sempurna
Kau adalah penyeri buat hidupku

Andai aku hanyut
Gapailah tanganku
Menuju cinta abadi yang terindah

Ku harap kita selamanya
Setia bersama
Ku tahu kau terbaik tuk diriku

Aku adalah adammu
Ku dambakan cinta ini
Kau takdir yang tak kan ku lepaskan

Aku adalah hawamu
Kau pimpinlah jiwa yang menanti
Hamparan bahagia

Gambaran wajahmu
Hiasi mimpiku
Ini saat termanis dalam hidupku

Kan ku pertaruhkan
Jiwa sepenuhnya
Untuk kita harungi hidup bersama

Ku harap kita selamanya
Setia bersama
Ku tahu kau terbaik tuk diriku

Aku adalah adammu
Ku dambakan cinta ini
Kau takdir yang tak kan ku lepaskan

Aku adalah hawamu
Kau pimpinlah jiwa yang menanti
Hamparan bahagia

Ku terus berdoa
Bersyukur pada yang Esa
Dikurnia insan sempurna sepertinya

Aku serahkan segalanya
Demi cinta setia

Moga terbina mahligai kita
Di syurga selamanya

Aku adalah adammu
Ku dambakan cinta ini
Kau takdir yang tak kan ku lepaskan

Aku adalah hawamu
Kau pimpinlah jiwa yang menanti
Hamparan bahagia

Kau telah tercipta
Bagiku sempurna
Kau adalah penyeri buat hidupku

9/19/2019

PROMOSI YANG TAK BOLEH DILEPASKAN

by , in

Assalamualaikum

PROMOSI YANG TAKBOLEH DILEPASKAN! | Hi! Tengah usha usha tarikh cuti ke tu? Atau tengah fikir ke mana nak pergi? Atau tengah fikir kat mana nak book tiket flight. Alah jangan risau, sha ada jalan penyelesaian dia.


Mari semua dengar sini sha nak cerita. Haha. Sorry, bukan dengar tapi baca. Kat Traveloka ni ada rahsia dimana korang boleh dapatkan promosi untuk book flight. Ada banyak jenis promo kalau korang register dengan Traveloka macam emirates flights promo dimana korang boleh dapat harga tiket yang agak murah. Traveloka ni adalah web atau apps sesuai untuk travellers sebab korang boleh book online. Senang dan sangat selamat sebab security softwarenya terjamin.


Dekat Traveloka korang boleh buat online booking, let say korang nak cari cheapest flights to london promotion korang kena bukak Traveloka web atau apps, search dulu Emirates, then isikan detail macam destinasi yang korang nak pergi contohnya London, cari tarikh yang korang plan, preferably bukan musim cuti sekolah atau perayaan. Lepas tu click search flight, dank orang akan nampak list of flights yang ada pada tarikh yang korang pilih tu. Korang pilih yang mana satu korang nak, isi detail passengers, lepas tu buat payment. Ada banyak cara nak buat payment tapi yang senang online banking atau kad kredit. Kalau semuanya okay korang akan dapat e-ticket kat dalam account Traveloka korang atau email. Simpan elok-elok dan jangan hilangkan tau. Sebab e-ticket nilah proof masa korang nak check in kat airport nanti. 



Emirates ni kalau korang perasan ada banyak sponsor kelab bolasepak seluruh dunia. Diorang ni adalah airlines yang agak famous dan berkualiti dari middle east sejak tahun 1985. Sekarang ni diorang boleh terbang ke 150 destinasi. Ada 3 jenis seating class yang korang boleh pilih. Economy Class diorang agak selesa dan korang boleh request selimut kalau nak. Business Class lak seat dia korang boleh baringkan dan screen lagi besar. Yang paling best kalau korang ada bajet tinggi boleh try first class diorang sebab sangat selesa, screen untuk korang tengok movie pun besar, korang boleh dapat perfume dan kalau korang travel jauh nak minta penutup mata pon boleh.  

Pollock’s Toy Museum

London ni adalah tempat yang aku boleh katakan 1 dunia kenal dan tau ada kat England. Best gak tempat-tempat yang korang boleh pergi kat sana. Pollock’s Toy Museum adalah gabungan muzium dan juga kedai mainan kecil yang terletak di antara dua bangunan bersejarah di London. Dengar nama muzium ini sahaja sudah dapat terasa aura klasiknya bukan? Sememangnya disinilah satu-satunya lokasi untuk korang melihat apakah permainan yang dimainkan kanak-kanak pada zaman Viktoria (1837 – 1901) pada masa dahulu. Apa yang dicari? Bermacam kategori permainan ada di sini, dari patung, permainan tin, dollhouse, teater, mainan optikal, mainan askar dan bermacam lagi dapat dilihat dengan dekat. Kebanyakan koleksi yang terdapat di sini adalah hasil pembelian pihak muzium sendiri dan sumbangan daripada kenalan, keluarga dan orang awam.

Hamleys London – Regent Street

Kalau korang rasa ToysRus adalah kedai mainan terbesar yang pernah korang masuk, korang sememangnya tak pernah masuk lagi ke dalam Hamleys London – Regent Street. Bukan kedai mainan biasa,  kerana kedai mainan ini adalah ‘pusat membeli-belah’ mainan 7 tingkat menjadikan ia kedai mainan terbesar di dunia! Secara keseluruhannya kedai ini dipadatkan dengan lebih daripada 50,000 jenis mainan, termasuklah game komputer, patung, gajet terbaru, permainan klasik dan ruangan koleksi khas. Kanak-kanak mahupun dewasa akan jadi hyper sebaik masuk ke dalam Hamleys London. Yang menariknya lagi, kebanyakan mainan di kedai ini tidak diletakkan di dalam kotak, korang bebas untuk bermain dengan semua mainan yang ada!

Bagi peminat kisah penyiasatan, sudah semestinya korang kenal dengan Sherlock Holmes. Kalau perasan, di dalam cerita hasil penulisan Sir Arthur Conan Doyle ini, ada menyebut nama lokasi tempat tinggal spy hebat ini iaitu di 221b Baker Street. Bila korang lalu kawasan ini, korang pasti dapat merasakan betapa familiarnya suasana di sekitar. Untuk lebih menyelami kehidupan Sherlock Holmes, korang boleh melawat Sherlock Holmes Museum yang juga terletak di Baker Street. Di dalam muzium ini, korang dapat melihat adaptasi realistik rumah Sherlock Holmes dan Doctor Watson. Daripada ruang tamu, tempat makan, makmal dan bilik-bilik, kesemuanya dihias dengan perabot daripada zaman dan dunia Sherlock Holmes. Awesome, book la cepat geng!!!

9/18/2019

JADI PELANCONG DI NEGERI SENDIRI ; JALAN JALAN KEDAH

by , in

Assalamualaikum

JADI PELANCONG DI NEGERI SENDIRI ; JALAN JALAN KEDAH | Hi! bersambung cerita yang pergi langkawi haritu hehehehe dah sebulan uolls. keesokan harinya which is hari last bf ada kat kedah, bas dia pukul4.30ptg so sempat la jalan jalan pagi tu.


masa hari first dia datang tu, cakap kat dia nak tengok boboiboy pastu adik dia pun cakap la, balik jelah petang kalau macam tu hihikkk, tapi sha tanya kawan berbaloi ke kalau jumpa macam ni nak ajak tengok wayang? memang taklah, masuk wayang ingat boleh sembang? jadi kami pun pusing pusing la alor setar hahaha


pagi tu tetiba jadi rajin sebab dia duk merengek nak sha masakan untuk dia, tapi takda benda kat rumah sebab hari hari sebelum tu sha memang busy gila! bukak tudung saji tengok ada ikan goreng, bukak peti ais ada ayam. buat nasi goreng jalah dengan ayam masak kicap hahaha. dah settle masak, dia datang ambik terus gi rumah makcik hantar bam yang dia pesan kat langkawi tu.

masa otw balik dari rumah makcik, tetiba whatsapp group dia berbunyi. tanya ada hantar coklat tak kat adik, terus mcm oklah gi jelah hantar, disebabkan sekolah adik  tu kat pokok sena then ok jelah balik singgah aman (dia yang nak pergi). sha sebagai rakyat kedah yang berwibawa memang taktau jalan nak ke pokok sena ke aman central ke apa HAHAHA jadi google lah penyelamat kami dan masalah dia sekarang, dia jenis ingat jalan pastu sibuk la perli perli :3

bila dah sampai kat sekolah tu, adik dia tengah trial hahaa jadi bagi dekat warden jelah then kitaorang pun teruskan perjalanan~~ dia sibuk sangat nak pergi aman central hahaha jadi bawak lah gi aman, then nak makan lah kat situ, kitaorang makan dakgalbi HAHA pagi pagi buta makan dakgalbi -_- then dah habis makan beli tealive pastu blah hahhaa tak kuasa nak jalan jalan dalam aman kang beratus lak terhabis. 



lepas balik aman, singgah pekan rabu sebab masa otw tu ada call mak dia tanya nak tak ikan pekasam ke apa ke, terus semua order hahaha. carilah ikan pekasam dengan kerepok yang mak dengan akak dia pesan. dan sha belikan kopi cap gantang suruh dia bagi mak rasa hahaha :p



lepas settle shopping, tengok ada masa lagi. dia memang ada cakap nak naik menara alor setar jadi ikutkan jelah, tiket dia RM12 sorang sissturrrr hahaha yang takboleh blah dia gayat tapi sibuk nak naik benda macam tu -_- dah la mahei takda mende pun hahahaha sumpah cakap nyesai naik hahahaha! 


lepas tu, bawak dia gi muzium padi :p masuk muzium padi RM2 sorang, pun takbest jugak sebab ada budak datang rombongan so tempat tu jadi sesak hahaha pastu ajak keluar, gi taman reakrasi gunung keriang. sajalah bawak dia jumpa kekawan dia (ke.....ra....) hahaha jk jk, tak sangka ada tempat cantik lepas dari kedai makan tu, ambik gambar sikit pastu balik~~~



walaupun dalam masa 4 jam lebih gitu je dah boleh gi banyak tempat haaha dan boleh sembang sembang. kalau masuk tengok movie terus rugi masa nak sembang, ko fikir senang nak jumpa? :p plan asalnya nak hantar dia naik bas, tapi kawan pulak demam hahaha takdapat nak pickup saya nanti maka perjumpaan kitaorang pun settle sampai ayer hitam jelah, semoga berjumpa lagi, mr ldr saya ❤️


“𝓐𝓫𝓼𝓮𝓷𝓬𝓮 𝓼𝓱𝓪𝓻𝓹𝓮𝓷𝓼 𝓵𝓸𝓿𝓮, 𝓹𝓻𝓮𝓼𝓮𝓷𝓬𝓮 𝓼𝓽𝓻𝓮𝓷𝓰𝓽𝓱𝓮𝓷𝓼 𝓲𝓽.“ 𝓣𝓱𝓸𝓶𝓪𝓼 𝓕𝓾𝓵𝓵𝓮𝓻


9/07/2019

LIRIK LAGU KEMBALI | ISMA SANE

by , in


LIRIK LAGU KEMBALI | ISMA SANE
Ku tahu keegoanku membuat dirimu rapuh
Betapa siksanya aku
Bila kau pergi menjauh
Ku rasakan bagai mimpi
Mimpi yang takkan terjadi
Pada diri ini
Beribu kata cintaku
Kau tak menoleh kembali
Kau campak aku disini
Bersama cinta di hati
Kau biarkan aku sendiri bersedih
Berteman air mata di pipi
Ku gapai bintang bintang
Yang terang bercahaya
Takku hirau satu bintang yang terindah
Yang selalu menemani diri
Bilaku kecewa
Tak ku sangka kau pergi
Tinggalkan ku sendiri
Bersama derita yang duluku beri
Bukalah pintu hatimu sekali lagi
Sayangku mahu kembali
Ku gapai bintang bintang
Yang terang bercahaya
Takku hirau satu bintang yang terindah
Yang selalu menemani diri ini
Bilaku kecewa
Tak ku sangka kau pergi
Tinggalkan ku sendiri
Bersama derita yang duluku beri
Bukalah pintu hatimu sekali lagi
Sayangku mahu kembali
Bukalah pintu hatimu
Sayangku mahu kembali
9/05/2019

RESEPI NASI LEMAK DAUN LEMUNI

by , in

Assalamualaikum


RESEPI NASI LEMAK DAUN LEMUNI 

Bahan - bahan :-

1 cawan beras (basuh dan tos)
2 cm halia (potong jangan sampai putus)
1 batang serai (diketuk)
1 helai pandan
1/2 camca teh lada hitam
1/4 bawang holand
3 genggam kelapa (diblend dengan 2 cawan air panas)
7 helai daun lemuni (blend sekali kelapa)
1 camca teh gula

2 camca teh garam

daun lemuni - sumber ; FB

Cara - cara :-

1. tumis halia, serai dan bawang holland sehingga kuning
2. masukkan beras dan bahan yang telah diblend (kelapa & daun lemuni)
3. masukkan garam dan gula
4. masukkan daun pandan yang telah disimpul
6. masak seperti nasi lemak biasa
7. apabila nasi sudah mendidih, kacau sekata
8. setelah nasi kering, masukkan lada dan kacau rata.

DAH SIAP~~~



 makan dengan ikan sambal pun sedap weh!

9/03/2019

TENGAH CARI LAPTOP? JOM BELI DENGAN APR ELECTRONIC SERVICES SDN BHD!

by , in

Assalamualaikum

TENGAH CARI LAPTOP? JOM BELI DENGAN APR ELECTRONIC SERVICES SDN BHD! | Hi korang! tengah baca blogpost ni guna phone ke laptop? sekarang ni laptop pun dah jadi keperluan kan, tambahan kalau awak tu seorang blogger haha. ada juga yang suka update entry pakai phone, tapi kalau sha memang selesa dengan laptop. besar & senang nak ubah itu ini berbanding phone, asyik salah tekan je (masalah orang jari besar). 


tengah cari laptop, tapi bajet kurang. jangan risau, korang dah jumpa jalan penyelesaiannya. meh sha perkenalkan korang dengan APR Electronic Services SDN BHD ;-

APR ELECTRONIC SERVICES SDN BHD


APR Group telah ditubuhkan sejak tahun 1999 lagi dan telahpun mencapai pendapatan tahunan sebanyak 5.5 juta manakala APR Electronic Services Sdn Bhd (APRES) pula ditubuhkan di Malaysia pada bulan Januari 2000. APRES merupakan pembekal perkakasan komputer dan juga menyediakan perkhidmatan pembaikan. Pelanggan APRES meliputi kedai komputer Malaysia, syarikat korporat, sekolah. APRES adalah pembekal untuk Ecart Services Malaysia Sdn Bhd. (LAZADA). Mulai tahun ini APRES mula membawa Refurbished Iphone.

DI Malaysia terdapat 4 cawangan kilang APRES, iaitu di :-



SERVIS YANG DITAWARKAN OLEH APRES

- membekalkan komputer riba dan desktop baharu dan juga terpakai
- menyewakan komputer riba dan desktop baharu dan juga terpakai
- menyediakan Makmal Komputer Untuk Sekolah Antarabangsa & Pusat Latihan.
- menyediakjaan perkhidmatan pembaikan komputer & penggantian bahagian komputer.
- menyediakan perkhidmatan pembaikan telefon dan tablet pintar serta penggantian bahagian.
- beli balik / trade in komputer riba dan desktop baharu dan juga terpakai


KENAPA PERLU PILIH APRES?

Makmal Profesional
- Pusat pembaikan APRES adalah persediaan profesional dengan standard pusat pembaikan antarabangsa.

Jurutera Profesional
- Pihak APRES telah menghantar beberapa pekerja sepenuh masa kami ke China untuk belajar, mengamalkan kemahiran memperbaiki sehingga tahap tertinggi.

Kakitangan sepenuh masa di China Shenzhen
- Stok tiba di antara 7 hingga 14 hari bekerja

Sokongan after sale
- Hanya satu di Malaysia yang menyediakan unit peminjam PERCUMA kepada pelanggan apabila komputer riba mereka dibaiki atau tuntutan waranti.


TESTIMONI DARIPADA PENGGUNA APRES


REVIEW DARIPADA SURAT KHABAR & MAJALAH




kalau tengok daripada testimoni dan review di atas, APRES ni bukan calang calang orang lah kan. bagus juga rasanya bila ada yang jual laptop terpakai ni, setidak tidaknya dapatlah membantu golongan kurang mampu tapi memerlukan laptop. lepas ni kalau sesiapa tanya sha pasal laptop terpakai yang murah, memang sha akan recommend kat dorang la APRES ni sebab bila sha bukak website dorang memang terus yakin dengan apa yang dorang sediakan. korang pun nak tau lebih lanjut? sha dah sertakan link ke website dorang kat bawah ni~

MAKLUMAT LANJUT

kalau korang nak tau lebih lanjut mengeai APRES ni, korang boleh layari laman web dibawah :-



9/03/2019

EMBAH JID INGIN BERI NAFAS BARU KPD IRAMA MALAYSIA PADA ERA 2020

by , in

Assalamualaikum

EMBAH JID INGIN BERI NAFAS BARU KPD IRAMA MALAYSIA PADA ERA 2020 | kalau korang perasan lah kan, sekarang ni lagu irama Malaysia atau etnik kreatif semakin tidak selalu didendangkan. dulu masa sha kecil, selalu dengar lagu lagu irama malaysia di radio, televisyen dan juga di anugerah anugerah lagu. 

namun begitu, zaman sekarang lagu lagu etnik kreatif sudah jarang didengari. kebanyakkan orang sekarang lebih suka mendengar lagu bergenre pop, balada, blues, rapper dan sehingga ke K-Pop. Ini agak membimbangkan kerana tidak seharusnya irama Malaysia lenyap begitu sahaja tanpa penyambung legasi. 


apakah sebab yang menyebabkan lagu irama malaysia kurang ada pada zaman sekarang? adakah disebabkan komposer tidak berminat untuk mencipta lagu berirama malaysia? adakah disebabkan tiada sambutan bagi lagu berirama malaysia? adakah lagu irama malaysia sudah tidak releven lagi di Malaysia?

SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK?

Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID".



KENAPA EMBAH JID?

**Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk.
Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang.

**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah

Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru".


PROFIL EMBAH JID

- YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga -
- Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga -
- Penerus Zapin Lenga dan Ceracap Inai -
- Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL -
- Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 -



Apabila saya melihat profil beliau, berasa bangga dengan segala pencapaian dan kagum dengan semangat beliau yang masih aktif di dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Maka disebabkan minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu "Joget Kuasa Cinta". 

LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA

Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada. 

Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah. 

Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid dan juga kepada semua orang supaya menghargai bakat seni dan seni tarian irama Malaysia.



MEDIA SOSIAL EMBAH JID 

9/01/2019

LIRIK LAGU GOODBYE | HELLOLUQMAN (OST Tuan Danial)

by , in


LIRIK LAGU GOODBYE | HELLOLUQMAN (OST Tuan Danial)

Verse 1
Telah lama tak terjumpa sudah,
Ku maaf kerna kamu yang ku lukakan

Regrettin’ everythin’ cause I know I’m guilty
I wanna take us take us back back to the start

Pre Chorus
Can’t say I don’t miss you
But kamu dah rimas kamu dah move on
Don’t know what to do

I wish I could undo 
Wished that I could betulkan salah silapku
Ku perlukanmu, don’t you know...

Chorus
You had me at goodbye
Beri ku kesempatan
Ingin aku ubahkan

So please don’t tell me no
Biar aku buktikan
Let me show you i’m the one

You had me at goodbye
Goodbye bye bye 

Verse 2
Ingat kembali kenangan lama
Ku tahu kau hanya bahagia denganku

I know I messed up, I took you for granted
But Baby I'll make up, make up for what I've done

Repeat Pre & Chorus

Bridge
Ku ingin kamu
Percayakanku
Ku mahu ku mahu, ku mahu kau dalam hidupku tuk selamanya

Jika tak mahu,
Girl i ain’t forcin’ you
Ku tahu ku tahu, ku tahu silapnya aku bukanmu


My Instagram