shfyqhazhr
  • Home
  • Feautured
  • Review
  • Features
    • Kehidupan
    • Hiburan
      • Lirik Lagu
      • Drama
      • Kdrama
      • Film
      • Category 5
    • Makanan Sedap
    • Perkongsian
  • Contact Us

Assalamualaikum

LIFE UPDATE : RINDU NAK KERJA | Hi em hello? hahaha lamanya tak bercerita kat sini 😂 harini, cukup sebulan jadi penganggur yang berjaya. kadang kadang tu bangun tidur masih lagi macam eh dah lewat ka ni? eh lupa tak kerja 😂😂


alhamdulillah walaupun tak kerja, tapi rezeki sentiasa ada. kadang kadang tu rezeki yang tak dijangka langsung. walaupun kadang kadang macam down gila sebab tak kerja, pikir macam mana nak survive pasni apa semua tapi lupa yang rezeki tu Allah bagi 😌 bukan takda minta kerja manamana, cuma rezeki je belum sampai haha sorang pun takcall 😂 ingatkan bila dah tak kerja, ada masa nak lepak goyang kaki kat rumah 😆 rupanya tak jugak

macam biasa, membesarkan diri

setiap hari wajib keluar, tak kisah la apa tujuan dia tapi memang akan keluar. photoshoot produk review la, cuba makan kat kedai la, cari kerjakosong la 😂 sampai orang cakap "aih tak kerja tapi tiap hari keluar" 😂😂😂 tapi kadang kadang ada juga rasa sedih, marah, semua sebab benda ni jadi. sekarang masih taknampak hikmah kenapa sha hilang kerja tapi mana tau kedepan sikit baru nampak kan 😋😋


taktau apa motif 😂

cuma sekarang rindu nak kerja jelah, rindu nak bangun pagi pakai cantik cantik, stress kat tempat kerja 😂 balik kerja letih, tidur awal. ini tak, sebelum tidur layan #kakukejarcintakamu dulu 😂😂😂😂😆 harap harap dapatlah kerja bulan3 nanti ke, nak raya oiii baju raya nak beli cemana hahahaha. siapa yang ada job lebih tu, risik risik la kita sama 😜😝

okbai!

Assalamualaikum

TAKSABARNYA NAK TRY SUSU DARI SUFFY | hi korang! siapa sini peminat susu? kat rumah wajib lah ada susu kan, buat stock gitu. korang pernah dengar pasal susu dari SUFFY DAIRY GROUP SDN BHD? ha teruskan baca sha nak cerita 😂 dan yang penting korang boleh dapat sample percuma lagi!


MENGENAI SUFFY DAIRY GROUP

Suffy Dairy Group Sdn Bhd ni merupakan sebuah syarikat pengeluar produk tenusu jenama "SUFFY" yang berpusat di Ipoh, Perak. Suffy mempunyai pengalaman lebih dari 6tahun didalam memasarkan produk berasaskan susu ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Suffy mempunyai pelbagai produk susu yang berasaskan susu lembu & susu kambing. Suffy telah melaksanakan kaedah pemasaran semasa melalui pelbagai medium seperti Facebook, Instagram dan Website bagi mereka yang tertarik untuk membeli produk Suffy ni 😍

PEK PERCUBAAN SUSU SUFFY BGENIUS


teringin nak beli tapi takut tak kena dengan selera tekak seisi keluarga? walaupun kalau korang tanya sha memang sha akan cakap korang wajib cuba susu dari Suffy ni tapi takpa, semua masalah ada penyelesaian dia 😂 sekarang pihak Suffy ada menyediakan pek percubaan bagi sesiapa yang ingin mencuba dahulu. pek percubaan ini adalah dalam bentuk packaging baru seberat 500gm, pek percubaan ni cuma berharga rm6 je untuk 3 sachet 😍 TETAPI untuk 50 PELANGGAN TERAWAL, anda boleh dapatkan secara PERCUMA! 

nak tau macam mana nak tebus? ikut step step dibawah ;

1. Layari laman web 
http://www.suffy.com.my/sampelsususuffy

2. Pilih senarai set percubaan dan isi maklumat peribadi


3. Baca segala butiran yang tertera di (terms and condition) dan klik pada submit

4. Klik pada gambar set percubaan yang anda inginkan


5. Log masuk pada laman web shopee dan kepada yang belum mmpunyai akaun shopee, sila daftar dulu ya!

6. Klik pada beli sekarang dan pilih kuantiti yang anda inginkan


7. Klik pada suffymalaysia dan trial pack suffy bGenius dan klik pada semak keluar


8. Tambah baucer dengan menggunakan kod "SUFFYSBG"


9. Pastikan anda tekan pada baucer diskaun Suffy Malaysia Official Store dan klik pada ok untuk pengesahan


10. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 3 hari waktu bekerja


**tarikh penebusan baucer Pek Percubaan Suffy bGenius bermula dari 24 Januari - 15 Februari 2019 SAHAJA


🍓 Kelebihan beli set percubaan Suffy

- Terima 3 sachet untuk 3 kali pengambilan
- Dapat produk segera dalam tempoh 24 jam*
- Pegawai Khidmat Pelanggan pihak Suffy akan menghubungi anda dan memberi panduan serta khidmat nasihat pengambilan Susu Suffy bGenius

🍓 Mengapa 1 set percubaan menerima 3 sachet?

- Untuk rasa, kesan kepada tubuh badan dan penghadaman


🍓 Kebaikan Produk Suffy bGenius

- B3 formula = Briliant, Balance dan Boost ;

BRILLIANT
Suffy B Genius mengandungi DHA yang merupakan antara komponen utama di dalam otak. Ia Berfungsi untuk membantu perkembangan otak kanak-kanak.

BALANCE
Suffy B Genius membantu memenuhi keperluan nutrisi seharian yang diperlukan oleh Si Manja. Nutrisi yang seimbang membantu Si Manja untuk membesar dengan lebih baik.

BOOST
Suffy B Genius dirumus istimewa dengan Prebiotik dari FOS dan Manna untuk membantu meningkatkan sistem penghadaman Si Manja.
- Tambahan khasiat sebenar dari buah kurma dan madu

____________________


REVIEW : tengoklah gambar kat atas, sample punya tu dah tinggal dua 😂 tu pun diminta lagi suruh bancuh. bila tanya sedap ke dik, "dap nak agi oleh?" bila cakap esok la pulak, ha macam atas tu la, "takmo awan" 🤣 kita pun tadi ada jugak try rasa 🙈 memang sedap! patutlah budak kecik ni suka sangat. sebaik grab yang 500g tu jugak

UNTUK MAKLUMAT LANJUT 

WEBSITE : http://www.suffy.com.my/
FB : Suffy Malaysia
IG : @suffymalaysia
SHOPPE STORE : Suffy Malaysia



Assalamualaikum

ALTHEA : PORE PURIFYING SERUM CLEANSER | Hi, siapa yang sini yang setiap hari makeup? sha yang tak kerja pun hampir tiap hari terpaksa makeup sebab ada kerja luar 😂 yang bahayanya sekarang bukannya makeup tapi cara korang bersihkan makeup! kalau bersihkan makeup tak cuci ha tahu tahu jelah apa akan jadi, selamat berdating dengan Encik J 😛


kat pasaran memang banyak sangat makeup remover lah, cleanser lah tapi sejauh mana produk produk tu membersihkan kulit kita? sekarang ni sha tengah guna satu produk ni, nak tahu produk apa? baca sampai habis ok ❤


PORE PURIFYING SERUM CLEANSER


yayyyy Althea ada baby baru lagi 😍😍masa mula mula dengar nama produk ni, sha ingatkan serum 😂 sha kan jenis addicted sangat dengan serum. rupa rupanya cleanser! 2 in 1 pulak tu ; makeup remover & pembersih muka

KENAPA KENA GUNA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER?

🦄 menanggalkan makeup, kotoran & minyak di wajah tanpa mengeringkan kulit
🦄 menyeimbangkan pH level bagi memastikan kulit sentiasa sihat
🦄 menggunakan formula serum dalam pembersih muka ini


SESUAI UNTUK 
🦄 semua jenis kulit

BAHAN BAHAN UTAMA YANG DIGUNAKAN

🦄 ekstrak daun mint - untuk menyejukkan kulit & mengurangkan iritrasi
🦄 minyak biji jojoba - melembabkan kulit 
🦄 ekstrak daun tea tree - mempunyai anti bakteria untuk membersihkan kulit



CARA MENGGUNAKAN 

🦄 untuk menanggalkan makeup
👉🏽 tuangkan pore serum cleanser ke tapak tangan
👉🏽 urutkan pore serum cleanser keseluruh muka secara bulatan untuk menanggalkan kotoran dan makeup
👉🏽 bilas dengan air
👉🏽 gunakan pencuci muka untuk pembersihan kali kedua

🦄 untuk mencuci muka
👉🏽 lembapkan wajah dengan air, tuangkan pore serum cleanser ke tapak tangan
👉🏽 sapukan ke seluruh muka dan urut selama 5-10 saat & bilas dengan air

REVIEW



first time guna makeup remover jenis ni yang buat kulit sha rasa selesa. sebelum ni sha guna wet tissue je nak remove makeup sebab jenis cecair ni selalu buat muka sha rasa pedih. alhamdulillah jumpa this one product 😛😍 pore serum cleanser ni juga senang nak bawa kemana mana sebab tak berat pun. kalau letak dalam beg travel pun takkan guna ruang yang banyak. makeup pun senang nk ditanggalkan guna pore serum cleanser ni. overall memang best ❤

BAU : ❤❤❤❤❤/5
CARA MENGGUNAKAN : ❤❤❤❤/5
KEBERKESANAN : ❤❤❤❤❤/5
HARGA : ❤❤❤❤❤/5
REPURCHASE ; YESSSSS 

HARGA & DIMANA NAK DAPATKAN

Harga : RM 33 (150ML)
Beli disini : Pore Purifying Serum Cleanser

Website : https://my.althea.kr
IG : Altheakorea




Assalamualaikum

DR.WU - JENAMA PENJAGAAN MUKA NO1 DI TAIWAN | Hi! sebagai seorang perempuan yang normal, sememangnya sha amat mementingkan mengenai penjagaan muka. kalau yang selalu baca diblog sha (perasan jap), mesti korang banyak baca mengenai produk produk yang sha guna kan? kalini sha terpanggil untuk mencuba produk dari DR.WU pulak


MENGENAI DR.WU CLINICAL SKINCARE


Dr.Wu merupakan jenama penjagaan kulit yang terkemuka di Taiwan. Jenama ini mula menempah nama di Taiwan pada tahun 2003 oleh ahli dermatologi terkenal Dr Ying Chin Wu bersama anak sulungnya Eric Wu. berbekalkan pengalaman dalam bidang klinikal selama 40 tahun maka terciptalah produk produk penjagaan kulit dari Dr.Wu~

DR.WU ANTI ACNE SYSTEM (aekni:17)


haritu masa tengah pilih produk mana yang sha perlu ada, time tu ada jerawat tau 😂 maka sha pun pilih la untuk yang acne & kulit sha pulak jenis oily so dorang recommend sha set ni. bestnya set ni bukan saja untuk masalah kulit berminyak tapi juga untuk kulit berjerawat, berparut & pori pori terbuka 😍 ok jom tengok satu per satu produk yang sha guna ni

🔥GENTLE CLEANSING GEL WITH NIACINAMIDE


kuantiti : 150ml
harga : RM 125.00


pencuci adalah benda yang paling sangat penting ya gais hahaha BENDA WAJIB ada! yelakan lepas lepas seharian wajah kena habuk dan kotoran, balik rumah wajiblah cuci muka kan!

kenapa cleanser ni bagus?

👉 diformulasikan dengan acid amino which is very mild
👉 mengelakkan pori tersumbat tanpa  menhapuskan kelembapan kulit, sesuai untuk kulit jenis sensitif
👉 mempunyai Vitamin B3, Chamomile dan ektrak aloevera dimana dapat melembutkan kulit & mengurangkan parut


cara menggunakan

👉 picitkan cleanser ke tapak tangan secukupnya & jadikan foam
👉 urutkan seluruh wajah & bilas dgn air suam

REVIEW

sejak sejak guna cleanser ni, kulit muka sha jarang berminyak secara berlebihan. selama ni kalau tghari memang muka berminyak sampai boleh goreng ikan 😹 sekarang kalau kluar time tghari pun makeup pun smooth je tak bercapuk macam dulu. yayy suka! 😍

🔥 PORE CLARIFYING TONER WITH BHA


kuantiti : 150ml
harga : RM 149

selepas cuci muka, toner is a must. ada juga baca, dorang cakap toner takpenting 😂 i was like "WHATTTTT? R U KIDDING ME?" pada sha toner ni pun penting 😂 wajib ada! tak kisah la taksempat cemana pun wajib pakai toner

kenapa perlu ada toner ni?

👉 bebas alkohol dan mengurangkan minyak diwajah tetapi tetap melembabkan kulit
👉 pantas mengawal sebum dan mengurangkan minyak diwajah bagi mengahalang pori tersumbat
👉 Mandelic Acid, Niacinamide dan Panthenol dapat menghasilkan kulit muka yang sihat dan lembut


cara menggunakan

👉 sapukan toner di wajah & leher
👉 gunakan setiap hari - siang dan malam

REVIEW

apa yang sha nampak lepas guna toner ni adalah pori pori diwajah sha makin kurang kelihatan 😍 walaupun takdalah sampai taknampak langsung tapi its worth to try! selain tu, kulit muka sha pun rasa lembut je

🔥 INTENSIVE BLEMIST SPOT TREATMENT WITH BHA


kuantiti : 15mla
harga : RM 199

to be honest sha jarang guna produk jenis ni sebab sha jarang percaya 😂 so for this product sha suruh adik guna, walaupun adik sha lelaki tapi dia rajin tau kalau bab muka 🤣

kenapa perlu cuba spot treatment ni?

👉 telah terbukti dapat menghilangkan blemish dan mengurangkan blemish mark
👉 mengandungi Niacinamide (B3) dan Tranexamic acid untuk menyekatakan tona kulit & jelas mengurangkan blemish mark


👉 mempunyai tekstur seperti serum dimana sangat lembut dan sesuai untuk kulit sensitif
👉 dengan penggunaan setiap hari dengan kerap ; kesan dapat dilihat dalam masa 3 hari

REVIEW :

adik sha cakap best guna spot treatment ni, sebab rasa sejuk je kat tempat dia letak tu. pastu dia cakap ada beza, dah kurang parut jerawat dia tu. sha mintak nak guna terus dia cakap dah bagi mana boleh ambik balik 🤣🤦


overall hasil dari penggunaan produk dari Dr.Wu ni memang nampak perubahan kat sha & juga adik sha 🙄 antara cleanser & toner tu sha suka toner lagi! memang berkesan sangat kat sha 😍😍😍

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Website : https://en.drwu.com
Ig : drwu_my
Fb : DR. WU MALAYSIA

Korang boleh dapatkan produk DR.WU ni di SASA & WATSONS TERPILIH 🌿


Assalamualaikum

EKSTRAK DAUN PANDAN DARI BIO NUTRICIA EXTRACT | hi, zaman sekarang semua nak mudah dan cepat kan? taksangka sha jumpa satu benda magik ni 😂 eh nak tahu ke benda apa? korang pernah dengar pasal ekstrak daun pandan? memang setiap rumah WAJIB ada dua benda ni, konfirm tak menyesal dan sangat memudahkan korang


BIO NUTRICIA EXTRACT ? TAKPERNAH DENGAR PUN

Bio Nutricia Extract merupakan satu syarikat makanan bioteknologi yang wujud sejak 2006 lagi. dimana syarikat ini menumpukan penghasilan dan mengkomersialkan tumbuhan berasaskan ekstrakdari spesis herbal yang diluluskan oleh GMP, HACCP & JAKIM

PANDAN LEAF EXTRACT LIQUID
selama ni mesti korang pun macam sha kan? kalau nak buat kuih yang memerlukan daun pandan, terpaksa gi cari daun pandan (kadang kadang sampai ke rumah jiran ko) pastu nak kena buat macam macam step lagi lah, tapi lepas sha jumpa ekstrak daun pandan ni, memang mudah gila lah! buka peti ais, ambik & guna 🤣 jimat masa pastu jimat duit, nak tahu kenapa? 


tapi okay ke proses ekstrak daun pandan ni? ha tengok rajah ni bawah ni 👇


takkan tak okay lagi kalau macam ni kan? memang yakin la nak guna! ekstrak daun pandan ni mempunyai dua jenis ; minuman & bakery 

PANDAN LEAF EXTRACT (DRINK)
Aroma pandan akan dihasilkan apabila dimasukkan ke dalam air panas. teknologi yang digunakan ini akan memastikan mengekalkan rasa dan warna seperti daun pandan

WARNA : more to light yellow green


CARA MENGGUNAKAN
🌿 masukkan 2 teaspoons ekstrak daun pandan kedalam 250ml air panas (bagi menghasilkan aroma daun pandan)
🌿 kacau selama 1minit sebelum dihidangkan
🌿 boleh juga ditambah kedalam susu, coffee, latte, smoothies, coco & oat

CARA PENYIMPANAN 
🌿 setelah dibuka wajib masukkan ke dalam peti ais

PANDAN LEAF EXTRACT (BAKERY)
manakala untuk bakery pulak, ha korang boleh gunakan untuk baking kek, wow sedapnya kek pandan kan? 🤤 selain dari kek, dengan menggunakan ekstrak daun pandan(bakery) boleh digunakan untuk kuih muih, jelly, aiskrim, jem, pudding & banyak lagi!


kepada yang suka baking tu wajib beli satu ni sebab korang takkan susah susah nak mencari daun pandan dah lepas ni 😂

WARNA : hijau seperti pandan

CARA PENGGUNAAN 
🌿 dimulakan dengan 1tbs untuk setiap 226g bahan & tambah mengikut warna yang korang nak!


REVIEW
walaupun sha takmasak but i think benda ni wajib ada kat rumah sebab sangat sangat memudahkan & ready to use. korang dah takpayah susah susah cari kat luar kan? harga pun affordable! 


UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Facebook Bio Nutricia Extract
WEBSITE : https://bionutriciaextract.com/
BUY HERE : https://bionutriciaextract.com/shop/


Assalamualaikum

RESEPI MAKARONI CARBONARA PALING MUDAH & RINGKAS | Hi, tiba tiba terasa nak makan makanan itali pulak 😂 biasalah tekak ni memang mengada sikit, padahal tadi dah makan nasi goreng ayam tapi takhabis pun sebab rasa kenyang pastu bila balik teringin nak buat macaroni pulak 💆🏻🤦🏼 sebaiklah semua bahan dah ada kat rumah ni, senang je uolls buat resepi ni, sekelip mata dah siap


BAHAN BAHAN

🌞 macaroni ikut berapa banyak korang nak (direbus dengan garam & minyak)
🌞 bawang merah untuk menumis
🌞 daging kisar (saya guna yang ramly)
🌞 1 tin sos carbonara (prego)
🌞 Maggi cukup rasa


CARA MEMBUAT KUAH

1. tumiskan bawang hingga naik bau
2. masukkan daging kisar & tunggu daging hampir masak
3. masukkan sos prego & masukkan sedikit air
4. perasakan dengan maggi cukup rasa
5. dah siap ~


sedia untuk dihidang~ sha tambah serbuk lada hitam atas macaroni tu, biar pedas sikit 😂

*macam biasa, masak main campak je takda tetapkan jumlah itu ini 😂
** daging kisar tu mohon basuh elok elok, sha rendam seketika sebab takut berbau
***korang boleh tambah sayur or sayur campur tapi sha takda stok
**** daging kisar boleh digantikan dengan ayam, udang & sebagainya
***** nak tambah cheese pun boleh, ikut korang ok 😁



Assalamualaikum

TRYING SANGKAYA @ BOAT NOODLE | hi! lama rasanya tak cakap pasal makanan 😂 memang asyik keluar je tapi asyik makan benda sama ja setiap kali keluar. itu malas nak update tu. so! rabu lepas sha kluar, jadi bila keluar haruslah cari makan kan, sha teringin dakgalbi 😭 dakgalbi takda nak sponsor iolls ke😂😂😂 ok jk jk tapi bajet non hado jadi kitaorang makan kat boat noodles


sebenarnya kalau keluar dengan kawan kawan, jaranglah boat noodle ni jadi pilihan 😂 lebih prefer sushiking kalau masuk aman ataupun makan kat luar then baru jejalan aman. cuma bila dengan cousin jelah boleh makan boat noodle ni. 


usha usha menu kat boat noodle terus decide nak order sangkaya 😂 dah lama sebenarnya teringin nak makan sangkaya ni tapi tu la tu selalu datang tengahari, gila ko nk makan roti je 😂 ni dah datang petang, apa salahnya kan




ini yang kitaorang order 👆🏻 sangkaya dengan mango tu sha punya, noodle tu cousin punya. sha sebenarnya memang tak suka dengan noodle dia 🤣🤣 tapi yang lain ok je dengan tekak. so masih ada sebab la nakpi boat noodle

SEDAP KE SANGKAYA & MANGO SMOOTHIE?


sedap uolls! dua dua sedap 😭 sangkaya tu roti dia lembut gilaaaaaa, ada 12pcs - sha makan 10 rasanya hahahahahahaha! cuma cousin cakap kaya dia macam cair 🤔 tapi sha rasa okay ja 😂😂 mula tu rasa nak order je lagi, sebaik nak tengok movie pas tu. mango tu pulak, sampai balik duk rasa kat tekak 😂😂 overall memang sedapla! nanti nakpi repeat lagi 🌞🌞❤

Location : Boat Noodle Aman Central



Assalamualaikum

GINCOSAN MEMBANTU MENINGKATKAN PRODUKTIVITI | Hi! sejak sejak tak berkerja ni, masa tidur sha memang takpernah tetap 😪 kadang kadang rasa letih sangat, letih badan & letih mental. tapi sebaik sha diperkenalkan dengan 1 produk ni 👉 GINCOSAN ® dari FLORDIS ™


FLORDIS? APATU?
Jenama Flordis ini menyediakan pelbagai produk penjagaan kesihatan yang boleh dipercayai dan mempunyai kredibiliti tersendiri untuk memberikan produk yang terbaik untuk kesihatan.

SIAPA YANG PERLU GUNA GINCOSAN ®?

Gincosan ® adalah kombinasi dari ekstrak Ginkgo bibola GK501® dan ekstrak ginseng Panax C.A. Meyer G115® dimana Gincosan secara teknikalnya diteliti untuk menyokong ingatan, memfokuskan fungsi kognitif apabila tekanan dan keletihan mental berlaku.



GINCOSAN ® NI UNTUK SIAPA?
Gincosan ini sesuai untuk orang dewasa untuk membantu keadaan mental semasa keadaan sibuk/tertekan sebagai contoh kepada student

BAHAN UTAMA DIDALAM GINCOSAN ®
💫 ekstrak Ginkgo bibola (GK501)
💫 ginseng Panax (G115)


CARA PENGGUNAAN
🌿 dewasa ; ambil 1 kapsul selepas sarapan & 1 kapsul selepas makan tengahari atau seperti dicadangkan oleh pengamal kesihatan
🌿 Gincosan boleh diambil setiap hari untuk support kekuatan mental ; gunakan atleast 14 weeks / seperti diarahkan oleh pengamal perubatan
🌿 guna seperti dicadangkan, jika simtom belarutan sila bertemu dengan pengamal kesihatan anda


_____________________

sejak sejak sha tak kerja ni, serious cakap rasa letih sangat. dah la letih badan, letih mental 😔😔 yela mana tak nya, people keep asking bila nak kerja, tak cari kerja ka, awat behenti, ada buat masalah ka 😫😥☹️ tiap tiap hari fikir benda sama, sampaikan kadang kadang nak makan pun teringat benda ni terus tak jadi makan.. sha tak cakap sha ambik Gincosan ni everything kembali normal tapi its help me a lot, a lotttt. alhamdulillah, sekarang sha boleh handle emosi sendiri, tak selalu tertekan macam haritu, mental pun stabil je, pastu dah dapat hari hari yang berproduktiviti macam dulu! ❤☺️

NAK TAU LEBIH LANJUT PASAL PRODUK NI?

website : http://www.flordishealth.com
facebook : GINSANA MALAYSIA
Newer Posts Older Posts Home

Pages

  • Home
  • SItemap

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.




get this

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • MALAS UPDATE BLOG SEBAB DAH BOSAN
  • RESEPI LASAGNA ROTI VERSI MUDAH
  • LIRIK LAGU ADAKAH INI MIMPI | REEDZWANN
  • LIRIK KASIHKU TERSAYANG TETAPLAH BERJUANG (LAGU TIKTOK)
  • ORDER KE TAK FOOD DELIVERY BILA HUJAN

adsense

Categories

ad 35 altheaangels 14 beauty tips 1 blog 19 blog challenge 8 book 7 drama 19 feautured 36 filem 5 haul 29 katahatisapikah 4 kdrama 8 kecantikan 8 LDR 10 lirik lagu 95 makanan sedap 87 perkongsian 50 personal 1 phone stuff 9 resepi si sapikah 30 review 99 sapikah jalan jalan 37 update kehidupan 90

Followers

Blog archive

  • ►  2021 (27)
    • ►  March (1)
    • ►  February (17)
    • ►  January (9)
  • ►  2020 (90)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (8)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (10)
  • ▼  2019 (125)
    • ►  December (16)
    • ►  November (9)
    • ►  October (4)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (8)
    • ►  April (8)
    • ►  March (12)
    • ►  February (20)
    • ▼  January (23)
      • LIFE UPDATE : RINDU NAK KERJA
      • TAKSABARNYA NAK TRY SUSU DARI SUFFY
      • ALTHEA : PORE PURIFYING SERUM CLEANSER
      • DR.WU - JENAMA PENJAGAAN MUKA NO1 DI TAIWAN
      • EKSTRAK DAUN PANDAN DARI BIO NUTRICIA EXTRACT
      • RESEPI MAKARONI CARBONARA PALING MUDAH & RINGKAS
      • TRYING SANGKAYA @ BOAT NOODLE
      • GINCOSAN MEMBANTU MENINGKATKAN PRODUKTIVITI
      • DYNAMIC BRIGHTENING MASK DARI DR. GLAMOGENIC
      • ID.AZ FACE FIT CU-V SLEEPING MASK
      • LIRIK LAGU ALOLOLO | ISSEY
      • SEMAK BANTUAN SARA HIDUP 2019
      • DRAMA : KAN KUKEJAR CINTA KAMU (ASTRO RIA)
      • PRODUK CHOMEL UNTUK SI MANJA & SEISI KELUARGA
      • BIOSOL ; PEMBERSIH KESIHATAN WANITA PREBIOTIK DENG...
      • MAKAN DI SUKIYA, AMAN CENTRAL
      • GSC KASI TIKET WAYANG PERCUMA
      • ALTHEA x TITI KAMAL STAY FRESH BODY SPARKLING MIST
      • KFC PARMESAN TRUFFLE CRUNCH
      • FOOT PEELING? BERKESAN KE?!
      • RAES COLLAGEN MIST PENEMAN KETIKA TRAVEL
      • NASI GORENG IKAN HARUAN KERING
      • WHEN WE FIRST MET - 580.3KM APART
  • ►  2018 (243)
    • ►  December (23)
    • ►  November (27)
    • ►  October (28)
    • ►  September (17)
    • ►  August (18)
    • ►  July (18)
    • ►  June (21)
    • ►  May (23)
    • ►  April (17)
    • ►  March (17)
    • ►  February (11)
    • ►  January (23)
  • ►  2017 (145)
    • ►  December (17)
    • ►  November (16)
    • ►  October (23)
    • ►  September (19)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (12)
    • ►  May (15)
    • ►  April (17)
    • ►  March (10)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)

Komuniti Blogger Utara

  • AziRahmanDotCom | Azirahman Story
    Lambat Lagi PKP/PKPB Nak Berakhir
  • PERMATABIRU
    CARA DAFTAR TERIMA VAKSIN DI APLIKASI MYSEJAHTERA
  • SHALIMAR YUSOF
    Resepi Sup Ayam Thai Cukup Masam Dan Pedas
  • .she's the camera maniac.
    Adakah Kitsui Bahaya?
  • Nurfuzie.com
    7 Kebaikan Menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
  • Marshalizadotcom
    Koleksi Kuih Raya Premium Yang Patut Korang Cuba di Cookies Vibe
  • zya akma
    Adakah Kitsui Bahaya?
  • Hikayat Budak Pening
    Review | Yamaha MT15 (Luaran)
  • @Siti Sharini
    URUS CASHFLOW DENGAN BIJAK
  • fatimahnabila
    Cara Baru Untuk Membeli Channel di NJOI 2021!
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
  • SITI.YANG.MENAIP
    Jalan-Jalan Ke Kuantan | Nasi Kerabu Mek La, Kula Cakes & Pantai Teluk Cempedak
  • ARZMOHA
    DIEGO MARADONA BINTANG LAGENDA BOLA SEPAK ARGENTINA MENINGGAL DUNIA DIPERCAYAI AKIBAT SERANGAN JANTUNG
  • husnazahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
  • Krik Krik Krik
    Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela
  • cerita ZF
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
  • Mekaratisa
    Restoran Capati Arau Perlis
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
  • MiaZain
    Herbal plants you can plant at home & how to use them
  • Lori Sewa Malaysia
    Pindah Barang
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates