DAY 3: EIGHT WAYS TO WIN YOUR HEART




Assalamualaikum. macam susah betul nak habiskan 10 days challenge ni, jom teruskan untuk day 3 hahaha → DAY 1 | DAY 2

bila bercakap mengenai hati ni entah lah, tak pro sangat tapi kalau nasihat orang memang pro hahaha so jom baca cara memenangi hati sha haha


1. BERFIKIRAN MATANG 

sebagai seorang perempuan yang selalu berfikiran tidak matang sha memerlukan seorang lelaki yang berfikiran matang supaya taksalah buat keputusan or wat so ever. maksud matang kat sini bukan semua benda nak kena serius, mesti boringkan kalau macam tu? haha maksud sha bila ada masalah or salah faham ke apa boleh bawak bincang.

2. KELAKAR 

yang ni antara yang terpenting untuk mencuri hati sha. boringlah kalau kenal dengan orang yang asyik nak serious je. bayangkan kalau sembang ke apa kena serious je, takboleh melawak. haha ingat sembang pasal politik ke bang? aduh stress sis haha. kadang kadang buatlah benda lawak sikit, biar sama sama terhibur, githew

3. BERSEDERHANA

mesti tak bestkan kalau kenal dengan orang yang suka bangga banggakan diri dia haha memang tak salah okay nak bangga diri sebab kita yang bawak diri kita ke tahap tu tapi kalau terlebih bangga mesti rasa menyampah yes. menyampah u! so its better if awak seorang yang bersederhana :) bersederhana dalam semua perkara tau, just make it simple, sha pun seorang yang simple dan sederhana. kita takpayah pun makan kat hotel 5 bintang, bazir. kita makan je kat mamak pun dah ok haha

4. MEMAHAMI

rasanya yang ni penting jugak kot. sha memang takdelah busy mana pun tapi kalau sha rasa nak rehat maknanya memang nak rehat haha. kiranya kena faham yang masing masing ada life masing masing bukan 24 jam nak kena contact each other, nak kena jumpa setiap hari. nanti kahwin takdenye nak macam tu ← makcik sha cakap 

5. BERTANGGUNGJAWAB

bertanggungjawab, yes! bertanggungjawab. bertanggungjawab terhadap family si dia tu yang penting. suka betul tengok lelaki yang bertanggungjawab ni. rasa macam one in the million hahaha. 

6. PENYAYANG

mestilah kena penyayangkan haha takkan lah nak yang panas baran pulak. tengok lelaki main dengan kucing pun boleh tau dah dia penyayang ke tak haha kalau lelaki tu takut kucing, mungkin boleh tengok dia bermain dengan baby, mesti ada sifat ke-abah-abah-an hahaha

7. WAJIB SUKA MAKAN

haruslah suka makan, sebab makanan buat sha bahagia. bahagianya hidup kalau dapat seseorang yang suka makan macam kita. setidak tidaknya nanti kalau sha masak apa apa pun, dia makan je hahaha takde nak menolak makanan yang sha bagi pastu bolehlah gi try makanan baru ke wuwuuw bestnya!

8. BUKAN SWEETALKER

please say no to a sweetalker because he gonna broke your heart into a pieces *oh my english* berdasarkan pengalaman sha yang lalu haha seorang yang sweetalker ni, forever a sweetalker huhu banyak sangat kot gula kat rumah dia haha, kalau jenis first day kenal dah bersayang sayang memang boleh nampaklah dia jenis sweetalker, hahaha so goodbyye!

susah betul nak listkan 8 ni pun haha sebab hati manusia kan, harini nak macam ni, esok nak yang main lain pulak, berubah ubah lah senang cerita. semoga sha mendapat jodoh yang membahagiakan hihi salam jumaat!

8 comments:

  1. waaa, bestnya main day challenge camni. senang nanti orang nak win your heart sebab dah ada list :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! sebab takdak idea nak menaip entry kenalah buat challenge supaya blog tak krik krik hahahaha ni list untuk harini, esk lain pulak :p

      Delete
  2. senang la org nak pikat..hanya baca list ni j..

    ReplyDelete
  3. mulut manis, dlm hati lom tau kan?

    ReplyDelete
  4. terimakasih atas informasinya, dan jangan lupa kunjungi kami di http://aromaessen.com

    ReplyDelete
  5. Wow.. keep it up Sha.. u can do it.. nice challenge..

    ReplyDelete