DAY 1 : TEN REASONS WHY YOU LOVE YOUR JOB



Assalamualaikum,

so harini bermulalah 10 days blog challenge tu. harap harap rajinlah nak menaip lepas ni >< sha bekerja sebagai seorang kerani/pembantu kedai komputer. sha start kerja last year bulan 10. first time kerja haha memang kekok jugak lah mula mula tu tapi sha memang ada la basic pasal pc ni sebab sha dulu masa SPM budak ict.so lets start now : why i love my job!

1. TEMPAT KERJA TAK JAUH DARI RUMAH

ha, benda ni nampak macam takdelah penting pun kan? salah. awak salah! minyak motor sekarang mahal oh. setidak tidaknya kalau kerja dekat dapatlah jimat minyak motor sikit kan? zaman sekarang semua kena jimat haha

2. WAKTU KERJA MACAM WAKTU OFFICE : 8.30AM - 5.30PM 

since sha seorang perempuan, so family memang takbagilah kerja yang balik malam sebab kawasan sha bila malam memang sunyi macam takdak sorang pun wujud kat kawasan tu *lol tipu* alhamdulillah dapat kerja yang balik petang haha

3. DAPAT KERJA YANG KENA DENGAN MINAT

ni salah satu benda penting jugak, sebab bila kita buat kerja yang kita takminat, kebarangkalian untuk tidak ikhlas tu tinggi. hehe sha memang minat lah bidang elektronik ni. kalau kat kampung kan, makcik makcik yang takpandai nak update whtsapp ke fb ke memang dorang tunggu sha balik kerja pastu tahan suruh tolong updatekan (lol im serious hahaha) 

4. BOLEH LAYAN KDRAMA DENGAN WIFI YANG LAJU

ok yang ni. dulu sha bukanlah peminat kdrama, tidak sama sekali! lepas tu dah ada wifi kan hehe asyik tolong downloadkan untuk kawan je, try lah tengok kdrama semua tu. sekarang, kalau kawan kawan nak tau cerita apa best, sha lah yang dorang cari haha!

5. PERSEKITARAN KERJA YANG SUPER DUPER OK

kedai sha ni dia macam dalam kawasan rumah kedai. kebanyakkan cina la tapi semua sini kenal dah sha, ada uncle cina tu siap cakap sha anak angkat dia la hahaha segan nakk. kenapa sha cakap ok bukan okay? ha ha ha sebab ada la sikit kekurangan dia, dekat dengan kilang padi >< kulit sha dah la takboleh kena habuk dari padi tu adoi 

6. TAK BANYAK KERJA

hehe sha sebagai kerani takdelah 8 jam kerja, 8 jam kena hadap pc buat kerja pe semua, kadang kadang je macam tu, selalunya sha layan kdrama/movie/drama hahahaha macam mana boleh taksayang dengan kerja macam ni? ><

7. TAKPERLU BERSESAK SESAK BILA WAKTU BALIK

sha ada dua jalan untuk sampai ke rumah, dan semestinya sha pilih jalan kampung. baik hadap lembu tiap petang dari kena lalu ikut jalan yang penuh dengan kereta yang kadang kadang takpernah ada adab tu huhu

8. KERJA YANG JARANG STRESS

jarang means bukan takpernah haha. pernah je stress walaupun kadang kerja takbanyak sebab kadang kadang tu takde mood nak menaip even dah ada contoh kena ikut balik je. selalunya kejadian ni berlaku bila lepas rehat, kalau dah kenyang sumpah malas gila nak buat kerja.

9. BALIK KERJA STILL ADA MASA UNTUK DIRI SENDIRI

ok see, kalau yang kerja jenis balik malam tu, bila balik takkan nak boleh bermain bdminton kagi? mestilah tak kan haha so macam sha petang petang balik kerja nyempat lagi nak pi pasar malam, main bdminton, ronda ronda kampung hehe

10. KERJA KAT TEMPAT KERJA SAHAJA

ok mesti cakap alah kerja kerani takkan nak kena bawak balik kerja kat rumah. ha ha ha ha sha pernah terniat nak bawak balik kerja buat kat rumah (saja sebab nak acah busy) tapi bila ingat ingat balik, kerja kat tempat kerja dah la kan, kat rumah masa dengan family. 


walaupun 10 je tapi rasa macam banyak gila haha susah kan bila nak menaip tapi takdak idea ni, do u feel me? :( 

16 comments:

  1. No 10 tu paling petting.. habis waktu kerja, kunci laci, balik. Memang tak pernah bawak balik kerja ke rumah. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Saya suka kerja saya sekarang kerana kerja waktu yang flexible dan boleh work from home serta boss yang sangat memahami suka lah..

    ReplyDelete
  3. Kerja baik2 ya..zaman skrg ni susah nk cr koje.Mcm akk ni..koje dok umah je..boring gak..hehehe

    ReplyDelete
  4. Good luck sis for 10 days blog challenge..

    ReplyDelete
  5. Gigih ni...kalau akak kena tag lagi la..sure x buat punya..kena tgok mood gak...

    ReplyDelete
  6. eh sonok keje leh layan kdrama..ada keje ksosng x situ?haha

    ReplyDelete
  7. amboi.. sampai layan kdrama waktu kerja tu tak lah kot. haha. tapi minat jugak kdrama ni.

    ReplyDelete
  8. yup, setuju sangat dengan list tu.... especially kalau kerja yang kita minat, Insyaallah dipermudahkan

    ReplyDelete
  9. apape pon kerja kene lakukan dengan ikhlas.. in sya allah sentiasa diberkati..hehee..

    ReplyDelete
  10. Rindu pulak nk reja...
    Tp skrg kita reja ngn ank2 husbnd ja

    ReplyDelete
  11. Sempat lgi yer layan kdrama ..make sure wifi laju

    ReplyDelete
  12. apa kerja sekali pun ambil peluang utk belajar lebih dr apa yg kita buat skrg. mudah2an ada rejeki terbuka lebih luas.

    ReplyDelete
  13. onie 5 tahun dah kerja dekat dengan rumah and for now, onie keluar dari zon selesa dan jauh sikit dan agak jem pepagi. Satu cabaran sebenarnya, tapi demi rezeki yang HALAL,hihi...

    ReplyDelete
  14. and of course sebab gaji masyukk. hehehe

    ReplyDelete
  15. Hahahah dah bertahun dok rumah jaga anak je nie... rindu nak kerja macam dulu, tapi kalau kerja macam dulu... memang xde masa untuk keluarga ataupun untuk diri sendiri

    ReplyDelete
  16. I feel you since I am working too. Most important for me now is to spend as much times as possible with my children.

    ReplyDelete