7/30/2018

FAME SOFT MATTE LIP CREAM - 012 MOCHA

by , in

Assalamualaikum

FAME SOFT MATTE LIP CREAM - 012 MOCHA | Hi korang! sapa kat sini ada lipstick baru tapi masih nak beli lipstick? alasan sebab shade taksama, tengah sales, dah lama teringin lipstick tu? hahaha kita geng! ceritanya, sebelum raya haritu dah beli lipstick, pastu lepas raya beli lagi 1 dannn semalam beli lagi satu T_T beberapa hari lepas sha duk scroll fb, pastu nampak senior sekolah post pasal sales FAME COSMETIC. dah lama teringin nak try sebab selalu tengok sis Suria Amanda post pasal lipmatte Fame ni haha pastu dah berkenan sangat dan since ada sales ni, apa lagi sha pun grab la satu!

sha ambik code 012 Mocha 


my first impression bila dapat je soft matte lip cream ni terus wowww! the packaging is woww!!! kotak dia pun dah cantik gila uolls. combination black + grey memang mencantikkan kotak tu. lipmatte tu pulak biasa jelah packaging dia hikhik tapi i like! sebab ringan senang nak letak dalam purse.


antara sebab sha beli shade ni sebab nampak menarik nama dia (MOCHA) dan sha ingtkan dia coklattttttt piaw githew hm malangnya tak but sokey i still like it and the applicator pun okay sangat! setengah lipmatte kan applicator dia selalu ambik lipmatte tu banyak banyak end up bahagian penutup tu nanti kotor.color lipmatte ni FAME ni semua nice uolls! and Mocha ni katanya one of the best selling



MY HONEST REVIEW : bau lipmatte ni wangi sangat! rasa nak makan, packaging cantik & simple. warna lipmatte yang menarik dan long lastinG! tadi try makan nasik lemak sebab nak tengok ketahanan lipmatte ni , masih ada yang berbaki cuma kalau minum air pakai cawan rasanya lekat kot hahaha. overall 4/5bintang! 

me wearing Fame Soft Matte Lip Cream in 012 Mocha

by the way esok last sales FAME COSMETIC ni, so korang masih ada peluang nak shopping since gaji dah masuk kan? ;p sha beli lipstick ni kat - FB Penjual Fame Cosmetic



geram tak tengok ni? hahaha ha tunggu apa lagi! gi shopping cepat!



7/27/2018

CARA EDIT COVER DI HIGHLIGHT INSTAGRAM

by , in

Assalamualaikum

CARA EDIT COVER DI HIGHLIGHT INSTAGRAM | Hi korang! salam jumaat semua :) siapa kat sini suka buat ig story? haha kita geng! sha lebih suka post di ig story berbanding di feeds ig. sebab? sha pun taktau lah sebab dia, tapi ig story ni umpama live update lah. taksemua benda sha rasa nak letak kat feeds, benda yang cun sedap mata dilihat nak la letak kat feeds, kalau selfie hodoh hodoh letak kat ig story je lah :p


alang alang tu takpa kan promote ig sendiri? :p nampak tak highlight yang ada tu? baru ja tu tadi tukar hahaha selama ni main letak ja gambar mana yang cun as cover highlight. korang boleh je upload gambar yang korang nak sebagai cover tu kat story ig pastu nanti set as cover, tapi yang sha nak ajar ni upload terus kat highlight tu which mean takkan naik kat story korang. 

Step 1 : tekan & hold ig story tu sampai naik macam bawah ni & ambik edit highlight



Step 2 : click kat "edit cover"


Step 3 : click "icon gallery" dan pilih la gambar yang korang nak letak as cover tu, centre kan elok elok, resize pe semua ok?


Step 4 : clik "done" dan settle~


kalau korang rasa cara ni macam leceh sikit, boleh la guna cara yang sebelum ni, buat ig story - highlight kan- set as cover. sha ada buat screenrecord tuto ni, boleh tengok kat bawah ↓




hope its help you! bye :)

updated! : nah cover untuk highlight ig story haha saja buat sebab bosan

  

    

    


   

    

and youre welcome! :)


7/26/2018

DEMAM KDRAMA!!!!

by , in

Assalamualaikum

DEMAM KDRAMA!!!! | Hi korang! kalau jarang jarang nampak sha kat blog ni ha tengah melayan kdrama la tu hahaha. tahun ni kan sha rasa macam banyak gila kdrama best, padahal yang dah dilistkan haritu BACA SINI pun belum habis tengok hahahaha. sha jenis minat kdrama yang romantic comedy, kalau jenis law ke historical ke investigation ke mystery memang takkan tengok. contoh drama K2 hahaha semua cakap best tapi tak kena dengan sha, biasalah sha kan sweet sweet gitu kahkahkah. dah lama rasanya taklayan kdrama tapi disebabkan duk kena download kat kawan, sepupu dan tiap hari hadap kissasian tu sha pun godek godek jumpalah cerita cerita best! 

1. THIRTY BUT SEVENTEEN / STILL 17

source : google.com

Synopsis : Woo Seo Ri, a violin prodigy who was about to study in Germany when was 17, when she got into a severe car accident and fell into a coma. Thirteen years later, she wakes up from her coma. Mentally she is still only 17-years-old, while physically she is now 30. Gong Woo Jin is a 30-year-old single man who works as a set designer. Due to a trauma he experienced 13 years ago, he does not want to have a relationship with others. This series is about a man and a woman whose lives have been mangled due to a grisly accident. Together, they use all their might to try and open the door of happiness that they once thought had been closed to them.

Genres : Comedy, Romance


2. YOUR HOUSE HELPER

source : google.com


Synopsis : The daily life of an average working woman involves: a packed subway during the rush hours, a miserable old boss, juniors clawing their way up, mounting credit card debt, and a rusty and tired body... And above all, the worst is the endless housekeeping work that awaits her at home. But what if a handsome guy appears and takes care of all the housekeeping work for her? And not only that, what if he solves the problems in her complicated and confused life? In this drama, a male house helper does housekeeping works in different women's houses and tries to solve their issues.

Genres : Comedy, Romance

3. HANDSOME GUY AND JUNG EUM

source : google.com

Synopsis : This drama tells the story of a handsome and charming guy who is an expert of romance theories but not interested in love itself, meets a former athlete whom, after giving up her love because of harsh reality, decides to be a relationship counselor to make up for it. The drama portrays how they learn from each other to find a balance between theory and reality in love.

Genres : Drama, Romance




setakat ni thirty but seventeen tu baru episod 4 dan sha dah tengok keempat empat episod memang best! taksabar nak tunggu next episod hahaha harap harap taklupa la :p

your house helper pulak, baru habis 2 episod dan masih mendownload sekarang ni, nak balik layan kat rumah hahaha harap harap tak menghampakan.

handsome guy and jung eum pulak dah download semua episod, 32 episod uolls! tapi baru tengok 1 episod, tapi episod 1 pun macam best.

macam mana nak tengok sampai 3 kdrama ni? hahahaha kena tengokla jalan cerita kdrama ni sampai mana yang best, kalau rasa macam mengarut sangat memang sha tinggal jala :p siapa yang layan kdrama? cerita apa korang tgh layan sekarang?!




7/26/2018

SKINCARE OR MAKEUP?

by , in

Assalamualaikum

SKINCARE OR MAKEUP? | Hi korang! lama tak bersiaran gara gara takdak mood sebab gambar dalam phone yang sepatutnya nak buat review semua terdelete sebab format phone huaaaaaa padahal rasa macam dah save dah semua hm takpalah takdak rezeki.

source : google.com

so harini sha nak bercakap mengenai skincare or makeup? ha korang jangan salah anggap pulak, i do love both tapi sha more tu skincare. masuk watson ke guardian ke mesti pi bahagian skincare dulu tapi tak bermakna sha taksuka makeup. dulu masa mula mula kenal dunia kecantikan ni, sha memang suka makeup lagi, pantang jumpa barang makeup mesti nak beli tapi zaman tu zaman beli makeup kat pasar pagi, kiosk kiosk kat mall. ala yang tak ori tu huhuhuhu biasalah dulu masa sekolah mana nak cekau duit kan?

source : google.com

tapi bila dah cerdik sikit. dah selalu study pasal kulit kan, sha lebih suka bila kulit muka sha sihat. dulu sha selalu ingat kalau ada jerawat ka parut ka takdahal makeup boleh cover hahaha memang la boleh tapi takkan nak ke market pun nak makeup tebel sebab nak tutup jerawat dengan parut tapi kalau selesa takpa la, kalau jenis sha tempat ramai orang macam tu sha taksuka pakai makeup tebal tebal.

sekarang muka sha takdak la flawless macam muka muka orang korea tu tapi better dari dulu la, dulu blackhead, whitehead buat kenduri kat muka sentiasa. jerawat pun sama! suka sangat duk kat muka ni dulu. bila dah study pasal muka ni kan, bila tumbuh jerawat contohnya kat pipi terus search sebab apa hahahaha bila tengok sebab dan tanya diri sendiri ha memang pun cadar dah lama taktukar apa semua :p

source : google.com

sha takdak la pandai sangat bab kecantikan ni, tapi pada sha lah kan kalau muka tengah breakout baik jangan makeup tebal tebal sangat. ye sha tau, konfident hilang bila orang asyik tanya kenapa dengan muka, awat muka banyak jerawat, pasepa dulu flawless lani muka macam tu. paham, sha pernah jugak lalui semua tu, buat pekak ja. orang yang bercakap pasal kita ni, dia takpernah tau pun apa kita lalui, macam mana kita struggle nak jaga muka kita. tapi!!!! jangan duk ambik mudah pi pakai produk yang cantik dalam masa 3 hari pulak, takmau lahhh macam tu, pakailah produk yang selamat biar hasil dia lambat takpa jangan menyesal dikemudian hari nanti. bila kulit sihat percayalah yang makeup anda pun akan nampak cun! those yang dilahirkan muka yang jenis takdak masalah tolomg besyukur hahahaha sis jealous sangat!

kulit kusam? BACA NI
nak kenal jenis kulit? BACA NI
cari cleanser untuk muka berjerawat? BACA NI
nak kulit sihat & badan cergas? BACA NI
taktau nak try greentea apa? BACA NI


ps; sis takjual produk okay hahaha ni semua boleh dapat kat website/drugstore




7/23/2018

DRAMA : HANTU PUNYA BOS! (2016)

by , in

Assalamualaikum

DRAMA : HANTU PUNYA BOS! (2016) | Hi korang! doakan semoga mood nak berblogging kembali hua hua hahaha. semalam kan, sha bosan gila pastu sajalah bukak youtube channel tv3 malaysia. pastu tertarik dengan satu drama ni, apalagi tengok jelah. drama Hantu Punya Bos! ni drama tahun 2016 hahahaha dan sha takpernah tau pun wujud drama ni. masa tu sha tak tengok tv ke apa taktau la hahaha dan cerita ni best gila!!! drama ni adaptasi  novel dari karya Dekna Lee


Sinopsis Hantu Punya Bos! : Bekerja sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu.

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! Melatah! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?

--------------------------------------------------

gandingan intan najuwa dengan shukri yahya dalam drama ni memang buat sha tak senang duduk! habis 20 episod dari pagi ke malam. ingat nak sambung harini tapi takboleh behenti tengok hahaha. lakonan intan najuwa yang sangat kena dengan watak, dia kan macam happening sikit pastu dalam cerita ni dia melatah pulak kan hahaha habis gegor office si rayyan tu. yang shukri yahya pulak, dia ni memang hebat betul lah, jadi laki sweet menjadi, jadi laki kaki pukul jadi, dalam cerita ni jadi lelaki kerek tapi ada jugak sweet sweet pun jadi! adoi memang pelakon terbaiklah dia hahaha. drama ni takbosan sebab satu episod 20 minit je, ada jugak part yang takbest sha skip tapi kalau part intan najuwa dengan shukri yahya memang takkan skip muahahaha. 

korang pernah tengok tak cerita ni dulu? ke sha sorang je yang taktau hahaha. kalau korang nak layan cerita ni boleh g tengok kat youtube tv3 free je! kalau tonton kena byr hikhik :p


7/21/2018

RANDOM PHOTO OF THE WEEK #1

by , in

Assalamualaikum

RANDOM PHOTO OF THE WEEK | Hi uolls! selamat berhujung minggu semua :) siapa yang kerja kita geng! hahaha harini sha nak share random photo dari gallery sha sepanjang minggu ni. 


      gambar bunga raya




       

     

     

 




photo taken using ; redmi 4A
edited by : VSCO


sha paling suka gambar yang hujan ada kereta biru tu! haha, sekian. ok bye :P




7/20/2018

EDIT GAMBAR DENGAN KUJI CAM!

by , in

Assalamualaikum

EDIT GAMBAR DENGAN KUJI CAM! | Hi, im back finally! susahnya nak mencari mood nak menaip. dengan adanya kerja yang wajib dibuat ni, blog memang terabai sikit. bukan nak update taksempat, nak blogwalking pun taksempat, bukak blog pun taksempat adoi. ok, berbalik kepada tajuk sha tu, sha nak share dengan korang selama ni sha edit gambar secara cepat guna app apa. 

sha guna kujicam! sebab apa guna kujicam? sebab dia laju je boleh edit gambar kita jadi cantik. app ni bukan untuk flawlesskan muka atau hilangkan jerawat hahaha tapi menaikkan seri gambar tu. 

ha ni lah rupanya kuji cam tu

korang ada dua option sama ada nak ambik gambar guna kuji cam or nanti import dari gallery ke app ni. kalau sha, sha suka ambik gambar guna camera phone nanti baru upload kat kuji cam ni.


kalau nak ambik gambar guna kujicam, tekan tombol besar tu hahaha kalau nak mport pulak click dekat "LAB" tu


lepas korang click "LAB" tu naik lah macam ni dan seterusnya click "IMPORT" dan pilihlah gambar mana yang korang nak


bila dah import dia memang akan automatik edit sendiri, kalau rasa tak berkenan korang boleh edit semula. korang click kat hujung kanan atas tu (macam gambar diatas)


ha lepastu bolehlah edit ikut korang punya kreativiti. adjust filter, lightleak apa semua bagi kena dengan mata korang. kalau sha, selalu sha guna je apa yang dieditkan hahahaha

bawah ni sha share gambar contoh yang telah dieditkan ;-

sebelum

selepas

nampak tak yang gambar selepas tu lebih berseri? hahaha kalau taknak guna lightleak tu pun okay je, sebab filter dia semua cun cun. nak buang tarikh tu pun boleh, korang kena setting la yang tu. mudah je kan untuk orang yang malas nak edit gambar macam sha ni hahaha

korang selalu edit gambar guna app apa? pernah guna tak kuji cam ni? 

bye!







My Instagram