6/30/2018

LELAKI PUN LAYAK DAPAT SUPRISE!

by , in

Assalamualaikum

LELAKI PUN LAYAK DAPAT SUPRISE! | Hi korang! beberapa hari lepas sha ada tengok satu video yang viral kat twitter. seorang akak ni suprisekan suami dia yang dia dah pregnant! ya Allah nangis suami ni, bahagia sangat. dari komen komen yang sha baca, dorang mungkin dah kahwin lama tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. mesti dorang dah penat dapat soalan "bila nak ada anak" haih.... so tahun ni alhamdulillah isteri dia pregnant, sha tumpang rasa bahagia sebab sha tau rasa cemana bila orang asyik cakap pasal anak, bila nak ada anak, kenapa tak gi check... tapi sebenarnya sha bukan nak cerita pasal dorang hahahaha 

cerita dia macam ni, im having a ldr relationship with someone in Negeri Sembilan dan kitaorang memang takberaya bersama la jauh gila kot. sha takkan biarkan dia bazirkan duit nak datang sini hahaha so sha ambik keputusan untuk hantar something kat dia, dia pun bagilah alamat tapi mula mula dia macam takpercaya la sebab sha memang suka main main hahaha. pastu bila dah send gambar bukti sha ada pos something terus dia mcm syok hahaha comel betul sayang saya. pastu lepas 2 hari barang sampai.....


sha pos kan duit raya dengan gambar sha masa raya hahahaha yang plaster tu entah la main letak je :p tapi seronok tengok dia macam happy gila hahaha


tak susah pun kan nak buat lelaki bahagia? hahaha kadang kadang kita perempuan je selalu rasa dorang taknak semua ni padahal bila dah dapat ha tengok bahagia dia macam mana . takyah cakap pakwe, kawan sha yang lelaki pun kalau cakap nak belanja makan gumbira takpayah cerita, sanggup bangun awal semua. tapi tulah dorangkan jenis ego teruk muehehehehe

kadang kadang kita kena belajar hargai orang yang sayangkan kita, jangan ego sangat - sha pernah hilang orang sebab sha takpernah hargai masa dia ada tapi bila dia dah takde baru rasa sha sebenarnya perlukan dia. try bahagiakan semua orang yang selalu dengan kita, sha taktau lah tapi kalau sha, tengok orang sekeliling sha bahagia, orang yang sha sayang bahagia pun dah cukup buat sha bahagia. 

ha yang si penerima suprise ni dah boleh hantar rombongan dah kot :p ingat senang ke hakak kawasan nak sweet sweet macam ni? ;p :p (eh btw dia dah tunjuk iolls kat mak abah dia hiks #doabaikbaik)

ps; sepatutnya takshare pun kat blog tapi saja untuk kenangan.


6/30/2018

LIRIK SAMPAI KE HARI TUA | AIZAT AMDAN (OST JANGAN BENCI CINTAKU)

by , in



LIRIK SAMPAI KE HARI TUA | AIZAT AMDAN

jika ku radio
dan engkau lagunya
dan aku putarkan
hingga semua terleka

begitulah kita
ditakdirkan
untuk bersama

jika
ku air wudhumu
menjadi serimu
dalam lima waktu

jika
kau kuat percaya
akulah jodohmu
jagamu selalu

menarilah sayang
di hari bahagia
di bawah bulan bintang
kasih kita berdua

jangan bimbang sayang
kita harungi bersama
berdua selamanya.........

sampai ke hari tua....
mencintaimu....

kaulah watak utama
dalam setiap drama
yang sering dimainkan
menjadi kegilaan

begitulah kita
ditakdirkan untuk bersama

jika
ku air wudhumu
menjadi serimu
dalam lima waktu

jika
kau kuat percaya
akulah jodohmu
jagamu selalu

menarilah sayang
di hari bahagia
di bawah bulan bintang
kasih kita berdua

jangan bimbang sayang
kita harungi bersama
berdua selamanya.........

sampai ke hari tua....
mencintaimu....

jangan bimbang sayang
kita harungi bersama
berdua selamanya.........

sampai ke hari tua....

hingga ke akhirnya
kaulah cinta terindah
engkaulah satunya
sampai ke hari tua

menjadi milikku
hingga ke hujung nyawa
mencintai mu....
mencintai mu....
mencintai mu....
6/30/2018

JALAN JALAN TANPA ARAH DI AMAN CENTRAL

by , in

Assalamualaikum

JALAN JALAN TANPA ARAH DI AMAN CENTRAL | Hi! entry ni sambungan daripada cerita pi pekena ssamjeang dominos pizza (BACA SINI) - ok kan lepas makan pastu takkan nak balik rumah teruskan? penatlah bersiap dua jam sebelum keluar tadi hahaha so kitaorang pun decide nak ke aman central walaupun tau takdak menda nak dibuatnya kat situ hahaha kecuali hehehe kena tunggu sampai habis entry..

gambar hiasan. sumber ; google.com

bila dah sampai aman tu kan, mula mula nk parking kat luar haha tapi sha malas jalan so kitaorang masuk parking bawah. ala murah je pun kena bayar daripada biarkan kereta kena panas kat luar tu kan :p alhamdulillah lah senang gila, masuk je terus jumpa parking. dekat dengan pintu masuk pulak tu, biasalah hari sekolah kan manalah nak ada orang sangat.

mula mula nak cari watson tapi sha menyampah betul lah dengan aman hahaha dia punya tempat ya Allah sumpah susah gila nak cari. berapa kali dah duk pi tapi masih takboleh nak tau nak naik lif mana semua -_- bila jalan jalan nampak popular, sha cakap lah rindu bau buku so kitaorang masuk pastu kan dorang yang beli banyak hahaha sha beli satu je poadahal sha nak masuk. pastu dah settle beli semua, misi mencari bekas pen untuk awa sebab dalam popular boleh tahan jugak mahal :p jumpa la kedai ni, dan memang cantik la bekas pen tu RM6 taksalah. pastu jalan jalan lagi selagi takjumpa watson, naik atas sekali nak tanya pasal phone leka, asyik demam je iphone dia. kata si penjaga kedai, masalah battery/software. tah lah sha tak pro sangat iphone ni. lepas tu teruskan perjalanan pi watson, dah jumpa masuk takbeli mende pun jeng jeng jeng. dapat masuk watson pun jadilah, dah la kad watspn sha entah kemana ni semua sebab suka sangat tukar purse la -_- masa nak balik tu singgah beli aiskrim mcd 


nampak anak panah tu? dia duk hingaq dah tu sorang sorang. hey hampa ni semua nak ambik gambar hahaahhaa benda wajib kot ambik gambar :p pastu turun ground floor, si awa nak beli tealive while sha dengan leka dah bertepek kat kerusi tu nak makan icecream bagi habis sbb macam kenot go tapi habis jugak. lepastu terus gi beli sushi! yayyyyy sha haritu dah dapat tapi makan sambil mengantuk takbest takfeel hahahaha


sha main ambik je yang mana berkenan haha ni sebenarnya bukan untuk ambik gambar tapi cari yang kawan sha punya sushi. boleh pulak duk paling bawah -_- tu jadi macam ni ha. sha upload kat status whtsapp semua macam "uish banyaknya" "orang belagak ja makan sushi" hahahaha padahalk sushi ni murah je kot. korang suka sushi tak?! lepas balik aman ada lagi tempat kitaorang pergi, ha nantikan :p :p



6/29/2018

SSAMJEANG BUDDY COMBO WITH FAV GIRL!

by , in

Assalamualaikum

SSAMJEANG BUDDY COMBO WITH FAV GIRL! | Hi, first of all sha nak mintak maaf sebab belum umumkan pemenang giveaway sha tu sebab harini baru mampu nak hadap pc. sekarang musim demam agaknya, sha pun terkena sekali takbehenti henti bersin ni (doaakn saya cepat sihat). ok back to the topic, hari selasa haritu sha dan kawan kawan sha keluar walaupun masih takcukup geng sebab ada yang kerja. sha teringin sangat nak makan dominos pizza, taktau lah kenapa dan dorang ikutkan jelah haha

kitaorang makan dominos yang kat as, salah kitaorang adalah pi time lunch hour hahaha memang busy lah time tu tapi okaylah suka dengan tempat dia, kitorang sembang macam duk rumah sendiri lah cerita dia haha


selfie pastu send kat group. lepas beberapa minit menunggu ada jugak la dalam 7-10 minit, yang ambik order panggil kitaorang. kitaorang dah tau dah nak makan mende so terus order lah.

tengah order

pastu dah settle semua, sambung balik menyembang. kitaorang kalau jumpa kan dia macam banyak gila benda nak cerita. makin besar ni kan sumpah susah gila nak jumpa serentak, haih taktau lah bila dah masuk fasa kahwin hahaha dah la duk nampak bakal bakal suami masing msing duk jauh.


finally its here! time ni memang waktu lunch betul betul lah, lapar weh hahaha saja pagi tu takmakan apa sebab takmau lapar :p sebaik taksakit perut. makan 3 orang, licin selicin licinnya :p

Regular Ssamjeang Pizza (Chicken)

REVIEW : sedap weyyyyy! ingatkan pedas gila tapi takpun sha memang boleh menghayati lah pizza ni, kitaorang ambik yang tebal dia sederhana (eh) memang telan sampai habis lah takdaknya hujung roti tu takmakan ke apa. sha bagi 10/10!

Ayam Haseyo

REVIEW : yang ni pun sha ingat pedas gila la haha tapi rasa macam ayam masak kicap je :p sha taktau lah kenapa sha duk rasa semua makanan yang set ni sepatutnya pedas. sha suka ayam ni sebab kecik kecik senang nak makan. sekali gigit je, isi pun lembut je. sha bagi 8/10!

Garlic Twisty Bread

REVIEW : this one is penyelamat kalau tergigit cili kat pizza or bila kalau tetiba makan ayam terasa pedas hahaha. sha suka roti ni, lemak lemak githew tapi bila makan banyak banyak dia macam something wrong kat lidah hahaha :p sha bagi 7/10!

so selesailah sesi makan kitaorang tengahari tu. pastu tau tak masa nak bangun dah dengar dah ura ura "tak kenyanglah jom pi cari makanan lain" hahahaha kitaorang pun teruskan perjalanan ke Aman Central tapi nanti akan diceritakan di blogpost seterusnya (insyaAllah :p) so! for those yang masih takpi try tu boleh lah pi try sebab ada dengar yang dah bye bye soon hahaha. kalau tertanya kenapa sha tak try yang udang punya sebab sis takleh makan udang :3 OVERALL sha bagi 9/10 bintang untuk dominos pizza!

Alamat : Domino's Alor Setar 2
213 (A,B,C) Medan Putra, Seberang Jalan Putra, 05150 Alor Setar, Kedah
Phone : 1-300-88-8333





ps; semua kenyataan diatas adalah 100% dari sha sendiri/tidak disponsor


6/25/2018

SATAY TAKSEDAP JADIKAN SATAY GORENG?

by , in

Assalamualaikum


SATAY TAKSEDAP JADIKAN SATAY GORENG? | Hi korang! alhamdulillah tamat sudeh sha punya giveaway walaupun sendu hahaha tapi takpe insyaAllah esok sha bagitau pemenang. cerita yang harini sebenarnya terjadi khamis lepas tapi macam biasa malas nak edit gambar nak masukkan dalam pc and what so ever, ditambah pula dengan internet yang slow heh.

so khamis petang yang lepas sha pi satu pasar malam ni, sha memang dah lama lapar satay sebab time bulan puasa beli satay tapi takleh makan banyak sebab cepat kenyang hahaha so sha singgah la pasar malam ni dengan cousin sha, beli satay ayam 20 cucuk & ayam gunting pastu balik. masa first rasa tu sha ingtkan tekak sha ja yang rasa taksedap tapi cousin sha yang budak tu terus cakap "kaklong taksedap la" so memang betul lah taksedap kan :p budak budak mana pandai menipu

tiba tiba naik mentol atas kepala, gorengkan je satay ni dengan kuah dia mana tau sedap. and you know what....


sedap gila tau tak????? kenapa tah selama ni takpernah terfikir nak gorengkan je satay dengan kuah dia hahaha tapi sebelum ni satay sha beli sedap je even makan tanpa kuah hahahha. cara dia senang je, panaskan kuali, masukkan satay tu pastu masukkan kuah dia hahaha kacau kacau settle~ ni bukan nak share resepi eh, karang kena kecam pulak takbagi sukatan la apa la buuu. ok tu je nak share hikhik

ps; cantikkan mangkuk tu? RM2 ok bai :P

6/24/2018

LIRIK LAGU DERITA | ISMA SANE

by , in


LIRIK LAGU DERITA | ISMA SANE

Ku sangkakan kau permata
Tapi hanyalah dimata
Bagai duri yang melukai
Diri ini

Sejujurnya ku tiada
Teman lain dihatiku
Kau berubah tanpaku rela
Mengapa ini terjadi

Chorus *
Kau katakan sayang tapiku terluka
Egomu menggunung
Kau tak pernah mengalah
Padahal dirimu, punca semuanya

Bagaimana lagi harusku terima
Jika kau begini
Yang selalu menyakitiku
Walaupun bersama, kau selit derita

** (Ulang)
Kau katakan sayang tapiku terluka
Egomu menggunung
Kau tak pernah mengalah
Walaupun bersama, kau selit derita
6/22/2018

365 DAYS

by , in

Assalamualaikum

365 DAYS / 22 JUN | Hi, sekejap je dah setahun. macam tak sangka, macam takpercaya tapi sayang - bukan jodoh kita nak teruskan lagi banyak hari bersama. rasa macam dah banyak sangat saya rancang nak buat aktivit dengan awak, nak melancong sama sama, nak makan sama sama tapi ....... saja tulis entry ni supaya nanti boleh ingat yang saya pernah dibahagiakan awak, awak pernah buat saya tersenyum gembira, pernah buat saya menangis, saya pernah lukakan awak, saya pernah sakitkan awak ; ya awak. 


tipulah tak sakit, tipulah tak terluka tapi siapa kita nak lawan semua yang dah ditetapkan. Allah je tau banyak mana sayang saya kat awak.... kepada awak yang nun jauh disana ;  terima kasih kerana hadir semasa saya perlukan seseorang untuk menghiburkan diri saya. awak datang tanpa disangka untuk kali kedua dalam hidup saya - Alhamdulillah kali kedua awak tegur baru saya tau awak wujud :p saya masih ingat awak tegur saya buat kali kedua (tahun 2017) dan kali pertama (tahun 2016) dan sekarang selepas setahun kita terpaksa hadapi perpisahan.

Allah tidak akan mencabut sesuatu dari anda, melainkan untuk memberikan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan. Dan redha adalah perkara yang sukar melainkan dari hati yang bersabar dengan ikhlas dan jiwa lapang untuk melepaskan. 

semoga kehidupan kita lepas ni, kehidupan yang terbaik buat kita. semoga kita lebih bahagia dengan kehidupan masing masing. semoga lepas ni bila kita terjumpa balik, kita masih boleh bertegur sapa, kita masih kawan tapi bukan sekarang (bagi masa dulu nak moveon). saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak, dapat tengok awak bahagia pun dah cukup untuk saya..... jaga diri, jaga iman, jaga hati. jaga mata & semoga Allah permudahkan segalanya

Salam Jumaat semua :)
6/21/2018

TRYING OREO THINS : TIRAMISU & LEMON CHEESECAKE

by , in

Assalamualaikum

TRYING OREO THINS : TIRAMISU & LEMON CHEESECAKE | Hi korang! semalam saja singgah kedai sebab ada benda nak beli tapi terjumpa satu benda yang nampak sedap ni, terus takbeli benda lain hahaha padahal maklamat utama nak beli benda lain, eh eh


taktau lah kenapa nampak menarik sangat dua ketul ni hahahaha dan sha taktau pun benda ni wujud. actually semalam ada 3 perisa - tiramisu, lemon cheesecake dan vanilla. tapi takbeli pun yang vanilla sebab kureng suka kalau biskut vanilla ni, kalau aiskrim vanilla suka la.


OREO THINS ; LEMON CHEESECAKE

OREO THINS ; TIRAMISU

packaging dalam kotak, suka sangat buat macam ni 

nipis tak uolls? yang ni perisa tiramisu

sisi tepi 

sha takdak masalah pun dengan makanan ni, yang tiramisu tu memang sedap. yang lemon cheesecake tu takboleh go lah, rasa lemon kuat sangat. takdak rasa cheesecake pun :( sha suka jugak yang peket dalam tu, bagusnya buat peket gitu kan, senang nak bawak gimana mana takdaklah kena angkut sekali kotak tapi kalau uollls nak tau sekotak oreo thins ni RM 3.75 &&&& tak worth ok? baik ambik yang biasa tu je. ni sebab teringin nak rasa je. packaging dia pun cun sebab tu tertarik.

ps ; sorry gambar tak clear sebab dah malam baru smpai rumah dan ambik gambar, lighting tak cantik.










6/21/2018

LIRIK LAGU SEHARUSNYA | AEPUL ROZA

by , in

Lirik: Aepul Roza
Lagu: Aepul Roza, Daus SRK, Syed Syahmir

LIRIK LAGU SEHARUSNYA | AEPUL ROZA

seharusnya kau tahu
betapa aku perlukanmu
biar hari berubah
tetapkan sama
cintaku takkan pudar

semua ku serahkan
segenap hatiku mendambakan
kehadiranmu menghapuskan sepi
yang lama menghimpit jiwa

seharusnya kau dan aku saja
buat selamanya....

semua ku serahkan
segenap hatiku mendambakan
kehadiranmu menghapuskan sepi
yang lama menghimpit jiwa

sayangku sempurnakan
kekosongan kasih ku nantikan
engkau hidupku
diseluruh jantungku
hanya inginkan kamu...

hanya kamu
hanya kamu
hanya kamu

6/20/2018

MENCARI TAYAR & SERVIS KERETA? JOM KE MYTAYAR.COM

by , in

Assalamualaikum

MENCARI TAYAR& SERVIS KERETA? JOM KE MYTAYAR.COM | Hi korang! Harini sha nak kenalkan korang dengan satu website yang ala ala trivago tapi website ni khas untuk tayar kereta dan juga servis kereta. Objektif utama website ni adalah untuk menyelamatkan duit para - para pengguna kereta daripada ditipu oleh kedai kedai yang tidak bertanggungjawab seperti menaikkan harga sesuka hati, atau menyediakan perkhidmatan yang ala kadar kepada pelanggan dan dikenakan bayaran yang tinggi. Sedar tak sedar perkara ni selalu berlaku terhadap pengguna wanita haha

Website yang sha maksudkan adalah MYTAYAR.COM - Jimat , Mudah dan Telus. Sekarang, mytayar.com dah mempunyai 120 Network Workshops yang bekerjasama untuk bersikap jujur ​​dan berminat untuk berkhidmat kepada pengguna. Antara workshop yang terlibat adalah diarea Klang Valley, Johor Bahru dan Ipoh. tempat lain takde ke? Haaa dorang pun tengah berusaha nak menambahkan lagi Network Workshops dorang ni di serata Malaysia.

Kenapa mytayar.com? kalau korang nak tau banyak manfaat yang korang boleh dapat bila membeli tayar dari website ni, sebab korang boleh buat perbandingan harga antara bengkel bengkel sebelum membeli tayar. Selain itu, pengguna juga dapat menikmati perlindungan apabila membeli melalui website mytayar.com. Pihak mytayar.com sangat menitikberatkan mengenai harga yang ditawarkan dan jika ada percubaan untuk menipu pelanggan, pihak mytayar.com akan mengambil tindakan berat.

Dibawah ni sha share dengan korang yang nak membeli tayar, cara cara untuk membeli tayar melalui website ni


1. Search mytayar.com di google.com
2. Masukkan semua maklumat yang diperlukan seperti jenis produk/jarak/tempat anda berada dan click “Get Your Search Result”
3. Keluarlah result yang korang search tadi


4. Dibelah kiri tu korang boleh filter bajet korang, nak tayar jenama apa dan sebagainya. (ala macam shopping kat lazada haha)

5. Pilih tayar mana yang korang nak dan klik “GRAB NOW



6. Masukkan details korang, nak tayar banyak mana kan. Ni sebagai contoh sha ambik 4 biji tayar dan korang kena bayar deposit RM 6.50 untuk 1 tayar so total depo untuk 4 biji tayar - RM 26. Baki perlu dibayar semasa dah settle semua nanti dan deposit tidak akan dipulangkan ye kalau takjadi hehe



7. Last but not least - checkout dan bayar


Sebelum buat bayaran korang kena login dulu dan kalau korang belum ada akaun boleh signup, ala mudah je. Macam mana nak bayar? Korang boleh bayar melalui online banking/Credit Card / Debit Card / PayPal

Kalau korang masih kurang faham dengan apa sha terangkan korang boleh rujuk step kat bawah ni :)


kepada pemilik pemilik kereta tu, selalulah servis kereta ye supaya tak berlaku perkara yang tak diingini. Tambahan musim perayaan ni, nak balik kampung ke nak jalan jauh jauh ke pastikan check tayar kereta dan jangan lupa servis kereta!

Facebook : https://facebook.com/ mytayardotcom






6/18/2018

EPISOD PENUH DRAMA TI AMO, SWEETHEART 100 HARI

by , in

Assalamualaikum

EPISOD PENUH DRAMA TI AMO, SWEETHEART 100 HARI | Drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari merupakan sebuah drama yang diadaptasikan daripada novel bertajuk sama hasil nukilan Suri Ryana. Drama 5 episod ni ditayangkan di Astro Ria 104 & Ria HD 123 pada hari raya pertama - kelima pada pukul 7 malam.


PELAKON : Zul Ariffin, Neelofa, Nur Qistina Raisah, Scha Alyahya, Fahad Iman, Elvina Mohamad, Syerinie Myra, Raja Afiq, Adam Shadan, Sharifah Shahora, Mustapha Kamal

SINOPSIS TI AMO, SWEETHERT 100 HARI

Kisah kesabaran dan cinta seorang isteri bernama Malissa yang penuh dengan dugaan apabila suaminya Iskandar hilang tanpa berita. Malissa ditinggalkan oleh suaminya Iskandar setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar.

Malissa ke Rome selepas mendapat maklumat yang suaminya di sana. Dengan bantuan Faliq, Malissa mula mencari Isaac Iskandar.  Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.

Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu? Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?

“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”


EPISOD PENUH DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI


6/18/2018

RAYA IS CANCEL!

by , in

Assalamualaikum

RAYA IS CANCEL! | Hi, salam 4 syawal! dah kembali bekerja pun harini, sob sob. takpuas lagi nak cuti sebenarnya, nak cuti lagi sebab cuaca kat kedah ni mendung je, syok je kalau buat taik mata. eh kejap, asal dengan tajuk entry sha ni haha. ha meh nak cerita, so first day hari raya haritu sha bertepek je kat katil sebab pening. a day before raya dah busy teruk kan, so malam raya tertidur awal. pastu bila tertidur awal haruslah terjaga tengah malam. pukul5 pagi baru boleh lelap balik hahahaa tiba tiba pulak ex whtsapp kan, raya raya ni takkan nak marah lagi hal hal lama hahaha :p pastu pagi raya bangun nak mandi peh sakit kepala takyah cakap lah, dengan bising orang semua beraya hahaha. begitu lah cerita first raya sha :') dah la tahun depan niat nak beraya kat rumah mak mentua hahahahahaha :p

second day pulak, macam tu jugak pening jugak padahal takmakan daging banyak pun. ya Allah rasa lesu gila lah badan T___T tapi tengahari tu mandi rasa segar sikit terus ajak nazirah pi meraya. barulah ada ootd raya haahaha!


kitaorang mula mula ingt nakpi beraya kat kfc je, pastu ws kat group dan awa free, pi jelah rumah dia haha. makan kenyang kenyang pastu pi selfie belakang rumah, sebaik sekarang sawah padi tengah hijau.

          
perempuan dengan selfie manalah boleh pisah kan!


lepas settle raya rumah awa, sha dengan nzirah teruskan perjalanan hahaha saja pusing pusing kat kerpan - ayer hitam pastu duk tengok jalan jem sebelah nak ke perlis hahahahaha stress jugak la tengok sebab panjang kemain, lepas tu singgah kfc dan warong hijrah. taksangka kot raya kedua dah bukak hahaha. kitaorang takmakan pun tapi pekena ais milo kepal je. lepas tu hantar nzirah balik dan sempat lagi ootd tau!

ootd belakang rumah nzirah
dikesempatan ini, sha nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, andai ada yang tersalah bahasa, terasa hati dengan apa sha tulis, sha memohon 10 jari memohon ampun dan maaf. since saya masih tak kahwin, siapa nak bagi duit raya boleh pm ok? :p








6/11/2018

MY FAVOURITE MASCARA! & TIPS!

by , in

Assalamualaikum

MY FAVOURITE MASCARA! & TIPS! | Hi korang! macam takpercaya lagi 3 hari nak raya. dah ada mood nak raya belum? kalau sha, haritu memang ada mood nak raya tapi disebabkan dua tiga benda takbest jadi terus takdak mood. doakan sha dapat baju raya dalam masa terdekat ni haha! ok, berbalik pada tajuk entry sha, harini sha nak cerita pasal mascara. sha seorang yang sangat mementingkan bulu mata sha, sha taklukis kening tapi kalau kluar wajib pakai mascara dan ada orang tak kisah pasal mascara tapi wajib lukis kening, betul tak?

sebenarnya dulu sha tak kenal pun eyeshadow ka mascara ka blusher ka apa haha masa form5. masa habis SPM la cerita dia hahaha punyalah tak prempuan dulu dulu :p sha ingat lagi first time sha beli mascara sha beli SILKYGIRL EYE OPENER sebab tu je yang murah muehehehehe lepas dari tu banyak jugak la try mascara kan, biasalah teringin tengok orang post kat fb. tapi yang sha masih setia sampai sekarang 3 ni ja


ni lah buah hati pengarang jantung bulu mata sha haha. sha takpakai lah sekali 3 tapi kadang kadang pakai jugak bila takleh solat :p memang melaram lebih lebih la time tu muehehehe

1. SKINNY MICROCARA



mascara ni paling murah haha yang ni sha beli kat shopee RM3 something. kalau kat luar ada jugak RM5-RM 10. sha suka mascara yang ni sebab berus tu kecik, senang nak guna tambah tambah kat bulu mata bawah yang pendek tu! selalunya sha guna masa gi kerja atau keluar pi pasar. tapi satu jelah takbest mascara ni tak waterproof hehehe and yes, i use cheap mascara huhuhu


2. SILKYGIRL EYEOPENER


recommended for those yang kurang bajet tapi nak mascara yang kebaboom. hello mascara ni RM 10 ++ tapi waterproof okay? kalau nangis kena reject dengan crush pun belum tentu mascara korang luntur sekali hahaha tiberrr. dulu sha memang suka gila lah mascara ni tapi sekarang kureng hahaha belagak lah kan dah ada yang lain. tapi mascara ni memang okay, korang akan rasa keajaiban yang berlaku bila korang pakaikan kat bulu mata korang, terus korang akan rasa "eh taksangka aku ada bulu mata" kalau korang mempunyai bulu mata yang pendek macam sha la. 

3. THE FALSIES PUSH UP DRAMA


sha beli yang ni masa bulan 10 last year, masa mycybersale. sebab sha beli ni sebab sharifah rose guna! korang kenal tak sharifah rose? ala yang ada senyuman yang manissss tu! hahaha sebab dia kot sha beli macam tak logik kan? tapi pasalnya, sha tengok dia guna terus bulu mata dia jadi cantik, sha apa lagi terus search - add cart - bayar tunggu barang sampai hahaha. memang best mascara ni, bulu mata nampak satu satu tapi mahal jugek la sebab RM 39.90 kalau taksales hahaha so sha berhajat nak beli masa mycybersale this year pulak hahahaha


TIPS : 
1. sebelum pakai mascara kepit bulu mata dengan eyelash curler dulu
2. sapukan vaseline sebelum pakai mascara supaya bulu mata nampak kebabooom
3. boleh jugak gunakan bedak baby untuk tebalkan bulu mata korang [ pakai mascara - letakkan bedak (guna jari pun boleh) - pakai mascara kali kedua ]


sha takdelah pandai snagat bab bab makeup ni, kalau salah jangan kecam ye hahaha ha siapa yang belum beli mascara tu, tunggu apa lagi harini watsons last sales! hahaha bai



6/10/2018

PENTAXYL ATASI PELBAGAI MASALAH

by , in

Assalamualaikum

PENTAXYL ATASI PELBAGAI MASALAH  | Hi korang! Zaman sekarang tak kira tua muda memang menitikberatkan mengenai hal kecantikan kan? Biasalah semua orang nak nampak cantik, luar dalam gitu. So harini sha nak share dengan korang satu produk yang sha baru guna ni dan korang wajib baca sampai habis sebab ada suprise!


PENTAXYL - Intensive Therapy For Fine Line And Wrinkles (118ml)

Kalau korang nak tau produk ni datang dari America dan produk ni sangatlah terkenal disebabkan keberkesanannya! Produk ni juga mengandungi Acetyl Hexapeptide-3 yang mana merupakan salah satu bahan yang dapat mengelakkan kedutan (Anti - Wrinkle). Produk ni boleh digunakan di muka dan juga di badan. kebanyakkan artis artis di luar negara menggunakan produk ni bagi mengelakkan penuaan dan artis dari Taiwan adalah salah satunya. dengan menggunakan produk ni, korang boleh nampak kesan sekurang kurangnya dalam masa 2 minggu.

       

bahagian depan dan belakang kotak


 korang nak tau  apa KELEBIHAN PRODUK ni?

1. dapat mengurangkan kedutan terutamanya di kawasan kening, dahi dan kawasan mata)
2. dapat menganjalkan semula kulit
3. dapat melembutkan kulit dan juga menyekatakan warna kulit
4. dapat mengurangkan penampakkan stretch mark

          

bahagian hadapan dan belakang Pentaxyl

Antara BAHAN - BAHAN YANG DIGUNAKAN dalam produk ni adalah ;-

1. Acetyl Hexapeptide-3
2. Palmitoyl Oligopeptide
3. Bearberry & Licorice Extracts
4. Vitamin A - semua sedia maklumkan yang vitamin A memang bagus untuk kulit dan menjadikan kulit lebih lembut dan sihat.
5. Vitamin C 
6. Vitamin E
7. Matrixyl® 

      


CARA MENGGUNAKAN : Pastikan bahagian yang korang nak sapu tu bersih dan tidak basah. Urutkan Pentaxyl ini secara membulat (circulat motion) sehingga produk meresap ke dalam kulit. Untuk keputusan yang positif - guna 3 kali sehari dan jangan melebihi 3 kali penggunaan dalam masa 24 jam


TESTIMONI :-





@mhk_health_beauty says, “Pentaxyl is efficient on reduce stretch mark. It solve many  mother's annoyance. 1)Pentaxyl contain Acetyl Hexapeptide-3, Palmitoyl Oligopeptide and Matrixyl, which reduce skin wrinkle and fine lines efficiently. 2)Helps reduce uneven skin tone 3)Helps tighten skin & improve skin health”.

@hsuanhankuo says,  ‘Originally, I didn’t think my feet could be saved.  Not exaggerating as a woman who often fall off bikes.  I am rubbing it.  It’s a lot better’.


MY REVIEW : sha suka bau PENTAXYL ni, bau dia macam ada bau bau mint sikit. so no worries la siapa yang rasa bau produk ni ada bau ubat ubat. sha guna produk ni kat tapak kaki sha sebab tapak kaki sha memang kering teruk, alhamdulillah dah semakin lembut tapak kaki sha, boleh la beraya dengan gembira. ni kalau tak malu malu bila orang tanya kenapa dengan kaki sha hehe sha pun ada jugak suruh adik sha sapu kat parut bekas dia excident itu hari, nampak macam semakin pudar parut tu.


kepada yang berminat dengan produk ni terutamanya ibu ibu mengandung yang taknak ada stretch mark tu boleh cuba produk ni tau! memang bagus sangat. walaupun pregnant mestilah kena cantik untuk suami kan ^^-

BUY HERE - PENTAXYL 118ML

dan berita baik yang sha cakap masa mula mula tadi tu adalah :-

NEW CUSTOMERS WHO REGISTER TRU THE LINK ABOVE ARE ELIGIBLE 20% OFF BY USING CODE "20OFFMA" !!! (Valid until 31 July 2018)

** this is a sponsored post but all opinions are mine
6/08/2018

BERBUKA PUASA DI PUJI ARABIAN DELIGHT

by , in

Assalamualaikum

BERBUKA PUASA DI PUJI ARABIAN DELIGHT | Alhamdulillah harini dah masuk hari ke 23 kita berpuasa, sedar tak sedar harini jumaat terakhir Ramadhan 1439H. so semalam sha berkesempatan untuk berbuka puasa kat luar. terima kasih kakja dan sekeluarga sebab belanja. kitaorang bertolak ke tempat kejadian pukul 5.55 petang macam tu sebab takut jam, pakai waze ok :p sampai sana pukul 6.30 petang gitu, not bad la takjam sangat sebab tak ikut jalan utama. bila sampai cari meja apa semua, mmg taksangka yang berbuka bawah khemah macam khemah kenduri tu hahaha ingatkan makan dalam restoran sebab sha mmg pernah makan kat situ masa 2015 hahaha.

sampai terus nak selfie budak budak ni haha

makanan boleh diambil pukul7 & sup dengan sambal boleh ambik pkul 6.50 macam tu. kitaorang pun gilir gilir lah gi ambik semua tu. sebab ramai kan, 4 meja hahaha

taknampak sangat banner pun disebbakan cahaya 

belom buka puasa dia dah bukak dulu hahaha

PUJI ARABIAN DELIGHT - NASI ARAB YAMBING

kitaorang decide untuk ambik yang dalam talam je sebab senang la takyah semua beratur sebab ada budak budak pe semua, satu talam untuk 4 orang - Nasi Arab Yambing. dan yang bestnya kat sini, air free dan makanan tambah free tapi tengoklah banyak mana kan? boleh ke nak tambah lagi hahaha

saja suka ambik gambar pemandangan gitu

MY HONEST REVIEW : sha rasa orang kedah memang tau kot tempat ni, nasi arab dia memang power habis la, dengan banyak dan harga yang berpatutan. sha suka nasi dia, kambing dia, ayam dia, sambal dia haha sup kureng sikit. yang best dorang siap sediakan lemon lagi, untuk perah atas kambing kot? hahaha tempat pun selesa walaupun ramai gila orang time bulan ramadhan ni, senang nak cari parking, staff friendly. sha bagi 10/10 bintang! korang yang mai kedah wajib try ni nasi arab ni tau.


Facebook : Nasi Arab PUJI
Alamat : Kampung Tok Bidan, 05460 Alor Setar, Kedah
No. Phone : 013-474 7672







My Instagram