DAY 2 : NINE THINGS ABOUT YOURSELF




Assalamuaikum, sha ada challenge diri sendiri untuk update setiap hari tapi malangnya semalam no update sebab cuti hehe so jom teruskan challenge ni untuk hari kedua :p ( DAY 1 ).

1. SUKA MAKAN

ni bukan sha yang cakap tapi semua orang sekeliling sha cakap hahaha. kalau ada kedai baru buka kat kawasan rumah sha kan, sha mesti pi cuba hehe lepastu kalau kawan kawan nak ke kedai tu mesti dorang tanya dulu sedap ke tak hehe 

2. SUKA TIDUR

suka tidur sebab letih kerja lah (hahahahaha) tapi takdelah asyik tidur je, sha macam kalau takdak benda nak buat, sha pilih tidur dari makan (sepatutnya ni letak yang first kan) sebab bila tidur hilang letih, takpayah fikir pasal masalah hahaha

3. RAJIN MENGEMAS

ehem boleh jadi bakal menantu mak awak tak? haha yes! sha seorang yang sangat suka mengemas sebab mata sha takboleh tengok benda selerak, berterabur dan tak bersusun! a big no. kalau sha letih macam mana pun sha akan gagahkan jugak bangun dan kemas sikit, esok sambung hahaha

4. TAKPANDAI BERGAYA

sha tengok budak batch sha dah bergaya ala ala mak datin dah, while me - tshirt, slack + tudung crepe and done hahaha. cemana nak bergaya ni? takut nak mencuba sebab nanti nampak macam mak mak pulak kan (sha kan mok mok) hehe

5. MALAS

okay tadi rajin, sekarang malas pulak? (perempuan memang complicated haha) sha kalau dapat duduk atas katil sha memang malas dah la nak buat benda apa pun hahaha tambah bila hari cuti ka, takbergerak langsung takpe dari katil :p

6. SUKA MINUM AIR KOSONG

benda ni orang paling takboleh terima hahaha bila orang tau je sha suka minum plain water,dorang mesti macam "eee macam manalah boleh minum takdak rasa tu" hahahaha sha memang diajar untuk minum plain water sejak kecil lagi. dulu masa sekolah rendah jaranglah minum air kat kantin sebab sha memang bawak bekal air dari rumah. ala dulu senang je nak suruh bwk botol air ke sekolah, belikan botol comel, dia punya excited nak tunjuk kat kawan kawan tu lain macam rasanya hehe

7. SUKA MINUM GREENTEA

yang ni pun samalah macam cerita plain water. ok dulu sha pun takboleh telan greentea hahaha apabenda do rasa dia hahaha by the way ni bukan greentea yang krim penuh kat atas tau, ni greentea kosong hahaha sha akan minum setiap malam sebelum tidur. 

8. TAKBOLEH HIDUP TAKDA INTERNET

terukkan? tapi ni lah hakikatnya budak zaman sekarang (walaupun takberapa nak budak sangat) memang takboleh, rasa macam lifeless gila (teruknya :( ) sekarang kan semua guna internet hahaha 

9. SEORANG YANG GARANG DAN KUAT CEMBURU

orang selalu rasa sha takgarang sebab memang malas nak marah orang, buat habis tenaga je haha. yang kes cemburu ni baru sedar bila ada kawan tegur hahaha kenapa kena ada perasaan cemburu? yelah hati dah sayang ><

okay selesai untuk day 2 hehehe see u again! happy reading

2 comments: